Sahabat Tanpa Suara

Penghujung Jalan...

Wednesday, October 31, 2012

Kelmarin aku ke hospital, melawat seorang sahabat kepada sahabat aku. Menurut sahabat aku ini, sahabatnya itu mengidap penyakit hati. Hepatitislah barang kali tu... Melihat keadaan sahabatnya itu, aku agak terkesima, kronik aku tengok keadaan sahabatnya itu...

Yang pertama menjadi perhatian aku adalah perutnya yang membusung, ibarat wanita sarat mengandung menunggu masa untuk beranak (maaf, bukan hendak mengaibkan pesakit, cuma nak bercerita perihal yang nyata)... Kedua belah kakinya membengkak, sedangkan mukanya sangat cengkung. Tangannya hanya tinggal seperti cebisan tulang yang dibalut dengan kulit yang mengedut... Segera terasa nak bergenang pulak air mata aku ni tapi masih dapat aku tahan... Aduyai mencabar 'kemachoan' aku sungguh situasi ini...

Disisi katilnya isteri bersama anaknya. Mereka hanya tersenyum tawar memandang aku... Hanya Allah tahu betapa hancurnya hati mereka melihat keadaan suami/ bapa mereka... Pertuturan pesakit sudah tidak jelas, ingatannya bercelaru. "Kuman dah naik ke otak..." Kata isterinya...

Sebenarnya kes ini telah dirujuk ke HUKM beberapa bulan yang lepas, selepas menjalani beberapa siri rawatan pihak hospital mencadangkan kepada keluarganya untuk membawa pesakit balik ke rumah... Kata pihak hospital "Sudah takde apa yang boleh kami lakukan..." Sejak itu pesakit hanya duduk di rumah, adalah cuba beberapa rawatan tradisional tapi tiada yang berkesan... Dan pagi tersebut pesakit menunjukkan tanda-tanda seperti sesak nafas lalu sahabat aku inilah yang menghantarnya ke hospital... Jika dilihat dari keadaanya memang nampak seperti pesakit dah nak sampai ke 'penghujung jalan'... Dari percakapan isteri dan anaknya aku dapat agak yang mereka pun sebenarnya sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan... Namun ajal maut bukan ketentuan kita... Hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Kami duduk tak lama, adalah dalam 10-15 minit barangkali. Bagi aku dalam keadaanya sebegitu lebih eloklah anak beranak dan keluarga yang menemaninya di sisi...

Gambar Hiasan
**************************************

Meh aku share sikit tentang penyakit hati ini... Bahasa omputihnya hepatitis... Kredit untuk sahabat blogger, CekWa:

1.    PENGENALAN HEPATITIS
Ada penyakit yang sama bahaya jangkitannya seperti AIDS, namun ramai yang tidak mengetahuinya. Tahukah anda virus Hepatitis B 100 kali lebih mudah dijangkiti berbanding virus HIV (AIDS). Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. Hepatitis juga dikenali sebagai radang hati atau bengkak hati.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan Hepatitis adalah:
  • Jangkitan virus seperti virus hepatitis A, B, C, D, E dan G, virus denggi dan virus HIV
  • Dadah
  • Alkohol
  • Bahan kimia dan toksik
  • Ubat-ubatan

Keterukan Hepatitis bergantung kepada agen yang menyebabkan Hepatitis dan jangka masa pendedahan kepada agen penyebab kerosakan hati.

Hepatitis boleh menyebabkan gejala akut dan gejala kronik:

Gejala akut:
·         Air kencing berwarna gelap
·         Loya
·         Muntah
·         Sakit perut
·         Keletihan yang melampau
·         Sakit sendi
·         Demam
·         Jaundis

Gejala kronik:
  • Busung
  • Kaki membengkak
  • Muntah berdarah dan najis berdarah
  • Koma
 Baca lanjut di sini>>

P/S: Arwah Wan (nenek) aku dan arwah Aki (datuk) isteri aku juga meninggal akibat dari penyakit yang sama.... Al-Fatihah aku untuk mereka...

Read more...

"Macam Master Chef"

Thursday, October 18, 2012


Hari ni aku nak posting sesuatu yang baru bagi aku... Aku nak buat post pasal masakan, bole...? Haa jangan ingat aku tak leh buat cerita pasal masakan ok... Mana tau lepas ni bole glamour ala-ala mat gebu gitu... Hu hu  ada can ke...?

Ok ari ni aku nak tulis pasal makanan yang antara terfeveret aku: ikan bakar berempah... Tadaaa... Tapi resepi aku cilok dari kaknor@secubit garam juga... He hee jangan marah haa... Tapi kak Nor tu dia bakar ikan pari, aku pula main sebat jer, tengok dalam peti ada selar besar... herm hantam sajalah...

kalau korang nak tengok resepi 'original' kak Nor korang boleh ke link yang aku bagi tu ek... Kat sini: kaknor@secubitgaram...

Itu stail Ka Nor, tapi aku ni yang membesar dengan masakan mak aku sehingga hari ini terikut dengan stail masakan dia. Stailnya, tak pernah mengikut resepi yang spesifik... Contohnya nak masak satu-satu masakan kena bawang merah 5 ulasla, bawang putih 3 ulasla, halia 1 incila, cili 10 bijila bla bla... Semua resepi mak aku, dia ikut suka dia jer nak letak berapa banyak, takde kira-kiranya der... Tapi hasilnya tetap TERBAYEEEKKK (mengikut tekak kami adik beradik ler)......

Jadi apa yang aku buat adalah, amik bawang merah, bawang putih, halia, serai semua aku tumbuk lumat-lumat... Aku tumis dengan lada boh, masuk kari ikan sikit, tumis sampai pecah minyak... Lepas tu masuk air asam jawo dengan garam secukup rasa... Agak-agak dah mendidih aku tutup api...

Aku amik aluminium foil, letak ikan bersama dengan tumisan tadi... Bungkus dan aku perap dulu 15 minit...Kemudian aku set oven 200 celcius selama 15-20 minit (hee bukanlah ikan bakar namanya, ikan ovenise la nama sepatutnya kan...?)... Tapi seting oven tu memang cub-cun punya... Aku keluarkan ikan dan selak foil tu, hasilnya memang TERBAYEK.. Bau rempah naik semerbak, ikan masak ngam-ngam, tak keras dan tak overcook... Nak tengok...?


Nah, ini hasilnya... Taddaaa...



Ops silap, ini gambar selepas proses melantak (masak dekat nak sejam, melantak tak sampai 15 minit pun, hua hua)...

Ini sebenarnya hasil dia... Sorila deco-deco takdo yoh.. Rupa mungkin kureng sikit tapi rasa dia... Perghhh ada berani mari sinila cuba...


Eh tapi apa plak kena-mengena dengan tajuk posting aku 'Macam Master Chef' tu...? Ha sebenarnya siap masak tu aku dapat komen yang aku dengar tersangat-sangatlah sincere dan nada yang penuh dengan kekaguman... Komennya berbunyi begini:

"Waaa sedapnya bau... Ayah ni macam MASTERSEF la..."

Haa inilah tukang komen tu... Sape lagi kalau bukan my dearest 5 years old son, Amin... Hee jangan marah ha....


P/S: bagi yang nak mencuba tu, selamat berjayalah yer... kalau masakannya sedap, angkat tangan kanan anda dan letak ke bahu kiri, tepuk sebanyak 3 kali dan lafazkan:"Syabbas bethe, syabbas..."

Read more...

Ok Fine...

Thursday, October 11, 2012

Setelah memikirkan sedalam-dalamnya, setelah mempertimbangkan faktor-faktor berikut:

i) didesak secara konsisten oleh linacorner (my sis)...

ii) bermimpi ngeri selama 4 malam berturut-turut...

iii) mendapat RIBUAN email dari peminat-peminat mendesak perkara yang sama...

iv) jeles dengan imanshah, (rajin bebenor dia mengupdate blognya)...

v) sekolah dah nak cuti (yabedabedu)...

vi) bakal menerima kenaikan pangkat secara time based tahun depan...

vii) aircond keta toyota s.e aku meragam lagi buat kali kedua dalam tempoh 2 minggu...

viii) beli jam baru lagi di lelong.com (walaupun dah berjanji akan membeli jam hanya selepas 3 tahun)...

viiii) nuffnang dah nak keluar cek, (mungkin dalam 3 tahun setengah lagi aku akan dapat cek pertama)...

x) mendapat panggilan peribadi dari obama...


Maka dengan ini aku terpaksa mengalah... Ok fine, fine...

AKU AKAN START BERBLOG BALIK....

P/S: Wassup wassup... Blogger poyo in da haus....

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP