Sahabat Tanpa Suara

Saintis Muda...

Friday, April 29, 2011


Fuh baru ada masa nak membelek-belek blog ni. Ya, memang aku agak sibuk sejak entry terakhir beberapa hari lepas. Apa yang aku sibukkan? Sibuklah, dengan kerja-kerja keguruan... Itulah, siapa kata kerja cikgu tak sibuk...? Tapi takpelah, bukan itu yang aku nak ceritakan. Korang pun pasti bosan gak bila aku asyik cerita pasal kesibukkan aku jer kan...? Macamlah orang lain tak sibuk...

Dalam entry lepas aku menulis tentang Mr Yes Man, baca sini>>... Kisahnya tentang kesanggupan aku untuk menjadi hakim bagi Karnival Sains Peringkat Negeri Pahang 2011. Di bahagian bawah aku ada buat note: "Dok tunggu bala apa pulak yang nak datang besok ni...!" Dan hasilnya, seperti yang aku duga, memang ada bala yang menanti aku keesokkan harinya...! Sangkaan awal aku adalah aku akan menjadi hakim pertandingan Bot Solar. Puasla aku google pasal Karnival Sains dan bot solar... Tiba je waktu taklimat kehakiman (1 hari sebelum Karnival berlangsung), aku ditugaskan untuk menjadi hakim Pertandingan Rumah EUREKA...! Ya EUREKA...! Apa itu EUREKA...? @#%$^...! Mana aku tau...!

Mujur pakcik google sedia membantu. Malam tu aku apa lagi, berjaga sampai lewat malam, mencari apakah ertinya EUREKA itu... Oh rupa-rupanya Rumah Eureka adalah rumah konsep yang menggunakan konsep RE dan EE atau Renewal Energy dan Energy Efficiency. Nak tau lebih lanjut korang google ajelah ye...


Aku tak nak ulas panjang lebar berkenaan konsep rumah tersebut, cuma aku nak kongsi momen aku bersama-sama saintis muda ini. Ops lupa nak bagitau, pertandingan ini hanya terbuka untuk pelajar-pelajar sekolah rendah sahaja. Sebab itu aku panggil diorang saintis muda. Aku tak mengajar di sekolah rendah, tapi aku jadi suka bila melihat gelagat budak-budak ni. Kesungguhan mereka, tekad nak menang... Diorang duduk, bangun, bersila malah sampai tahap meniarap atas lantai, bertekak sesama sendiri; semuanya dengan niat untuk menjadi champion...


Dan hasilnya, inilah model yang diangkat untuk menjadi juara edisi kali ini. Pemenangnya adalah saintis muda dari Daerah Maran... Selain menghasilkan model rumah yang paling stabil dan kukuh, mereka berjaya menerapkan elemen-elemen yang berkaitan dengan Renewal Energy dan Energy Efficiency pada tahap yang paling maksimum...


Ini pula hasil tangan saintis muda dari daerah tuan rumah, daerah aku la tu... Malangnya akibat dari kecetekan pengalaman, daerah Raub gagal mendapat sebarang tempat. Namun syabas juga diucapkan kepada mereka kerana menurut guru mereka, ini merupakan pertama kali mereka menyertai pertandingan tersebut dan masa untuk preparation hanya ada 1 minggu lebih sahaja... Ok sangatlah tu kan...


Apa-apa pun aku berharap sangat supaya karnival seperti ini dapat diteruskan lagi di masa-masa hadapan, memang ianya satu usaha yang sangat bermanfaat. Selain dapat menanam minat anak-anak ini kepada sains dan alam sekitar ianya secara tidak langsung dapat menerapkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan sains dan teknologi masa hadapan. Syabas dan tahniah sekali lagi pada semua bakal-bakal saintis negara. Semoga anda semua dapat membangunkan negara ini ke arah yang lebih baik pada masa-masa hadapan... Majulah sains untuk negara...

Read more...

Mr Yes Man...

Thursday, April 21, 2011


Korang pernah tengok filem ni tak...? Yes Man lakonan Jim Carrey. Kisahnya bagaimana seorang lelaki yang mencabar dirinya sendiri untuk berkata YA kepada semua perkara yang datang dalam hidupnya... Pergh macamana tu...? Semua benda yang datang kita kena kata YA, atau BOLEH, atau BERES...! Agak-agak boleh hidup tak macam tu...?

Dalam kehidupan seharian, aku tidak boleh lakukan begitu, memang ada sesetengah perkara yang perlu aku katakan TIDAK. Mana boleh maa... Kalau ada orang minta yang bukan-bukan macamana? Contohnya tiba-tiba datang seorang awek cun yang kaya raya ajak aku couple, takkan aku nak kata YA pulak. Aku kan dah berumah tangga. Takkan aku nak kecewakan isteri aku pulak... Hua hua hua, perasan...

Tetapi dalam kerjaya aku sebagai guru ini, hampir semua perkara aku kena berkata YA, atau BOLEH, atau BERES. Lebih-lebih lagi kalau arahan itu datangnya dari YB Tuan/ Puan Pengetua, lagi pulak kalau arahan itu datangnya dari YAB Tuan/ Puan Pegawai PPD, lagi tak boleh kata TIDAK bila arahan itu datangnya dari YM Tuan/ Puan Pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri...

Ironinya perkara tersebut memang sedang berlaku kepada aku sekarang ini. Minggu lepas aku diberitahu oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik yang daerah tempat aku mengajar ini telah terpilih untuk menganjurkan Karnival Sains peringkat Negeri Pahang 2011. Karnivalnya akan berlangsung dari Jumaat (esok) hingga Ahad ini. Sebagai satu-satunya guru lelaki dalam bidang sains dan matematik, (setelah kematian arwah Halim, dan setelah ditolak dengan seorang lagi guru lelaki yang sudah bergred DG52 yang bakal pencen beberapa tahun lagi) secara automatik aku perlu menyediakan 3 orang pelajar untuk menyertai Pertandingan Bot Solar. Bot Solar...?

YA...! Aku katakan padanya. Walaupun aku satu habuk pun tak tau apa-apa berkenaan bot solar ni...! Mujur ada rakan guru yang sudi menolong. Thanks Lan, thanks Irman... Korang memang TERBAYEK...!

Selasa baru ni aku Cuti Rehat Khas, atas urusan peribadi. Dalam tengahari Ketua Bidang menghubungi aku:

"Sham, penyediaan peserta bot solar tu awak serahkan pada Lan dengan Irman jelah, awak dapat tugas baru ni... Pengetua minta awak masuk AJK pengelola... Sediakan tapak pertandingan, uruskan terus pertandingan tu sampai habis... Bla bla..."

"Eh eh pengelola la pulak... Apa ni...?" Dalam hati jer...

BOLEH...! Aku katakan padanya. Dahla aku baru tahu pasal bot solar ni, sekarang ni kena jadi pengelola pulak... Tak pe Lan dengan Irman ni mesti boleh tolong lagi... Diorang ada pengalaman. Sepanjang sehari dua ni aku sibuk mencari maklumat tentang penganjuran pertandingan bot solar dalam google (sebab tu kurang ada masa nak melawat kawan-kawan ;P)...

Siang tadi aku melawat tapak pertandingan, bahan-bahan sepatutnya sampai petang tadi. Belum sempat pun aku menyediakan tapak, tengahari tadi datang GPK Koko kepada aku:

"Sham, mu tak payah sediakan tempat. Kita bagi tugas tu kat cikgu lain. Suhaimi dengan Rahmat boleh tolong bahagian tu... Aku baru dapat fax dari JPN ni, nama mu naik pulak, kena jadi hakim pertandingan... Bla bla..."

"Hakim...? Apa saya nak hakimkan Cikgu Nan, benda ni pun saya baru tahu 2, 3 hari lepas...!"

"Alaaa, takde apanya. Besok petang ada taklimat akhir dari pihak JPN. Mu ikut je apa yang diorang suruh... Bla bla..."

"BERES...!" Kata aku... Isyh isyh isyh... Memang aku ni MR YES MAN betul la...

P/S: Dok tunggu bala apa pulak yang nak datang besok ni...!

Read more...

Kekasih Lama...

Tuesday, April 19, 2011

Entah mengapakah,
Hatiku bergetaran...
Bila bertemu lagi,
Oh kekasih lama...

Fuh lagu peveret jugak tu masa aku sekolah dulu... Aris Ariwatan tu...

Baru-baru ni aku buka FB (yang dah agak lama aku tak jengah), aku dapat friend request dari satu nama yang buat aku agak terkejut. Aku buka profile tersebut dan... Sah...! Cinta Kenangan Silam... Cewah, memang mengimbau kenangan silam betul...

Alkisahnya si dia ini merupakan first crush aku (bukan first love ok...). Aku ni kategori manusia yang sensitif (ala-ala romantik jugalah ;D) jadi sesetengah perkara tu memang jelas dalam ingatan aku. Antaranya adalah bagaimana aku terserempak dengan si dia ketika pendaftaran tingkatan 4 dan sejak tu memang aku terus set dalam otak:

"aweks ni aku mesti mau kasi ayat...! Aku mesti mau kasi dia jadi aweks aku...! Har har har...(gelak macam orang jahat...)"

Nasib aku baik, walaupun kami berlainan kelas tetapi kami berada dalam satu pasukan unit beruniform. Apa lagi, aku pun masuk jarumlah... Pada mulanya susah juga tapi dari kesungguhan aku menggunakan taktik-taktik Roy (Gila-gila Remaja), dapat jugak aku rapat dengannya... Har har... Tapi at the end, aku sendiri pun tak pasti sebenarnya apakah kami ini boleh diisytiharkan sebagai couple atau pun tidak. Takde declare apa-apa, dan aku hanya rapat dengan dia masa tingkatan 4 sahaja. Naik tingkatan 5, dengan aku yang ada macam-macam kes disiplin dan dia pun agaknya tak suka budak yang bermasalah; akhirnya kami 'break' macam tu ajer...

Berbalik pada FB aku tadi, there is absolutely nothing happen. Kami hanya bermesej dua tiga ayat, bertanya khabar dan bertanya perkembangan terkini masing-masing, itu sahaja... Masing-masing dah berkeluarga dan bahagian dengan keluarga masing-masing... Jangan buat pasal, FB ni dah banyak bikin panas woo...

Baru-baru ini terjadi kepada rakan kerja aku sendiri. Aku bukan dengar cerita orang lain tapi dia sendiri yang buka mulut bercerita. Dari FB dia terjumpa bekas tunangnya. Pada asalnya hanya sekadar chating tetapi akhirnya, apabila terlalu mengimbau Cinta Kenangan Silam akhirnya masing-masing kembali terjebak dengan perasaan masing-masing...!

Nak dijadikan cerita, suatu hari tu dia 'terkantoi' dengan isterinya... Apa lagi meletuslah perang dunia ketiga...! Agak berat kes tersebut sehingga terpaksa dirujuk ke kaunselor pejabat kadi... Tapi syukur katanya kerana dia masih dapat lagi menyelamatkan rumahtangganya. Ternyata dia sebenarnya masih sayangkan isteri dan keluarganya. Cuma apabila terlalu mengikut perasaan, itulah jadinya...


P/S: Ini pesanan dan peringatan, kepada aku sendiri dan sesiapa yang berkenaan: Hargai apa yang ada pada kita, kerana itulah yang telah ditakdirkan untuk kita. Jangan terlalu mengenang kisah lampau...

Read more...

Tak Serik-serik...

Saturday, April 16, 2011

Sebelum ini aku ada tulis tentang keskemaan aku masa sekolah rendah, baca sini>>. Selepas itu aku menulis pula betapa aku terkena cultural shock di Kuantan, baca sini>>... Bagi yang mengikuti atau terikut cerita-cerita tu, jom aku nak sambung sedikit lagi...

Untuk menginap di asrama aku terpaksa membawa kedua-dua orang tua aku untuk menjadi saksi aku janji yang perlu aku buat di hadapan warden dan pengetua sekolah. Bayangkan betapa susahnya kedua orang tua aku, kami bukan ada kereta ketika itu, terpaksalah menaiki bas. Jauh tu dari Bentong ke Kuantan, masa tu mana ada hiway lagi, makan juga masa 5-6 jam...! Aduyai bila dikenang-kenangkan semula memang terasa sangat aku ni anak yang banyak menyusahkan orang tua...

Selesai 'acara' aku janji, orang tua aku harus segera balik ke Bentong. Di Kuantan bukan ada saudara mara nak tumpang menginap. Nak sewa hotel? Tak mampu, duit budget cukup-cukup untuk tambang je... Sebelum mereka bertolak pulang, macam-macam nasihat yang mak aku bagi; bersama dengan genangan air mata. Memang cair sangat hati aku masa tu. Bapak aku, aku tak ingat sebarang kata-katanya. Besar kemungkinan dia tak berkata apa-apa. Aku dah faham sangat, kalau dalam keadaan marah memang dia tak boleh bercakap. kalau bercakap juga, dia akan bercakap dengan 'tangan' dan 'kaki'...!

Cerita seterusnya yang patut berlaku adalah: aku insaf dan kembali ke landasan yang sebenar. Tiada lagi fly asrama, ponteng kelas, rokok, hu ha hu ha tak tentu pasal... Namun bukan itu yang berlaku, hakikat yang berlaku adalah: pada malam pertama di asrama dalam tingkatan 5, aku bersama rakan-rakan meneruskan tradisi fly seperti biasa. Memanjat pagar yang sama, melompat longkang yang sama dan melepak di kedai Mak Aji yang sama...! Hu hu hu, apa punya @%$&^* daa...!

Di asrama perangai aku semakin menjadi-jadi. Sekarang aku dah jadi senior, dah kira taraf otai dah. Kalau dulu aku tukang angkat makan, basuh baju kasut senior; sekarang aku pulak bertindak sebagai tukang suruh... Seronok jadi senior woo...

Di kelas, 2x5 juga. Pernah aku hampir bergaduh dengan guru lukisan kejuruteraan. Sebabnya, erm tak mau ceritalah... Malu... Tapi memang salah aku, aku mengaku... Akibatnya aku tak masuk ke kelas tersebut, sehingga ke pertengahan tahun...! Itu pun mujur cikgu tersebut bertukar, kalau tidak tak tahulah apa cerita...

Kesedaran tak pernah datang pada aku, pelajaran entah kemana, perasaan ingin enjoy sahaja... Sedar tak sedar dah masuk bulan 8, tiba-tiba baru aku sedar yang SPM hanya tinggal beberapa bulan je lagi...! Kesedaran baru nak sampai, tiba-tiba aku dikejutkan oleh satu berita gempar dari kampung...! Satu peristiwa besar berlaku dalam keluarga aku yang mendatangkan keinsafan SERTA-MERTA kepada aku...!

Peristiwa tersebut merupakan satu turning point yang sangat-sangat kena pada masanya...! Hanya dengan peristiwa sebesar itu yang mampu mengubah aku. Aku sedar aku masih belum terlambat. Walaupun laluan sudah agak terpesong dari landasan yang sebenar, aku harus kembali ke landasan yang betul... Dalam tempoh yang amat singkat aku terpaksa struggle... SPM hanya tinggal beberapa bulan saja lagi...

Sejak itu buku menjadi teman aku kemana-mana. Masa itu juga baru nak terhegeh-hegeh mencari kawan study. Tapi mujur, suasana di sekolah dan asrama banyak membantu. Itulah kelebihan berada di asrama penuh. Menjelang SPM, aku rasa hanya 70% sahaja bersedia. Dengan masa study yang singkat, harus cover untuk pembelajaran dari seawal tingkatan 4...! Maklumlah selama ini bukan belajar betul-betul pun... Tapi nak buat macamana, redah ajelah...

P/S: Agak-agak macamanalah result SPM aku kan...? Er apa pula peristiwa besar yang menjadi turning point dalam kehidupan aku masa itu... Aku cerita lain kali jelah ye...

Read more...

Sukanya Saya...!

Wednesday, April 13, 2011

Aku mula mengenali dunia blog ini hanya pada tahun 2008. Kalau korang tengok profile aku, on blogger since December 2008. tapi masa tu aku buat blog untuk cuba-cuba je. Takde entry pun masa tu. Selain blog ini, aku ada satu lagi blog, tapi bukan melalui blogger, melalui wordpress. Yang ini menggunakan hosting dan domain berbayar. Tak perlulah aku sebutkan nama blog tu, dah berkubur pun...

Pada ketika itu aku lebih menumpukan penulisan di blog wordpress tersebut, tulisan berkisar tentang perniagaan internet. Inpirasi aku masa tu, siapa lagi kalau bukan Irfan Khairi. Internet Marketer yang bergelar jutawan pada usia 25 tahun...! Har har tapinya dengan pengetahuan yang terlalu ciput, ditambah dengan kesungguhan yang sangat minima, aku tak dapat bertahan lama. Walaupun aku melanggan hosting dan domain itu untuk tempoh setahun, tetapi usia blog wordpress itu hanya menjangkau lebih kurang 6 bulan sahaja... Lepas tu lingkup...! Kuang kuang kuang...

Sejak itu aku putus hin seketika. Sementelah lagi aku berpindah tempat kerja (dari Cameron balik ke Bentong) dan di Bentong aku tidak mempunyai sebarang akses kepada internet. Dunia blog hilang dalam diari hidup aku buat seketika...

Sehinggalah pada pertengahan 2010, aku melanggan celcom broadband (sekarang dah stremyx, tak lagi tersengguk-sengguk...), pada asalnya untuk kemudahan pembayaran bil-bil online; aku mula menjengah kembali dunia blog. Hati kembali tertarik untuk menulis. Takde particular issues yang aku nak sampaikan. Hanya kisah-kisah aku yang aku rasa boleh dikongsi bersama, luahan pendapat untuk percambahan fikiran dan paling utama, serba sedikit perkara baik yang boleh disumbang untuk menambah baik kehidupan di muka bumi ini (wah besar harapan tu)...

Dalam berblog, aku mengamalkan konsep 'folow memolow', kerana pada pendapat aku untuk merasa kemeriahan berblog biarlah ramai kawan. Walaupun aku pernah menerima ayat ini:

"Sori ye, u folow i tak semestinya i nak folow u balik... i folow yang mana i nak aje la..."

Hem takpe, aku balas balik:

"Takpelah dik, u taknak folow pun takpe, dalam dunia ni ada berjuta lagi blogger..."

Kini aku aktif dalam bab 'komen mengomen' pulak. Memang aku suka meninggalkan komen-komen di blog yang aku lawati. Sebabnya bila aku tinggalkan komen for sure akan ada komen balasan di entry aku pula. Jujur aku katakan memang aku senang dengan semua komen-komen yang datang. Terasa tulisan dihargai, terasa ada sokongan... untuk itu, THANKS TO U OLLS... Very-very the much... Tidak lupa juga kepada silent readers (kalau ada le)...

Kini aku harus akui, aku suka berblog. Sampai bila pula kali ini...? Biar masa saja yang menentukan... Tapi yang pastinya, aku suka, aku suka berblog... Eeiii SUKANYA SAYA...!


P/S: Gambar di atas adalah gambar hiasan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan aku, keluarga aku mahu pun saudara-mara dekat/ jauh/ bau-bau kentut aku... Mahu pun rakan-rakan blog aku...

Read more...

Yang Cantik-cantik...

Monday, April 11, 2011

Aku percaya semua orang suka tengok benda yang cantik-cantik... Ada yang sebaliknya...? Hem there must be something wrong dengan anda... Hee... Aku ada terbaca semasa aku round-round tengok blog member, katanya mata lelaki ni memang suka sangat tengok benda-benda cantik... Lebih-lebih lagi bila tengok PEREMPUAN CANTIK...! Well bagi aku: No komen (ceh ayat artis tu!)...

Bagi aku, ada beberapa benda cantik yang aku suka tengok, antaranya:

1. Pemandangan Cantik:


Huh memang mendamaikan bila melihat pemandangan-pemandangan yang cantik. Lebih-lebih lagi pemandangan alam semulajadi... Terasa kebesaranNya... Agak-agaknya betapa indahlah syurgaNya kelak kan...?

2. Rumah Cantik:


Sejak kebelakangan ini hampir setiap petang kerja aku membawa orang rumah aku dan anak-anak menaiki kereta berpusing-pusing ke dalam taman-taman perumahan. Boleh kata dah habis taman perumahan di Bentong ni kitorang jejaki. Saje usha-usha rumah orang, mana yang cantik tu bolehlah diambil idea untuk hiasan rumah sendiri kelak...

3. Kereta Cantik:


Yang ini komfemlah, selagi aku bergelar kakitangan kerajaan kiranya boleh bermimpilah sajelah nak memiliki kereta-kereta tahap ini. Tapi mata aku memang tertarik dengan kereta-kereta cantik... Kiranya berpaling kepalalah kalau terserempak...

4. Perempuan Cantik:


Har har memang betul aku ni lelaki sejati kan... Lelaki mana tak suka tengok perempuan cantik ooi... Tapi ingat kawan, tengok sekali: kira rezeki tu... Tengok kali kedua dah kira... Sendiri mau ingatlah... Psstt, atas tu gambar bini orang ye... jangan usha lama-lama ok...! ;P

P/S: Entry ini dibuat khas untuk mengambil hati orang rumah aku. Aku terlupa lagi b/ day dia baru baru ini...! Arghhh kenapalah aku selalu lupa erk...???!!!

Read more...

I Tak Rela U...

Thursday, April 7, 2011

Antara laman web yang kerap aku lawati adalah laman web youtube. Hem siapa tak biasa ke situkan...? Macam-macam cerita ada kat situ. Hari ini tengah aku usha-usha, terjumpa satu video yang agak gempak bagi aku...! Bagi aku gempaklah, bagi korang aku tak tahu. Nah cuba korang tengok. Layanzzz (ceh macam fafau la plak...!)



Aku tak taulah samada aku nak gelak atau nak nangis tengok video ni. Rasa nak tergelak bila tengok gelagat manusia-manusia yang mengalami kecelaruan gender tahap kronik ni...! Rasa nak nangis pulak bila mengenangkan betapa acara-acara sebegini sudah mula mendapat tempat di negara ini. Bukan sahaja dibuat secara terbuka, malah mendapat sambutan yang agak hangat, siap ada artis jemputan lagi. Artis jemputan tu pulak yang bertudung. Aku tak pasti adakah si artis ni tau akan hukum hakamnya acara sebegini atau tidak (cuba korang dengar komen dia)...!

Semasa aku belajar di peringkat matrix dulu aku pernah bekerja secara sambilan di sebuah Rest House. Secara kebetulan terdapat 4-5 orang nyah bekerja bersama-sama. Tidak aku nafikan yang mereka ini baik-baik orangnya. Best berkawan dengan mereka, peramah, cepat mesra, pandai bergurau... Pernah suatu hari mereka mengajak aku naik ke sebuah pusat peranginan tanah tinggi, saje jalan-jalan, ada event sikit kata mereka. Tapi aku menolak, takut u... Hee hee. Tapi aku tak tunjuklah... Jaga hati member...

Rupa-rupanya mereka mengadakan parti, ala-ala pertunjukkan fesyen. Diorang siap tunjuk gambar-gambar diorang melaram. Siap ada gambar-gambar yang 18SX lagi...! Perghh nasib baik aku tak ikut...

Bicara tentang dunia nyah ni dah kerap atau biasa kita dengar. Tak payahlah aku nak ulas panjang-panjang. Aku pun bukan pakar kajian sosial, tak mampu aku nak menghuraikan semua permasalahan ini... Cuma tujuan aku berkongsi adalah untuk menyatakan yang aku tidak bersetuju dengan perkara ini...! Dan harapan aku semoga perkara ini dapat dibendung dengan segera. Bagaimana...? Jangan tanya aku, tanyalah pihak yang bertanggungjawab. Aku cuma mampu memilih untuk membenci dalam hati, iaitu selemah-lemah iman... Huu huu...

P/S: Aku bukan benci atau anti golongan nyah, tetapi merasa simpati terhadap mereka. Aku yakin ramai yang sependapat dengan aku. Cuma pesan aku kepada golongan ini, itu bukan satu alasan untuk anda terus hidup dalam keadaan ini. Ingatlah firman Allah bahawa: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." Surah Ar-Ra'd (ayat 11).

Read more...

Politik Malaysia...

Tuesday, April 5, 2011

Dalam tempoh beberapa hari ini aku dapat merasakan kehangatan politik tanah air berada pada graf puncaknya. Disana sini sibuk orang memperkatakan tentang sesuatu yang 'meletop' sehari dua ini. Kemuncaknya adalah tersebarnya video 18SX yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang di negara ini.


Walaupun aku pernah menyatakan yang aku tak nak sentuh tulisan berkaitan politik dalam blog ini, tapi hari ini aku tak boleh tahan. Nak sangat sama-sama tumpang semangkuk. Tapi aku bukan nak menulis tentang politik kepartian. Bukan nak cerita parti ini NGOK atau parti itu HAMPAS, orang ini membunuh model Mongolia atau orang itu kaki liwat dan kaki zina...! Semua itu kalian boleh dapati di blog-blog lain, berlambak-lambak sekarang ini. Ada blog yang menulis dengan berhemah dan berfakta, tak kurang juga yang menulis secara semberono, memaki hamun, sumpah seranah dan penuh dengan kata-kata menghina. Aku...? Cuma menulis dari perspektif aku sendiri, pandangan peribadi. Kalau kalian sudi boleh terus membaca...

Aku mula mengenali politik hanya selepas tahun 1998, apabila TPM (DSAI) ketika itu dipecat dan digugurkan serta merta dari kabinet. Pada ketika itu aku masih menuntut di UPM. Perkara itu merupakan sesuatu yang SANGAT BESAR bagi aku pada ketika itu. Sejak itu bergema laungan keramat 'REFORMASI' di jalan-jalan raya di ibu kota. Aku turut terjebak sebenarnya, nyaris-nyaris juga kena tembakan air kimia...! Darah muda katakan... Padahal apa yang nak direformasikan pun, aku tak tahu... hu hu...

Sebelum daripada itu, pengetahuan politik aku adalah: ZERO...! Malaysia bagi aku, sebuah negara yang super perfect, tiada cacat cela. PM ketika itu (Tun M) adalah Malaysia dan Malaysia ketika itu adalah Tun M. Dialah hero, dialah yang mencorakkan wajah negara ini dan dia jugalah yang menentukan hala tuju negara ini. Bagi aku tiada apa yang perlu dirisaukan berkenaan negara ini apabila seorang yang sehebat dewa mengawal negara ini...!

Selepas peristiwa 1998 itu barulah aku mula mengenal beberapa perkataan seperti kronisme, nepotisme, bailout, ketirisan, carry trade bla bla... Dan semenjak itu aku mula memikirkan tentang subsidi, sumber-sumber negara, salah tadbir, penyelewengan bla bla... Semenjak itu juga aku mula berbicara tentang demokrasi, kebebasan media, peranan pembangkang bla bla... Dan semenjak itu juga aku berharap agar negara ini mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Pemimpin nombor 1 negara mestilah seorang MUSLIM yang BERTAQWA.

2. Kepimpinannya mestilah berlandaskan ISLAM dan menjadikan UNDANG-UNDANG ISLAM sebagai UNDANG-UNDANG TERTINGGI dalam negara.

3. Kebajikan rakyat dijaga tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik.

4. Pemimpin yang terpilih sedar yang mereka dilantik adalah untuk BERKHIDMAT kepada rakyat. Maknanya bukan rakyat yang harus berterima kasih atau bersyukur kepada mereka tetapi sebaliknya.

5. Demokrasi yang telus dan media yang benar-benar bebas, padang yang sama rata untuk semua parti-parti bertanding bagi membuktikan yang mereka layak untuk dilantik oleh kita. Barulah kita mempunyai kebebasan yang benar-benar mutlak untuk memilih sesiapa sahaja menjadi pemimpin kita...!

P/S: Wah agak berjela entry aku kali ini, rasa syok pulak menulis... Maybe, and just maybe, aku akan menulis lagi... Insyallah...

Read more...

Cikgu Syaitan...

Sunday, April 3, 2011


Ada baca Metro hari ini...? Kalau tak beli boleh baca online kat sini>>. Ini berkaitan dengan dunia aku, so nak tak nak aku kena ulas sikit isu ni. Pelajar koma kena belasah dengan cikgu...! Boleh baca kat sini>>.

Ini kerja gila namanya...! Budak berusia 7 tahun, maknanya baru darjah satu, dibelasah oleh gurunya kerana dituduh mencuri (belum dibuktikan lagi...!). Tangannya diikat dan dibelasah selama 2 jam, mengikut laporan akhbar tersebut. Baca laporan penuh disini>>.

Aku tak tau kejadian sebenarnya bagaimana, apa yang aku tau adalah berdasarkan apa yang aku baca di akhbar berkenaan. Namun bagi aku, atas alasan apa sekali pun, aku ulangi, tiada sebarang alasan pun yang boleh diterima akal; yang dapat membenarkan tindakan cikgu terbabit...! Aduyai kenapalah boleh sampai ke tahap itu...?

Terus terang aku katakan, aku pun pernah juga naik tangan kaki dengan para pelajar (ops ibarat membuka pekung di dadalah pulak...) tapi dalam keadaan yang waraslah. Tapi kejadian ini ibaratnya guru tersebut berada dalam keadaan yang tidak waras. Kalaulah dia betul waras pada ketika itu, takkanlah pula dibelasahnya budak tu sampai 2 jam. Itupun berhenti hanya setelah budak itu pengsan.

Waras yang aku maksudkan adalah sedar yang budak itu adalah anak orang, bukan anak binatang. Dan kita sebagai guru sebenarnya diberi amanah untuk mendidik, bukan membelasah budak (walaupun terbukti dia bersalah sekali pun...). Seriously, aku @#$%^&* cikgu tersebut, dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya...! Kerana mereka-mereka yang seperti inilah yang akan membuat masyarakat memandang serong kepada golongan cikgu. Lebih utama kerana mereka telah mengkhianati amanah dan janji mereka untuk menjadi seorang pendidik...!

Doa aku semoga aku dijauhi dari sikap sebegitu. Pernah juga aku menyirap dengan perangai sesetengah budak tu, tapi Alhamdulillah setakat ini tak pernah lagi aku bertindak melampaui batas, dan semoga aku terus terlindung dari arah itu...! Doa aku juga semoga adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee berjaya diselamatkan dan dapat kembali menjalani kehidupannya seperti sedia kala...

Kepada cikgu yang terbabit, pandai-pandailah kau menjawab dengan bapa budak tu, dengan polis, dengan mahkamah... Paling penting, kau menjawablah di Akhirat nanti, bagaimana hari ini kau telah mengkhianati janji-janji dan amanah yang diberikan kepada kau...! Kepada masyarakat di luar sana, jangan hilang kepercayaan anda kepada guru-guru, Insyallah anak-anak anda masih selamat kerana aku yakin dan percaya, di luar sana masih terdapat lebih dari 300,000 guru-guru yang sependapat dengan aku. Kami bukan guru syaitan...!

Read more...

Mati Kutu...!

Friday, April 1, 2011

Hari ini merupakan hari yang agak huru hara bagi aku. Malam semalam aku tidur agak lewat dari biasa kerana melayan movie di astro... Akibatnya aku terlajak bangun dari tidur. Tidaklah terlalu lewat cuma lewat kira-kira 15 minit. Tetapi oleh kerana kebiasaannya jika mengikut waktu yang betul, aku akan sampai ke sekolah ngam-ngam 5-10 minit sebelum loceng; maksudnya jika aku lewat bergerak 15 minit, bermakna aku bakal lewat sampai ke sekolah. Puch card merahlah beb...!

Makanya segala-gala yang aku buat harus dipercepatkan. Mandi, berdandan (apa ingat lelaki tak berdandan ke...? Metroseksual maa!)... Ayat lazim dan Qunut dalam Subuh pun baca yang pendek-pendek je... Hu hu... Dan akhirnya, yes, yes, yes...! Aku berjaya keluar dan sampai sekolah seperti hari-hari biasa.

Sesampai di sekolah aku ditegur seorang rakan guru:

RAKAN:"Kenapa aku call kau tak angkat... Nak bagitau Lan mc hari ini. Minta kau tolong buat relief..."

AKU:"Aku tak bertugas hari ini, takpe aku bagitahu AJK yang bertugas hari ini..."

Aku raba-raba ke dalam poket seluar... Kosong... Arghhh aku tertinggal hand phone aku kat rumah daa... Tiba-tiba aku dapat bayangkan hari suram yang bakal aku lalui hari ini...! Ceh iya ke sampai tahap tu teruknya...? Mungkin tidak bagi sesetengah orang kan, tapi bagi aku ia merupakan sesuatu yang agak berat. Buktinya seawal-awal pagi lagi aku sudah harus bergegas ke pejabat untuk memaklumkan kepada AJK relief yang bertugas berkaitan ketidak hadiran member aku tadi. Kalau ada HP, kan dail dan cakap sahaja.

Aku tau memang tak mati kalau tak bawa HP kemana-mana tapi bagi aku...erm camana nak cakap ek...? Kira tak bolehlah takde HP ni... Yang sebenarnya HP wajib berada bersama-sama aku untuk beberapa perkara berikut:

1. Aku paling takut kereta rosak ditengah jalan atau berlaku sesuatu kemalangan. Masa tu HP bagi aku SANGAT penting...!

2. Takut ada panggilan-panggilan emergency dari keluarga...

3. Untuk mengetahui kedudukan rakan-rakan... Hee, member-member aku kat sekolah ni suka berteraburan. Supaya tak keseorangan di bengkel, aku harus mengetahui lokasi dimana mereka berada... Heee...

Banyak lagilah alasan aku untuk merasa sedikit phobia jika tiada HP disisi. Yang banyaknya adalah alasan berkaitan kerjalah. Apa-apa pun ketiadaan HP betul-betul membuatkan aku MATI KUTU...!


P/S: Adik aku bekerja sendiri dengan membuat kerja-kerja wiring dan pembekalan barang-barang elektrik. Telefonnya berdering selang 10-15 minit... Hairan jugak aku kadang-kadang tu... Tu baru bisnes kecil-kecil... Bisnes juta-juta macamanalah agaknya kan...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP