Sahabat Tanpa Suara

Bentuk Tubuh Rasulullah

Friday, July 30, 2010

Daripada riwayat-riwayat para sahabat dapat menggambarkan bentuk tubuh Nabi Muhammad S.A.W. Baginda digambarkan sebagai seorang yang tegap, ketinggian sederhana- tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Baginda berkulit putih kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan terdapat tanda-tanda kenabian pada Baginda. Rambut Nabi S.A.W. tidak terlalu kerinting tetapi tidak pula lurus, rambutnya ikal dan mencecah bahu. Kata-kata Baginda lembut tetapi bernada tegas. Ramai sahabat mengatakan: sesiapa yang kali pertama berjumpa Baginda pasti merasa segan, tetapi bagi yang terbiasa bergaul dengan Baginda pasti menyintai Baginda. Di bawah adalah petikan-petikan Riwayat sahabat-sahabat berkenaan bentuk tubuh Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Anas ibnu Malik r.a. meriwayatkan, maksudnya: "Postur tubuh Rasulullah saw, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Kulit baginda tidak terlalu putih dan tidak ge;ap. Rambut baginda tidak terlalu kerinting dan tidak lurus tergerai. Allah swt. mengutus baginda sebagai rasul ketika baginda memasuki usia yang keempat puluh. Baginda tinggal di Mekah selama sepuluh tahun. Baginda wafat ketika dalam usianya yang keenam puluh, sementara uban di rambut dan janggut baginda tidak mencapai dua puluh helai." [Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad]

Al-Bara' ibnu Azib r.a. juga meriwayatkan, maksudnya:"saya belum pernah melihat seseorang yang hujung rambutnya menyentuh bahagian bawah telingannya serta mengenakan baju berwarna merah yang lebih gagah daripada Rasulullah saw. Rambut baginda mencecah bahu, tubuh diantara kedua bahunya lebar, dan postur bagnda sedang (tidak pendek dan tidak tinggi)." [Riwayat Tirmidzi, Muslimdan Abu Dawud]

Ali ibnu Abi Thalib menggambarkan fizikal Rasulullah saw, maksudnya:" Postur tubuh Rasulullah saw. tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Baginda memiliki perawakan yang sedang dibandingkan dengan kaumnya. Rambut baginda tidak terlalu kerinting dan tidak lurus tergerai. Baginda berambut ikal, tidak gemuk, dan wajah baginda tidak terlalu bulat. Kulit baginda putih dan kemerah-merahan. Baginda memiliki bola mata yang hitam pekat, bulu mata yang lentik, serta bahu yang lebar dan tidak berbulu. Dada baginda berbulu, telapak tangan dan kaki baginda tebal. Ketika berjalan, baginda seakan-akan berjalan menuruni tanah yang lanai. Ketika menoleh, baginda menoleh (berbalik) dengan seluruh badan. Diantara kedua bahu baginda terdapat tanda kenabian. Baginda adalah nabi terakhir, manusia yang paling lapang dada, ucapannya paling dipercayai, karakternya paling lembut, dan cara bergaulnya paling mulia. Siapa yang pertama kali melihat baginda, pasti segan. Tetapi yang telah lama bergaul dengan baginda pasti menyintai baginda. Sesiapa yang cuba menggambarkan karakter baginda pasti berkata, 'aku tidak pernah melihat seorang pun yang sama seperti Rasulullah saw., baik sebelum mahupun setelah baginda (wafat)." [Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa'd, dan Baihaqi]

Read more...

Manusia Agung

Thursday, July 29, 2010

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam" Surah Al-Anbiya ayat 107.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal (20 April 571M).Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh. Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria). Sejak kecil,baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Kewafatan Baginda pada 632M merupakan peristiwa yang paling menyedihkan pada ketika itu sehinggakan Saidina Umar mengugut untuk membunuh orang yang menyampaikan berita tersebut sehinggalah ditenangkan oleh seorang lagi sahabat iaitu Saidina Abu Bakar. Benar kata-kata Saidina Abu Bakar yang Nabi Muhammad tetap seorang manusia dan sebagai manusia Baginda tetap tidak akan terlepas dari 'maut'. Apa yang tinggal kini adalah sunah-sunah dan hadis-hadis Baginda yang menjadi pedoman dan pembimbing kita untuk menuju ke arah kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat. Pesan Baginda "tidak akan sesat seseorang itu selagi ianya mengikut dua perkara ini iaitu Al-Quran dan Hadis".

Apa yang saya cuba lakukan disini adalah mengumpul sebanyak mungkin maklumat-maklumat berkaitan Baginda, perawakan, keperibadian, rupa paras dan apa saja yang berkaitan dengan Baginda. Dengan cara ini mungkin kita dapat mengenal Baginda dengan lebih dekat. Menambahkan kecintaan kita kepada Baginda kerana sesuangguhnya Bagindalah Manusia Agung ciptaan Allah yang tiada galang gantinya.

Read more...

Bakal Anak Ke-2

Sunday, July 25, 2010

Semalam orang rumah aku ajak aku ke Sunway. Nak ke Sunway Pyramid katanya. Lama dah kitorang tak ke sana. Rasa-rasanya lepas dapat shahmin baru sekali dua kami ke sana. Tapi tak sangka-sangka pulak ada unsur-unsur kejutan yang dibuat oleh orang rumah aku. Dia mengajak aku singgah ke Well Again Health Centre, betul-betul berhadapan dengan Pyramid tu. Rupa-rupanya dia dah buat appointment untuk scan 3D kat situ.

Aku sebelum ni memang pernah dengar gak pasal scan 3D ni. Ada gak kawan-kawan aku yang pernah buat, katanya memang clear la. Siap nampakla rupa bakal anak kita tu, boleh kenal la iras-iras siapa. Dan kebanyakan tempat juga siap bekalkan vcd gambar-gambar scan tu. Tak kisahlah, appoinment pun dah dibuat, aku ngikut jelah. Masuk dalam health center tu kami pun terus jumpa doktor yang bertugas. Amoi doktor tu. Lembut je cakap-cakapnya.

Nah, nilah dia hasil scan 3D tu. Bagi aku takdelah memberansangkan sangat. Sebab aku tengok tak clear mana pun. Doktor tu kata perempuan bakal anak aku ni. Sebab-sebab tak clear doktor tu ada gak bagi alasan. First, dia kata sebab kandungan ni dah agak besar so scan memang tak dapat clear sangat. Yang keduanya, sebab anak aku tu pemalu. Ada ke dia menyorok kat tepi perut orang rumah aku, puas doktor tu jolok-jolok dengan alat scan dia tu. Tak mau-mau jugak anak aku tu menelentang. Kalau dia menelentang memang lagi clearlah nampak. Hem memang ikut ayah la anak pompuan aku ni. Pemalu orangnya. Hehehe...






Itulah dia tadi wajah-wajah bakal anak ke-2 aku. Ada banyak lagi sebenarnya tapi yang 4 ni ajelah aku rasa antara yang paling clear. Habis sessi penerangan, doktor tu offer aku untuk buat scan 2D (detail scan) pulak. Katanya boleh tengok lagi clear, boleh tau defect pada anak kita cam ada sumbing ke, jari cukup ke tidak etc. Aku tanya doktor tu kalau ada apa-apa defect kita boleh baiki dalam perut ke? Kata dia: "em mana boleh encik, kita cuma boleh tengok aje, apa-apa masalah pun kita kena tunggu dia lahir jugaklah". Aku fikir, whats the point kan. bagi aku benda-benda tu aku serahkan pada yang Maha Kuasa aje. Aku dapat tengok setakat yang macam tadi pun dah bersyukur sangat. "Anak, apa-apa hal pun ayah tunggu kamu lahir ke dunia ni dulu ye"... Dan kini aku sentiasa berdoa ke hadrat Ilahi moga aku dikurniakan anak yang soleh@solehah. Cukup sifatnya, sempurna mental dan fizikalnya. Amin Ya Rabbal Alamin...

Read more...

24 Protokol Zionis

Wednesday, July 21, 2010


Protokol Yahudi merujuk kepada satu keputusan mesyuarat yang dipanggil The Elders of Zion atau Mesyuarat Tokoh Zionis yang diadakan pada tahun 1896 di Basle, Switzerlan. Ianya telah dibentangkan oleh tokoh Yahudi yang popular pada ketika itu iaitu Theodore Herzl. Hakikatnya tujuan Protokol tersebut adalah sebagai satu panduan atau tindakan yang perlu diikuti oleh setiap Yahudi di dunia ini. Cita-cita akhir golongan ini adalah untuk menguasai seluruh dunia. Pada tahun 1905, seorang Profesor dari Rusia bernama Sergyei Nilus telah bertindak menerbit dan mengedarkan protokol tersebut kepada tatapan umum namun ianya telah mendapat tentangan dari kaum Yahudi dan dia telah dituduh sebagai gila dan mencipta perkara tersebut semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
Akhirnya pada tahun 1922, kebenaran terbongkar jua apabila diari kepunyaan Herzl telah diterbitkan dan disiarkan di dalam Jewish Chronicle di mana di dalam diari tersebut ada menceritakan berkenaan perjumpaan Herzl dengan Colonel Smith, seorang pegawai angkatan tentera British beragama Kristian, tetapi merupakan seorang penyokong tegar Yahudi. Antara catatan diari tersebut adalah perbincangan mereka bagaimana untuk melemahkan pentadbiran Inggeris. Antara cadangannya adalah dengan mengenakan cukai yang tinggi. Cadangan tersebut telah diterima oleh Herzl dan telah pun dimasukkan sebagai sebahagian dari kandungan protokol ini.
Hakikatnya Protokol Yahudi ini adalah perancangan kaum Yahudi yang cukup licik, teratur dan tanpa disedari mampu mengancam ketenteraman manusia sejagat. Demi untuk mencapai cita-cita mereka untuk menjadi kuasa utama dunia, menguasai kekayaan bumi, menjadi pemimpin kepada seluruh umat manusia, mereka sanggup untuk melakukan apa saja termasuk merancang kemusnahan agama, bangsa atau mana-mana negara yang mereka rasakan menjadi ancaman buat mereka. Seharusnya dunia Islam membuka mata, bersatu dan bertekad untuk membuat perhitungan dengan musuh hakiki umat Islam ini iaitu bani yahudi.

Read more...

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

Tuesday, July 20, 2010

Ini merupakan satu link affiliate, berikut adalah petikan dari sales letter:

perniagaan internet


"Pelajari Kaedah Paling Mudah , Cepat dan Berkesan untuk Membina Perniagaan Internet yang Menguntungkan Dari Keselesaan Dirumah , Melalui Panduan serta Video Tutorial
Langkah Demi Langkah "

E-Book mengandungi 8 Module Lengkap panduan dan teknik yang dilakukan oleh jutawan-jutawan internet yang boleh anda SALIN untuk membina empayar perniagaan internet anda. Video Tutorial Langkah Demi Langkah akan membantu anda memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah dan membolehkan anda menghasilkan laman web dan SYSTEM laman web PERNIAGAAN yang PROFESIONAL dalam masa yang paling singkat.

Software, script, template, grafik dan segala kelengkapan membina perniagaan internet anda hanya dari rumah.

Baca seterusnya>>

Testimoni:

"Jika anda seorang yang baru ingin melibatkan diri dalam perniagaan internet, pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam pembinaan laman web perniagaan yang lengkap pasti menjadi halangan yang besar. Malah faktor kurangnya pengetahuan dan kemahiran teknikal inilah yang membuatkan ramai yang gagal dan berputus asa daripada memulakan perniagaan internet mereka sendiri!

Tidak cukup memperolehi pengetahuan hanya secara teori daripada buku-buku atau menyertai seminar perniagaan internet kerana sebenarnya anda memerlukan tunjuk ajar secara praktikal bagaimana untuk membina perniagaan internet anda.

Najib telah memudahkan anda dengan menyediakan Pakej Lengkap Perniagaan Internet ini dalam bentuk tutorial video. Ianya seolah-olah ada seorang guru di sebelah anda menunjukkan cara-cara dan kaedah yang betul!
Tahniah Najib atas penghasilan pakej yang bagus ini. Saya pasti rekomen kepada semua pelanggan saya!"

Tazilan Ibrahim
http://www.tazilan.com

Read more...

Bilangan Yahudi

Monday, July 19, 2010

Di sebalik kekejaman demi kekejaman yang dilakukan oleh puak Yahudi, mereka menerima kecaman demi kecaman dari seluruh dunia. Namun hakikatnya bilangan Yahudi di seluruh semakin ramai dan kian membiak. Umpama pijat-pijat yang terkenal dengan sifat parasitnya. Jumlah mereka berkembang biak di seluruh dunia. Berikut adalah statistik yang menunjukkan bilangan Yahudi di negara-negara terpilih di seluruh dunia.


Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Yahudi

Read more...

Nama Lain Bagi Makkah

Selain nama Makkah Al Mukkaramah, kota suci bagi umat islam ini juga dipanggil dengan pelbagai gelaran yang lain. Di dalam al-Quran ada menyebut sekurang-kurangnya 11 kali dengan gelaran-gelaran yang berlainan termasuk nama 'Makkah' itu sendiri. Manakala sesetengah pendapat ada juga mengatakan yang Makkah turut mempunyai 30 nama yang berlainan. Nama-nama yang dipetik dari al-Quran adalah seperti:

1. Bakkah (surah Ali-Imran ayat 96)
Bakkah membawa maksud memecah atau mencarik. Terdapat empat pendapat berkenaan nama Bakkah ini iaitu:
i. Nama kepada seluruh Tanah Haram
ii. Nama kepada tapak Kaabah
iii. Nama kepada Kaabah dan Masjidil Haram
iv. Nama tempat di antara 2 bukit di sekeliling Kaabah

2. Ummul Qura (surah Al-An'am ayat 92 dan surah Asy-Syura ayat 7)
Ummul Qura bermaksud 'Perkampungan Tua'. Dinamakan 'Perkampungan Tua' kerana ianya merupakan kota yang paling lama sejak dari zaman Nabi Adam A.S lagi.

3. Al-Balad (surah Ibrahim ayat 35 dan surah Al-Balad ayat 1-2)
Al-Balad bermaksud negeri.

4. Al-Balad al-Amin (surah Al-Tin ayat)
Ertinya negeri yang aman. Riwayat mengatakan yang Makkah merupakan kota yang aman bahkan pada zaman Jahiliyah lagi pun. Orang-orang Arab akan menyebut 'al-Amin' jika sesuatu itu dapat memberi keamanan.

5. Al-Baldah (surah Al-Naml ayat 91)
Al-Baldah juga membawa maksud negeri manakala dalam ayat di atas Al-Baldah merujuk kepada Makkah.

6. Haraman Aamina (surah Al-Qasas ayat 57)
Ertinya Tanah Haram yang aman. Sejak dahulu lagi Makkah menjadi tempat perlindungan bagi orang-orang yang takut dan berlindung di dalamnya.

7. Waad Ghairu Dzii Zar'in (surah Ibrahim ayat 37)
Bermaksud lembah yang gersang. Ini merujuk kepada keadaan Makkah semasa Nabi Ibrahim A.S meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Ismail.

8. Ma'aad (surah Al-Qasas ayat 85)
Erti Ma'aad adalah kembali. Ia menceritakan kisah kembalinya Rasulullah dari Madidah setelah peristiwa Hijrah.

9. Qaryah (surah Muhammad ayat 13)
Maksudnya negeri atau apung. Didalam ayat tersebut 'negerimu' yang dimaksudkan adalah Makkah.

10. Al-Masjidil Al-Haram
Dimaksudkan dengan merujuk kepada beberapa tempat iaitu Kaabah, Masjidil Haram dan sekitarnya, Seluruh Makkah ataupun seluruh Tanah Suci.

11. Makkah
Erti Makkah yang sebenarnya adalah membinasakan atau mengurangkan. Ini bermaksud Makkah mengurang atau menghapuskan dosa orang-orang yang datang kepadanya. Manakala orang yang melakukan kezaliman akan dibinasakan di sana.

Wallahua'lam bisawab...

Read more...

Menantu Tok Imam

Sunday, July 18, 2010

Ini kisah 3 orang mamat yang nak mengambil hati Tok Imam di kampung mereka yang mempunyai seorang anak gadis yang cun melecun. Mereka bertiga ni kategori jahil bin jahiliah tapi bercadang untuk menunjuk pandai kepada Tok Imam tersebut. Dengan hasrat yang satu: nak jadi menantu Tok Imam. Maka pada satu Maghrib yang ceria bergeraklah 3 mamat tersebut ke surau. Sebelum masuk Maghrib sempat juga mereka bertiga berborak dengan Tok Imam tersebut dengan niat nak 'mengambil hati' sambil mereka bertiga meng'up' diri masing-masing dengan mengofer diri untuk menjadi Imam pada solat Maghrib nanti.
Tiba waktu nak solat maka Mamat 1 dengan gentle bergerak ke hadapan untuk menjadi Imam. Setelah berniat Mamat 1 pun bertakbiratul ihram:Allahhh Taala...Masyallah ditepuk bahunya oleh Tok Imam lalu diminta ke belakang. Maka kebelakanglah Mamat 1 dengan rasa malu dan hampa.
Mamat 2 tanpa berlengah terus kehadapan kerana merasakan inilah peluangnya nak menarik perhatian Tok Imam. Lalu dengan konfiden dia pun bertakbiratul ihram: Allahuakbar...Ha macam nila baru betul...katanya sambil menoleh ke belakang. Masyallah tak boleh pakai juga Mamat ke 2 ni.
Kini tibalah giliran Mamat 3 pula. Maka bertakbiratul ihramlah dia. Elok pula solatnya sehinggalah selesai solat siap dengan wirid-wiridnya sekali. Maka banggalah dia dan Tok Imam pun memuji-mujilah dia. Maka Mamat 3 merasa tentulah dia dapat bermenantukan Tok Imam kali ini. Dengan bangganya dia pun berkata pada Tok Imam: Ha Tok,itu pun tak ambil wuduk lagi tu...kalu saya solat dengan berwuduk tadi mesti lagi hebat! Betul tak???
Tok Imam tercengang-cengang sambil berlalu meninggal kan ketiga-tiga mamat jahil bin jahiliah tersebut...

Read more...

Bagaimana Membuat Bom Asap

Saturday, July 17, 2010


Anda perlukan gimik untuk persembahan? Atau saje nak bikin gembak? Atau saja nak mencuba sesuatu yang belum pernah anda buat yang menyeronokkan? Mari kita cuba buat bom asap. Simple saja caranya dengan syarat memiliki semua bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:
1. Garam pottasium nitrate (KNO3), boleh didapti di kedai-kedai baja atau kedai menjual bahan-bahan kimia.(segenggam)
2. Gula.(segenggam)
3. Madu.(2 sudu besar)
4. Air .(40ml)
5. Aluminium foil
6. Bunga api (sebagai pencetus api)

Cara-cara
# Panaskan garam, gula, madu dan air di dalam periuk.
# Kacau selama 10 minit sehingga campuran tadi berbuku-buku.
# Genggam campuran tadi sehingga menjadi bentuk dol (macam roti canai sebelum ditebar la)
# Balut dengan aluminium foil.
# Cucukkan bunga api dan cucuh.
# Lari jauh-jauh dan tengok hasil ciptaan anda.

Kini anda boleh berbangga kerana anda dah boleh buat sesuatu yang hebat. Syabas...

Read more...

Bagaimana Membuat Ais Kering

Thursday, July 15, 2010


Ais kering merupakan gas karbon dioksida di dalam bentuk pepejal. Suhunya yang sejuk lampau boleh mencecah kepada -100 darjah celcius. Ais kering sering digunakan dalam persembahan teater atau pun nyanyian untuk memberi efek seperti asap. Tujuan lain ais kering adalah untuk menyejukkan sesuatu benda dalam tempoh yang sangat cepat. Dalam cuaca kemarau, ais kering dalam jumlah yang banyak akan digunakan untuk pembenihan awan dengan harapan dapat menghasilkan hujan.

Untuk menghasilkan ais kering dalam bentuk yang sederhana adalah tidak sesukar mana. Namun langkah berjaga-jaga haruslah diambil kerana kesejukkan ais kering itu sendiri mampu mencederakan.

Alatan yang diperlukan:
1. Tangki gas karbon dioksida (boleh didapati di kedai peralatan scuba, kedai akuarium atau kedai peralatan paint ball)
2. Bag kain
3. Mangkuk
4. Pita pelekat
5. Alat pelindung mata dan sarung tangan

Cara-cara:

# Lekatkan kepala beg kain pada muncung tangki gas.
# Ikatkan dengan pita peletak.
# Semburkan gas karbon dioksida ke dalam beg selama 10-15 saat (bergantung kepada jumlah yang anda inginkan)
# Buka pita pelekat, keluarkan ais kering dari dalam beg dan masukkan kedalam mangkuk.
# Ais kering siap untuk digunakan.

Read more...

Asal Usul Yahudi

Tuesday, July 13, 2010

Asal usul bangsa yahudi dikatakan bermula 1000 tahun sebelum masihi lagi. Nabi Ibrahim dan Hajar dikurniakan Nabi Ismail membawa keturunan bangsa Arab menjalur kepada Nabi Muhammad. Manakala dengan Sarah mereka dikurniakan dengan Nabi Yaakob. Nabi Yaakob mempunyai 12 orang anak. Anak kesayangan baginda adalah Nabi Yusuf yang dicemburui oleh adik-beradiknya sehingga baginda dicampak ke pedalaman dan dikatakan mati. Disinilah dikatakan bermulanya cerita berkenaan Bani Israel yang terkenal dengan sifat sombong, bongkak, bangga diri dan memandang hina bangsa lain. Bani Israel sentiasa melakukan kemungkaran di muka bumi ini. Disebabkan itu Allah mengutus ramai Nabi dan Rasul di kalangan mereka. Namun sikap mereka yang suka mengikut nafsu sering membuat mereka mendustai para nabi, memungkiri janji bahkan membunuh para nabi yang diutuskan.

Kaum Yahudi yang kita kenali hari bukanlah bangsa dari bani Israel yang tulen. Kaum Yahudi hari ini hanyalah kaum yang mengamalkan bahasa Hebrew dan menganuti agama Judaisme. Hakikatnya Yahudi hari ini adalah campuran bangsa-bangsa dari pelbagai kaum tetapi memelihara bahasa dan agama mereka sebagaimana yang disebutkan tadi. Kaum Yahudi bertebaran di seluruh pelusuk dunia. Janji Allah bahawa mereka tidak akan memiliki seinci pun bumi Allah ini sebagai hak mereka akan kekal sehingga ke hari kiamat. Namun Allah masih mengurniakan kepada mereka sikap yang jarang ada pada bangsa lain. Yahudi terkenal dengan sikap mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakan sesuatu, sentiasa ingin memajukan diri, bijak berniaga dan paling utama- pandai memanipulasi. Sikap ini walaupun baik bagi mereka namun sikap ini jugalah yang memusnahkan mereka dan menyebabkan mereka dihalau, dibunuh dan diseksa di banyak negara. Contoh yang paling jelas adalah penghapusan Yahudi oleh Hitler yang dikenali sebagai Holocaust. Dari peristiwa ini jugalah atas dasar simpati dunia mereka dianugerahkan sebuah negara Israel.

Yahudi juga terkenal dengan fahaman Zionis yang mengatakan bahawa mereka adalah bangsa terpilih sedangkan bangsa-bangsa lain hanyalah bertaraf haiwan dan hanya layak menjadi hamba mereka. Segala kekecohan dan kacau bilau yang mereka wujudkan di dunia menunjukkan agenda tersembunyi mereka untuk menakluki dunia dan menjadi pemerintah seluruh manusia. Agenda ini jelas apabila mereka berjaya menguasai negara yang paling kuat dan berpengaruh iaitu Amerika Syarikat. Terdapat bukti-bukti jelas yang kaum Yahudi memainkan peranan utama dalam menentukan calon Presiden negara Uncle Sam, menguasai bidang kewangan, kamunikasi dan media bahkan studio-studio perfileman juga dikuasai oleh kaum mereka. Jadi tidak hairanlah jika kita sering menonton filem yang pengganas atau watak-watak jahat terdiri dari bangsa-bangsa Arab, yang melaung Allahuakbar sambil meletupkan kapal terbang, atau menembak bas sekolah. Tetapi akhirnya mati dengan dasyat dibunuh oleh hero yang hanya mengunakan sepucuk pistol, yang pelurunya tak kunjung habis.

Sesungguhnya Allah masih memberi keizinan kepada Yahudi untuk memuaskan nafsu mereka di muka bumi ini. Tetapi ingatlah janji Allah itu benar dan suatu hari nanti keamanan akan kembali. Islam akan menjadi tuan bumi ini, sejurus sebelum kiamat...

Read more...

Panduan Membuat Blog Sendiri

Saturday, July 10, 2010

Ini merupakan satu link affiliate, berikut adalah petikan dari sales letter:


Sesiapa Sahaja Perlu Memiliki Blog

Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan Internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan.

Ia dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, anda perlu memiliki sebuah blog sendiri.

Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda! Jika anda seorang usahawan, sudah pasti produk atau servis anda akan diketahui akan kewujudannya olh ramai orang!

Ramai yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika anda perhatikan, begitu ramai usahawan Internet memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang usahawan Internet, tidak memiliki blog adalah satu kerugian terbesar bagi anda dan perniagaan anda!

Blog adalah satu 'tools' (teknologi) yang amat berkuasa di dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik (pelawat, bakal pembeli) ke laman web perniagaan Internet mereka. Anda juga boleh melakukan seperti mereka jika anda tahu caranya..

Baca selanjutnya>>



Dengan Memiliki Blog, Maka Anda Boleh:

# Membina kredibiliti dengan menunjukkan kepakaran anda

# Mendapatkan trafik 'percuma' ke laman web perniagaan anda

# Menyertai program Google Adsense dan program Affiliate

# Berkomunikasi dengan bakal dan pelanggan sedia ada anda

# Mempromosikan perniagaan konvensional anda dengan lebih berkesan

# Menambah rangkaian perniagaan (business partner) melalui Internet

dan banyak lagi!

Dapatkannya sekarang>>

Read more...

Bangsa Yang Dilaknat...

Tuesday, July 6, 2010

"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju dengan kamu (wahai Muhammad) sehingga kamu menuruti agama mereka" Surah al-Baqarah, ayat 120.

Selain dari ayat diatas terdapat banyak lagi peringatan-peringatan yang diberikan oleh Allah S.W.T berkaitan dengan kaum Yahudi ini. Antaranya:

# Ayat 30 surah at-Taubah menyifatkan bangsa yahudi dilaknat oleh Allah kerana menyekutuiNya, sombong dan sentiasa bercakap bohong.
# Ayat 18 surah al-Maidah menyatakan Yahudi adalah kumpulan manusia yang sombong di muka bumi ini kerana menganggap diri mereka sebagai anak Allah sehingga berhak berbuat segalanya mengikut nafsu dan kehendak mereka.
# Ayat 96 surah al-Baqarah: Yahudi adalah bangsa yang tamak terhadap kehidupan dunia.
# Ayat 67 surah al-Imran: bangsa Yahudi sentiasa mengiktiraf dan mengagungkan kehebatan umat masa lalu dengan mengatakan Nabi Ibrahim berketurunan Bani Israel. Ia bertujuan mengaburi pandangan umat Nabi Muhammad yang menyanjungi Nabi Ibrahim. Ini merupakan pembohongan yang nyata kerana Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi bahkan merupakan seorang Muslim yang sejati.
# Allah mengingatkan umat Islam dalam ayat 51 surah al-Maidah supaya tidak sekali-kali mengikut telunjuk dan termakan pujukan Yahudi, apatah lagi mengangkat mereka sebagai pemimpin. Allah memberi ancaman kepada sesiapa yang berbuat demikian dengan menegaskan mereka tergolong dalam kalangan Yahudi jika mengangkat Yahudi sebagai pemimpin.

Berdasarkan ayat-ayat di atas dan banyak lagi, terbukti sebenarnya bangsa Yahudi sememangnya sentiasa menjadi punca kekacauan di muka bumi ini dari zaman nabi-nabi lagi. Mereka terbukti menjadi pendusta para nabi bahkan membunuh nabi yang diutuskan oleh Allah S.W.T. Hari ini kita sering mendengar pula akan kekacauan yang mereka timbulkan lebih-lebih lagi terhadap umat Islam. Sememangnya bangsa Yahudi mempunyai agenda untuk memperluaskan kuasa mereka sehingga menguasai bumi ini. Segala-galanya bermula dengan penjajahan bumi Palestin. Ayuh Islam, bangkit...Jahanam Yahudi!!!

Read more...

Siapa Selain Kita?

Monday, July 5, 2010

Baru-baru ini saya ada terbaca soal jawab agama bersama tokoh agama yang tak asing lagi di negara kita ini iaitu Dato' Dr Haron Din. Pertanyaan berkaitan dengan hidupan lain selain dari manusia, samada wujud atau pun tidak? Bagaimanakah kehidupannya jika ada? Dimana pula penempatannya dan sebagainya. Berikut adalah sebahagian dari jawapan beliau:

Di dalam al-Quranulkarim, Surah Luqman ayat 10, firman Allah (mafhumnya):" Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkan supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan berbagai jenis tanaman yang memberi manfaat."

Ayat ini menceritakan mengenai makhluk di bumi. Disebut dalam ayat di atas dalam bahasa Arab disebut perkataan 'baththa' yang bermaksud menyelerakkan atau menghambur atau menabur ke merata-rata tempat. Allah juga menyebut perkataan 'daabbah' yang bermaksud makhluk yang hidup melata, berjalan atau merayap di atas muka bumi dari jenis manusia, haiwan, serangga dan sebagainya.

Dalam Surah as-Syuura pula Allah berfirman (mafhumnya):" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada kedua-duanya daripada makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendakinya (melakukannya)."

Kedua-dua ayat dia atas menceritakan perihal makhluk yang melata (daabbah), ada di bumi termasuk padanya manusia, dan ayat yang sama digunakan untuk makhluk melata (daabbah), yang dihambur atau diserakkan atau ditaburkan di antara langit dan bumi. Ini memberi petunjuk ada makhluk alam manusia, berakal, berdaging dan berdarah, di planet-planet yang berjauhan, berada di langit-langit dan juga di bumi. Allah mengulang ayat ini beberapa kali dengan merujuk kepada makhluk yang dirujukkan kepada istilah dalam bahasa Arab iaitu 'Man'. Ianya merujuk kepada makhluk-makhluk yang berakal yang tidak saja berada di atas muka bumi ini. Wallahua'lam...

Kita tidak bersendirian di alam semesta ciptaan Allah ini...

Read more...

Keistimewaan Mekah Al Mukkaramah...

Sunday, July 4, 2010


15 keistimewaan Mekah Al-Mukkaramah


1. Tempat asal dibangunkan Baitullah (Rumah Allah) sejak dari zaman Nabi Adam A.S.
2. Tempat kelahiran Nabi Junjungan Muhammad S.A.W.
3. Tempat diwajibkan seluruh umat Islam untuk dijadikan destinasi beribadat bagi melengkapkan Rukun Islam yang ke-5.
4. Tempat dimana Allah haramkan sebarang pertumpahan darah di atas buminya.
5. Tempat dimana berkumpulnya manusia tanpa ada sebarang perbezaan darjat, bangsa mahupun keturunan.
6. Tempat yang mustajab doanya.
7. Tempat untuk dihapuskan segala-gala dosanya bagi manusia yang terpilih.
8. Tempat dimana Allah mensyariatkan manusia bertwaf mengelilingi Kaabah.
9. Tempat yang tiada masjid lain dimuka bumi ini dimana beribadat didalamnya mendapat pahala yang berlipat berkali ganda.
10. Tempat berkumpulnya seluruh umat Islam dari seluruh pelusuk muka bumi, baik yang dari dekat mahupun jauh.
11. Tempat yang dilarang Allah untuk menghadap atau membelakanginya ketika membuang hajat.
12. Tempat dimana Allah mengharamkan sebarang jenis senjata untuk dibawa masuk ke dalamnya termasuk larangan keatas orang kafir untuk memasukinya.
13. Tempat dimana Allah memberikan balasan terus kepada yang berniat jahat walaupun belum melakukannya. Sedang jika melakukan kebaikan akan terus mendapat pahala yang berlipat kali ganda.
14. Tempat yang dijadikan kiblat untuk beribadat kepada seluruh umat Islam di seluruh pelusuk bumi.
15. Tempat yang dijaga sentiasa oleh para Malaikat sehinggakan Dajjal sekalipun tidak diizikan Allah mampu memasukinya.

Wallahualam...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP