Sahabat Tanpa Suara

Lari La Wei...

Monday, January 30, 2012

Sejak dari zaman persekolahan, aku memang mempunyai kecenderungan dan minat dalam sukan olahraga. Ketika di sekolah menengah, aku merupakan pemenang regular dalam acara lari pecut dan lompatan, iaitu lompat jauh ataupun lompat tinggi... Cuma nasib dan bakat aku menyerlah setakat tahap sekolah sahaja. Apabila bertanding di peringkat daerah, memang aku tak ada nasib... Samada kecundang kepada peserta yang lebih hebat, ataupun terjatuh ketika mendahului, ataupun mengalami kecederaan...

Namun satu-satunya acara olahraga yang memang aku tak boleh blah adalah acara larian jarak jauh. Memang aku minta maaf bebanyak pada cikgu-cikgu. Somputtt... Takleh nak lari jauh-jauh pun. Paling jauh aku berlari dalam acara 4x400 meter jer... Itupun banyak bergantung pada 3 kawan-kawan yang lain...

Setiap tahun Kejohanan Merentas Desa sekolah seperti menjadi mimpi ngeri bagi aku. Memang setiap tahun aku tak pernah menamatkan larian seperti yang termaktub dalam peta laluan. Setiap tahun pasti aku akan 'melencong' dari laluan sebenar... Pernah ketika aku di tingkatan 4, aku siap lepak kedai mamak, pekena teh tarik dengan roti canai sekeping baru balik sekolah... Padahal pada tahun tersebut aku telah dilantik sebagai Ketua Rumah (Merah). Kaw-kaw punya aku kena kutuk dengan Ketua-ketua Rumah lain. Siap dengan cikgu-cikgu bengang dengan aku... Tapi biasalah hero, kalah mula-mula jer... Dalam Kejohanan Olahraga tahun tu, aku pulun terus emas dalam 100 dan 200 meter...! Har har har (ketawa riak!)...

Itu merupakan kisah 15-20 tahun yang lalu... Tapi hari ini aku 'terpaksa' berlari. Berlari kerana ingin mengeluarkan peluh. Berlari kerana ianya merupakan antara aktiviti yang boleh aku lakukan untuk mengeluarkan peluh secara PERCUMA... Tapi kenapa pulak aku perlu berlari...? Ini puncanya:

Sebulan yang lepas aku menjalani pemeriksaan kesihatan. Kepala aku sakit berdenyut-denyut, aku cepat merasa letih dan kadangkala sakit-sakit sendi... Apa lagi, ambil darah lagi ler... Benci...! Hasil pemeriksaan:

- Tekanan darah : Ok.
- ECG : Ok
- Kencing manis : Sedikit tinggi tapi masih terkawal.
- Kolestrol : .... Melebihi yang sepatutnya... ALAMAK...

Kata doktor: "you should lowered your cholesterol level or else in the next three month you will be commit to drugs...!"

Alamak...! Aku baru 35la bai... Takkan nak kena komit dengan ubat-ubatan kot... So aku takde pilihan lain melainkan... BERLARI....

Woops dah dekat pukul 6 dah, masa dah time... Kena angkat kaki dulu... Nak larila ni wei...!

Nike yang menjadi peneman aku sepanjang 'pelarian' aku...

Read more...

Rumahku Syurgaku: Part 1...

Thursday, January 26, 2012


Antara sebab aku 'berehat' lama dari menulis blog tempoh hari adalah atas urusan-urusan pembelian rumah... Sebelum ini aku pernah membuat posting berkenaan pembelian rumah... Syukur Alhamdulillah segala-galanya selesai menjelang bulan Julai tahun lepas. Walaupun ada sedikit kontroversi yang tercetus antara aku dan tuan rumah asal, namun segala-galanya berjalan dengan lancar juga akhirnya...

Aku bercadang untuk melakukan serba sedikit pengubahsuaian terhadap rumah tersebut dan bercadang untuk berhari raya di rumah baru, yang kita semua sambut pada Ogos tahun lepas. Namun hasrat tersebut tidak kesampaian. Sebenarnya itulah punca tercetusnya perbalahan antara aku dan tuan rumah asal rumah tersebut... Memang aku cukup baran dengan dia kerana cuba melengah-lengahkan penyerahan kunci, padahal urusan pinjaman aku telah selesai sepenuhnya dan gaji aku pun sudah dipotong untuk bayaran rumah... Hingga timbul ugutan untuk aku memecahkan grill rumah tersebut barulah dia bersetuju untuk menyerahkan semua kunci-kunci rumah. Pelikkan, aku mengugut untuk memecah rumah yang telah rasmi menjadi milik aku..!!??? WTH...

Tak kisahla tu, yang penting urusan pinjaman aku selesai, proses pertukaran nama berjalan lancar dan aku dapat juga memiliki semua kunci-kunci rumah tersebut. Walaupun tak dapat berhari raya di rumah baru tahun lepas tetapi aku memujuk hati dengan berkata "Insayalah tahun depan (2012) bolehlah beraya sakan di rumah baru"...

Walaupun segala urusan selesai pada bulan Julai, namun aku mengambil masa yang agak lama untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Semua gara-gara nak save budget. Maklumlah modal pun ciput je. Kalau modal banyak sudah pasti aku serahkan kepada satu kepala kontraktor, sebut je nak macam mana, lepas tu keluar duit, pasti beres segala-galanya... Tapi apa yang aku buat adalah dengan membuat pengubahsuaian secara runcit-runcitan. Aku membeli barang-barang dan mengupah pekerja. Dengan cara ini, aku dapat mengawal budget aku sendiri. Dalam masa yang sama dapat memantau kerja-kerja supaya ianya benar-benar mengikut citarasa aku...

Alhamdulillah rumah tersebut sedia untuk diduduki menjelang Oktober tahun lepas... Sehingga ke hari ini dah hampir 3 bulan lebih aku mendiami 'syurga' ini. Syok woo duduk rumah sendiri... Maklum ler dah lama betul duduk dengan mertua, baru sekarang berpeluang untuk duduk sendiri... Yeahhh aku bebas...!

Oh ye lupa nak cerita, aku membeli rumah tersebut dengan harga RM180k. Aku membuat pinjaman sebanyak RM200k selama 30 tahun (perghhh memang sampai ke pencenla aku berhutang)... Lebihan RM20k aku peruntukkan untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan memenuhkan dalam rumah dengan perabot dan perkakasan. Tapi RM20k ternyata tidak mencukupi, sehingga ke hari ini masih terdapat serba sedikit 'kelompongan' dalam rumah aku tapi yang nyata perbelanjaan keseluruhan aku sudah mencecah RM30k...! Takpelah, pelan-pelan kayuh kata orang... Insyallah satu hari besok penuh dan lengkap juga rumah aku ni; mengikuti cita rasa aku dan sudah semestinya pemilik bersama rumah ini- siapa lagi kalau bukan MEM BESAR, bini aku ler...


Tarrraaa... Kaler hijau gitu... Cat sendiri ni tau... Sejuk je mata memandang... Dok gitu...????

P/S: Nak tahu kemana jahanamnya duit aku RM30k...? Lepas ni kita cerita slow-slow...

Read more...

Aku Naga...

Sunday, January 22, 2012


Petang tadi rakan-rakan kita dari bangsa cina 'makan busat' dengan kaum keluarga masing-masing. Besok mereka akan menyambut tahun baru mengikut kalendar cina ataupun takwim lunisolar... Mungkin ramai lagi yang tak tahu sebenarnya aku mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dari darjah 1 hingga ke darjah 6. Makanya aku agak rapat dengan budaya dan masyarakat Cina sebenarnya...

Semasa aku bersekolah dahulu, Tahun Baru Cina merupakan antara hari-hari perayaan yang akan disambut. Bukanlah aku sambut macam kaum cina tu, sekadar menyambut dengan kawan-kawan cina je. Tapinya memang meratalah aku berjalan dengan kawan-kawan cina aku... Aku teringat ada satu tahun tu, memang banyak betul rumah kawan-kawan cina aku ronda, tapi oleh kerana was-was aku tak makan apa-apa pun. Yang aku bedal, air kotak... Tak air kotak air tin... Berkotak-kotak, bertin-tin air aku bedal. Sampai rumah kembung perut aku dibuatnya... Kira kes naya jugalah tu...

Tahun 2012 ini sekali lagi TAHUN NAGA menjelma. Mungkin ramai yang dah tahu kan, kalendar cina mempunyai 12 ekor binatang yang mewakili setiap 12 tahun dalam kalendarnya, dan naga merupakan satu-satunya watak binatang mitos dalam kedua-dua belas binatang tersebut... Naga sering dikaitkan dengan sifat-sifat seperti mulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, pemaaf bla bla. Itu yang positiflah, yang negatifnya naga juga dikaitkan dengan sifat-sifat tidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi bla bla... Kalau nak tahu lebih lanjut korang boleh usha di wikipedia>>

Ya, memang aku agak exited bercerita tentang tahun naga ni, sebabnya: aku dilahirkan pada tahun NAGA... Tapi dalam agama kita tak pernah pun diajar untuk mempercayai benda-benda seperti ini, jadi cukuplah kita sekadar ambil tahu sahaja... Apa-apa pun kepada semua yang berbangsa cina: Happy Chinese New Year. Gong Xi Fa Chai... Nian Nian Jing Bu...!

P/S: Tahun Baru Cina merupakan festival yang boleh diraikan kerana ianya adalah perayaan BUDAYA. Tidak seperti Wesak, Thaipusam mahupun Krismas yang merupakan perayaan AGAMA yang selain dari ISLAM... (Tolong betulkan kalau aku silap)...

Read more...

Doa Untuk Man...

Thursday, January 19, 2012


Ini Man, sepupu isteri aku. Man berusia 26 tahun. Baru mendirikan rumahtangga 1 bulan yang lepas. Aku turut menghantar Man bernikah di Kluang Johor bulan Disember lalu. Inai di jari isterinya masih tak hilang warna... Man dimasukkan ke Hospital Besar Temerloh pada Jumaat lepas setelah mengalami demam yang berpanjangan. Pada malam Sabtu, pihak hospital mendapati jangkitan kuman di dalam darahnya, hampir merebak sehingga ke otak. Man perlu dimasukkan ke ICU namun Hospital Besar Temerloh kekurangan katil di unit tersebut. Lalu Man dihantar ke Hospital Putrajaya...

Semalam aku bersama isteri dan kedua mertua aku ke Putrajaya melawat Man. Pokde dan Mokde (ibu bapa Man) menyambut kami. Mata kedua-dua mereka bengkak dan merah. Mungkin terlalu banyak menangis, mungkin juga kerana kurang tidur... Man masih tidak sedarkan diri. Dia di'koma'kan, menurut Pokde aku. Aku tak tahu kenapa, mungkin bagi mengurangkan sakitnya akibat kemasukkan ubat melalui tiub-tiub yang berselirat di mukanya dan di tangannya...

Aku kurang mengenali Man, jarak usia yang agak jauh menjadi punca kami tak hang out together-gether... Lagipun aku baru sahaja mengenali dia, dalam 3-4 tahun yang lepas. Itu pun pada hari raya je kami berjumpa. Tapi pada pandangan aku, Man seorang yang ramah. Cepat je aku mesra dengan dia, tak kekok pun ketika berbual dengan dia. Menurut bapa-bapa saudaranya (yang aku temui di hospital) Man merupakan anak kebanggaan mak ayahnya. Cucu kesayangan kedua atuk dan neneknya, dan sangat disenangi oleh semua ibu-ibu dan bapa-bapa saudaranya. Jika di kampung Man akan menjadi faktor semua ahli keluarga untuk balik ke kampung dan berkumpul saudara mara. Satu kelebihan Man yang paling nyata, dia sangat suka mencari saudara dan berhubungan merapatkan silaturahim...

Biasalah kan, orang yang baik-baik ni besar dugaan yang dihadapinya... Sebelum balik, Pokde berpesan kepada aku agar mendoakan Man. Of course kata aku, itu sudah pasti... Maka ku pinta kepada rakan-rakan semua, apalah kiranya jika kalian semua dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan buat Man. Moga Man dipanjangkan umur dan disegerakan sembuhnya... Amin Ya Rabbal Alamin...

Cis, menitis pula air mata di pipiku....

Read more...

Aku Mai Dah...

Thursday, January 12, 2012


Har har har... Kan aku dah kata aku akan kembali... Ya kini Shamdisini sudah kembali... Kembali menggegarkan dunia blogging... Har har har... Wah ganas je bunyi dia kan...

Petang semalam penantian aku sejak tahun lepas berakhir (herm macam lama giler rasanya bila sebut sejak tahun lepas tu)... Padahal aku mohon talian ini pun pada 24/12/2011 jer. Kiranya menunggu dalam 3 minggu jer la... Thanks a lot to TM, yelah setelah 5, 6 kali aku tanpa berputus asa menalipon 100, akhirnya diorang tunaikan juga permintaan aku... Walaupun pada peringkat awalnya mereka mengatakan tidak dapat menawarkah khidmat di kawasan aku ini kerana terdapat sedikit 'technical issues'...

Yang bestnya semalam diorang masukkan talian telefon dengan streamyx sekali gus. Padahal menurut mereka kebiasaannya mereka hanya akan memasang talian telefon sahaja pada minggu 1-2 selepas permohonan. Manakala talian streamyx pula mereka akan masukkan selepas 1-2 minggu pemasangan telefon... Tapi dalam kes aku mereka terus pasang serentak. Kiranya my lucklah tu kan... Kira berbaloilah aku menunggu dari tahun lepas... Betul...?

Ok, untuk peringkat permulaan 'come back' aku ni aku taknaklah menulis panjang-panjang... Masa ni sebenarnya untuk mengunjungi kawan-kawan dulu. Nak war-warkan pada korang semua yang aku ni masih 'hidup' lagi. Jomlah saling bertandang kembali. Kalau tak korang, sape lagilah yang nak memeriahkan blog aku ni... Iyelah aku tahulah penulisan aku SANGAT MENARIK dan TAK MEMBOSANKAN LANGSUNG, malah DISUKAI bahkan DIGILAI ramai... So without wasting any time, let's blogwalk first... World of blog, here i come... He he he... Peace yo...

Read more...

Berapa Lama Lagi Daa...

Sunday, January 8, 2012


Eiii brape lame lagi aku nak tunggu daa... Jangan aku sampai jadi macam tengkorak kat atas tu sudahlah... Masuk ni dah hampir 3 minggu aku tunggu... Tergendala hasrat aku nak buat 'come back' di awal tahun 2012 ni... Hu hu hu...

Terlalu banyak benda yang aku nak sharekan... Maklumlah kali terakhir aku 'on air' adalah kira-kira 3 bulan yang lepas. Itu pun aku post gambar aku masa muda jer. Cer tengok gambar ni: aku masa muda>>... Post aku yang kedua terakhir pun ada gambar ajer, tengok sini>>... Masa tu memang aku berhasrat nak 'berehat' seketika, bukan nak berhenti terus... diulang, BEREHAT... Bukan BERHENTI... Tujuan aku BEREHAT pun sebenarnya adalah untuk menumpukan pada sesuatu yang sangat penting yang berlaku dalam hidup aku... Nantilah bila aku start aktif balik boleh aku post berkenaan cerita tersebut...

Ok, since aku berhenti menulis seketika banyak yang telah berlaku... Well, aku sekarang dah berpindah ke rumah baru... rumah sendiri tau, wau teruja sangat dapat duduk rumah sendiri... Anak sulung aku, Shahmin dah mula bersekolah... Yang itu, Mama dia paling teruja... Apa lagi yang aku nak cerita...? Hem kesihatan aku agak merosot kebelakangan ini... Sejak jadi cikgu ni makin kurang aku berpeluh... Perlu lakukan sesuatu... Apa lagi...? Haa Nuffnang aku dah bertambahla, walaupun pergerakannya slow macam siput khinzir jer tapi yang pastinya ia menokok... Lagi...? SBPA, Adam Adli, 901, Maharaja Lawak Mega, Ombak Rindu bla bla...

Dalam pada itu, aku ada juga menjenguk rakan-rakan blogger... Ada yang aku tengok dah mula kureng... Tapi kebanyakkanya masih aktif, follower pun dah bertambah ramai, cerita pun makin mantop...! Itu yang buat aku bertambah teruja nak kembali ni...!

Tapi apa-apa hal pun aku kena tunggu yang INI jugak... Apa lagi kalau bukan pakcik STREAMYX...! Beberapa hari lepas aku call ke service centre (100) katanya nama aku masih belum ada dalam sistem... Aduyai kena pulak aku double check dengan kedai TM point... Argghh tortokan botul...! Harap-harap minggu depan bolehlah setel semua... Dan bolehlah aku kembali... Kembali meneruskan kisah-kisah aku yang poyo... So i guess i'll be seing u all... Soon... Till then, peace yo...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP