Sahabat Tanpa Suara

Korban Cinta

Sunday, January 30, 2011

Kerana Cinta aku menikahi mama'nya'...

Kerana Cinta 'dia' dilahirkan, dan...

Kerana Cinta pada'nya' juga, kambing ini terkorban...


Itulah kisah cinta aku pada anakku Iffahani Iman Nur...


Sebenarnya pagi tadi telah berlangsung Majlis Kesyukuran dan Aqiqah Iffahani (gambar, sebelah kiri) dan Aqiesa (gambar, sebelah kanan). Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun hujan turun tak henti-henti. Cuma kejap renyai kejap lebat. Majlis tersebut aku JV dengan kak Ngah aku (ibu Aqiesa), jadi 2 kambing yang terkorban semalam petang...

"Saya dengan ini mewakilkan pakcik untuk menyembelih kambing ini bagi tujuan aqiqah anak saya Iffahani Iman Nur Binti Norhaniza."


Termetri akad antara aku dengan penyembelih kambing tersebut. Tercapai niat aku bersama isteriku untuk melaksanakan aqiqah untuk anak kedua kami ini. Sebagaimana hadis Nabi yang menceritakan berkenaan aqiqah ini:

“Anak kecil itu dipertaruhkan dengan aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya (yakni lakukanlah aqiqah untuknya) dan singkirkanlah kotoran darinya”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dari Salman bin ‘Amir r.a.)

Insyallah entry akan datang cerita detail berkenaan majlis tersebut...

Read more...

Tragedi Buah Limau

Thursday, January 27, 2011


Hari ini sekolah aku mengadakan sedikit majlis sempena sambutan Tahun Baru Cina. Memang agak awal tetapi memandangkan sekolah kami akan bercuti selama seminggu maka hari ini merupakan masa yang paling sesuai. Bukan majlis besar-besaran pun, sedikit kata-kata ucapan dari Puan Pengetua dan pengagihan buah limau kepada semua pelajar dan guru-guru. Aku kurang pasti apa kaitannya antara buah limau dengan perayaan Tahun Baru Cina tetapi memang setiap tahun menjelang Tahun Baru Cina, buah limau merupakan buah yang paling hangat di pasaran. Betul kan...

Ingat lagi aku ketika sebelum bertugas sebagai guru aku bekerja di sebuah kilang di Pelabuhan Klang. Tak lama aku kerja disitu, dalam 3 tahun sahaja. Walaupun itulah kerjaya yang dicita-citakan sepanjang belajar dalam Bacelor Engineering di UPM, tetapi tekanan dan beban kerja menyebabkan aku beralih arah ke bidang perguruan (rupa-rupanya jadi cikgu ada bebanan gak...). Di kilang tersebut, aku bertugas di Maintenance Department dan bertanggung jawab terhadap semua mesin dan segala alat-alat ganti mesin. Makanya aku merupakan orang yang paling dicari oleh supplier mesin dan alat-alat ganti. Pada musin Tahun Baru Cina boleh kata nak hampir penuh pejabat aku dengan kotak-kotak buah limau. Lepas Tahun Baru Cina, komfem suara aku jadi ala-ala Ramli Sirap! eh Ramli Sarip... Mana taknya, hari-hari balun buah limau...

Namun kisah berkenaan buah limau yang aku takkan lupakan adalah ketika aku bersekolah di SM Teknik Kuantan. Aku tinggal di asrama, pada ketika itu SM Teknik merupakan sekolah asrama penuh. Budak-budak dorm aku memang nakal (termasuklah aku ;P). Ada suatu ketika semasa tingkatan 4 boleh kata tiap-tiap malam kami 'fly' (keluar asrama ler, panjat pagar...). Belakang sekolah tempat kami memanjat pagar merupakan semak samun dan belukar. Keluar dari belukar tersebut barulah jumpa kawasan perumahan dan tempat lepak kami adalah sebuah kedai minum kami panggil kedai Mak Aji. Sebelum sampai ke kedai Mak Aji kami akan menempuhi sederet rumah cina. Biasa rumah cina kan ada tokong kecil dan mereka akan meletakkan buah limau di situ. Kira macam satu ritual yang mereka lakukan untuk nenek moyang mereka dahulu... Kami masa tu pantang betul tengok buah limau tu, apa kami akan buat ialah kami ambil buah limau tersebut dan gantikan dengan batu yang kami kutip tepi jalan. Kemudian limau tersebut kami kupas, isinya kami buang ke longkang dan kulitnya kami sepahkan di situ jugak. Kononnya nenek moyang dah makanlah buah tu... Hehehe... Isy... Nakal kan...

Tapi memang setiap perbuatan jahat itu tak akan bertahan lama dan pada satu malam perbuatan kami terkantoi.

"Ooo ni lu olang punye kilije ha...! Wa bagi latuk nenek punya lu olang kasi buat itu macam ha...!" Jerit Apek tuan rumah tu...

Tapi nasib kami masih baik dan sempat melarikan diri. Sebelum masuk sekolah sempat lagi kami bergurau 'membanggakan' perbuatan kami itu. Sesampai di depan pagar, malang menimpa, kami dicekup oleh warden. Rupa-rupanya mereka telah mengadakan spot check di asrama dan mendapati ada pelajar yang 'fly'. Kami masing-masing mendapat 'ubat' 3 das seorang. Aduh kena libas di betis tu. Punyalah sakit tapi tahan ajelah.

Kini aku sering tersengih sendiri setiap kali teringatkan kenakalan aku ketika di sekolah. Aku rasa sekarang ini pun memang aku menerima 'hukum karma' di atas kenakalan aku dahulu. Sebabnya sekarang ini aku dapat mengajar kelas MPV, kelas yang penuh dengan budak-budak nakal. Memang semua guru-guru sekolah tu tau yang budak-budak MPV ni sering buat hal... Aku pun kadang-kadang naik pening dengan budak-budak ni tapi nak buat macam mana, nasib badan...

Pada apek tu pula, aku tak pernah jumpa pun selepas itu dan aku memang tak pernah mengenalinya pun. Tapi kepada apek ingin ku katakan di sini:"Soli lor..."

Read more...

Dah Pandai Mengepat... Dapat Gelang Emas

Tuesday, January 25, 2011


Beberapa hari lepas genap usia Iffahani 3 bulan. Seperti biasa aku membawanya untuk pemeriksaan bulanan di Klinik Bayi Kerajaan. Timbang berat adalah 5 kg, ngam-ngam... Patutlah aku mendukungnya sekarang ni terasa se'eh. Kalau tak dapat nak bayangkan, cuba korang bayangkan memikul guni beras yang 5 kg tu... Ha macam tulah rasanya. Hari tersebut juga Iffa kena 1 das injection, dinamakan injection 3 serangkai. Untuk apa? Honestly aku pun tak tau... Kui kui, apa punya bapa daa... Tapi Alhamdulillah Iffa tak demam, kuat juga anak gadis aku ni. Menangis pun tak lama, masa kena cucuk je uuwwaaa sekejap. Keluar dari bilik cucuk terus senyap...

Sekarang ni aku perasan satu tabiat dia yang baru, mengepat jari. Hush kalau dapat, sampai berlecap-lecap bunyinya. Habis merah-merah ibu jarinya. Kalau ditarik memang dia akan marah, kecuali digantikan dengan yang lebih besh... Apa lagi, nenen mamanya la...

Satu lagi yang buat aku agak teruja adalah Iffa kini dah pandai diagah. Kalau kita agah dia, mula-mula dia tersenyum meleret je. Lama-lama baru bersuara, uu aa uu aa. Tapi kalau kita stop agah dia, dia macam marah pulak, mula bising macam membebel. Kata mak aku tak lama lagi pandailah dia ketawa mengekek-ngekek...

***********************************************************************************

Ahad baru ini aku ke KL, Jalan Masjid India. Tujuan nak cari accessory untuk majlis kesyukuran Iffahani. Ops lupa nak bagitau, hujung minggu ini aku dan my sis JV untuk mengadakan Majlis Kesyukuran Dan Aqeqah untuk anak-anak kami. 2 ekor kambing bakal tumbang. Jemputan dianggarkan 2000 orang... Ish takdelah ;P, kami buat kecil-kecilan untuk sanak saudara dan jiran-jiran terdekat sahaja (tapi kambing 2 ekor tu tetap tumbang Sabtu ni...). Sampai di hadapan sebuah kedai emas, aku terdengar india emas tu menjerit:

" Emas 916, 131 satu gram... mari mari mari..."

Eh menarik jugak ni, setau aku harga pasaran emas sekarang ni paling tidak pun RM155 atau lebih segram. Kebetulan duit Iffahani hasil 'sumbangan' saudara mara dan kengkawan memang ada, jadi aku dan orang rumah pun decide untuk membelikan gelang pada budak ini. Budget taklah besar, bawah 500 je. Setelah bertikam lidah (hampir-hampir bertikam keris...) tawar menawar, dapatlah kami harga yang dipersetujui bersama. Cukup-cukup duit yang kami budgetkan. Setelah mengenakan gelang itu, aku tengok bertambah menyerlah ke'girl-girl'an anak aku ini... Wee he hee...


P/S: Aku tengok harga emas sekarang makin lama makin naik. kali terakhir aku membeli emas adalah pada ketika aku membeli gelang hantaran untuk isteri aku, pada ketika itu hanya sekitar RM70-80 segram. Kini setelah 5 tahun harganya naik hampir sekali ganda. Memang baik untuk dibuat sebagai pelaburan...

P/S 2: Aku jarang membeli emas, tak pasti aku apa perbezaan antara emas India dengan emas 'standard' hingga harganya berbeza agak jauh. Yang pasti aku tengok ada cop 916 pada emas tersebut, kedai ada mengeluarkan resit sah status 916 serta berat sebenar emas tersebut, bagi aku itu sudah memadai...

Read more...

Iklan Beer Dari Nuffnang

Monday, January 24, 2011


Alamaks...! What happeng...? Aku dapat iklan promosi Tiger Beer dari Nuffnang! Masyallah... Mungkin iklan tu sesekali je keluar kot, tapi aku nak bagitau member-member blogger atau sesiapa yang tersinggah kat sini supaya tidak sesekali mengklik iklan tersebut. Bukan ku pinta iklan yang sebegitu... Sebenarnya dalam seting iklan Nuffnang aku dah set pun untuk tidak menerima sebarang iklan dari syarikat beer dan rokok. Tak percaya? Niha buktinya:

Takkanlah pulak aku nak promo benda-benda HARAM tu kan... Kalau setakat rokok tu tahanlah lagi, ini air kencing setan tu. No way no road man...! Tapi pesanan aku lagi (ini lebih penting ;P) kalau keluar iklan-iklan selain dari rokok dan beer, sudi-sudilah mengkliknya ye... Bukan apa, nak gak merasa hasil kerja berblogging ni. Sebenarnya aku nak ada pendapatan dah dari Nuffnang ni, tapi nilainya mak ai punyalah ciput malu pulak pak cik nak bagitau. Niat aku satu je, bila ada pendapatan nanti, nak share dengan kengkawan juga. Bolehlah nanti buat contest ke, giveaway ke. So ibaratnya, what you get, you give backlah ye... Sesaje nak meriahkan lagi industry blog ni...

P/S: Pertanyaan untuk rakan-rakan blogger: Pernah ke dapat iklan-iklan sebegitu? Macamana nak inform pihak Nuffnang supaya tidak bagi kita iklan-iklan sebegitu lagi ye..?

Read more...

Nilai Murni Yahudi...

Saturday, January 22, 2011

Sebelum ini aku ada buat entry pasal 12 kejahatan Yahudi. Aku tertarik dengan komen dari seorang member blogger- Sam Posmen. Berikut adalah komen dari beliau:

Sam Posmen said...
sory to say.

betul semua yang saudara terangkan adalah betul. memang kaum yahudi kaum yang di laknat. kaum yang memporak porandakan dunia.

tetapi

pernahkah kita berfikir bagaimana berjayanya mereka? bagaimana walaupun terus di cemuh umat manusia tetapi mereka tetap boleh bergerak ke depan. terus menerus mengkaji setiap apa yang berlaku. setiap jenis kejadian alam. setiap jenis tindak tanduk manusia.

kenapa...

perlukah untuk memburukkan mereka? ya memang perlu. tapi apa guna memburukkan benda yang sudah di ketahui azalinya?

tidakkah itu seperti mencurah air ke patung lilin namanya. hehe(macam karam singh daa...) positifnya sedangkan kita boleh mengambil iktibar dari mereka untuk memajukan agama kita. sayangnya kita sendiri yang terikut budaya mereka. bahkan lagi teruk dari itu.

salahnya

bukan mereka, tetapi diri kita sendiri. contoh sudah banyak. mereka sibuk mendalami pelbagai perkara kita lagi sibuk membangga-banggakan'nya'.

apapun nice info...

Ulasan aku pulak:

Setuju dan sangat setuju. Dalam masa satu dunia mengutuk dan mencela bangsa mereka, kedudukan mereka sikit pun tidak tergugat malah bertambah kukuh dari segi ekonomi, sosial mahu pun politik. Dari segi ekonomi, aku pernah terbaca (tetapi aku sudah lupa dimana) yang kaum Yahudi menguasai hampir 70% perniagaan di seluruh dunia. Dari barangan kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan dan berbagai-bagai lagi. Dari sudut sosial, aku tak pastilah berapa ramai yang tahu tapi sebenarnya Hollywood merupakan salah satu daripada agenda Yahudi untuk membentuk gaya hidup yang melalaikan dan penuh dengan budaya hedonism (hiburan melampau). Manakala dari segi politik, siapa tidak tahu yang kaum Yahudilah yang sebenarnya menguasai White House sedangkan Presiden-presidennya hanya bertindak sebagai boneka sahaja.

Persoalannya bagaimana mereka menjadi begitu berjaya? Semasa belajar di UPM, ada seorang pensyarah aku bertaraf profesor selalu bercerita tentang kehidupan Yahudi di Amerika Syarikat. Kata beliau ketika menuntut di sana teman sebilik beliau adalah seorang Yahudi Amerika. Mereka berkawan rapat dan beliau sering mengikut balik ke kediaman rakan Yahudinya itu. Cerita pensyarah aku, cara hidup keluarga Yahudi itu penuh dengan nilai-nilai murni yang sebenarnya merupakan ajaran dari agama Islam sendiri. Malangnya ianya tidak dipraktikkan oleh ummat Islam sedangkan bangsa Yahudi pula yang menjadikannya sebagai panduan dan cara hidup.

Banyak contoh-contoh yang diberikan dan tak terlarat pulak aku nak menuliskan semuanya. Tapi Insyallah aku akan buat dalam entry-entry akan datang (itu pun kalau aku tak lupalah...;P). Cuma satu je aku nak kongsikan bersama, yang aku sentiasa amalkan dan cuba pastikan aku akan terus mengamalkannya:

Bangsa Yahudi sangat menitik-beratkan makan bersama dalam satu keluarga. Terutamanya ketika makan malam. Makan malam akan sentiasa dimulakan dengan doa dan diakhiri juga dengan doa. Pada ketika itulah ibu bapa akan bertanyakan masalah anak-anak, memberi kata-kata perangsang, bergurau dan merapatkan hubungan.

Perkara remeh...? Mungkin tidak...

Read more...

Dulu Dan Kini

Friday, January 21, 2011


Seketika tadi aku ke hypermart ter'grand' di Bentong, TF Value Mart membeli keperluan asasi Shahmin dengan adiknya, Iffa. Apa lagi kalau bukan pampers dengan syusyu. Aku pergi bersama Shahmin sahaja. Mama di rumah menjaga Adik.

Semasa membeli ternampak aku akan sepasang suami isteri yang ku kira baru mendirikan rumah tangga. Aku beranggapan begitu kerana inai yang masih 'segar' di jari kedua-duanya dan sudah tentu, kemesraan mereka begitu ketara. Saling berpegangan tangan, senyum tak lekang di bibir. Mereka di zon: pakaian tidur! Hem patutla happy sangat kan... Ngeee.

Segera aku terkenang saat-saat manis ketika baru mendirikan rumah tangga. Serba bahagia masa tu. Kemana-mana berdua. Jika selama ini 'hang out' bersama rakan-rakan, selepas berumahtangga ada teman sejati yang menemani kemana sahaja. Buat apa-apa mesti berdua. Makan berdua, shoping berdua, menonton wayang berdua, tidur berdua, mandi... Ops sudah 18SX la pulak...

Tahun ini masuk tahun ke-5 perkahwinan kami. Anak dah 2. Terasa dah lama la pulak aku tak merasa saat-saat manis seperti dulu. Bukan aku kata sekarang tak bahagia. Not at all! Sekarang sudah tentu lebih bahagia kerana telah memiliki keluarga yang lengkap termasuk sepasang cahaya mata. Cuma 'kemesraan' berpasangan tu dah kureng. Al-maklumlah, kemana-mana sekarang tidak lagi berdua. Paling kurang berempat. Dah tu tak merasa lagilah nak berpegangan tangan. Kalau pegang pun, tangan anak ler. Aku biasa tolak stroller Iffa, Mamanya memegang Shahmin... Sesekali terasa rindu amat aku nak menonton wayang, hobi bersama kami suatu ketika dulu. Rindu juga masa-masa 'bertekak' di depan kaunter tiket; aku nak tengok cerita action, dia nak tengok romance (klise kan..?)...

Sekarang ini jika ke mana-mana seperti ke kedai untuk membeli barang-barang dapur atau keperluan, memang tak tenteram nak membeli, sebabnya sibuk nak perhatikan Shahmin yang sedang kuat melasak. Itu tak kira Iffa yang dalam stroller lagi... Sudahnya berpakat- masa aku membeli, Mama jaga anak. Time Mama membeli, aku pulak take turn. Itulah sebabnya sekarang lebih elok jika aku pergi bersendirian. Paling tak pun aku akan membawa Shahmin sahaja. Bila di rumah pulak memang dah takde masa nak bergurau senda. Mama memang sibuk dengan Iffa je. Yang si Iffa di dia tak boleh tercium bau mama dia. Bila tau je mama ada kat rumah, nak 'bergayut' je keja dia... Ayah pun dah tak merasa bergayut dengan mama... Hem hem... Begitulah hidup kami sekeluarga sekarang ini...

Agaknya ada tak lagi peluang untuk kami bermesra-mesraan seperti dulu...? Mungkin, mungkin suatu hari nanti apabila anak-anak sudah dewasa dan kami kembali hidup 'berdua'...



P/S: Pernah bercerita pada kawan-kawan berkenaan hal ni, jawab mereka:"Ai kata nak 5, ni baru 2 dah pening ke...?"

Read more...

Ben Ashaari: Jom Gegar Blog...!

Thursday, January 20, 2011



Kelas dah abis, buku pun dah tanda, surf internet kejap... Masuk blog Ben jumpa pulak ini:

Pengumpulan semula... JOM GEGAR BLOG!

Join join... Jangan tak join.

P/S: Bro Ben bila nak buat review blog picisan gua ni..? Tak sabar-sabar nak dapat trafik mencanak ni...Huhu...

Read more...

12 Kejahatan Yahudi

Wednesday, January 19, 2011

1. Menuduh Nabi Musa mengidap penyakit kusta kerana tidak mahu mandi bersama mereka. [Al-Ahzar ayat 69]

2. Enggan melaksanakan perintah dan hukum Taurat, sehingga Allah mengangkat Gunung Tursina untuk mengambil perjanjian yang teguh. [Al-Baqarah ayat 93]

3. Tidak mahu beriman kecuali jika melihat Allah secara langsung. [Al-Baqarah ayat 55 dan An-Nisa' ayat 153]

4. Merubah perintah agar masuk negeri yang dijanjikan seraya bersujud dan mengucapkan hithah, yakni memohon keampunan. Tapi mereka menggantikan perintah itu dengan cara melatah dan mengatakan hithah, yakni sebutir biji di rambut. [Al-Baqarah ayat 58 dan 59]

5. Menuduh Nabi Musa mengolok-olokan mereka ketika mereka disuruh menyembelih lembu betina. [Al-Baqarah ayat 67]

6. Menulis al-kitab dengan tangan mereka, lalu mereka berdusta dan mengatakan itu daripada Allah. [Al-Baqarah ayat 79]

7. memutar-beltkan lidah mereka untuk meyakinkan bahawa yang dibacanya itu adalah wahyu asli daripada Allah S.W.T. [Ali-Imran ayat 78]

8. Merubah Firman Allah S.W.T sesuka hati mereka. [Al-Baqarah ayat 75]

9. Menyembah patung berbentuk lembu ketika ditinggalkan oleh Nabi Musa yang mengambil Taurat. [Al-Baqarah ayat 51 dan 92]

10. Mengatakan tangan Allah S.W.T terbelenggu. [Al-Maidah ayat 64]

11. Menuduh Allah S.W.T itu fakir miskin malah merekalah yang kaya raya. [Ali-Imran ayat 181]

12. Menyuruh Nabi Musa dan Tuhannya berperang bagi pihak mereka. [Al-Maidah ayat 24]


Rujukan: hidayatullah.com

Read more...

Cikgu Kena Pandai Berlakon...

Tuesday, January 18, 2011

Pesanan seorang pensyarah aku semasa di maktab:

"Untuk menjadi seorang guru yang baik, anda perlu menjadi seorang pelakon yang baik..."

Semua fahamkan? Bukanlah maksud dia yang guru itu perlu berlakon dalam iklan ke drama hatta filem ke... Agak buduhlah interpretation tu kan ;P...

Aku tak mengaku yang aku seorang guru yang hebat atau pun guru cemerlang (guru cool mungkin... ngee...) kerana sememangnya masih banyak kelemahan yang perlu aku baiki samada dalam kaedah P&P aku mahu pun kawalan kelas aku. Tapi harus aku akui yang aku bijak berlakon dengan pelajar-pelajar aku...

Contoh 1:

Hal ini biasa berlaku semasa aku mengajar Fizik Tingkatan 6 di sekolah lama. Pelajar Fizik Tingkatan 6 biasanya merupakan pelajar paling briliant dalam sesebuah sekolah. Dan ketika mengajar aku biasa diajukan soalan-soalan spontan dari mereka. Aku bukan pakar Fizik maka adalah ketikanya aku gagal mendapatkan jawapannya dalam masa yang singkat. Kebiasaannya aku akan menggunakan taktik:

"Bagus, an excellent question. I've been waiting for that kinda question. Since it is not a simple question, yet it need futher studies on it, I'll make that as your assignment. You need to prepare the answer and you all need to present it in front of the clas..."

Malam tu nak tak nak kenalah aku cari jawapannya sampai dapat...

Contoh 2:

ketika ditegur oleh pelajar jika melakukan kesalahan fakta atau rumus ketika sedang mengajar, jawapan yang biasa aku bagi:

"Laa, memang cikgu sengaja buat silap. Nak tengok kamu semua cakna ke tidak dengan pembelajaran hari ini. Bagus! Ini bermakna kamu semua menumpukan perhatian kepada pengajaran cikgu hari ini..."

Kuang kuang kuang...

Hari ini aku rasa lakonan aku berada pada tahap hampir sempurna. Aku berjaya 'menjinakkan' pelajar-pelajar bengkel aku. Fakta yang harus diakui oleh semua guru adalah kesukaran untuk mengawal kelas yang SEMUA pelajarnya adalah lelaki dan A dari PMR yang dikumpul dari mereka SEMUA adalah 0! Paham-pahamla kan... Itu yang aku hadapi dengan pelajar-pelajar kelas MPV tingkatan 4 aku ini. Aku perlu mengawal mereka selama 4 masa berturut-turut, iaitu selama 2 jam 40 minit. Minggu lepas mereka masih 'fresh' dan agak malu-malu serta bersifat pasif di dalam bengkel, tetapi minggu ini apabila sudah serasi sesama mereka, mulalah bermacam-macam perangai yang mereka tunjukkan. Hasilnya hari ini mereka semua tergamam dengan kegarangan bak seekor singa kelaparan yang aku tunjukkan! Chewah...

Kebetulan aku dah 2 minggu tak buang misai, dah lebat semacam. Aura sarjan misai meruap-ruap pada aku. Adalah 2, 3 orang yang tak bernasib baik (kerana duduk hampir dengan aku) mendapat 'ubat'...Har har... Aku tak risau dengan budak-budak macam ni, diorang ni memang kategori tahan lasak punya. Paling penting mereka tak pandai ambil hati, lebih-lebih lagi mereka sedar mereka yang menjadi punca kemarahan aku. Lagi pun aku ada masa 2 tahun dengan mereka. Ada banyak masa untuk aku ambil hati mereka balik. Saja, untuk awal perkenalan aku nak tunjuk 'ganas' sikit.

Habis mengamuk aku masuk bilik aku, tinggalkan diorang terkebil-kebil. Aku tersenyum sorang-sorang. Jumaat ini kita tengok apa reaksi mereka, dan watak apa pulak yang aku nak mainkan... Heh heh...


P/S: Suka dengan cikgu-cikgu yang punyai bakat dalam kelas. Boleh melawak, menghibur pelajar. Ada yang boleh bersajak, berpantun untuk menarik perhatian pelajar... Gifted teacher, indeed...

Read more...

HANGIN 1 BADAN..!

Monday, January 17, 2011

Ini kisah tentang keHANGINan...!

Hari ini aku HANGIN. Balik dari sekolah tadi orang rumah aku tak sampai lagi. Aku call dia tetapi pompuan lain yang menjawab:

"Harap maaf... Talian telefon anda telah disekat... Bla bla..."

Aku ada rasa sikit HANGIN! Aku rasa aku bayar bil telefon on time, sama seperti bulan-bulan lepas. Aku semak bil-bil bayaran sebelum ini. Sah! Memang aku tak pernah miss bayar. Last bayar 4 Januari 2011. Aku jadi HANGIN. Celcom buat hal lagi!

3,4 bulan kebelakangan ini aku sering mendapat mesej dari celcom memesan aku supaya membuat bayaran. Itu memang membuat aku HANGIN! Sebabnya aku tak pernah miss bayar. Bil bulanan aku tak banyak. Aku bukan kaki gayut telefon. Dah takde siapa-siapa pun yang sudi bergayut dengan aku sekarang ni. Dah lama dah aku tinggalkan tabiat bergayut aku tu. Masa bercinta dulu bergayut dari malam sampai ke pagi pun takde hal. Tak ada sesiapa pun nak HANGIN..!

Aku call 1111.

Tut... Tut...

"Untuk Bahasa Melayu, sila tekan...." Aduyai ini pun buat aku ada HANGIN!

Akhirnya dapat bercakap dengan operator. Yang operator ni pun satu hal. Buat aku HANGIN jugak. Ada ke dia makan sambil bercakap dengan aku yang sedang HANGIN ni. Aku memanglah tak nampak tapi boleh dengarlah mulut dia cup cap cup cap macam tengah menguyah makanan. Aku HANGIN lagi. Tapi aku masih sedaya boleh bercakap dengan control and steady. Aku buat aduan tentang masalah aku. Jawapan dia memang buat aku HANGIN!

"Kami tak boleh buat apa-apa encik, encik perlu buktikan yang encik telah membuat bayaran..."

"Tapi saya dah buat bayaran... Resitnya ada di tangan saya sekarang ini..." Aku cuba menyembunyikan HANGIN aku.

"Kalau begitu encik kena faxkan kami resit tersebut..."

Hek eleh... Kenapa pulak aku yang kena buat semua tu. Bukannya aku punca masalah ini. Nak fax resit kenalah aku ke bandar pulak cari kedai fax. Sedang-sedang ni bandar jem wo, orang tengah balik kerja. Nak fax pun kena bayar lagi. Dah jadi banyak kerja lah pulak.

Aku cuba berbincang minta dia buat apa-apa yang boleh membantu. Tapi jawapannya masih sama:"Kami tak boleh buat apa-apa encik, encik perlu buktikan yang encik telah membuat bayaran..."

Aduh HANGIN! HANGIN...!

Aku ke Blue Cube tempat aku buat bayaran dahulu... Alamak kat situ pun ada hal yang buat aku HANGIN! Amoi yang ambil bayaran tu buat aku HANGIN pulak...! Dahlah tak dapat membantu, kata-kata dia pulak memang bikin aku HANGIN. Malas aku layan amoi ni, terus aku angkat kaki.

Aku ke kedai fax. Jam ngam-ngam pukul 6. Apek tu tengah berkemas nak balik dah.

"Uncle, tunggu dulu. Saya mau fax 1 helai saja... Penting ni..."

"Haiya soli lor kawan...saya ala hatla... Mau cepat maa... Mesok la mesok la ha..."

Aiyak apek lu pun bikin aku HANGIN...! Apa lagi boleh aku buat. Terpaksalah aku balik ke rumah dengan HANGINnya... Sampai di rumah kipas buat hal pulak. HANGIN...

Eh berapa banyak dah HANGIN aku ni... Nanti korang pulak yang naik HANGIN dengan aku... Takpelah biar aku simpan jelah HANGIN aku ni. Sebabnya HANGIN aku ni tak dapat membantu apa-apa pun. Tapi apa-apa pun hari ini aku memang HANGIN 1 BADAN...!


P/S: Korang janganlah HANGIN dengan aku pulak ye... Saje je aku nak luahkan perasaan. Sekarang rasa lega sikit keHANGINan aku ni... He hee... Peace yo...

Read more...

Birthday Orang Tua

Sunday, January 16, 2011


Semalam rumah di Chamang ni full house... Tiket sold out, semua anak beranak ada. Tujuan berkumpul nak celebrate birthday orang tua kami. Bukan celebrate besar-besaran pun. Berkumpul anak-beranak je. Kak Ngah dari Putrajaya bawa balik marinate untuk bakar ayam dan ikan. Adik aku pulak nak sponsor kek. Jadilah ianya sambutan kami anak beranak...


Bulan Disember lepas genaplah usia bos aku 68 tahun. Tapi itu jika mengikut tarikh di IC. Sedangkan bos aku cerita masa dia buat IC tu dia dah boleh berlari dah. Biasalah orang dulu-dulu kan... Jadinya anggaran bos aku sekarang ni dah lebih 70 dah kot. Paling tak pun 72 or 73. Alhamdulillah secara fizikal aku tengok sihat lagi, kecuali jika gout menyerang. 2, 3 harilah menyeringai je dia menahan sakit. Selain gout, kencing manis, darah tinggi semua terkawal. Ops cuma satu, sejak kebelakangan ni aku perasan, dia punya sound system dah kureng daa... Kesian Abah, kenalah kami cakap kuat-kuat dengan dia sekarang. Hee jangan marah ye Bah...


Mem aku genap 61 tahun beberapa hari lepas. Muda lagi tak..? Tapi dari segi kesihatan memang agak merunsingkan. Selain 'bateri' dalam dada, Mak juga ada penyakit darah tinggi, sakit pinggang, lemah-lemah sendi dan paling membimbangkan, pesakit tegar kencing manis. Sekarang ni dia dah mengambil insulin secara berjadual. Cuma satu aku pelik mak aku ni, bila orang ramai di sekeliling dia, punyalah sihat. Memang beraksi dengan penuh lasak, di kenduri-kenduri ke, apa-apa keraian atau apa-apalah yang melibatkan orang ramai. Tapi bila balik rumah, duduk sorang-sorang, barulah datang sakit, melepek je... Mengikut dianogsis doktor tak bertauliah (kami adik beradiklah), mak kitorang ni mengidap sindrom penyakit loneliness tahap yang agak kronik. Kesian mak aku...


Berbalik pada cerita sambutan malam tadi. Makanan disediakan oleh chef Ateh, adik bongsu aku. Dibantu oleh assistant chef Aqel dan Adib, merangkap tukang sibuk nak membakar.


Sudah siap masak apa lagi, acara paling dinanti-nantikan: melantaklah... Paling best, proses membakar mengambil masa 2 jam lebih, tetapi acara makan selesai dalam masa 20 minit... Dasyat-dasyat...

Apa-apa pun happy besday untuk Abah dan Mak.. We all adik beradik sayang kalian berdua. Sayang tersangat-sangat. Jika diberi pilihan siapa yang diingini untuk menjadi ibu bapa kami di akhirat kelak, tetap kalian berdua yang menjadi pilihan... Moga kita menjadi keluarga sejati yang bahagia di dunia dan akhirat...

Read more...

Budak Hilang

Saturday, January 15, 2011



Baru lepas join GA sekarang nak buat kerja-kerja kebajikan sikit. Seorang lagi kanak-kanak dilaporkan hilang. Adam Shah namanya. Comel budaknya, simpati aku untuk parent dia. Doa aku juga adik Adam dapat ditemui segera. Kepada rakan-rakan blogger tolong-tolong sebarkankan berita ini di kalangan kita. Moga usaha ini dapat membantu.

P/S: Aku pernah 'kehilangan' Shahmin buat seketika di kompleks membeli belah di Kuala Lumpur tak lama dulu. Tapi Alhamdulillah sangat-sangat, aku jumpa balik. Memang berderau darah aku masa tu. Rasa nak pitam pun ada. Budak-budak sedang lasak macam ni memang tak boleh leka walau sekejap mana pun. Harus diperhati setiap saat dan minit. Lebih-lebih lagi di tempat yang crowded. Ini peringatan untuk diri aku sendiri dan ibu bapa di luar sana. Anak kita adalah tanggung jawab kita...

Read more...

“Giveaway 1001 Followers Mah@mahu”

Hari ini mood terasa nak join contest. Terjumpa satu giveaway dari seorang blogger mah@mahu. Antara blogger terawal bersahabat secara maya dengan aku. Eh giveaway ni dianjurkan secara JV rupanya. JV partner merangkap tukang sponsor hadiah untuk giveaway ini adalah Aizoul.



Ok serba sedikit tentang blog mah@mahu. Setau aku blogger ni orang Pahang. Kira statemate akulah. Blog dia memang boleh blah. kalau tidak takkan jejak 1001 followernya kan... Banyak info-info yang layan dalam blog dia. Merangkumi hiburan, bawa ke tips-tips kesihatan sehinggalah ke masalah negara. Memang recommended. Cukuplah serba sedikit tentang blog ni, aku cerita lebih-lebih kang nanti korang cakap bodek. Kalau menang nanti takut dituduh bias pulak. Apa-apahal kalau korang nak usha blog ni, boleh terus klik sini>>.

Ini serba sedikit tentang JV partner merangkap pensponsor give away ini, Aizoul. Nama panggilan ZOUL. Orang Pahang juga, dari Temerloh lagi, orang koi rupenya. Masih muda belia dan berminat dengan karaoke. Isi blog dia walaupun tak semantap blog aku (cewah...gurau je na) tapi tetap layan. Entry terbaru setakat aku baca pasal lawatan dia ke Bukit Melawati, tengok meriam. Bukan makcik Mariam tapi meriam, peninggalan penjajah dulu-dulu. Tetap recommended, boleh layan blog dia di sini>>.

Nah ini pulak syarat2 GA yg mesti di patuhi:

1) Mesti mempunyai blog dan juga warganegara Malaysia yg beralamat di Malaysia..

2) Wajib mem’follow’ blog Pengiklanan & blog Aizoul selaku sponser hadiah untuk GA..

3) Mesti membuat satu entry khas bertajuk “Giveaway 1001 Followers Mah@mahu”. Dalam entry mesti kena cerita mengenai blog Mah@mahu tak kisah lah korang nak cite apa janji ada cerita dan juga sedikit cerita tentang blog Aizoul selaku sponser juga ok.. ~ update kalau boleh korang cari persamaan 2 blog ni lagi best...

4) Mesti letakkan banner yg di cipta khas kat atas tu di dlam entry korang. Juga letakkan didalam blog di mana2 sudut tak kisah sidebar ker, bawah ker atas ker tak kisah janji ada..

5) Mesti semua banner tadi di linkkan terus ker entry GA dalam blog Pengiklanan dan "bukan" entry dlm blog ini ok..

6) Mesti tinggalkan link, id follower dan juga email korang "bukan disini" tapi di entry GA dalam blog http://advsinfo.blogspot.com/. Siapa yg tinggal link di sini tidak akan dikira penyertaannya..

hadiah-hadiah dia boleh tahan juga, check it out:

Tempat pertama : Wang tunai + barangan
Tempat kedua : Wang tunai + barangan
Tempat Ketiga : Wang Tunai + barangan
2 hadiah Saguhati : Barangan

Itu sahaja... Jom join ramei-ramei...

Read more...

Pahit Kan Manis Jua Akhirnya

Thursday, January 13, 2011

Amaran Penulis: Ini merupakan kisah sedih... Sila sediakan tisu yang secukupnya sebelum membaca... Peace...


Hari ini aku sempat berborak dengan seorang rakan guru. Aku kurang rapat dengannya tapi masih berkawanlah. Sekarang aku nampak badannya agak berisi berbanding dengan tahun lepas. Tahun lepas memang ketara badannya kurus mengeding dan mukanya kelihatan cengkung. Macam berpenyakit je aku tengok. Tahun ini dia kembali kelihatan ceria sokmo. Rupa-rupanya isterinya yang juga seorang guru telah dapat bertukar ke sini dan kini mereka tinggal bersama. Mereka berkahwin 2 tahun lepas dan baru tahun ini merasa duduk bersama. Maknanya baru setahunlah tak duduk bersama. Ha ini pulak kisah aku. 3 tahun tak duduk bersama bang. Lagi sedih woo...

Aku diijabkabulkan pada Jun tahun 2006 ketika bertugas di Cameron Highlands. Selang sebulan, aku dapat menyewa sebuah appartment 3 bilik. Terus aku bawa isteri ku tinggal bersama. Masa tu dia baru graduate dan masih tidak mempunyai pekerjaan. Selama 3 bulan isteriku bergelar suri rumah berijazah dan dia mula merungut kerana bosan tinggal di rumah sorang-sorang. Melalui seorang kenalan aku dapatkan dia pekerjaan sebagai seorang guru tadika berhampiran dengan sekolah tempat aku mengajar. Gajinya memang tak seberapa tetapi aku tengok dia gembira dengan tugasnya. Bahagia sungguh aku rasa ketika itu. Kemuncak kebahagiaan kami adalah pada Mac tahun berikutnya apabila isteri aku disahkan mengandung. Seperti dunia ini ana yang empunya...

Pada suatu hari dia mendapat panggilan telefon dari kampung mengatakan dia ditawarkan bekerja di Perpustakaan Daerah Bentong sebagai Penyelia IT. Dengan berat hati aku melepaskannya pergi. Bayangkanlah baru nak mengecapi nikmat berumahtangga. Tapi aku redha, rezekinya di sana. Tidak malu aku akui, selama 2- 3 malam aku menitiskan air mata jantan. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berpindah. Tinggal di kuartes bersama guru-guru bujang.

Sejak itu rutin mingguan aku berubah. Setiap Jumaat aku akan travel sejauh lebih 200km dan hampir 4 jam dari Cameron ke Bentong. Petang Ahad 200km dan 3 jam lebih lagi. Begitulah jadualnnya sehinggalah pada sesi persekolahan 2009, aku ditukarkan ke daerah Raub. Walaupun perlu traveling juga selama 30-40 minit setiap hari, tapi aku tak kisah kerana dapat tinggal bersama isteri dan anakku. Namun ianya tak lama kerana sekali lagi isteri aku perlu meninggalkan aku. Kali ini dia mendapat tempat di Maktab Perguruan Kuala Terengganu mengikuti KPLI. Walaupun terpaksa berpisah setahun lagi tetapi kali ini jaminan untuknya mendapat pekerjaan yang berdasarkan kelayakkannya. Aku bersyukur juga tetapi dalam hati, hiba mengiringi pemergiannya ke Kuala Terengganu.

Kini langit kembali cerah. Sejak tahun lepas kami kembali tinggal bersama kerana isteri telah bergelar guru dan dipostingkan ke daerah Bentong. Good for her. Kegembiraan berganda apabila isteri disahkan mengandung anak kedua pada tahun yang sama. Maka kini kami sudah berempat. I'm back at the top of the world. Kan betul pahit kan manis jua akhirnya...


P/S: Dalam masa yang sama masih ramai guru-guru tinggal berjauhan dari anak isteri, ataupun anak dan suami, semuanya sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan 'Saya Yang Menurut Perintah'. Harap pihak yang berkenaan dapat menangani permasalahan ini dengan lebih baik.

Read more...

Banner Bergerak

Wednesday, January 12, 2011


Ada sahabat blogger,rafinamimi bertanyakan aku bagaimana nak buat banner rakan-rakan bergerak seperti yang aku letak di sidebar aku tu (aku tajukkan sebagai Link Kengkawan). Alah mak ai rasa bangga campur malu pulak aku. Banggalah ada juga insan yang berkenan something somewhere kat blog aku ni. Dalam masa yang sama rasa malulah plak nak claim yang itu hasil kerja aku sepenuhnya. Of course lah bukan aku yang mencipta efek tu apatah lagi nak mereka kod-kodnya. Sebenarnya efek tersebut bersama dengan kodnya aku dapat disini>>.

Kalau malas nak masuk ke situ, ha sini aku buat serba sedikit penerangan. Efek tu dipanggil marquee. Kita boleh buat samada nak dia bergerak dari bawah ke atas, atau atas ke bawah, atau kiri ke kanan, atau kanan ke kiri, atau eh berapa banyak atau daa... Kita tengok apa yang aku buat jelah ye...

# Mula-mula copy kod ini dan pastekan ke sidebar atau mana-mana bahagian blog yang korang berkenan:

<marquee behavior="scroll" direction="up" scrollamount="5">KOD BANNER RAKAN-RAKAN</marquee>

# Hasilnya seperti berikut:

KOD BANNER RAKAN-RAKAN

# Sekarang gantikan KOD BANNER RAKAN-RAKAN dengan kod banner rakan-rakan yang boleh didapati dari blog rakan-rakan. Sebagai contoh kod banner aku adalah:

<div style="text-align: center;"><a target="_blank" href="http://shamdisini.blogspot.com/"><img border="0" alt="ShamDiSini" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkh7ChMnu8tpL-RzLrPG513Um1CQPmaS4g-gKRFYR1m6Yz3K8eGKmY_FjsIT5mom73FxFcfia0WqTWOCF8ffRjvdbRLCJJOvf95vjqs9-_7-lur_qccAfVMUwdICfo8Hcy7M7laFykAOQ/s1600/shamdisini2.gif" /></a></div>

# Maka hasilnya adalah seperti berikut:

ShamDiSini


# Untuk tukar pergerakan, ubah direction="up" kepada "down" atau "left" atau "right".

# Untuk ubah kelajuan pergerakan, ubah scrollamount="5" kepada "1" untuk paling perlahan atau nombor lebih besar untuk lebih laju.

# Done...

Syabas kepada aku kerana berjaya membuat satu lagi tutorial... Moga ada manfaat untuk rakan-rakan blogger...

Read more...

Madu Itu Hempedu

Tuesday, January 11, 2011

Antara topik yang sering berlegar dikalangan lelaki yang menuju ke awalan middle ages; kalau bukan nak tambah rumah, tambah kereta, mungkin tambah anak atau paling hot tambah bini! Betul? Jangan nak kelentong. Ke ada problem? Hee... Tak, gurau sahaja. Aku pun sebenarnya tak pernah bercerita secara serius berkenaan perkara ini, cuma tumpang melibatkan diri dalam perbualan yang berkaitan adalah... Gila kau, tau dek orang rumah aku tak ke tido sofa aku malam nanti. Barulah kuang kuang kuang...

Masa minum pagi tadi aku ada terdengar cerita ni (hello cikgu lelaki pun bergosip ok ;P), alkisahnya seorang hamba Allah yang dikenali di sekolah aku kini dilanda masalah. Hamba Allah ni baru sahaja bernikah lagi seorang. Kalau diikutkan tak hilang lagi inai di jari si isteri kedua, tembelangnya pecah. Rupa-rupanya dia bernikah lagi satu tanpa pengetahuan dan kebenaran isteri pertama dan kini sudah kantoi. Maka nak berlaku perang dunia ketigalah di kampung tersebut. Yang si hamba Allah ni pun bukan aku nak kata kurang cerdik tapi kalau dah tau kahwin sorok-sorok, kenapa pulak nak bawa duduk sekampung. Sekarang kan dah naya diri sendiri.

Bercerita tentang poligami ni memang tak abis. Tanpa aku menafikan hak lelaki yang nak mengikut sunnah Nabi ni, aku secara peribadi sangat tidak bersetuju jika 'pertambahan' tersebut berlandaskan konsep 'touch n go' semata-mata. Maksudnya, kahwin lagi satu, buat anak. Rasa tak puas nak kahwin lagi, tambah lagi anak. Tanggung jawab pada si isteri dan anak? Ahh lantak korang... Aku bukan mereka-reka perkara ni (kaum lelaki jangan marah kat aku pulak ek...) tapi aku dah berjumpa dengan lelaki macam ni depan mata aku. Mak saudara aku dua orang yang hidup bermadu. Sungguh pun aku tak merasa tapi aku dapat melihat kesengsaraan mereka. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak-anak. Mujurlah semua sepupu-sepupu aku membesar juga menjadi orang. Dapat membiasakan diri berkongsi bapa. Aku berdoa moga mak-mak saudara aku mendapat payung emas di akhirat kelak...

Namun ada juga yang betul-betul berpoligami mengikut lunas Islam yang sebenar-benarnya. Lelaki 'hebat' macam ini pun aku pernah jumpa. Orangnya serba sederhana, usianya menjangkau setengah abad. Isteri ketiganya (yang terbaru) hampir sebaya dengan isteri aku, kalau tak pun lebih muda kerana dia menggelarkan isteri aku dengan panggilan akak. Anak pertamanya dengan isteri pertamanya sudah di menara gading. Anaknya yang paling kecil kini baru nak belajar merangkak. Fuh steadylah bro, bila lagi nak penuhkan kuota... Heee.

Aku pulak, setakat ni masih teramat bahagia dengan 'the one and only'. Terfikir mungkin pernah, tapi bila mengenangkan kemampuan diri, erm simpan ajelah... Pernah aku cuba bergurau dengan isteri aku berkenaan nak menambah-nambah ni. Apa aku dapat? Tu dia cubitan maut dicelah pinggang. O mak ai pedihnya menusuk sampai ke buah pinggang rasanya...

P/S: Hello aku bukan takut bini ok, cuma bini aku je yang kurang takut dengan aku...

Read more...

Tragedi Pokok Getah

Monday, January 10, 2011

Sehari dua lepas pasti tempoh yang paling bahagia bagi penoreh dan pemilik kebun getah. Apatah lagi pemborong-pemborong getah. Mana taknya, harga bagi getah SMR20 mencatat kenaikan tertinggi dalam sejarah dengan harga mencecah lebih RM15 untuk 1 kilogram. Bagi pemilik kebun yang mempunyai kebun getah seluas 5 ekar, pendapatan sebulan mereka dianggarkan boleh mencecah sehingga RM5000-6000. Wah kayo pakcik...

Teringat aku kisah lama, masa tu teringin nak cari pendapatan sampingan. Tahun 2005 aku baru dipostingkan, jadi hujung tahun tu agak meriahlah dengan duit tunggakan gaji. Adalah dalam RM4000-5000. Kebetulan ada sorang member aku baru berhenti kerja offshore, ala kerja cari gali minyak kat laut tu. Katanya dia dah penat kerja kat laut dan sekarang dia bercadang nak berbudi pada tanah pulak. Buat permulaan ni dia cuba cari tanah getah untuk dipajak. Aku yang tengah bercuti masa tu mengikutlah dia. Habis seantero negeri kami jelajah. Dari Kuantan bawa ke Lipis. Masuk ke Bera sampai ke Muazam, takde rezeki kami. Nak jadi cerita last-last boleh terjumpa di Bentong jugak, kampung sendiri je.

Tanah seluas lebih kurang 15 ekar tu asalnya tanah getah tapi ingin dimajukan untuk kawasan perumahan. Sementara menunggu masa meratakan tanah, tuan pemaju nak pajakkan untuk menghabiskan sisa-sisa susu pokok getah dalam tu. dipendekkan cerita, melalui orang tengah (punca tragedi) yang kami baru kenali, maka bereslah kerja-kerja perbincangan. Proses seterusnya aku dan member aku ni pergilah mencari peralatan, menyediakan pondok pekerja dan mencari 3 orang mat indon untuk menoreh.

Dalam masa yang sama, aku terpaksa kembali ke Cameron Highlands kerana sekolah sudah dibuka. Maka aku serahkanlah sepenuhnya urusan getah tersebut kepada member aku ni. Eh lupa pulak nak cerita, duit tunggakan gaji aku tu habis semuanya aku leburkan untuk membayar pendahuluan duit pajak, beli peralatan, buat pondok pekerja dan upah mengambil indon 3 orang tu. Member aku pun mengeluarkan jumlah yang hampir sama.

Seminggu berlalu, kami mendapat hasil pertama jualan getah. Dapatlah duitnya tapi masih jauh lagi dari modal. Minggu kedua berjalan lancar. Minggu ketiga dan keempat langit masih cerah bagi kami. Masuk bulan kedua, member aku panggil aku balik.

"Bro kita dah terkenalah bro..."

"Apa cerita ni..?"

Alkisahnya 3 mat indon kami sudah dilarang masuk ke dalam kebun kerana sudah ada pekerja lain. Rupa-rupanya mamat orang tengah (yang aku mention sebagai punca tragedi tadi) dah buat hal. Dia dah ambil alih kerja kami. Malangnya kami tak mampu berbuat apa-apa kerana kami tiada "SURAT AGREEMENT". Satu-satunya surat agreement yang wujud adalah diantara orang tengah terbabit dengan tuan pemaju tanah. Waduh, kok gitu kesudahannya...

Moral of the story:

1. Tolong ambil tahu dan belajar dulu selok belok perniagaan sebelum menceburi sebarang bidang.
2. DTA = Dont trust anyone..!


P/S: Tanah tu sempat 'dikerjakan' hampir 3 tahun sebelum tuan pemaju memulakan kerja-kerja merata tanah dan membina rumah. Member aku sekarang masih meneruskan kerja-kerja dalam bidang plantation. Jadi freelancer je. Mamat orang tengah tu aku tak jumpa sampai sekarang, moga-moga 'selamat'lah ko...

Read more...

Melayu Kaya Memang Berlagak

Sunday, January 9, 2011

Whoops panas tajuk entry ni kan. Saje aku nak bakar line... Tadi aku ada terbaca entry berkenaan Melayu Terkaya di Malaysia. Aku rasa semua dah tau kan. Siapa lagi kalau bukan beliau. Tapi entry aku ni bukan berkenaan beliau. Takde kena mengena pun actually. Cuma bila aku terbaca berkenaan melayu-melayu kaya ni teringat pulak aku kejadian semalam ketika aku makan di kedai.

Sedang aku makan, berhenti sebiji BMW hitam. 3 series je. Bukan yang latest pun. Aku kenal tuannya cuma mungkin dia tak kenal aku. Mamat ni ada kedai handphone. Kaya la kot. Yang aku tak tahannya cara dia pandang orang tu semacam. Bila bertentang mata dengan aku, aku ingat nak angkat kepala la, aku ni kadang-kadang terperamah pulak, orang tak kenal pun nak tegur. Apa reaksi dia? Dia boleh berpaling dengan meninggalkan ekor mata. Korang faham tak, kira cara dia pandang aku tu sambil dalam hati cakap:"bolayanla"...

Wahhh menyirap pulak aku. Tapi sabar jelah, takkan aku nak pergi tendang dia pulak. Tak pasal-pasal tidur lokap pulak aku nanti. Cuma dalam hati aku terkilan, baru ada kedai handphone sebiji (atau mungkin berbiji-biji), pakai BMW second hand dah pandang orang macam tu...

Ni kisah aku masa muda-muda dulu. Aku masih ingat sampai hari ini. Awal tahun 1990an ketika menunggu keputusan SPM aku bekerja di stesen minyak Esso. Nak cari duit poket. Aku bukan dilahirkan sebagai anak orang kaya-kaya. Memang dari kecil aku dah diajar, nak duit poket lebih pandai-pandailah cari sendiri. Berbalik kisah aku di stesen minyak tadi, di suatu pagi Isnin yang hening (aku ingat hari Isnin kerana pagi Isnin biasanya merupakan pagi yang paling sibuk), datang sebiji kereta baik punya besar. Jenis kereta apa aku tak ingat, memang aku tak kenal jenis apa pun masa tu. Bawa laju, brek emergency depan tandas. Keluar seorang lelaki, tua tak tua , muda tak muda. tapi memang tak hensem.

"Oi, mari sini kejap" Sambil mencekak pinggang melambai ke arah aku.

Wah di'oi'nya aje aku. Takpe, masa tu budak lagi pun. Takla terasa sangat.

"Ada apa bang?"

"Ei ko tolong bersihkan dalam kereta ni. Aku nak kencing ni. Kang aku bagi upah."

Meluru dia ke tandas. Baru aku nak buka pintu belakang tiba-tiba keluar awek dari dalam kereta. Baya-baya lelaki tadi je. Boleh tahan gak, boleh tahan seksi. Gaya memang urban gak la. Tanpa memandang aku pun, dia sama mencicit ke tandas.

Aku jengah ke dalam kereta. O mak ai selambak muntah kat kusyen. Patut dari tadi aku bau semacam. Aku budget diorang 2 ekor ni mesti balik dari clubing ke apa ni. Dah mabuk sampai muntah-muntah dalam kereta. Aku tak ingat kenapa aku buat assumtion sebegitu masa tu tapi aku yakin memang 2 ekor tu kaki mabuk. Aku tak layan mamat tu. Apa aku buat, aku suruh 'junior' aku kat stesen tu pergi ke situ. Aku kata padanya orang tu minta tolong buat kerja dan dia nak bagi upah. Member aku ni sanggup buat, kerana upahnya memang lumayan, RM50. Wo RM50 masa tu boleh buat macam-macam wo. Dunhill 20 baru RM 2 lebih je. Gaji aku masa tu pun baru RM15 sehari...

Itu kisah lama, tapi sejak dari itu banyak juga kejadian-kejadian yang aku jumpa membabitkan kebelagakkan orang-orang kaya ni. Sebenarnya tak kira Melayu ke Cina ke India ke. Memang ada yang berlagak. Dalam masa sama aku tak nafikan ada juga yang biasa je. Yang sedar, kekayaan bukan bermakna dia lebih baik dari orang lain. Lebih-lebih lagi, mereka sedar kekayaan sebenarnya tak memberi apa-apa makna kerana manusia diukur darjatnya bukan berdasarkan kekayaan, tetapi berdasarkan ketaqwaannya kepada yang MAHA Esa...

P/s: Siapa tak nak kaya weh... Selalu juga aku berdoa semoga diberi kekayaan tetapi janganlah kekayaan yang melalaikan. Biarlah kekayaan yang mampu aku jadikan sebagai 'alat' untuk kehidupan yang lebih baik di dunia lebih-lebih lagi akhirat.

Read more...

Kembali Riuh... Shell @ Petronas

Saturday, January 8, 2011


Hari ini seperti hujung minggu sebelum-sebelum ini, aku bersama isteri dan anak-anak balik ke kampung. Wah macam jauh je bunyi kan. Padahal ambil masa 15 minit je. Itu pun masa banyak habis sebab perlu melalui bandar. Kalau ikutkan jarak aku agak dalam 7 atau 8 kilometer sahaja. Sesampai di rumah mak aku mengajak membeli barang di kedai. Sempatlah aku bawa orang tua tu pusing-pusing bandar kejap. Balik ke rumah aku tengok Kak Long aku dah sampai bersama 2 orang anaknya. Dia anak beranak dari Karak. Lebih kurang 20 km dari Bentong.

Suka sangat Shahmin bila nampak anak-anak Kak Long. Dari dalam kereta dah menjerit-jerit nak turun. Macam dah 10 tahun tak jumpa. Padahal baru je seminggu berpisah. kak Long aku bawa gorpis (goreng pisang). Apa lagi mak aku tanak air, buat kopi. Pergh memang syok layan kopi o panas dengan gorpis suam-suam di petang hari. Aku tengok mak aku yang agak monyok masa aku mula-mula sampai tadi kembali segar. Bukan main rancak dia berbual. Aku dapat nampak betapa dia gembira menyambut kedatangan anak-anaknya. Yang budak-budak bertiga tadi memang tak berhenti-henti bermain. Shahmin memang nampak ketara gembira, al-maklumlah dah seminggu main sorang-sorang hari ini baru dapat kawan. Ini kurang lagi anak Kak Ngah 2 orang dengan anak Adik aku sorang. Tapi keriuhannya tetap terasa...

***********************************************************************************

Kak Long aku kata harga petrol naik. Memanglah aku kata, dah beberapa hari pun harga petrol ron 97 dinaikkan. Itu tak pelik sebab memang kerajaan tidak mengawal harga petrol ron 97 dan ianya mengikut harga pasaran dunia. Tapi menurut Kak Long dia mengisi ron 95 dan memang ron 95 telah naik 10 sen lagi. Itu aku tak pastilah pulak. Baru je aku isi minyak kereta pagi tadi tapi aku tak tengok pun harganya... Takpe sok pagi-pagi sesudah subuh aku akan ke stesyen petrol terdekat untuk membuat siasatan. Aku rasa samada Kak Long aku tersilap pandang atau stesyen petrol terbabit yang tersilap letak harga. Sebabnya kenaikan harga petrol sekarang ni dah jadi perkara sensitif. Maknanya kalau ada sebarang kenaikan pastinya semua orang akan membicarakannya.

Namun aku tak nak berbicara tentang harga petrol, walau pun banyak isu yang kita boleh sembang tentang harga petrol ini. Aku cuma nak ajak korang bercerita tentang pemilihan jenama petrol. Sejak aku menggunakan Waja pada 2006, aku merupakan pengguna setia Petronas. Banyak yang aku suka tentang Petronas. Sebab utamanya sudah semestinya kerana ianya buatan Malaysia kan. Sedikit sebanyak ada jugalah aku menyumbang kepada keuntangan Petronas yang berbilion-bilion setahun itu. Satu lagi yang aku suka dengan Petronas adalah kemudahan di stesyen-stesyennya. Terutama kemudahan surau. Setakat yang aku pergi, boleh kata semua stesyen minyak Petronas menyediakan surau. Surau asing antara lelaki dan perempuan, dan lebih bagus surau-surau tersebut berjaga. Itu antara sebab aku suka ke singgah di stesyen-stesyen Petronas jika aku berjalan jauh. Satu lagi sebab, kad kredit CIMB + Petronas. Dapatlah rebet 2.5% sebulan...

Namun sejak tahun lepas aku telah membeli sebuah kereta lagi. Kereta murah je, Toyota SE tahun 90 sebagai second car. Aku gunanya untuk ulang-alik ke tempat kerja kerana isteri menggunakan Waja. Untuk Toyota SE ini aku mengisi petrol di Shell. Pada mulanya saja nak cuba, nak tengok setakat mana betulnya slogan dia: LEBIH KILOMETER tu kan. Hasilnya mengikut pengamatan aku, memang ada perbezaan. Ternyata Shell memang memberi lebih kilometer berbanding Petronas.

Jadi sekarang aku tertanya-tanya, patutkah aku terus menggunakan Petronas atau bertukar ke Shell untuk kedua-dua kereta. Kalau aku tidak mengisi Petronas lagi, adakah aku bersikap tidak patriotik? Elokkah sikap tersebut yang 'melebihkan' produk luar berbanding produk tempatan? Lalu aku fikir, ah Petronas takkan lingkup jika kehilangan seorang pelanggan dan Sheel takan untung berlipat kali ganda dengan pertambahan seorang aku sebagai pelanggannya kan... Adalah lebih baik jika aku 'melebihkan' kedudukan poket aku dulu...

Read more...

Aku Tak Gay. Aku Tak Ok...

Friday, January 7, 2011


Hari ini aku bercadang nak usha-usha blog member je. Tak terfikir lagi nak buat entry pasal apa. Tiba-tiba terdetik dihati aku nak intai sikit perkembangan sebuah blog yang menimbulkan kontroversi berkaitan 'saya gay saya ok' baru-baru ini(tak perlulah aku bagi backlink ke site tu ye...). Memang betul rakaman tersebut telah diturunkan dari site tersebut. Kononnya atas sebab-sebab keselamatan si pengaku tersebut. Baguslah, takut juga aku kalau rakaman tu still ada, mamat tu akan mati dengan tragisnya. Maklumlah rakyat Malaysia ni kan fanatik dan berfikiran kolot... Ganas, kejam dan barbarik... Berapa ramai dah agaknya orang mati dibunuh di Malaysia disebabkan kes pengakuan macam tu kan...? Tapi apa-apa pun memang bagus sangat rakaman itu diturunkan, seeloknya semua rakaman-rakaman di dalam site tersebut dibuang juga. Dan lebih baik lagi site tersebut didelete terus.

Aku tak bercadang nak mengulas panjang berkenaan isu rakaman, sebaliknya aku teringin nak ulas berkenaan ulasan-ulasan isu rakaman tersebut. Dalam pada ramai yang mengutuk, mengeji, mencerca, mengancam bunuh dan sebagainya, tak kurang juga yang memuji keberanian pengaku, mengucapkan syabas, satu pengakuan yang jujur, tidak hipokrit bla bla bla... Kebanyakkan ulasan-ulasan positif ini dipetik dari blog-blog atau site yang ditulis dalam English. Sebaliknya, ulasan-ulasan yang negative dan bersifat menghina, mengancam dan seumpamanya adalah dari blog-blog atau site yang ditulis dalam bahasa Melayu. Makanya golongan yang memberi reaksi positif ini seolah-olah merasakan diri mereka di pihak yang urban, berfikiran terbuka dan boleh menerima sesuatu yang baru mengikut peredaran zaman. Sebaliknya pula bagi yang berpandangan negative dianggap kolot, tidak terbuka dan ketinggalan zaman.

Ingin aku jelaskan disini, aku sebenarnya turut tidak bersetuju dengan cacian, hinaan atau sebarang ancaman. Tetapi dalam masa yang sama aku juga sangat-sangat tidak setuju dengan golongan yang berpendapat: "itu merupakan hak dia..." atau pun "sekurang-kurangnya dia jujur..." atau pun "ada banyak lagi jenayah-jenayah lain diluar sana yang patut diambil berat..." dan lain-lain. Malah ada pulak yang bersimpati dengan mengatakan:"bukan dia minta dijadikan begitu...". Ada pula berkata "cuba bayangkan anda berada ditempatnya..."

Bagi aku perkara sebegini harus dinilai dari satu sudut sahaja iaitu sudut AGAMA. Jangan fikir tentang hak asasi, jangan fikir tentang kejujuran, jangan diungkit tentang nasib malang, bukan pintanya atau seumpamanya. Kerana ISLAM telah merangkumi semuanya. ISLAM mempunyai penyelesaian kepada semuanya dan yang pasti ISLAM itu ADIL...

Aku bukan alim ulama tetapi pasti kita biasa mendengar:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri". Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

Segala yang baik adalah dari ALLAH dan segala yang buruk adalah dari kelemahan kita sebagai manusia. Kembali kepadaNya untuk mendapat jalan penyelesaian. Kepada saudara 'pengaku' dan yang 'sekapal' dengannya, mengaku secara terbuka bukan cara penyelesaian. Menerima sahaja keadaan tersebut pasti akan lebih memburukkan keadaan. Carilah penyelesaian melalui ISLAM.

Kepada mereka-mereka yang kononnya berfikiran terbuka pula ingatlah pesan Nabi ini:

"Barang siapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Kalau tidak sanggup, maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman." [riwayat Bukhari dan Muslim]

Read more...

Beza Israel, Yahudi Dengan Zionis

Thursday, January 6, 2011


Mungkin ramai yang dah tahu perkara ini. Bagi yang dah tahu, PERLU baca; jika ada sebarang kesilapan, tolong tegur. Bagi yang tak tahu lagi, KENA baca; mari kita mengenali musuh abadi umat Islam ini...

Israel

Nabi Ibrahim A.S merupakan bapa kepada semua nabi dan rasul. Baginda mengahwini Siti Hajar namun tidak dikurniakan anak. Lalu berkahwin puladengan Siti Sarah lalu dikurniakan Nabi Ishak A.S. Secara kebetulan Siti Hajar juga mengandung lalu melahirkan Nabi Ismail A.S. Nabi Ismail A.S membawa susur galur keturunan sehingga kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Berbalik kepada Nabi Ishak A.S, Baginda mempunyai anak yang juga seorang nabi iaitu Nabi Yaakub A.S. Israel merujuk kepada gelaran bagi Nabi Yaakub A.S. Baginda mempunyai 12 orang anak dan keturunan inilah yang dipanggil sebagai Bani Israel dan membawa susur galur keturunan sehingga kepada Nabi Isa A.S.

Yahudi

Pada zaman Nabi Musa A.S, terdapat sebahagian keturunan Bani Israel ini mengamalkan ajaran Baginda dengan menggunakan nama agama Yahudi atau pun Judaism. Hanya sebahagian dan tidak semua Bani Israel mengamalkan agama ini. Ini bermakna semua Yahudi adalah Bani Israel tetapi bukan semua Bani Israel adalah Yahudi. Keturunan Yahudi ini diturunkan melalui darah bermakna tiada orang yang boleh menganuti agama Yahudi melainkan turun melalui darah. Dari sudut Islam, penganut agama Yahudi ini diiktiraf sebagai ahli kitab dan sembelihannya halal dimakan oleh umat Islam.

Zionis

Zionisme atau fahaman Zionis adalah satu gerakan dan fahaman ultra-nasionalis Yahudi yang menginginkan penubuhan sebuah negara bangsa sendiri atau mereka panggil sebagai 'promised land'. Fahaman tersebut diasaskan oleh seorang wartawan Yahudi berkerakyatan Austria bernama Theodor Herzl. Perkataan Zionisme dipercayai diambil sempena nama Zion, sebuah bukit yang terletak di barat daya Jerusalem atau pun juga dikenali sebagai Tebing Barat. Kaum Yahudi Zionis ini percaya, pada lokasi tersebut, King Solomon (Nabi Sulaiman A.S) pernah membangunkan istananya (haikal) dan menyimpan banyak harta karun di bawah tanah tersebut dan mereka merupakan pewaris harta tersebut dan wajib membina sebuah negara bangsa di situ. Hajat mereka ini menjadi kenyataan apabila Britain menempatkan penduduk buangan Eropah berbangsa Yahudi di Palestin selepas Perang Dunia Pertama melalui Perjanjian Balfour. Semenjak itu sedikit demi sedikit Bangsa Yang Dilaknat ini menjajah dan menjarah bumi Palestin sehingga ke hari ini dengan bantuan sekutu-sekutu mereka di seluruh dunia.

Read more...

Shahmin Ada Bakat

Wednesday, January 5, 2011

Hari ini Shahmin belajar ABC dengan Mamanya. Memang ikut 'deal' Mama akan mengajar ABC manakala aku akan mengajar Shahmin Iqra. Mama dah mulakan langkah malam ini sedangkan aku, layan labtop lagi... Konsentrasi Shahmin bagus...! Baguslah, tapi dalam masa 10 ke 15 minit pertama je. Lepas tu mulalah dia. Nak pengsan lah, ngantuklah, nak syusyulah... Setakat malam ni sempatlah mengenal A, B dengan C je... Hem bila nak pandai ni Min...

"Ayah, apa tu?"

"Ayah, tu apa?"

"Ayahhhh, apa tu...? Cakaplah Ayah..."

Kalau nak dikira satu hari aku rasa jejak 50 kali juga aku dengar ayat-ayat di atas. Ada masa aku layan gak. Tapi kadangkala aku buat donno jer... Hee, sorilah Min ayah bukan macam iklan 'burung apa tu'...

Lagu feveret Shahmin sekarang: "ya engsong mate kaji smar ngi seng...!" Aku perasan masa aku bawa dia ke Sogo hujung minggu lepas. Masa nak masuk pintu automatik tu dia tiba-tiba berhenti dulu... Tetiba je keluar ayat tu..."ya engsong mata kaji smar ngi seng...!" Alamak Min, terpengaruh dengan P Ramlee gak anak aku ni...

Shahmin agak peramah dengan budak-budak sebayanya. Lebih-lebih lagi dengan girls. Aku tak tahu mewarisi siapa. Yang pasti bukan Ayah dia. Aku ni kira kategori 'jejaka pemalu' beb... Dah jadi senior di UPM baru cuba-cuba nak mengayat aweks. Tapi takde juga yang steady pun masa tu. Mama is the first and last of my true love... Ewah. Itu pun berkenalan selepas aku bekerja di Port Klang selama 2 tahun. Melalui kawan, bukan self act. Tapi kecenderungan Shahmin agak 'membanggakan' aku jugalah. Hari yang sama di Sogo tengah aku membelek-belek baju kerja sambil meninjau dia dari agak kejauhan, tiba-tiba dia datang, baik punya bawa sorang aweks cilik ni. Putih gebu budaknya. Comel je... Ntah masa bila berkenalan aku tak perasan. Terus aku snap. Hai Min, kawan saje ye... Jangan buat hal tau...

Read more...

Ada Sikit Tekanan...

Tuesday, January 4, 2011

Semalam hari pertama persekolahan. Ramai rakan-rakan guru berstatus blogger menulis entry pasal hari pertama masing-masing di sekolah. Seronok aku baca. Aku pulak tak tahu nak cerita apa. Tiada yang menarik yang aku rasa boleh kongsi. Semuanya terlalu lancar. Kecuali sedikit lewat sampai ke sekolah akibat kesesakan yang agak luar biasa (biasalah hari pertama persekolahan). Semuanya seakan-akan terlalu santai bagi aku. Bos baru ok, perhimpunan pagi ok, P&P takde sebab tahun ini aku dapat semua kelas tingkatan 4 dan mereka pula sedang dalam orientasi. Fuhh best giler. Tapi ku sangka panas sepanjang minggu rupanya taufan kecil melanda di hari kedua...

Pagi tadi lepas minum pagi Penyelaras Tingkatan 4, cikgu Saiful datang jumpa aku:

"Sham, bagi taklimat kaw-kaw sikit pasal subjek ko ni, budak macam tak berminat je... Tak cukup 5 orang tak boleh buka kelas tau..."

Masa aku beri taklimat memang sah, tahun ini memang macam kurang sambutan. Sedangkan tahun-tahun sebelum ni subjek aku sampai terpaksa reject budak. Tak tau aku kenapa... Ops lupa, selain Fizik, aku mengajar subjek opsyen aku, MPV - Menservis Motosikal. Antara subjek paling senang lulus dalam SPM. Ades bahaya ni, kalau tak buka kelas aku nak ngajar apa tahun ni? Silap-silap kena transfer plak aku nanti. Dahlah cikgu sekolah aku terlebih sekarang ni. Nampaknya terpaksalah aku jumpa budak-budak ni in person untuk melobi...

Pukul 9:30 aku dipanggil ke pejabat. GPK 1, Mr Amir:

"Sham ko tengok sikit surat ni. Ambil tindakan ye..."

Aku buka surat. Oo tugasan pertama aku sebagai Pegawai Aset/ Harta Sekolah. Nama macam sedap je kan, Pegawai Aset tu... Sekali aku tengok kena siapkan laporan aset/ harta sekolah sepanjang 2010 untuk dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. Siap dengan laporan terimanya, laporan kehilangan, kerosakan, pelupusan etc... Total ada 20 borang. KEW-PA 1 - 30. Aku pun baru dengar KEW-PA tu hari ini. Aku minta rekod di pejabat. Nah kau! Dia punya fail paling tebal daa... Dateline: 10/01/11. Ada masa lagi...

Tengah aku semak-semak fail aset/ harta sekolah telefon berdering:

"Assalamualaikum cikgu, Sarjan Yunus ni. Saya on the way ke Raub. Saya datang dengan Kapten Salam ni. Nak buat audit stok..."

Oh Mak Ai...! Apa malang pulak hari ni. Gentle cakap stor PKBM aku memang bersepah-sepah tak sempat kemas dari balik perkhemahan negeri tahun lepas. Hujung tahun lepas memang aku sibuk giler. 3 kelas SPM katakan. Memang aku budget buka sekolah tahun ini baru nak mengemas dengan budak-budak. Sabtu ni memang sekolah aku buat gotong-royong perdana. Malu aku dengan askar-askar tadi. Kira pulak stok memang ada yang tak cukup. Aku pun tak tau ke mana aku 'campak' benda-benda yang tak cukup tu. Kena kemas betul-betul baru jumpa kot.

"Takpelah cikgu, Isnin depan kami datang lagi. Tapi kalau boleh cikgu susunlah barang-barang ikut item dia yeh. Sorilah cikgu, bukan kami nak straight sangat, sebab kami baru dapat C.O baru. Kalau dia turun ni dengan kami sekali kena ni..."

Kesimpulannya: Hari ini agak tertekan sikit. Campur pulak dengan malu. Tapi aku tetap rileks... Pengalaman 6 tahun sebagai cikgu membuatkan aku tabah. Cewah... Biasalah hero mesti bertenang kan. Barulah boleh menewaskan musuh... Kui kui kui...

Read more...

Bagaimana Mimpi Terjadi

Monday, January 3, 2011

"Malam ku bermimpi, hai dengan satu bintang..."

Itu senikata awal dari salah satu lagu P. Ramlee yang aku kira minat jugaklah. Aku buat intro tentang lirik itu sebab hari ini aku nak buat entry berkenaan mimpi. Semua orang bermimpi ketika tidurnya cuma yang membezakan adalah- samada seseorang itu mampu mengingati mimpinya setelah bangun tidur atau pun tidak.

Beberapa Fakta Berkenaan Mimpi:

# Orang yang berdengkur tidak mengalami sebarang mimpi ketika dia berdengkur.

# Tidak semua mimpi berlatar-belakangkan warna hitam putih.

# Kebanyakkan mimpi bertahan antara 5 ke 20 minit sahaja.

# Dalam purata umur manusia biasa, seseorang itu bermimpi selama 6 tahun seumur hidupnya.

# Orang yang buta sejak lahir juga mengalami mimpi tetapi bukan melalui deria penglihatan sebaliknya melalui deria-deria yang lain seperti melalui bau, bunyi dan sentuhan.

Menuju Mimpi:

Melalui kajian, kita semua mengalami 5 fasa tidur sebelum menuju ke alam mimpi. Fasa pertama adalah tidur ringan di mana pada ketika ini kita boleh terjaga dengan mudah. Fasa ke-2 adalah tidur yang lebih lelap manakala dalam fasa ke-3 dan ke-4 kita berada dalam tidur yang paling lelap. Pada ketika ini aktiviti otak berada dalam paras yang paling minima. Setelah lelap dalam 90 minit, kita menuju ke Fasa ke-5 yang dikenali sebagai REM atau pun Rapid Eye Movement (bukan REM 'semua orang tau' tu ye...). Pada ketika ini, tekanan darah meningkat, pernafasan dan dengup jantung juga meningkat manakala aktiviti otak berada dalam keadaan aktif seperi dalam keadaan berjaga malah kadang kala menjadi lebih aktif. Pada fasa inilah kebanyakkan dari kita akan mengalami mimpi.

Bagaimana Mimpi Terjadi:

Beberapa teori dari saintis barat menyatakan yang mimpi:

# Impuls elektrik daripada aktiviti otak yang menangkap imej dalam memori otak. Sungguh pun imej tersebut tidak mampu 'menceritakan' mimpi kita tetapi dibantu oleh minda sedar, ianya seolah-olah 'menceritakan' mimpi tersebut.

# Merupakan respon otak kita terhadap 'gangguan' di luar tidur. Sebagai contoh muzik yang dipasang akan mempengaruhi 'cerita' mimpi kita.

# Satu proses di mana otak cuba membersihkan memori dari dalam otak, sebagai persediaan untuk keadaan jaga selepas tidur. Seumpama komputer yang menjalankan fungsi 'refresh'.

Banyak lagi teori-teori mimpi yang dikemukakan oleh saintis barat, namun kita sebagai ummat Islam meyakini yang mimpi adalah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W yang berdasarkan hadith dari Abu Hurairah ra yang berkata bahawa telah bersabda Rasulullah:

"Mimpi itu tiga bahagian iaitu berita gembira dari Allah , apa yang berlaku dalam hidup seharian dan mimpi buruk yang menakutkan dari syaitan" (hadith riwayat Ahmad no. 359 Jilid 2).

Satu lagi hadith nabi yang menceriatakan tentang mimpi adalah:

"Mimpi baik itu dari Allah dan igauan buruk (termasuk mimpi basah) itu dari syaitan maka barangsiapa yang mendapati sesuatu yang dibencinya dalam tidurnya (mimpi) maka hendaklah meludah tiga kali di kirinya dan berta’auz (meminta perlindungan) dari Allah dari keburukan mimpinya dan sesungguhnya tidaklah mimpinya itu akan memudharatkannya" (hadith sahih riwayat Bukhari no. 371 Jilid 12 dalam fathul bari dan Muslim no. 1771 Jilid 4).

Rujukan:

health.howstuffworks.com
Pandangan Seorang Ustaz


Ini baik punya tidur ni... Mimpi apa tak taulah...

Read more...

Hati Seorang Ibu

Sunday, January 2, 2011


Aku baru balik dari Chamang, rumah orang tua aku. Tinggal diorang berdua je di rumah tu, sunyi sangat rasanya. Kak Long dah balik ke Karak, Kak Ngah Ke Putrajaya, Adik masih dirumahnya (dalam Bentong juga) dan aku di lubuk aku (pun dalam Bentong juga). Tak jauh tapi tak duduk bersama. Selama lebih sebulah riuh rendah rumah tu dengan anak-anak kami berempat beradik. Lebih-lebih lagi Kak Ngah aku anak beranak yang menetap 'full time' selama sebulan lebih di situ (Kak Ngah aku berpantang anaknya yang ke-3).

Tiba-tiba hari ini semua kembali ke lubuk masing-masing, rumah tu kembali sepi. For sure terguris hati kedua-dua orang tua tu. Lebih-lebih lagi mak aku. Jiwa dia tersangatlah sentimentalnya. Mak aku memang kuat menangis, teringat aku masa mula-mula Kak Ngah aku masuk ke sekolah berasrama. Hampir seharian dia menangis tak henti-henti, puas jugalah Abah aku memujuknya... Tadi aku tengok matanya bengkak lagi. Menangis lagilah orang tua ni. Bila aku tanya dia menafikan. Tapi nak buat macam mana, anak-anak semua dah ada kehidupan masing-masing. Yang pastinya semua anak-anak tak melupakanmu wahai Ibu...

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu

Lagu: Belaian Ibu
Artist: Hijjaz
Album: Damai



P/s: Pada sesiapa yang berjauhan dengan ibu bapa masing-masing tu, tak paham-paham lagi? Ambil Hp sekarang call mak bapak masing-masing. Diorang pasti sedang merindui korang tu...

P/s 2: Bapak aku ok je... Dia berjiwa rock. Steadylah Abah...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP