Sahabat Tanpa Suara

Aksi Kemuncak... Undisputed Champion...

Sunday, February 27, 2011


Hari Jumaat lepas berlangsunglah acara gilang gemilang kemuncak Kejohanan Olahraga SEMUDRA yang ke-88. Dikatakan kejohanan ini merupakan antara yang termeriah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini tahun ke 3 aku di SEMUDRA dan memang aku merasakan hari sukan kali lebih meriah berbanding 2 edisi yang lepas. Mungkin salah satu sebabnya kerana kali ini diadakan acara untuk guru-guru. Dan mungkin juga lebih meriah kerana group aku yang menang... Hee hee jangan marah haa...

Tahun ini aku tidak mewakili sebarang rumah kerana aku telah diserap ke Majlis Sukan SEMUDRA. Jadi aku berlari untuk Majlis Sukan sahaja, berlawan dengan group guru-guru yang mewakili rumah sukan masing-masing. Acaranya 4x50 meter. Cukuplah tu, nak lari 100 meter tak larat bang... Inipun dah sakit-sakit urat aku satu badan, yelah dah berapa lama tak berlari, sekali lari habis kudrat aku perah hari tu... Nasib baik menang, kalau tidak malulah jadi ahli majlis sukan... Hu hu...

Berbalik kepada kejohanan sukan, sekalung tahniah aku ucapkan kepada juara keseluruhan tahun ini iaitu Rumah PERKASA (seperti dalam gambar di atas). Tahniah kepada semua atlit, guru-guru dan semua ahli rumah tersebut samada yang terbabit secara langsung atau pun tidak. Apa yang aku nampak, kemenangan tersebut adalah hasil kerjasama sepasukan, bukan semata-mata kerana guru-gurunya, bukan juga semata-mata kerana atlit-atlitnya...


Bagi acara Perbarisan Kehormat, sekalung tahniah buat Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) yang telah menjuarai acara tersebut buat kesekian kalinya. Ini merupakan kemenangan pasukan tersebut untuk tahun yang ke 10 berturut-turut...! Undisputed Champion...! Isyh isyh siapalah cikgunya kan...? Haa ni nak bagitau ni, akulah cikgunya... Har har jangan marah lagi haa... Tapi aku tak nak ambil kredit sepenuhnya untuk kemengan 10 tahun berturut-turut tu, kerana aku baru membimbing pasukan ini sejak 3 tahun lepas. Memang aku mewarisi satu pasukan yang ahli kadetnya berdisiplin, gigih berlatih dan kuat semangatnya. Syabas kalian...!

Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang, bagi yang kalah ini bukan pengakhiran bagi segala-galanya. Tingkatkan usaha, giatkan latihan... Jumpa lagi di tahun hadapan. Hip hip hooreey...! Hip hip hooreey...! Hip hip hooreey...!

Read more...

Aksi Bermula...

Wednesday, February 23, 2011

Pergh... 2 hari blog aku terbiar sepi tanpa apa-apa update. Mujur ada gak member-member yang online dan tinggalkan komen-komen pada entry lepas. Bila tengok statistik ada lagi pengunjung ke blog ni, Alhamdulillah... Ada ke silent reader untuk shamdisini...? Hu hu... Apa-apa pun thanks bebanyak kepada semua yang sudi drop by kat sini. Insyallah kejap lagi aku jejaki kalian pulak...

Sehari dua ni aku memang sibuk. Balik rumah dekat nak Maghrib. Zohor dan Asar aku di sekolah saja, tak sempat balik rumah pun... Makanya ni aku nak bagitau SATU DUNIA: jangan kata kerja cikgu kat Malaysia ni dari pukul 7:30 pagi sampai 2:30 petang saje ye...! Cewah baran la pulak...

Sebenarnya sehari dua ni aku sibuk dengan sukan sekolah, acara saringan telah bermula dari hari Isnin lepas. Esok akan diadakan raptai penuh dan Kejohanan Olahraga akan berlangsung Jumaat ini. Jadi sejak dari Isnin aku sibuk dengan kerja-kerja kesukanan. Dalam masa yang sama aku juga perlu menyiapkan pasukan unit beruniform yang akan terlibat dalam perbarisan pada hari Kejohanan kelak.

Olahraga merupakan antara jenis sukan yang paling aku minati. Suka aku tengok bakat-bakat muda yang menyerlah di padang. Daripada acara larian, lompatan sehingga ke lontaran semua menarik minat aku. Cuma satu yang aku memang fail dari dulu, larian jarak jauh. Jangan ajaklah aku ni berlari jarak jauh, somput... Sebab itu aku tak pernah hayat menamatkan acara merentas desa semasa sekolah dulu.

Tapi kalau bahagian pecut, haa ini championnya, langkah kecik je tapi berdesup perginya... Ceh up sikit...! Tapi seriously, aku memang antara jaguh pecut yang menyerlah semasa di sekolah dulu. Masalahnya aku hebat di peringkat sekolah sahaja, di peringkat daerah kecundang memanjang... Badi..! Ada je sebab untuk aku kalah, demamlah, spike tertanggallah, terjatuhlah... Dari tahun ke tahun ada je masalahnya.

Pengalaman paling best aku rasa semasa mewakili zon Alor Akar (tak berapa pasti nama zon) di MSSM Daerah Kuantan, ketika aku di tingkatan 4. Aku berpeluang berlari bersebelahan dengan jaguh remaja yang paling menyerlah ketika itu, Azmi Ibrahim di stadium Darul Makmur. Fuh siapa tak kenal Azmi masa tu, idola remaja Malaysia dalam sukan pecut ketika itu..!

Yang kelakarnya, pertandingan tersebut memang tak seimbang langsung. Tak ada sesiapa pun antara pelari peringkat daerah ni yang mampu memberi cabaran kepada Azmi, termasuklah aku. Bayangkanlah, kami yang lain ni berlari bermati-matian, tapi si Azmi ni lari rileks je... Siap pandang-pandang belakang lagi. Jarak dia meninggalkan kami semua hampir 20 meter...! Har har har... Tapi masa tu dia memang down to earth punya budak, selesai berlari dia bersalaman dengan kami semua, maklumlah baru-baru nak naik... Cuma bintang Azmi tak berkelip lama. Namanya tenggelam selepas kemunculan jaguh pecut Sarawak, Watson Nyambek...

Hari ini aku tengok, bakat Malaysia dalam acara pecut makin tiada, kali terakhir atlit pecut yang menonjol adalah Nazmizan dalam Sukan Sea 2003 di Vietnam. Agak-agaknya bilalah kita dapat melahirkan atlit macam 'kilat' kat dalam gambar tu...? Atau pun itu hanyalah impian yang mustahil semata-mata...?

Read more...

Wang Bukan Segala-galanya... Namun Segala-galanya Memerlukan Wang...

Sunday, February 20, 2011

Pagi tadi aku membeli sarapan, 3 bungkus nasi lemak dengan lauk ayam goreng dan 1 bungkus mihun goreng lauk ikan sardin. Jumlah semua RM15... Hem teringat aku masa di sekolah rendah, aku membantu mak menjual nasi lemak. Hingga pernah pada suatu ketika, beg sekolah aku bukan dipenuhi buku tetapi dengan nasi lemak. Harga sebungkus nasi lemak pada ketika itu, 20 sen sahaja...

Selesai bersarapan aku ke stesyen minyak. Nak buat apa lagi, isi minyak keretalah, stok untuk seminggu aku berulang-alik kerja. Melayang lagi RM70 untuk satu tangki penuh Toyota SE Ltd buruk aku tu. Teringat pulak aku kira-kira 10 tahun lepas semasa mengisi minyak buat kali pertama untuk kereta pertama aku ketika itu, Iswara Aeroback; isian penuh baru RM40...

Petang tadi aku sempat bersembang dengan jiran sebelah. Sembang-sembang kosong je. Aku bercerita hasrat aku untuk membeli rumah dalam masa terdekat ini. Katanya eloklah disegerakan niat itu, kerana harga rumah akan naik semakin tinggi setiap tahun, dan aku amat meyedari hakikat itu. Beberapa hari lepas aku berjumpa dengan seorang rakan yang bercerita tentang rakannya yang menjual rumah kediamannya. Rumah tersebut yang dinilai RM90k pada 5 tahun yang lepas telah dijual dengan harga RM130k seminggu dua yang lepas. Bermakna kenaikan rumah tersebut adalah RM8k setahun...!

Baru sebentar tadi aku membayar bil astro. Kenaikan caj perkhidmatan sebanyak 6% menjadikan bayaran bulanan aku meningkat RM7 sebulan. Tapi nak buat macamana, nafsu besar. Nak tengok sukan, movie bla bla... Bil elektrik pula kian bertambah setelah aku masukkan aircond dan heater mandian beberapa bulan lepas. Kalau dicampur bil air, telefon, streamyx bla-bla.., bil utility aku boleh mencecah RM400 sebulan... Tak campur lagi perbelanjaan bulanan seperti makanan (ada yang naik jugak di awal tahun baru-baru ini...), bayaran pinjaman pelajaran, kereta, duit lampin, susu anak-anak bla bla...

Kemudian aku mencongak kenaikan gaji tahunan aku. Sebagai guru bergred DG41 kenaikan aku tak sampai RM100 setahun. Termenung juga aku memikirkan, apa akan jadi di masa-masa hadapan. Pada ketika kos sara hidup semakin meningkat tetapi tidak sepadan dengan peningkatan pendapatan. Terfikir juga aku, sedangkan aku yang mungkin tergolong dalam golongan pertengahan mula terasa lemas dengan kenaikan ini; bagaimana pula dengan golongan bawahan...? Mungkin sampai masanya aku mengurangkan nafsu dan keinginan untuk bermewah (sedangkan aku tak rasa langsung hidup aku sekarang ini mewah...), ataupun sudah sampai masanya aku mencari sumber pendapatan ke-2...?

Betul kata-kata hikmat ini, walaupun aku tak tahu dari mana asalnya:

"Wang Bukanlah Segala-galanya... Tetapi Segala-galanya Memerlukan Wang..."

Read more...

Bagaimana Memproses Petroleum

Saturday, February 19, 2011


Pernah tak anda terfikir dari mana datangnya gas yang kita gunakan untuk memasak, atau petrol yang kita gunakan untuk kenderaan kita? Tahukah anda bahan api yang digunakan oleh kapal terbang adalah kerosin ataupun dalam bahasa yang biasa minyak tanah? Tahukah juga anda bahawa bitumen atau tar yang digunakan untuk membuat jalan itu melalui proses yang sama dalam menghasilkan lilin...?

Ha aku ada sikit info berkaitan sains ni (used to be my favourite subject), jom kita tengok... Untuk general knowledge kitalah, boleh juga kita cerita kat anak cucu kita kelak:

Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada hidupan laut yang mati, kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir. Apabila hidupan laut mati , bangkai mereka tenggelam ke dasar laut, kemudian ditimbus oleh sedimen . Melalui tindakan bakteria , pereputan separa berlaku dalam keadaan kekurangan oksigen. Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan yang tinggi akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli.

Proses Penyulingan Petrolium:

Hidrokarbon dalam petroleum diasingkan melalui proses penyulingan berperingkat. Semasa penyulingan berperingkat , petroleum dipanaskan dalam sebuah menara pemeringkat . Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih rendah meruap terlebih dahulu , naik ke bahagian atas menara lalu dikondensasikan dan diasingkan. Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih tinggi akan terkumpul di bahagian bawah menara dan dikondensasikan sebagai cecair.

Hasil Penyulingan Berperingkat:

# Gas-gas petroleum (takat didih paling rendah): Dicairkan di bawah tekanan dan digunakan sebagai gas untuk memasak.

# Petrol: Digunakan sebagai bahan api untuk kereta dan kenderaan ringan.

# Nafta: Sumber bagi pembuatan plastik, dadah, dan kain sintetik dalam industri petrokimia dan sebagai pelarut

# Kerosin: Digunakan sebagai bahan api untuk pesawat terbang serta untuk pemanasan dan pencahayaan (lampu kerosin )

# Diesel: Digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan berat seperti bas , lori dan kereta api.

# Minyak pelincir: Digunakan sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran

# Parafin: Digunakan untuk membuat lilin,bahan penggilap dan bahan pencuci

# Minyak Bahan Api: Digunakan sebagai bahan api dalam kapal , mesin kilang dan stesen jana kuasa

# Bitumen (takat didih paling tinggi): Digunakan untuk membuat jalan raya dan bahan kalis air.

Sumber: www.sabah.edu.my

P/S: Aku pernah berhasrat untuk bekerja di dalam bidang O&G selepas menggenggam Bacelor Kejuruteraan Mekanikal namun sehingga kini hasrat tersebut berkubur begitu sahaja...

Read more...

Dia Masih Gilakan Aku...

Friday, February 18, 2011

Diam tak diam dah 5 tahun aku mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah, hari ini cinta aku pada isteriku masih sama. Ibarat kata Awie:

"Kau masih kuncintai, sungguh...
Dari hari pertama kau ku nikahi
..."

Dan aku lihat dia pun masih gilakan aku, maklumlah badan aku masih maintain, ala-ala badan Ben Ashaari gitu. Cuma tang perut Bro Ben kalah dengan aku. Hua hua...

Sepanjang 5 tahun ini beberapa perkara aku amalkan dalam hubungan kami suami isteri. Just nak share dengan korang:

1. Hormati Pendapatnya:

Terus terang aku katakan semasa bujang aku 'kurang' menghormati wanita. Bagi aku, pendapat atau idea aku mesti lebih baik dari kaum hawa... Selepas aku bernikah aku belajar untuk menghormati pandangan isteriku. Ternyata wanita juga punya idea dan pendapat yang bernas...

2. Tarikh-tarikh Penting:

Ini merupakan kelemahan aku dan aku percaya ramai lagi lelaki-lelaki di luar sana sebegini. Jangan begitu beb, wanita suka kita mengingati tarikh-tarikh penting ni. Hari lahir dia, hari ulang tahun perkahwinan, kalau boleh dia nak kita ingat tarikh 1st time dating... Hari ini, ic dia pun aku dah hafal...

3. Beri Pujian:

Ini pula favourite diorang. Aku kadang-kadang tak faham gak, dah bertahun kahwin, dia masih nak dengar puji-pujian dari aku. "Ye sayang, awak makin hari makin cantik"...

4. Kerja-kerja Rumah:

Tolong bro, kerja rumah bukan tanggung jawab isteri sahaja ok. Lebih-lagi lagi jika kedua-dua bekerjaya. Ringan-ringankan sikit tulang tu. Nanti boleh dapat 'upah'... Hik Hik...

5. Bercuti Bersama:

Aku baca banyak pendapat motivasi rumah tangga, bercuti bersama dapat merapatkan lagi hubungan suami isteri. Aku percaya, dan memang aku amalkan. Tak perlukan percutian yang grand atau memakan belanja besar. Yang penting pilih tempat berehat yang 'strategik'...

6. Ciuman Sayang:

Bukan 'ciuman sayang' yang anu anu tu... 'Ciuman sayang' tanda sayang... Ini pesanan dari Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Setiap pagi sebelum keluar bekerja aku cuba pastikan dia mencium tanganku. Aku pula mencium pipinya. Mana tau itu ciuman terakhir kan...

7. Layan Dia Sebagai Manusia:

Isteri bukan semata-mata 'teman tidur'. Oleh kerana dia merupakan insan yang paling banyak menghabiskan masa bersama kita, maka secara tak langsung dia merupakan 'best friend' kita. Jadikanlah dia tempat untuk kita mengadu, dalam masa yang sama jadilah juga pendengar yang setia...


P/S: Aku bukan nak mendabik dada mengatakan kami pasangan paling bahagia di dunia... Adatlah alam rumah tangga, ada masanya bergolak juga. Tapi perlulah bersikap terbuka dan sentiasa bertoleransi...

P/S 2: Aku bukan takut isteri ok... Cuma isteri aku je tak berapa nak takut kat aku... Huhu...

Read more...

Mendidik Atau Menghukum..?

Thursday, February 17, 2011

Minggu ini masuk minggu ke-7 sesi persekolahan 2011. Aku percaya pada ketika ini semua sekolah sedang sibuk dengan acara-acara sukan dan kokurikulum. Sama dengan sekolah aku, minggu lepas selesai sukantara bagi mengumpul mata sukan menjelang kejohanan sebenar. Minggu depan akan diadakan Hari Kejohanan Olahraga yang ke-88. Sekarang ini tengah sibuk dengan unit-unit kokurikulum. Pendaftaran ahli-ahli unit beruniform, kelab dan persatuan seta sukan dan permainan, mesyuarat agung, mesyuarat AJK bla bla... Itu dalam bidang kokurikulumnya, dalam bahagian kurikulum, Penilaian 1 akan menjelang beberapa minggu lagi. Yang paling mendebarkan, keputusan STPM dan SPM pun akan keluar tak berapa lama lagi.

Sesi persekolah 2011 masih awal lagi sebenarnya, tapi aku ada terdengar angin bertiup membawa khabar bahawa akan ada beberapa pelajar sekolah aku akan dibuang sekolah, beberapa orang lagi akan digantung. Awal betul nak buang budak... Bukan niat aku nak mencampuri urusan pentadbiran sekolah, aku sedar aku hanya seorang guru biasa yang tak mempunyai apa-apa kuasa. Tapi aku secara peribadi kurang bersetuju dengan hukuman buang sekolah, terutama yang tidak melibatkan kes-kes besar. Aku pun tahu KPM sebenarnya telah memberikan garis panduan yang amat jelas tentang kaedah-kaedah hukuman ke atas kes-kes pelanggaran disiplin di sekolah, bukan mudah sebenarnya untuk menjatuhkan hukuman buang sekolah. Tapi kalau setakat kes merokok, ponteng kelas atau 'fly' asrama pun dihukum buang sekolah, apa cerita...?

Ingin aku tegaskan aku bukan menyebelahi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah. Salah tetap salah, cuma sebelum menjatuhkan hukuman, patut difikirkan implikasi hukuman tersebut kepada pelajar itu. Membuang pelajar akan menyelesaikan masalah sekolah, selamat sekolah dari budak-budak nakal, setel kerja cikgu... Tetapi bagaimana dengan pelajar yang dibuang...? Mungkin ibu bapa dia boleh mendaftarkannya untuk bersekolah di sekolah lain. Tapi bagaimana pula jika ibu bapanya jenis yang tak cakna...?

Yela, pada usia sebegitu dia patut menghabiskan masanya di sekolah, semua rakan-rakannya ke sekolah, dia...? Akhirnya dia akan membuat perkara-perkara yang bukan-bukan. Ini kisah benar yang terjadi pada salah seorang bekas pelajar aku, selepas dibuang sekolah dia bergaul dengan kaki curi motor, akhirnya dengan dia sekali terjebak... Berita terakhir yang aku dengar dia dicekup polis... Bayangkan pada usia 16 tahun sudah terjebak dengan kes curi motor, tak ke naya tu...?

Satu lagi kisah benar dari seorang rakan guru senior... Bekas guru disiplin yang 'disingkir'.

"Aku memang cukup payah buang budak... Selagi tak melibatkan kes rompak, gaduh sampai tahap membunuh, hisap ganja, mencabul merogol, aku takkan buang budak." Itu prinsip cikgu tersebut.

"Apa yang kami buat, kami 'pegang' budak-budak nakal ni. Kontrol je diorang, budak-budak... Jahat setakat mana pun... Bayangkan kalau dibuang budak-budak ni, apa yang diorang nak buat di rumah? Last2 akan jadi kutu rayau juga, bergaul dengan anasir-anasir yang tak sepatutnya... Buat benda-benda tak senonoh..."

"Kalau duduk sekolah diorang masih dalam kawalan kita. Memang budak-budak ini akan 'menjatuhkan' result sekolah, bagi nama buruk pada sekolah, tapi sekurang-kurangnya kita boleh selamatkan masa depan mereka..."

O begitu rupanya... Bukankah itu fungsi kita di sekolah, bertindak sebagai pendidik...? Atau kita semata-mata hendak menghukum...?

Amaran keras dari Kementerian Pelajaran Malaysia: Jangan sesekali mencuba 'aksi' hukuman seperti dalam gambar di atas... Bikin panas woo...

Read more...

Kisah Cinta Manusia Agung

Tuesday, February 15, 2011


12 Rabiulawal Tahun Gajah, seluruh alam bergembira dengan kelahiran Muhammad, Pesuruh Allah dan nabi terakhir. 63 tahun berikutnya seluruh alam juga meratapi kewafatan Baginda....

Maka tersebutlah sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.
Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.
Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.
Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "
Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita...

Dipetik dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

Read more...

Siapa Muhammad...?


Hari ini kita bercuti, sempena menyambut hari keputeraan junjungan kita Muhammad Rasulullah S.A.W. Tiada apa-apa perancangan yang aku buat untuk hari ini, just nak rilek-rilek di rumah bersama keluarga. Entry hari ini pun aku nak tulis yang berkaitan Manusia Agung ini sahaja. Sebagai tanda sayang aku pada Baginda. Bukanlah bermaksud sesiapa yang tak cerita tak sayang pada Baginda pulak ye, setiap orang ada cara masing-masing kan... Yang penting sebagai ummatnya kita wajid mengenang Baginda dan sentiasalah berselawat kepada Baginda...

Tak kenal makan tak cinta kan...? Nah mari kita berkenalan sikit dengan Nabi Terakhir ini:

BIODATA RASULULLAH SAW:

#· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
#· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
#· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
#· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
#· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
#· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
#· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
#· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
#· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
#· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
#· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
#· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
#· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
#· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
#· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
#· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
#· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
#· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
#· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
#· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
#· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
#· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
#· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
#· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
#· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
#· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
#· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
#· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

Sumber: mannster

"Sesungguhnya Allah dan Malaikat sama berselawat untuk Nabi,Wahai orang-orang yang beriman, berselawat dan salamlah ke atasnya" (Surah Al-Ahzab:56)

Read more...

Salam Maulidur Rasul

Monday, February 14, 2011


Daripada kita sibuk membicarakan tentang hari Valentine yang Ja***am itu lebih baik kita bercerita tentang hari yang sebenar-benarnya yang patut disambut oleh sekelian umat Islam. Ya, esok merupakan hari kelahiran Kekasih Allah, manusia agung yang membawa rahmat kepada sekelian alam, Baginda Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. Sebagai tanda memperingatinya, aku nak petik khutbah terakhir Baginda, pesanan kepada KITA SEMUA, umatnya yang amat dikasihinya...

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.


Meremang bulu roma aku bila mendengar petikan khutbah ini di Astro Oasis... Sememangnya melalui khutbah tersebut Nabi telah meninggalkan kita dengan pesanan yang cukup lengkap... Sesungguhnya Bagindalah Kekasih Allah dan Bagindalah sepatutnya manusia yang kita raikan... We Love Muhammad...

P/S: Aku mengimpikan ISLAM yang kembali menerajui dunia, menewaskan semua musuh-musuh Allah... Setiap hidupan di bumi tunduk kepada kekuasaannya. Setiap insan di dunia menerimanya sebagai Ad-Din dan cara hidup... Gambar dari GENERASI PROTAZ.

Read more...

Sambut Valentine...?

Ha ha bertemu lagi di tarikh 14 February. Eh ada apa-apa yang special ke hari ini? Alhamdulillah sekarang ni aku tengok semakin ramai yang menentang hari yang kononnya sebagai 'hari memperingati kekasih' ini. Aku baca di akhbar-akhbar pun ramai artis-artis Malaysia yang tidak bersetuju... Bagus sangatlah tu. Aku saja nak tumpang semangkuk, menunjukkan penentangan hari yang sebenarnya sebagai memperingati kejatuhan Tamadun Islam di Sepanyol suatu masa dulu. Sebagai umat Islam kita bukan sahaja dilarang untuk menyambut, malah wajar untuk kita menentang hari tersebut. Siang tadi aku dah 'basuh' budak-budak aku di sekolah, bagi diorang sedar sikit apa makna sebenarnya hari Valentine yang jahanam ini...!

Di bawah aku ambil sikit petikan dari laman JAKIM. Moga kita boleh sebarkan lagi perkara ini...

KEPUTUSAN FATWA

Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut:

Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut:

"Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut."

Antara hujah keputusan tersebut adalah seperti berikut:

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.

Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.

Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.

Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.

والله أعلم بالصواب

Read more...

Aku Masih Hidup - Part II

Sunday, February 13, 2011

Pagi tadi aku buat entry yang tak habis. Nak baca boleh tekan sini. Malam ni aku sambung balik untuk kejadian-kejadian seterusnya...

Kejadian 3

Semester akhir matrikulasi aku di UPM, aku dapat membeli sebiji motosikal. RXZ tu...Motor idaman pakcik, 2nd hand jela... Pertama kali memiliki motor sendiri, memang aku jadi gila wheel...! Bawa pulak, Masyallah... Aku sendiri malu bila mengenangkannya. Mujur masa tu takde lagi istilah mat rempit, kalau tak memang aku dah termasuk dalam kategori tu pun. Jatuh-jatuh bodoh ni, dah kira biasa. Boleh kata hampir setiap semester ada je kemalangan kecil yang berlaku...

Semester 2 Bacelor, aku mengambil kelas elektif, subjek dari Fakulti Komunikasi. Subjek ini kelas dia seminggu sekali je, tapi waktu malam. Kelas 2 jam direct dengar lecture. Kebetulan malam tu aku sampai lambat. Kelas dah la penuh macam sardin, kerusi penuh terpaksa aku duduk tercongok kat belakang. Ntah apa yang pensyarah tu lecture aku pun tak tau dah. Kepala aku dah naik bengap tak sabar-sabar nak keluar dari dewan kuliah...

Menjelang 10 malam aku dah stanby kat pintu, abis je lecturer bagi salam aku terus chow. Start enjin cabut, bersama dengan 2 rakan sekolej, kami sama-sama bakar line. Dari Fakulti Komunikasi ke pondok guard untuk masuk ke kolej dalam lingkungan 1 km sahaja, tapi cukup untuk kitorang 'tarik'. Di pertengahan jalan aku masih mendahului, tetapi cuba dipintas oleh rakanku. Aku perah lagi minyak, bersungguh-sungguh nak di depan. Entah macam mana kami berdua boleh bergesel, menyebabkan aku hilang kawalan. Aku lepaskan motor dan tercampak ke tepi jalan, berguling-guling aku macam Mick Doohan menurut member aku.

Nun di seberang jalan kira-kira 20 meter, motor aku berjalan sendiri lalu melanggar sebuah kancil, milik student perempuan. Menangis-nangis dia tengok kereta dia. Bahagian depan kemek sampai pecah radiator, menandakan kuatnya hentakan dari motor aku. Motor aku, bahagian depan kondem terus sampai kena tarik chasis. Menurut kawan aku, mujur aku melepaskan motor, kalau terlibat sekali pelanggaran dengan kancil itu, hilang sorang member diorang malam tu..!

Aku pula, Alhamdulillah tiada yang patah riuk. Tapi luka teruk di bahagian paha, punggung, lengan dan dada. Lepas kejadian itu taubat aku tak merempit dalam kolej dah. RXZ aku tukarkan dengan Modenas Kris adik aku. Turun pangkat, bawa pun tak laju mana dah...

Kejadian 4

Penghujung tahun 2001 aku upgrade tunggangan aku dari 2 tayar ke 4 tayar. Iswara aeroback je, dari gila wheel bertukar pulak menjadi gila stering (apa punya gila la aku ni)... Pertengahan 2003 aku dah ada steady GF, sekarang dah jadi bini pun. Hari Isnin tu aku ambil cuti half day, untuk menghantar GF aku ke Puduraya, dia nak balik ke UUM. Dia menaiki bas jam 11 pagi. Aku ada masa lebih kurang 1 jam sahaja untuk punch card kerja aku. Terus aku pecut ke Pelabuhan Kelang melalui Federal Highway. Sampai di susur Bukit Raja aku masuk ke Highway Shahpadu, kalau di Federal Highway tadi aku tak berpeluang memecut kerana biasalah, Federal mana pernah lengang. Tetapi Highway Shahpadu memang lengang, yang ada lori treler mengangkut kontena je. Aku pun apa lagi, tekan la selagi boleh.

Sebelum susur keluar ke jalan biasa ada tol, selepas bayar tol aku kembali memecut. Masa dah singkat, aku tak nak punch card merah, jatuh la reputasi aku sebagai engineer kan... Sebelum selekoh susur keluar aku sempat menjeling ke arah meter kelajuan, tu dia 160 km/jam. Pergh selekoh dah sampai, tak sempat nak brek ni...! Dari gear 5 aku drop ke gear 4, dalam masa sama aku libas stering. Aduyai silap perbuatan aku itu...! Aku terbabas lalu melanggar divider sebelah kanan, berdentum..! Aku libas pula sebelah kiri, berdentum pula divider sebelah kiri..! 2 kali...! Akhirnya kereta berhenti...

Cermin depan kereta aku berkecai. Pintu sebelah kiri remuk teruk. Enjin kereta aku tengok berasap. Kereta aku jadi pendek di bahagian depan, lutut aku terperesok ke bawah dashboard. Aku rasa hidung aku berdarah, dada aku sakit berlanggar dengan stering. Mujur aku memakai tali pinggang keledar, namun leher aku luka akibat terjerut. Aku membuka pintu dan cuba keluar, tetapi kaki aku lemah, terpaksa merangkak... Aku bersandar di tepi divider, cuba memulihkan semangat... Aku memeriksa tubuh badan aku, tiada kecederaan teruk. Aku boleh berdiri, mengeleng-ngeleng kepala melihat ke arah kereta, sambil menyesali kebodohan diri sendiri...! Selang beberapa minit, bantuan sampai...

3 bulan kereta aku duduk dalam bengkel, boleh dibaiki tetapi insurans mengisytihar sebagai 'total lost'. Aku terus menggunakan kereta tersebut sehingga 2006 sebelum menukarkannya dengan Waja yang ku pakai sehingga ke hari ini. Pemanduan aku hari ini? Sudah pasti lebih berhemah, selagi boleh aku nak ikut segala peraturan yang ada. Cuma kadangkala tak boleh lepas juga dengan speed trap... ;P

Ceh ada hati terasa diri macam Too Fast Too Furious...

Pesanan aku kepada rakan-rakan: Jalanraya bukan tempat berlumba... Memandulah mengikut peraturan, bukan perasaan...

Read more...

Aku Masih Hidup - Part I

Aku sentiasa bersyukur ke hadrat Illahi kerana sehingga ke hari ini aku masih diberi peluang untuk bernafas, dikurniakan kesihatan tubuh badan, dibenarkan terus menumpang hidup di atas muka bumiNya ini. Namun sesekali aku terkenang kisah silam, kejadian-kejadian yang mencemaskan yang memungkinkan aku tidak berada disini; tetapi di dalam liang lahat. Seingat aku, terdapat sekurang-kurangnya 4 kali aku berhadapan dengan maut tapi ternyata ajalku belum sampai...

Kejadian 1

Ketika itu aku masih dalam darjah 1, atau mungkin awal darjah 2, ingatan aku kurang tangkap. Setiap hari aku akan dihantar oleh bapaku dengan basikal tuanya (orang miskin, kenderaan yang ada hanyalah basikal sahaja). Aku akan dihantar sehingga ke depan pintu pagar besar, dan dia akan menunggu aku sehingga aku masuk ke dalam bangunan sekolah.

Namun hari itu dia meninggalkan aku di tepi jalan, aku harus menyeberangi jalan besar untuk ke sekolah. Sebaik turun dari basikal aku terus berlari ke seberang, tanpa menoleh ke kiri dan kanan (budak kecil, mana tau apa kan...). Aku tak sedar yang sebenarnya sebuah kereta sedang memecut laju ke arah aku...

"UUUDDDAAA...!"

Macam halilintar aku dengar jeritan bapa aku. Aku terpacak di tengah jalan. Dalam masa yang sama, kereta tersebut membrek kecemasan... Sttrreeetttt... Dan kereta tersebut terbabas ke semak tepi jalan. Dia tidak berhenti, hanya merenung tajam ke arah aku dan bapa aku. Bapa aku mendukung aku ke tepi jalan, beria dia memeluk aku, aku nampak matanya basah.

"Abah minta maaf ye..." Setelah sekian lama baru aku mengerti kenapa dia meminta maaf...

Kejadian 2

Masih di sekolah rendah, awal darjah 4. Aku ingat kerana tahun tersebut aku mendapat hadiah BMX, kerana 'peksa nombor 1' ketika darjah 3. Sejak itu aku berbasikal ke sekolah.

Pagi itu hujan turun renyai-renyai...

"Uda kalau taknak pergi sekolah takpelah, boleh teman mak buat karipap ni..." Mak aku risau nak melepaskan aku ke sekolah dalam hujan.

"Takpelah mak, hujan bukan lebat pun..." Memang aku rajin ke sekolah sejak dapat BMX tu.

Mak aku tetap risau lalu meminta Kak Long aku yang bersekolah petang menemani aku, dia berbasikal di belakang aku. Sampai di satu simpang 4, aku berhenti sambil menoleh kiri dan kanan (dah pandai dah). Dalam masa yang sama sebuah bas sekolah berhenti di sebelah kanan aku. Bas tersebut ingin membelok ke kiri, manakala aku sepatutnya terus ke hadapan. Aku tak tahu bagaimana perkara tersebut terjadi, yang aku ingat aku dan bas tersebut sama-sama bergerak, maknanya kami kini dalam kedudukan bersilang. Aku tak sempat berbuat apa-apa, aku terlanggar dinding tengah bas lalu terjatuh. Basikal aku menggelongsor ke arah tayar bas manakala aku kini tertiarap di atas jalan, betul-betul di bawah perut bas...!

"UUUDDDAAA...!" Suara kakak aku pula bergema kali ini.

Bas terhenti, aku tak pasti adakah disebabkan jeritan kakak aku atau pun kerana pemandu terasa tayar bas sedang menggelek sesuatu (tayar basikal aku). Yang pasti aku terselamat dari maut buat kali kedua.

Petang itu aku 'mandi tolak bala' atas tangga depan rumah aku...

Saban hari kita mendengar berita tentang kemalangan maut. Meragut nyawa tanpa mengira usia. Sentiasalah berdoa semoga kita terus terpelihara. Gambar dari akhbar Kosmo.

Read more...

The Botak Girl

Saturday, February 12, 2011

Imej botak bukan sesuatu yang menghairankan bagi kaum lelaki. Ramai lelaki botak yang bergaya dan terkenal dengan imej begitu. Tapi kalau perempuan berimej botak...? Apa cerita nie...?

Sinead O Connor


Antara perempuan pertama yang aku kenal berimej botak. Masa tu aku remaja lagi, eksotik je aku tengok gaya minah Ireland ni. Tapi lagu dia buat aku layan. Nothing Compare To You... Sekarang aku pun tak tahu dah perkembangan penyanyi ni. Itu satu je lagu dia yang aku tahu pun...

Cameron Diaz


Minah ni memang aku minat start dari debut dia lagi dalam cerita The Mask dengan Jim Carrey. Seksi tu... Cameron Diaz membotakkan kepalanya dalam filem My Sister's Keeper. Aku sempat menonton cerita ni dalam Astro HBO baru-baru ini. Diaz berlakon sebagai seorang ibu yang membotakkan kepala demi untuk menemani anaknya yang mengalami keguguran rambut setelah menjalani kemo akibat penyakit barah yang dihidapi. Di akhir cerita anaknya mati juga. Hem sedih...

Sharifah Amani


Minah ni betul-betul bikin gempak satu Malaya satu ketika dulu. Dalam filem Muallaf arahan pengarah profilik yang kini telah kembali ke Rahmatullah, Yasmin Ahmad, dia membotakkan kepalanya. Demi untuk menghayati watak katanya... Namun filem tersebut mendapat pengiktirafan bukan saja di dalam negara, malah memenangi beberapa anugerah di luar negara...

Iffahani Iman Nur


Eh siapa pula si gadis cilik ini...? Ya, tidak lain dan tidak bukan, anak aku la weh... Al kisahnya pagi tadi aku ke kedai tayar untuk menukar tayar kereta yang kembung bersama abangnya, Shaminhani. Siap, aku terus balik. Sesampai di rumah aku mendapati Iffahani telah pun 'dibotakkan' oleh atuknya. Hehehe licin kepala anak dara aku ni. Memanglah sebelum ini pun dah tak berapa nak ada rambut... Tapi mamanya kata lepas ini, barulah rambutnya akan tumbuh sekata, Insyallah bertambah lebat dan cantik. Tak kisahlah nak... Hehehe anak aku The Botak Girl...

P/S: Aku tak nak anak aku menjadi artis. Aku nak dia jadi doktor. Cewah...! Bukan apa aku tua-tua besok mesti banyak penyakit, senang biar dia yang merawat bapaknya sendiri. Jimat belanja Ayah...

Read more...

Timbang Berat Blog


Hari ini nak share sikit tentang satu tool ni, tool untuk menimbang blog. Kenapa kita nak timbang berat blog pulak? Kerana blog yang berat akan lambat appear dan secara tak langsung membosankan pembaca/ bakal pembaca kita. Antara sebab mengapa blog menjadi berat adalah beberapa perkara seperti berikut:

1. Menggunakan widget yang terlalu banyak
2. Gambar-gambar dalam saiz yang besar
3. Kod java atau html yang terlalu panjang
4. Iklan-iklan atau animasi-animasi yang terlalu banyak
5. Pakej internet yang murah ;P
6. lain-lain...

Sesetengah blogger berpendapat saiz 100kb adalah berat yang paling ideal bagi sesebuah blog. Dalam masa yang sama ada juga yang mengatakan 150-200kb masih dikira ok. Namun terpulang kepada tuan empunya blog. Blog kita, suka hati kitalah kan... Muah ha ha...

Apa-apa pun jom try tool tersebut...































Domain Anda: Masukkan Alamat Web Anda Di Dalam Kotak (Maximum 10)


 


(cth: http://shamdisini.blogspot.com)

 
 




 



Powered by iWEBTOOL


Read more...

Kategori Pemandu

Wednesday, February 9, 2011


Aku memegang lesen memandu sudah hampir 15 tahun. Dah pelbagai jenis jalan aku lalui. Pelbagai kerenah pemandu aku jumpa. Yang berhemah, beradab di jalan raya, tak kurang pula yang menyakitkan hati, memandu macam orang gila..! Aku suka nak masukkan pemandu-pemandu di Malaysia ini dalam beberapa kategori:

1. Pemandu Tuli:

Dia tak peduli akan sekeliling dia. Dia rasa dia nak belok, dia belok. Tak payah bagi signal dah. Macam orang boleh baca melalui firasat ke mana dia nak tuju...

2. Pemandu Sengal:

Yang ini aku pelik... Kalau dah tau slow, ikut le lorong kiri. Ini tidak, dok terhegeh-hegeh di lorong kanan. Bukanlah aku kaki speed, tapi kalau bawa 60km/jam tapi duduk lorong kanan, pe cerita...? Eh tak pernah baca 'Ikut Kiri Jika Tidak Memotong' ke..?

3. Pemandu Baran:

Golongan ni pantang dipotong. Padahal masa kita potong dia slow je, tapi lepas kita potong dia wah bukan main baran dia. Kalau tak dapat potong balik dia cucuk-cucuknya bontot kereta kita. I dont understang betul...

4. Pemandu Takde Iman:

Takde kesabaran, pantang jem sikit mula dia potong ikut kiri. Kategori ni paling aku menyampah... Eh come on la, semua orang pun nak cepat gak, janganlah main potong que sampai tahap gitu...

5. Pemandu Gilo:

Ini jenis paling bahaya, tak makan saman. Pakai hentam je bawa kereta. Kerja dia nak tekan minyak je, bawa kereta tak pernah nak slow... Bahaya macam ni, dia bukan peduli pun keselamatan orang-orang lain. Ingat jalan ni abah dia punya ke...

6. Pemandu Berhemah:

Ikut undang-undang, peka keadaan sekeliling, bertimbang rasa. Memandu mengikut kelajuan yang sesuai. Tidak memotong que, tidak berhenti di petak kuning. Sentiasa mengutamakan keselamatan dan bersabar ketika memandu...

7. Pemandu Insaf:

Dari kategori 1 sampai 5 bertekad untuk berubah, atau telah berubah kepada kategori ke 6- macam aku (angkat bakul sikit ;P)... Namun jujur aku katakan aku dah banyak mengubah cara pemanduan aku. Semuanya gara-gara kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawa yang aku alami pada tahun 2003. Mujurlah ketika itu aku memandu bersendirian selepas menghantar mata air (kini isteri) pulang ke pusat pengajiannya.


Beginilah lebih kurang keadaan Iswara Aeroback aku pada ketika itu. Mujurlah Allah masih memanjangkan umur aku dan tali pinggang keledar menjadi penyelamat aku pada ketika itu. Pesanan aku kepada rakan-rakan yang memandu: ayuh kita bernekad untuk menjadi pemandu berhemah. Jangan jadi macam aku, sudah terhantuk baru nak terngadah...!

Read more...

Subuh Bersama Nik Aziz

Tuesday, February 8, 2011


Mula-mula sekali aku harap tiada yang 'panas' apabila membaca tajuk entry di atas. Aku tahu sekarang ni tengah hangat isu-isu berkaitan dengan tokoh di atas. Tak kiralah yang positif ke mahupun yang negatif. Harapan aku entry ini tidak dibaca dari sudut politik, kerana aku bukan penulis blog politik. Apa yang aku tulis berdasarkan apa yang aku lihat dan rasai.

Jumaat lepas aku berada di Kelantan (Kelantan lagi...jangan marah haa...). Aku mengambil kesempatan tersebut untuk bertemu dengan seorang tokoh yang aku kagumi sejak sekian lama. Subuh itu aku bersama abang-abang ipar dan big bos aku ke Masjid Pulau Melaka. Kami sampai lebih kurang jam 5:30 pagi. Aku sangkakan masih awal tetapi rupa-rupanya parking sudah hampir penuh. Aku mengambil air sembahyang lalu menunaikan solat tahiyatul masjid. Usai solat aku meninjau sekeliling, keluasan masjid agak sederhana. Ku kira boleh menampung maksimum 300 - 400 jemaah sahaja dalam satu-satu masa (pada pandangan aku sahaja).

Subuh masuk jam 6:14 pagi. Ketika azan dilaungkan seluruh ruang masjid telah dipenuhi jemaah. Wah dasyat jugak ni, jarang aku berjemaah subuh dengan sebegini ramai jemaah. Namun kelibat yang ditunggu tak muncul-muncul.Aku menjadi agak kecewa. "Mungkin bukan rezeki aku kali ini" getus hati kecil aku. Selang 15 minit bilal melaungkan qamat, hem memang tak dapatlah aku berimamkan Nik Aziz nampaknya.

Takbiratul ihram diangkat dan suara imam betul-betul membuat aku tersentak. Macam biasa dengar suara ni dalam tv. Bacaan Al-Fatihah bergema. Suara Imam garau, serak-serak basah. Sah, aku sedang berimamkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat! Besar sungguh rasanya hati aku. Ayat Lazim dibaca, tanpa alunan berlagu yang mendayu-dayu, namun dari suaranya terpancar aura yang kurasa menusuk ke kalbu. Aku rasakan ini antara solat aku yang paling khusyuk pernah aku alami....

Selesai solat dan zikir, beliau memberikan tazkirah. Aku tak dapat petik keseluruhan tazkirah tersebut tetapi ini 3 kesimpulan mengikut pemahaman aku:

1. Semua manusia adalah sama di sisi Allah S.W.T tanpa mengira pangkat, darjat mahupun keturunan. Yang membezakan kita sesama manusia hanyalah ketaqwaan kepada Yang Maha Esa.

2. Semua manusia tanpa mengira kaum atau sebarang fahaman yang dianuti semasa di dunia ini akan disoal dengan soalan yang sama di Padang Mahsyar kelak. Jawapan yang diterima pula hanya satu yakni sebagaimana yang diajar oleh Baginda Rasulullah S.A.W.

3. Hanya SATU undang-undang yang diperlukan di muka bumi ini iaitu UNDANG-UNDANG AL-QURAN. Sebagai hambaNya kita WAJIB melaksanakan undang-undang tersebut.

Nah siapa yang berani menyangkal kenyataan tersebut...? Takbir...!

Selesai tazkirah ku kira berpeluanglah aku untuk bersalaman dengan beliau. Rupa-rupanya sudah berbaris bapa-bapa bersama bayi-bayi mereka yang baru lahir. Tujuannya untuk bercukur jambul bayi-bayi mereka. Ku kira ada dalam belasan bayi juga yang menunggu giliran masing-masing. Hem tak respek lagi ke, nak bercukur jambul anak pun boleh minta Menteri Besar buat, tanpa perlu buat appointment pun...


Aku meninggalkan Masjid Pulau Melaka bersama 'tuannya' setelah aku pasti aku tidak akan dapat bersalaman dengan beliau. Insyallah di lain hari, jika diizinkan Allah, ingin sekali aku bersalaman dan mengucup tangannya, seorang hamba Allah yang bernama Nik Aziz Nik Mat.

P/S: Maaf ku pinta kepada rakan-rakan yang mengirimkan salam mereka kepada TGNA, kerana aku sendiri pun tidak berkesampatan untuk bersalaman dengan beliau.

P/S 2: Sedangkan berimamkan TGNA pun sudah sedemikian rasanya. Bagaimana pula jika berpeluang berimamkan Syeikh Abdul Rahman as-Sudais, imam Masjidil Haram...

Read more...

From Kelantan With Love

Monday, February 7, 2011


Yeahhh kembali bersiaran setelah 'berehat' dari dunia blog selama beberapa hari. Bagi yang tak tahu, aku ke Kelantan beberapa hari lepas. Cuti-cuti bersama family. Memang dah lama aku teringin nak ke sana, baru sekarang tercapai hajat. Bermacam-macam planing dibuat sebelum pergi, tapi tak semua kesampaian. Kekangan terbesar berlaku akibat: JEM...!

Perghh memang memenatkan bila tersangkut dalam trafik jem. Lebih-lebih lagi di kawasan yang kita serba tak tahu. Mujur ada abang ipar aku yang sememangnya berasal dari Newcastle (Kota Bharu). Dialah yang menjadi tourist guide sepanjang kami disana. Menyesal juga tak dengar nasihatnya dulu supaya tidak ke Kelantan dalam musim perayaan (tak kiralah musim perayaan apa pun), tapi ini keputusan sebulat suara kami sekeluarga. Jadinya, sama-sama tanggunglah. Bayangkanlah, perjalanan balik kami yang sepatutnya memakan masa 6 ke 7 jam berlarutan selama 14 jam...! Naik baran aku kat pemandu yang main potong line kiri...! Burning betul...!

Anyway the whole trip tetap menyeronokkan dan Kelantan tetap memberikan kepuasan. Jom aku share serba sedikit:

1st aku nak share pengalaman di Masjid Kampung Melaka, Subuh bersama Menteri Besar Kelantan... Opps ada banyak aku nak cerita disini. Aku buat di next entry ok...

2. Penginapan


Kami menginap di Pelangi Kondominium. Tuannya seorang guru juga. Buat side income dengan menjadikan kondo tersebut sebagai homestay. Bijok demo... Macam tak percaya aku dengan kondominium 4 bilik (semua bilik termasuk ruang tamu berhawa dingin) di hadapan Sungai Kelantan ni cuma berharga RM350 satu malam. Mana mau cari woo... Kalau ke Kelantan bersama keluarga besar, bolehlah anda cari Pelangi Kondominium. Lokasi? Aku pun tak tau nak bagitau macamana. Hehe...

3. Wakaf Che Yeh & Rantau Panjang:

Aku tak sempat nak snap suasana di Wakaf Che Yeh. Semuanya gara-gara JEM! Nak shoping pun takde mood. Setakat jalan-jalan 1, 2 lorong tengok-tengok baju. Orang rumah aku sempat beli sepasang blaus, itu sahaja. Tapi satu aku nak bagitau: setakat uptown, downtown, danau kota di KL; memang kena pukul dengan Wakaf Che Yeh. Yang boleh lawan mungkin Pasar Malam Jalan TAR pada musim nak menyambut Raya Puasa.

Rantau Panjang, memang heaven of goloks... Dari kasut nike, jersey EPL, La Liga, Serie A, pakaian kanak-kanak, tikar bantal, periuk belanga, mangkuk tingkat mangkuk berayun, segala macam jenis barang ada. Apa perlu kita sediakan? Ya, pitih... Cuma hari tu aku tak pasti kenapa, tawar menawar kurang menjadi, semua kedai bagi harga mati. "tokleh gi doh be..." Namun harga masih murah berbanding di luar, itu yang pasti...


4. Makanan


Patutlah setiap tahun aku tengok berlumba-lumba member-member Kelantan aku mengisi borang pertukaran. Semuanyanya nak balik Kelantan. Satu faktor utama aku rasa adalah kos hidup disana yang masih murah, terutamanya makanan. Harga makanan di sana memang agak memeranjatkan kami sekeluarga, semua di bawah budget kami. Thumbs up untuk Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan (promote sikit...). Untuk makan tengahari lauk ikan bakar, ikan keli goreng, ayam goreng, gulai ikan patin, sayur campur dan ulam-ulaman bersama sambal belacan dan budu, 2 hidangan untuk makan 14 orang, harganya RM90. Berbaloi? Memang berbaloi...

5. Masjid Beijing


Bukan Beijing China tapi Masjid Beijing Rantau Panjang ataupun nama rasminya Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra. Sempat solat jamak dan berehat seketika disini. Bersih, indah dan reka bentuk yang unik. Itu yang dapat aku katakan berkenaan masjid ini.



6. Jawi

Bukan masuk jawi tapi menyemarakkan penggunaan jawi di kalangan masyarakat. Baru aku tahu selama ini signboard di seluruh Kota Bharu ada menggunakan tulisan jawi. Bukan setakat premis-premis kerajaan sahaja, malahan kedai-kedai cina pun turut menggunakan tulisan jawi. Banggo kawe... Syabas untuk MPKB...! Agak-agak bila KL boleh ikut nih...?


Oklah aku rasa cukup setakat ini dulu kot... Ada masa nanti aku stori mori lagi. Sebenarnya banyak lagi tempat yang tak sempat kami pergi, antaranya PCB, Muzium, Masjid Negeri etc... Mungkin lain kali, kerana Kelantan - we are not done yet...

Read more...

Ini Tahun Arnab... Kelate Ambo Maghi Ni...

Wednesday, February 2, 2011


Petang ini sahabat kita berbangsa cina akan berkumpul sekeluarga dan 'makan busat'. Esok mereka akan menyambut tahun baru dalam kalendar tahunan mereka. Seperti yang ramai telah maklum tahun 2011 merupakan tahun bagi zodiak arnab. Mereka yang dilahirkan pada tahun arnab dikatakan seorang yang gembira, berbakat, senang didampingi, rendah diri, tidak sombong, tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan. Betul atau tidak, wallahu a'lam...

Sebagai umat Islam kita dilarang mempercayai perkara-perkara sebegini. Cuma pendapat aku oleh kerana kebudayaan cina berasal dari salah satu tamadun manusia yang terawal, makanya kajian-kajian dan ilmu-ilmu mereka tidak boleh diabaikan sama sekali. Kalau tidak masakan Rasul kita sendiri meminta kita untuk menuntut ilmu hingga ke negara China... Betul nggak...?

Apa-apa pun, ucapan aku untuk semua yang berbangsa cina (used to have many chinese friends): Gong Xi Fa Chai... Hong Pau Na Lai...

***********************************************************************************

Yang menyembut Tahun Baru Cina kaum cina sahaja, tapi yang untungnya kita sebagai rakyat Malaysia, dapat juga bercuti bersama-sama. Aku ni dah bercuti dari Sabtu lepas dah. Beruntung badan... Yang tak beruntungnya masa nak mengganti cuti nanti, kenalah bersekolah selama 2 kali Sabtu pulak.

Takpela itu, mari kita cerita pasal cuti. Kali ni family aku dah plan satu trip, destinasi kali ini: negeri Cik Siti We Kembe... Klate loh... Teruja juga aku kerana ini baru kali ke-2 aku nak menjejakkan kaki ke sana. Kali pertama trip pakai hentam je. Semasa bertugas di Cameron aku bersama member yang kampungnya di Newcastle (Kota Baru) balik hari ke Kelantan semata-mata nak mengambil data guru yang dia tertinggal. Kami bergerak lepas sekolah, dalam pukul 2 sampai Kota Baru pukul 6 petang. Lepak sekejap rumahnya, bertolak balik pukul 8 malam dan sampai Cameron jam 3 pagi. Besoknya sekolah pulak. Wah tak kerja giler ke namanya tu...

Berbalik pada trip kami sefamily tadi, berikut seba sedikit perancangannya. Ops lupa nak bagitau rakan-rakan yang aku mungkin takkan bersiaran selewat-lewatnya sehingga hari Ahad ini.

Khamis:

Bertolak sebelum Subuh, target Subuh di Lipis dan bersarapan di Gua Musang. Sampai dalam tengahari terus check in (Kakak aku dah booking sebuah kondo 4 bilik di pinggir Kota Baru). Berehat dahulu dan waktu petang layan budak-budak kat swimming pool. Sebelah malam kita ke Wakaf Che Yeh...

Jumaat:

Subuh di Masjid Kampung Melaka (hajat besar aku ni...) dan Jumaat di Masjid Beijing (jalan tak tahu lagi, sampai masa redah aje...). Sebelah petang bershoping di Rantau Panjang sampai pengsan.

Sabtu:

Acara sendiri-sendiri. Kak Ngah aku for sure nak menjenguk mertuanya. Kak Long dan Adik nak ke KB Mall. Aku plan nak berjumpa member-member Kelantan. Sem, Pok Nik, Adha, Asri, Ustaz, Jedy, Qublai... Sape lagi...? Mana yang sempat ler...

Bertolak balik tengahari Sabtu, dijangka sampai sebelum tengah malam... Doakan keselamatan kami ye... Daa...

P/S: Tak sabar aku untuk berjemaah di Masjid Kampung Melaka berimamkan Tokoh Muslim ke-42 paling berpengaruh di dunia pada tahun 2009... Biarlah orang nak kata apa pun tentang dia tetapi besar sungguh harapanku moga hasrat aku ini kesampaian...

Read more...

Majlis Kesyukuran Dan Aqiqah Iffahani Dan Nur Aqiesa

Tuesday, February 1, 2011


Aku merakamkan peristiwa bersejarah ini untuk tatapan keluarga dan sahabat. Sebagai lipatan kenangan supaya suatu hari nanti ketika anak aku membacanya, dia mengerti betapa kasih serta sayangnya Ayah serta Mama kepadanya...

7:30 pagi: Hujan renyai sejak subuh agak membimbangkan aku. Macamana nak buat kenduri dalam hujan ini...


8:30 pagi: Hujan renyai, tidak mahu berhenti sepenuhnya. Keterer sudah mula menyusun meja dan tray hidangan.


9:00 Pagi: Kumpulan Marhaban Wanita Kampung Batu 1 mula sampai, runcit-runcit. Hujan masih renyai tetapi aku nampak makcik-makcik ni semua steady. Ops lupa nak bagitau, mak aku merupakan salah seorang 'orang kuat' group ini...


10:00 Pagi: Selepas sarapan pulut, mi goreng bersama rendang dan kuih muih, Kumpulan Marhaban Wanita memulakan acara mereka. Sayu dengar makcik-makcik ni berzanji. Lagu-lagunya masih layan, sama macam kenduri Shahmin dulu...

11:30 Pagi: Hidangan sudah tersedia. Lauk kari kambing, ayam berempah, nenas masak terang bulan, ulam-ulam dengan sambal belacan menjadi bahan santapan. Pada masa yang sama jemputan lelaki mula sampai.


12:00 Tengahari: Hujan mula lebat, jemputan lelaki sampai dalam keadaan basah. Ada yang hampir kuyup. Imam sampai agak lewat, katanya ada masalah sikit. No problem Tuan Imam, yang penting sampai. Bacaan Yasin dan doa dimulakan...

1:00 Tengahari: Peak hour... Dalam hujan tetamu datang dan balik. Aku dan adik aku tak menang tangan. Clear meja, tambah lauk, sambut member-member...

2:00 Petang: Tetamu terakhir mengucapkan selamat dan beredar. Hujan masih turun cuma tak selebat sebentar tadi. Aku tengok lauk-pauk hidangan 90% clear...

3:00 Petang: Katerer datang clearing table dan tray... Aku baru berpeluang menjamah makanan. Bersama dengan orang tua dan adik beradik. Sedikit post mortem: kenduri kita berjaya... Alhamdulillah...



P/S: Moga majlis kami kali ini mendapat barakah dan dirahmati olehNya. Dan moga dengan izinNya, juga berkat doa para hadirin, dapat memudahkan usaha kami dalam membesarkan anak-anak kami, menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti. Paling penting menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan anak-anak yang soleh dan solehah... Amin Ya Rabbil Alamin...

Lagi cerita disini>>

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP