Sahabat Tanpa Suara

Laryngeal Cancer

Friday, November 28, 2014


Assalamualaikum...

Semenjak aku 'mendedahkan' penyakit aku ini, agak ramai juga rakan dan kenalan yang bertanya apa itu laryngeal cancer... Ramai yang tidak tahu sebenarnya, dan tidak kurang juga yang memberi respon: "Ooo ada juga kanser macam tu ek...?"

Ye, kanser ni terdapat berbagai-bagai jenis... Cuma bila tak melibatkan kita, kita tak pernah pun nak ambil tahu... Aku sebelum ni pun mana ada ambil tahu berkenaan benda-benda ni... Sekali kena, haa amik ko...! Hu hu hu...

Sebenarnya laryngeal cancer ini satu jenis kanser yang agak rare lagi di negara kita ini... Bukan bermakna tiada, ada tapi agak terpencil... Satu lagi yang jarang berlaku adalah kepada yang berumur di bawah 40an... Ketika di hospital, kalangan doktor yang merawat aku biasanya agak terkejut bila aku memberitahu yang aku masih lagi 30an... Sedangkan mengikut pengalaman mereka kebiasaanya yang diserang kanser ini adalah mereka-mereka yang berumur 50 tahun ke atas... Well nasib badan nak buat camana kan...

Tapi aku bukan orang termuda yang diserang... Ada satu kes yang paling rare berlaku di Perak, ini diberitahu oleh nurse yang merawat luka pembedahan aku... Katanya ketika berkursus di Perak dia pernah diberitahu yang pesakit termuda bagi laryngeal cancer yang direkodkan di Malaysia adalah seorang pelajar berumur 15 tahun...! Allahu akbar...! Apalah nasib budak tu kan...

So, korang nak tahu tak apa itu laryngeal cancer...? Haa mai sini che nak habaq mai... Laryngeal Cancer atau dalam bahasa melayunya adalah Kanser Pita Suara... Ianya satu ketumbuhan yang membesar dan menggangu bahagian pita suara... Namun di pita suara pula, benda #@$#@ (kanser tula) ini boleh berada samada di bahagian atas, bawah atau betul-betul tumbuh di pita suara... Dalam kes aku ni, ia tumbuh dan membesar betul-betul di pita suara aku... Kalau korang tengok gambarajah yang aku attach tu korang boleh nampak pita suara kita ni berbentuk V... Dalam kes aku ketumbuhan telah dikesan di bahagian yang ditanda dengan garisan putih putus-putus tu...


Simtom-simtomnya...?

Ok simtom utama bagi laryngeal cancer ini adalah serak suara melebihi 2 minggu... Kesukaran untuk menelan makanan pepejal dan pada peringkat advance pesakit akan mengalami kesukaran bernafas... Dalam kes aku ni sebenarnya suara aku dah serak hampir 1 tahun tapi buat selamba je... Sebabnya aku tidak merasa sebarang kesakitan... Aku makan pun laju je, takde rasa apa-apa pun... Cuma apabila selepas disahkan yang aku mengidap kanser tersebut barulah aku mula merasakan yang terdapat seperti ketulan di dalam tekak aku, terutamanya ketika menelan makanan pepejal... Kemuncak pada penyakit aku ini adalah kira-kira seminggu sebelum aku membuat keputusan untuk dibedah... Ada beberapa ketika aku merasakan aku sukar untuk bernafas, walaupun ketika aku melakukan akiviti- aktiviti harian yang biasa... Kelekaan aku untuk mengambil berat berkenaan penyakit aku pada peringkat awal adalah satu kesilapan yang aku rasakan yang paling besar... So pada sesiapa yang terbaca ni tolonglah, tolong jangan ambil ringan tentang kesihatan diri...

Punca-puncanya...?

Ok punca utama laryngeal kanser adalah TOBACCO dan ALKOHOL... Tapi of coz lah aku ni bukan kaki togak... Pehpalih bak kata orang Pahang ni... Tak pernah seumur hidup aku menyentuh air kencing setan tu.. Maka aku mengdianostikkan punca utama aku terkena penyakit ini adalah disebabkan tabiat merokok aku yang bermula dari bangku sekolah lagi... So adik-adik abam abam yang merokok tu sekali lagi aku ingatkan; dari lubuk hatiku yang paling dalam dan ikhlas: BERHENTI sajalah... Bagi yang baru nak mencuba tu: TAK USAHLAH... Memanglah tak semua yang merokok tu kena tapi risiko tu tetap ada... Tapi kalau ada sesiapa yang sanggup menanggung risiko itu, SILAKANLAH... At least besok-besok bertambah lagi orang yang senasib dengan aku... Kih3... Selain dari dua punca di atas terdapat juga punca-punca lain seperti faktor pemakanan dan faktor usia...

Oklah itu saje yang aku dapat kongsikan serba sedikit berkenaan dengan laryngeal cancer ni... Penerangan serba ringkas mengikut pemahaman aku... Bagi yang nak tahu lebih lanjut korang boleh search lagi di google... Tapi aku suggest korang semak di cancerreasearchuk... Di situ korang boleh selidik lagi dengan lebih detail... Aku harap sharing aku kali ni sedikit sebanyak dapat memberi manfaat pada sesiapa yang berkaitan... Last sekali pesanan aku, jaga-jaga kesihatan semua... Penyakit hari ini tak kenal siapa mangsanya, berapa umurnya, dari mana latar belakangnya... Dan paling utama selalulah berdoa kepadaNYA agar kita semua selalu dalam lindunganNYA... Aminnn ya rabbal alamin...

Read more...

Antara 2 Pilihan...

Tuesday, November 25, 2014

Assalamualaikum...

ALLAH menjadi seluruh isi dunia dengan berpasang-pasang atau berlawanan di antara satu sama lain... Jantan pasangannya betina, siang lawannya malam, uda berpasangan dengan dara, derita lawannya bahagia... Dan juga yang lain-lainnya... Sebagai manusia kita sentiasa diberi pilihan untuk memilih, pilihlah mengikut IMAN dan secara bijaksana... Jadi tolonglah, kalau dah dilahirkan sebagai jantan tu, kenapa pula nak memilih pasangan yang selain dari betina... Aduyai bukankah kes naya tu...

Tapi bukan itu yang aku nak cerita dalam entri ini... Apa yang aku nak kongsikan adalah peluang kita sebagai manusia untuk memilih antara 2 perkara: DERITA atau BAHAGIA... Apabila kita diuji dengan musibah, penyakit atau sebarang bencana, kita sering memilih untuk merasa DERITA... Betul...? Maaflah jika aku tersalah, tetapi ini adalah apa yang aku sering rasakan; sebelum-sebelum ini... Namun, sejak ditimpa perkara yang 'dasyat' pada aku ini, aku cuba untuk menukar mindset aku... Dibantu dengan pembacaan kisah-kisah motivasi, sedikit demi sedikit aku rasa aku dapat mengubahnya...

Ye, BAHAGIA dalam DERITA itu sememangnya WUJUD... Ianya ada jika kita mencarinya... Telah banyak contoh-contoh yang ada... Dan kini aku mula merasainya... Bukan nak kata aku ni hebat, aku pun tak berapa percaya aku boleh merasai begini... Tetapi setakat ini Alhamdulillah, aku rasa 'best'... At least aku tak rasai 'derita'... Walaupun pada zahirnya terlihat 'kecacatan' pada tubuh badan aku ini...

Satu perkara yang paling penting bagi aku untuk menuju ke arah mindset itu adalah dengan berfikiran: bahagia itu adalah satu perkara yang sangat subjektif... Ianya bukan rigid atau tetap... Contohnya ada duit bahagia, miskin itu derita, cantik bahagia, cacat hodoh derita bla bla... Semuanya terletak pada pemikiran kita sebenarnya, dan apa yang kita lakukan dengan hidup kita...

Satu perkara lagi yang aku rasa lebih penting adalah: mendekatkan lagi diri kepadaNYA... Sekali lagi bukan aku nak riak ke apa, tetapi ini adalah satu KEAJAIBAN yang aku dapat rasakan dan aku benar-benar ingin kongsikan bersama... Ada orang cakap, bila dah kena bala baru nak ingat tuhan, aku katakan, well kita manusia biasa, memang alpa itu sentiasa ada dalam diri kita... Tapi at least kita tidak terus alpa, salah satu sebab ALLAH menguji kita adalah supaya kita kembali ingat kepadaNYA... Dok gitu...?

Perkukuhkan perkara WAJIB, tambahkan amalan-amalan SUNAT, bacalah kalamNYA... Basahkan lidah dengan zikir memujiNYA... Sujudlah kepadaNYA, pada ketika orang lain nyenyak tidur, dan mintalah kepadaNYA seperti seorang bayi yang menagih susu dari ibunya... Dan at the end, YAKINlah, hanya DIA yang mampu memberi kebahagian... Jika itu yang dikehendakiNYA... Aku ada merasainya... Aku harap aku terus menikmatinya... Dan aku doakan anda juga dapat merasai, sebagaimana yang aku rasai...


Read more...

Flashback Part 1: Bermula Sebuah Tragedi...

Thursday, November 20, 2014

Assalamualaikum...

Perghhh tajuk memang gempak tak hengat punya, tragedi tu...Ngeh3... Tapi hakikatnya ini sememangnya satu tragedi dalam hidup aku... Manakan aku sangka semua ini boleh terjadi kat aku... Bila aku kenang-kenangkan balik sebenarnya sudah lama benda ini aktif cuma sikap aku yang selalu acuh tak acuh tentang kesihatan menyebabkan ianya dikesan oleh perubatan pada tahap yang sudah agak lewat... Well what to do, itik menyudula kan... So bagi korang semua, jangan sesekali mengabaikan kesihatan anda... Adik-adik abam-abam yang MEROKOK, anda berisiko TINGGI... BEWARE... BE SO AWARE...

Pertengahan 2013...

Aku mula menyedari yang jeritan aku kurang 'power'... Biasalah, aku ni cikgu bengkel, budak-budak aku ni sememangnya perlukan jeritan baru diorang boleh bergerak... Satu lagi aku mula perasan apabila aku menyanyi (memang hobi aku melalak ketika memandu) aku dah tak boleh 'tarik' lagu tinggi... Padahal sebelum-sebelum ni memang feveret aku lagu-lagu rock kapak... Tapi aku fikir aku merokok dan mungkin perkara biasa jer ni... Esok-esok ok lah tu...

Awal 2014...

Aku bertukar tempat kerja... Jika Sebelum ini jarak tempat kerja sekitar 35km kini meningkat lebih sekali ganda menjadi 76km jaraknya... Namun sebagai penjawat awam aku akur... 'Saya Yang Menurut Perintah'... Nak buat macam mana... Subjek pengajaran masih sama, so aku maintain 'menjerit' ketika mengajar... Kini aku mula perasaan yang suara aku mula menyerak... Serak-serak basah macam Ramli Sarip... Sekali lagi aku fikir: aku merokok, kuat menjerit dan sekarang perlu travel jauh untuk ke tempat kerja; so ini mungkin perkara biasa dan sementara sahaja... Esok-esok ok lah tu...

Pertengahan 2014...

Suara aku semakin serak... Jeritan aku mulai terhad... Aku perasan apabila aku bertugas sebagai 'pelaung' untuk Kejohanan Olahraga Sekolah... Aduh seksa betul rasanya... Baru aku rasa nak risau, lama dah suara aku serak ni... Baru ada rasa nak jumpa doktor... Tapi tak pergi-pergi jugak... Harapan ianya sementara dan akan pulih dengan sendiri... Meanwhile, rokok still on... Hampeh betul...!

Ramadhan 2014...

Suara tetap serak, tiada tanda-tanda nak pulih... Tapi waktu di sekolah aku sudah kurang menjerit, al maklum bulan puasa, budak budak pun dah jadi 'baik'... Setan kena tambat katakan... Namun aku masih dengan sikap degil bodo aku, malas nak jumpa doktor, fikiranku ianya akan sembuh lepas raya nanti... Satu perkara yang baik adalah, akhirnya aku berjaya juga berhenti merokok... Pada waktu siang sahaja... Huhu...

Syawal 2014...

Aku beraya dengan suara yang serak... Tapi sesekali rasa macam seksi pulak... Tak tahu lagi yang nyawa semakin terancam... Sehinggalah di minggu terakhir Syawal, aku tak tahu dari mana datangnya kesedaran untuk aku berjumpa dengan doktor... Aku ke hospital, menurut doktor tekak aku ok tapi dia tak dapat tengok jauh ke dalam kerana hanya doktor pakar yang mampu dan mempunyai peralatan yang lengkap untuk memeriksa ke dalam tekak... Lalu aku diberi tarikh untuk temujanji dengan pakar... Bulan 11, 2014...

Penghujung Ogos 2014...

Aku mula resah, serak suaraku tak berkurangan malah bertambah teruk... Nak tunggu temujanji bulan 11, aku rasa harus hilang terus suara aku nanti... Setelah berbincang dengan isteri, aku nekad untuk berjumpa dengan dengan pakar swasta... Maka di suatu pagi yang tenang, kami bergerak menuju ke Hospital Sentosa Pekeliling... Jeng3...

***** End of Part 1 *****

p/s: Agak-agak apa terjadi kepada Sham ketika pertemuannya dengan pakar di Hospital Sentosa...? Apa pula reaksi Sham dan isterinya setelah mengetahui keputusan pemeriksaan doktor pakar tersebut...? Jangan lupa untuk mengetahuinya dalam Flashback Part 2: OMG... OMG...

p/s: Perghhh baik punya promo... Kalau korang tak layan lagi tak taula...








Read more...

Apabila Diam Itu Lebih Baik...

Monday, November 17, 2014


Assalamualaikum...

Hari ini masuk hari ke-17 aku dalam keadaaan 'tanpa suara'... Secara jujurnya aku dapat menerima keadaan ini dengan baik sekali... Walaupun jangkaannya ini merupakan tempoh yang paling sukar yang akan dihadapi oleh seseorang 'laryngectomee' namun dengan sokongan orang-orang disekeliling aku, aku rasa amat selesa...

Paling aku hargai siapa lagi kalau bukan isteri aku... Sepanjang tempoh ini dia menjaga aku tanpa banyak kerenah... Banyak tugas-tugas aku dia ambil alih sehinggakan dia mengambil cuti separuh gaji untuk menjaga aku... Terharu aku weh... Katanya pengalaman paling berharga baginya setakat ini adalah dia mula mempelajari kata-kata melalui gerak bibir... Katanya lagi lepas ini dia boleh apply kerja sebagai 'spy' dalam pasukan polis... Yelah dah boleh baca gerak bibir orang, bukan kerja senang woo... Itu aku rasakan agak lucu... Ngeh3...

Begitu juga dengan adik beradik dan kedua orang tua aku... Mereka nampaknya dapat menerima aku tak ubah seperti sebelum-sebelum ini... Ibarat tiada kekurangan pada aku pun... Tapi apabila memerhati jauh ke dalam anak mata orang tua aku, aku tau mereka sebenarnya amat berdukacita... Ye aku tahu, kalau boleh mereka sanggup untuk bertukar kedudukan untuk aku...Well seperti yang aku katakan sebelum ini; setiap orang ada 'bahagian' mereka masing-masing... Ini bahagian aku dan ini adalah 'destiny' aku... No regret...

Cuma apa yang aku agak terkilan adalah ketidakupayaan aku untuk melayan kerenah anak-anak, terutamanya si Shahmin... Maklumlah orang baru masuk sekolah macam-macam persoalan yang dia ajukan kepada aku... Kerja rumah dialah, kenapa benda ni macam inilah, kenapa benda itu macam itulah... Macam-macam... Yang aku mampu buat hanya tersenyum dan pointing finger pada mama dia... Herm rileks juga macam ni kan...

Namun agak menghairankan juga sejak keadaan aku begini aku rasa ketiga-tiga anak aku ni agak kurang kedegilannya... Kalau sebelum ni nak suruh mereka berbuat sesuatu kadang-kadang sampai perlu menjerit tetapi sekarang ni ada masanya aku hanya mengerling sahaja, mereka macam dah faham-faham je nak buat apa... Pelik juga aku tapi bila mengenangkan itulah kuasa Allah, apa yang nak dipelikkannya... "Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"... Kata-kata Allah tu, takkan tak percaya kan...

Esok adalah perjumpaan pertama aku dengan doktor sejak aku keluar dari hospital... Esok juga kami akan berbincang beberapa perkara termasuk berkenaan dengan rehabilitasi suara aku... Untuk makluman korang semua, aku tidak akan 'tanpa suara' selama-lamanya... Sama seperti laryngectomee yang lain kami mempunyai beberapa pilihan untuk dipertimbangkan dan setiap pilihan itu ada pro dan kon masing-masing... Mungkin dalam entry yang akan datang aku akan ceritakan berkenaan dengan pilihan-pilihan tersebut...

Berkenaan dengan rehabilitasi suara ini juga, menurut doktor yang merawat aku ni dia sedang merancang satu 'projek' untuk aku... Mungkin projek ini melibatkan pembelajaran hingga ke luar negara, Insha Allah.... Setakat ini katanya aku memenuhi semua kriteria-kriteria yang diperlukan... Nah nampak, bukankah rezeki terpijak namanya tu... Tapi aku taknaklah terlalu teruja sangat, tak jadi nanti frust pulak... Namun kalau ianya benar-benar terjadi, pasti aku akan kongsikan disini... So doa-doakanlah projek tu berjaya ek...

#pray4me... ;-)

Read more...

Ayat Motivasi

Friday, November 14, 2014

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ni aku suka baca ayat-ayat motivasi... Lebih-lebih lagi ayat-ayat motivasi yang islamik, yang mengatakan tentang erti kehidupan, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Sang Pencipta...  Yela sejak ditimpa penyakit nilah pun... Masa sihat dulu semua baca sekali lalu jer... Tak melekat pun dalam otak... Kalau dalam whatsapp pun laju jer scroll bila terjumpa ayat-ayat motivasi ni... he3...

Tapi sekarang ni aku suka baca, malah tercari-cari... Ye, kerana ianya banyak membantu... Membantu aku untuk berjuang... Berjuang melawan kesakitan... Berjuang melawan maut... Bukanlah pulak nak melawan kerja Allah, ajal dan maut memanglah ketentuanNya... Tapi kita kan disuruh untuk berusaha... Berpantang maut sebelum ajal, kan...?

Salah satu 'beban' pesakit seperti aku ini adalah uncertainty tentang adakah aku telah benar-benar telah bebas dari penyakit ini atau tidak... Sungguhpun aku telah dibedah, sebahagian anggota badan aku telah 'dibuang', laporan makmal pula mengatakan yang semua sel-sel kanser telah berjaya dikeluarkan; namun ianya tidak dapat memadamkan kesangsian... Kerana sememangnya tiada sebarang jaminan, malah seseorang yang telah melepasi 'tahap bahaya' iaitu 5 tahun sekalipun, masih tidak ada sebarang jaminan yang sel-sel kanser itu tidak akan kembali menyerang mereka... Ianya ibarat satu mimpi ngeri yang berpanjangan... Arghhh agak tertekan bila memikirkannya...

Kemudian aku terfikir, mungkin hasil dari pembacaan ayat-ayat motivasi yang sering aku jumpa dalam group-group whatsapp, telegram malah FB pun; apakah kemungkinan paling teruk yang akan aku lalui jika benar ianya kembali menyerang...? What is the worst case scenario...? Bukankah MATI...? Yesss dah tentu, MATI... Itulah pengakhiran bagi segala-galanya...

Jadi kalau pengakhirannya adalah MATI, apa yang kita perlu takutkan...? Bukankah kita sebagai seorang manusia kita WAJIB merasai MATI...? Bukankah pula sebagai seorang MUSLIM kita diajar yang kehidupan di dunia ini hanyalah SEMENTARA...? Bukankah dalam agama ISLAM terang-terang menyatakan tentang hari AKHIRAT, SYURGA dan NERAKA...? Jadi apa yang perlu kita takut akan MATI itu...?

Apa yang perlu kita takutkan bukanlah MATI itu sebenarnya... Tetapi apa yang perlu kita takutkan adalah BEKALAN kita untuk 'HARI-HARI' selepas MATI itu... Nikmatilah kehidupan di dunia ini dan sediakanlah BEKALAN yang secukupnya untuk ke 'sana'...

p/s: pesanan untuk diri sendiri dan saudara seagama...


Read more...

Tak Terjangkau Dek Akalku...

Wednesday, November 12, 2014


Assalamualaikum...

Sehebat manakah ujian yang anda pernah alami dalam hidup ini...? Pernahkah anda kehilangan insan yang anda amat kasihi...? Atau anda pernah diuji dengan kehilangan atau kerosakan harta benda yang sangat bernilai bagi anda...? Pasti juga antara kita pernah diuji dengan musibah, kemalangan mahupun bencana alam...? Tidak kurang pula yang diuji dengan penyakit yang teruk, terlantar berbulan-bulan malah ada yang bertahun lamanya... Well, aku pasti sebagai manusia biasa kita dah rasai 'bahagian' masing-masing...

Seseorang pernah berkata pada aku: "Ujian Allah bukan setakat datang dalam bentuk kepayahan, kemalangan atau kesakitan, ianya juga datang dalam bentuk kesenangan, kejayaan dan kemewahan..." Aku agak sinikal dengan kenyataan tersebut pada waktu itu... "Apahal kesenangan dikatakan sebagai ujian...? Bukankah itu satu bentuk nikmat...?" Aku tinggalkan soalan itu untuk korang fikir-fikirkan...

Berat atau ringan sesuatu ujian itu bagi aku adalah satu perkara yang subjektif... Bagi aku takde seorang pun yang boleh berkata "akulah insan yang paling malang"; atau "ujian aku ni paling teruk berbanding korang" atau "aduh takde siapa lagi yang kena lebih teruk dari aku ni..." Hakikatnya, ingatlah jika anda rasa anda telah diuji dengan sebegitu teruk, ada lagi insan lain yang diuji dengan lebih dasyat dari anda... Bak kata pepatah cina: disebalik gunung yang tinggi ada lagi gunung lain yang lebih tinggi... Wah siap pepatah cina tuh...

Satu perkara yang perlu diingati lebih-lebih lagi sebagai seorang yang bertaraf hamba seperti kita ini, ingatlah yang sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya dengan kadar yang melebihi kemampuan seseorang itu... Selalu kita mendengar ketika kita ditimpa bencana atau kesusahan adalah betapa adanya rahmat dibalik segala kepayahan itu... Sering juga kita diingatkan yang kita hanyalah makhluk yang serba kekurangan dan tidak tahu apa-apa, apa yang kita rasakan baik tidak semestinya baik bagi kita dan begitu jugalah sebaliknya...

Berbalik kepada kepada kisah ujian tadi... Sebagaimana yang aku tulis dalam post sebelum ini, tahun ini memang tahun edan... Beberapa benda yang sememangnya tak pernah terfikir akan berlaku telah berlaku kepada aku... Allah Maha Besar, hanya Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya... Aku pernah terbayang perkara-perkara dasyat yang boleh berlaku kepada aku, tapi perkara ini memang tak pernah aku terfikirkan, sememangnya tak terjangkau dek akalku, yang aku akan diuji sehebat ini... Ya, ujian ini merupakan yang terhebat pernah ku hadapi sepanjang umur hidupku, aku diuji dengan penyakit... Penyakit yang pasti menjadi igauan ngeri kepada pengidapnya... Penyakit itu penyakit kanser...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP