Saintis Muda...
Friday, April 29, 2011
Fuh baru ada masa nak membelek-belek blog ni. Ya, memang aku agak sibuk sejak entry terakhir beberapa hari lepas. Apa yang aku sibukkan? Sibuklah, dengan kerja-kerja keguruan... Itulah, siapa kata kerja cikgu tak sibuk...? Tapi takpelah, bukan itu yang aku nak ceritakan. Korang pun pasti bosan gak bila aku asyik cerita pasal kesibukkan aku jer kan...? Macamlah orang lain tak sibuk...
Dalam entry lepas aku menulis tentang Mr Yes Man, baca sini>>... Kisahnya tentang kesanggupan aku untuk menjadi hakim bagi Karnival Sains Peringkat Negeri Pahang 2011. Di bahagian bawah aku ada buat note: "Dok tunggu bala apa pulak yang nak datang besok ni...!" Dan hasilnya, seperti yang aku duga, memang ada bala yang menanti aku keesokkan harinya...! Sangkaan awal aku adalah aku akan menjadi hakim pertandingan Bot Solar. Puasla aku google pasal Karnival Sains dan bot solar... Tiba je waktu taklimat kehakiman (1 hari sebelum Karnival berlangsung), aku ditugaskan untuk menjadi hakim Pertandingan Rumah EUREKA...! Ya EUREKA...! Apa itu EUREKA...? @#%$^...! Mana aku tau...!
Mujur pakcik google sedia membantu. Malam tu aku apa lagi, berjaga sampai lewat malam, mencari apakah ertinya EUREKA itu... Oh rupa-rupanya Rumah Eureka adalah rumah konsep yang menggunakan konsep RE dan EE atau Renewal Energy dan Energy Efficiency. Nak tau lebih lanjut korang google ajelah ye...
Aku tak nak ulas panjang lebar berkenaan konsep rumah tersebut, cuma aku nak kongsi momen aku bersama-sama saintis muda ini. Ops lupa nak bagitau, pertandingan ini hanya terbuka untuk pelajar-pelajar sekolah rendah sahaja. Sebab itu aku panggil diorang saintis muda. Aku tak mengajar di sekolah rendah, tapi aku jadi suka bila melihat gelagat budak-budak ni. Kesungguhan mereka, tekad nak menang... Diorang duduk, bangun, bersila malah sampai tahap meniarap atas lantai, bertekak sesama sendiri; semuanya dengan niat untuk menjadi champion...
Dan hasilnya, inilah model yang diangkat untuk menjadi juara edisi kali ini. Pemenangnya adalah saintis muda dari Daerah Maran... Selain menghasilkan model rumah yang paling stabil dan kukuh, mereka berjaya menerapkan elemen-elemen yang berkaitan dengan Renewal Energy dan Energy Efficiency pada tahap yang paling maksimum...
Ini pula hasil tangan saintis muda dari daerah tuan rumah, daerah aku la tu... Malangnya akibat dari kecetekan pengalaman, daerah Raub gagal mendapat sebarang tempat. Namun syabas juga diucapkan kepada mereka kerana menurut guru mereka, ini merupakan pertama kali mereka menyertai pertandingan tersebut dan masa untuk preparation hanya ada 1 minggu lebih sahaja... Ok sangatlah tu kan...
Apa-apa pun aku berharap sangat supaya karnival seperti ini dapat diteruskan lagi di masa-masa hadapan, memang ianya satu usaha yang sangat bermanfaat. Selain dapat menanam minat anak-anak ini kepada sains dan alam sekitar ianya secara tidak langsung dapat menerapkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan sains dan teknologi masa hadapan. Syabas dan tahniah sekali lagi pada semua bakal-bakal saintis negara. Semoga anda semua dapat membangunkan negara ini ke arah yang lebih baik pada masa-masa hadapan... Majulah sains untuk negara...