Sahabat Tanpa Suara

"Macam Master Chef"

Thursday, October 18, 2012


Hari ni aku nak posting sesuatu yang baru bagi aku... Aku nak buat post pasal masakan, bole...? Haa jangan ingat aku tak leh buat cerita pasal masakan ok... Mana tau lepas ni bole glamour ala-ala mat gebu gitu... Hu hu  ada can ke...?

Ok ari ni aku nak tulis pasal makanan yang antara terfeveret aku: ikan bakar berempah... Tadaaa... Tapi resepi aku cilok dari kaknor@secubit garam juga... He hee jangan marah haa... Tapi kak Nor tu dia bakar ikan pari, aku pula main sebat jer, tengok dalam peti ada selar besar... herm hantam sajalah...

kalau korang nak tengok resepi 'original' kak Nor korang boleh ke link yang aku bagi tu ek... Kat sini: kaknor@secubitgaram...

Itu stail Ka Nor, tapi aku ni yang membesar dengan masakan mak aku sehingga hari ini terikut dengan stail masakan dia. Stailnya, tak pernah mengikut resepi yang spesifik... Contohnya nak masak satu-satu masakan kena bawang merah 5 ulasla, bawang putih 3 ulasla, halia 1 incila, cili 10 bijila bla bla... Semua resepi mak aku, dia ikut suka dia jer nak letak berapa banyak, takde kira-kiranya der... Tapi hasilnya tetap TERBAYEEEKKK (mengikut tekak kami adik beradik ler)......

Jadi apa yang aku buat adalah, amik bawang merah, bawang putih, halia, serai semua aku tumbuk lumat-lumat... Aku tumis dengan lada boh, masuk kari ikan sikit, tumis sampai pecah minyak... Lepas tu masuk air asam jawo dengan garam secukup rasa... Agak-agak dah mendidih aku tutup api...

Aku amik aluminium foil, letak ikan bersama dengan tumisan tadi... Bungkus dan aku perap dulu 15 minit...Kemudian aku set oven 200 celcius selama 15-20 minit (hee bukanlah ikan bakar namanya, ikan ovenise la nama sepatutnya kan...?)... Tapi seting oven tu memang cub-cun punya... Aku keluarkan ikan dan selak foil tu, hasilnya memang TERBAYEK.. Bau rempah naik semerbak, ikan masak ngam-ngam, tak keras dan tak overcook... Nak tengok...?


Nah, ini hasilnya... Taddaaa...



Ops silap, ini gambar selepas proses melantak (masak dekat nak sejam, melantak tak sampai 15 minit pun, hua hua)...

Ini sebenarnya hasil dia... Sorila deco-deco takdo yoh.. Rupa mungkin kureng sikit tapi rasa dia... Perghhh ada berani mari sinila cuba...


Eh tapi apa plak kena-mengena dengan tajuk posting aku 'Macam Master Chef' tu...? Ha sebenarnya siap masak tu aku dapat komen yang aku dengar tersangat-sangatlah sincere dan nada yang penuh dengan kekaguman... Komennya berbunyi begini:

"Waaa sedapnya bau... Ayah ni macam MASTERSEF la..."

Haa inilah tukang komen tu... Sape lagi kalau bukan my dearest 5 years old son, Amin... Hee jangan marah ha....


P/S: bagi yang nak mencuba tu, selamat berjayalah yer... kalau masakannya sedap, angkat tangan kanan anda dan letak ke bahu kiri, tepuk sebanyak 3 kali dan lafazkan:"Syabbas bethe, syabbas..."

6 comments:

Noraziha October 22, 2012 at 12:16 AM  

Salam Kenal..
Wah, chaiyok2..sure sedap tuu..anak siap kasik bagusss

Anonymous,  October 22, 2012 at 10:51 AM  

salm kenal ye, tq singgah berkomen di laman KA dh follow juga ye 682

Domu-kon October 22, 2012 at 11:29 PM  

bila tgok tuan blog lelaki..dan bila tgok hasil mskan tu..segan pun ada..sebab sy yg perempuan nie tak reti msk..hehehe

reenapple October 23, 2012 at 5:10 PM  

Okeh... kau boleh memasak. Sila ajar aku.. heee

Deru Ombak October 24, 2012 at 1:42 AM  

Salam Cikgu..

Lama tak singgah, sekali singgah Cikgu dah jadi chef. Anak dah besar.. Itu maknanya kakya dah semakin otai.. Huhuhu.. Ikan selar bakar itu mengancam..

Salam aidiladha buat Cikgu sekeluarga. :)

zino October 24, 2012 at 6:09 AM  

kalau anak dah kata sedap kena lah caya.. hehe

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP