Sahabat Tanpa Suara

Momen 2010

Friday, December 31, 2010

Dalam masa tak sampai sejam lagi kita bakal meninggalkan 2010. Datang pulak 2011. Terasa cepat sangat masa berlalu sekarang ini. Rambut dah makin kurang, perut dah makin ke depan, badan pun dah kerap-kerap lenguh... Adui tu tanda-tanda tu... Apa pun aku nak abadikan serba sedikit momen-momen aku sepanjang 2010.

Momen Bersama Keluarga:

Tahun 2010 pastinya antara tahun paling gembira bagi wife aku. Secara rasminya dia telah bergelar seorang guru. Setelah beberapa kali mencuba dan gagal; tahun lepas dia mendapat tempat di IPGM Kuala Terenganu mengikuti KPLI. Dan tahun ini dia secara sah bergelar Guru Kaunselor. Paling best dapat pulak sekolah kat Bentong. Sekolah masa dia sekolah rendah pulak tu... Syabas Ayang. Sekali lagi Abang nak ucap ni, welcome to the club...


Sebelum sesi persekolah bermula, sebagai men'celebrate' (wah bahasa apa tu...) perkara di atas, aku bersama isteri kesayangan 'mengimbau' kenangan ke tempat first kitorang dating masa mula-mula bercinta dulu. Yeh Pulau Pinang. Sejak berkahwin itu kali pertama kitorang bercuti ke Penang. Kitorang spend 2 malam di Flamingo Penang. Seronok rasa dapat mengimbau balik saat-saat pertama kali jatuh cinta. Hua jiwang la pulak...

Cuti sekolah pertengahan tahun memang pulun berjalan saje. Spend beberapa hari di Putrajaya (duduk rumah Kak Ngah aku) bawa budak-budak melawat muzium. Dari Putrajaya, menuju pulak ke Kuantan. Bawa budak-budak ke Bukit Gambang Water Park. Bukan budak-budak je suka, mak bapak budak pun sampai naik syeh main air. Beberapa hari kemudian, back to nature... Masuk hutan, sactuary gajah di Kuala Gandah. Siap ambil gambar dengan papa bear...





Momen Dalam kerjaya:

Kerja aku sebagai guru tahun ini seperti biasa. Masuk kelas, mengajar. Cuma tahun ini debaran lebih sebab 3 kelas yang aku ajar semua kelas SPM. Effort kira lebih sikitlah. Siap buat kelas tambahan hari Sabtu tu. Bagus aku kan... Hua hua (masuk bakul angkat sendiri...) Tapi momen paling istimewa sebagai guru tahun ini ketika membawa budak PKBM ke Kem peringkat negeri. Masa itulah aku merasa pengalaman serba sedikit menjadi asykar... Dapatlah merasa M-16...


Momen Bersama Rakan-rakan:

Secara jujur tahun ini merupakan tahun paling kurang aku spend masa dengan rakan-rakan. Maklumlah tahun ini wife aku mengandung anak ke-2. Nak pergi mana-mana pun susah. Kesian nak tinggalkan isteri weh... Pulak tu masa ni jugaklah member-member ni buat berbagai-bagai projek. Siap kirim gambar lagi... Adusss.


Dalam cuti pertengahan penggal pertama aku bertiga beranak bercuti ke Cherating bersama-sama keluarga Apop. Nilah satu-satunya member semasa di UPM yang masih kerap berhubungan dengan aku. Yang lain samada terus lost contact atau kejap ada kejap takde. Macam biskut lah pulak... Dan aku rasa disinilah 'terjadinya' Iffahani... Whoops...


Tahun ini juga aku kehilangan seorang sahabat karib ketika bekerja di Port Klang. Sedihnya aku tak dapat tengok jenazah sebab lepas seminggu meninggal baru ada kawan bagitahu. Moga Allah mencucuri rahmat kepada arwah Abu 'mata udang'...

Momen Terindah:

Sudah pasti momen terindah tahun 2010 adalah menyambut kehadiran insan baru dalam keluarga aku. Iffahani Iman Nur nama diberi. Puteri yang melengkapkan keluarga aku setelah dikurniakan putera 3 tahun lepas. Alhamdulillah, bahagia sangat aku rasa bila ramai yang berkata:"wah dapat sepasang la dah ye..." Tapi sememangnya 2 belum cukup... Lebih ramai anak lebih meriah kan...


Meriah juga hidup aku tahun ini. Syukur Alhamdulillah di atas segala nikmat yang diberi. Kalau nak dikirakan banyak lagi nikmat dariNya tapi yang aku rakamkan di atas adalah momen-momen yang betul-betul mendapat tempat di hati aku...

Oppsss lupa... Momen terindah di dunia maya:

Tahun ini merupakan tahun pertama aku 'berkecimpung' secara agak serius dalam dunia blogging ni. Mula-mula macam tak best je. Tapi lama-kelamaan, bila dah terbiasa update entry, dapat pula satu dua komen dari member-member blogger, dapat join contest itu ini, siti situ sana sini; terasa bertambah meriah hidup aku. Dunia blogging dah menjadi satu hobi baru buat aku. Dan yang betul-betul membuatkan aku enjoy adalah, KALIAN semualah... Untuk itu aku nak ucapkan setinggi terima kasih kepada semua yang sudi drop by disini, tinggalkan komen-komen, klik butang follower, paling best ada yang klik butang NUFF tu... Pada anda semua, mari kita KEKALKAN persaudaraan ini dan sempena tahun 2011 yang bakal menjelma tak berapa lama lagi, wish you all Selamat Tahun Baru, moga ALLAH memberkati kita sentiasa...

Read more...

100 Blogger TerCeria Part II

Thursday, December 30, 2010



Ok nak sambung menjejak 50 lagi blogger yang TerCeria di alam semesta.. Bagi yang terlibat tapi masih dok kelu, tengok kat sini>>> atau usha sini>>> atau sini>>> Tak kisah klik mana-mana, sama aje tu... Ok jom jejak member-member aku yang tersayang:

151. autaman
152. DeaR AfiQ
153. mera zati
154. Shino
155. qamarguyz
156. Papa Bear
157. Sallehudin
158. Asrol Mania
159. iliwoot
160. Syafiq Rosli
161. Awang Hafiz
162. Cik Muda Story
163. Admin P@P
164. nOn!e
165. Rizal
166. Abu Muhammad Al-Baihaqi
167. CITER JO
168. MiszMaryaNe
169. abgteror
170. Mr. Vosovic
171. cik diana
172. akubersamacahaya
173. ahlynayunos
174. syira aka sepatu hijau
175. SHAIFUL AZIZAN
176. izzat anwar
177. Revolter AMI
178. Faris CJ
179. faezah hannah al baj
180. Diari Cikgu CT
181. armie::parc::udinc
182. Nurul Syuhada
183. duan lang
184. Muslim Ropsmedan
185. mszt
186. cekwa(9w2WAA)
187. Muhammad Hamidi Zamri
188. sikumuk
189. Una Husna
190. ejan
191. secangkir bicara
192. amni
193. abun the peacemaker
194. lagenda budak comel
195. AtiEnAbErn
196. fATia
197. zirconia
198. chegu abbas
199. Rosnani Roslan
200. ana bulan

Siappp... Tapi minta maap bebanyak ler pada yang takde link tu. Puas aku cari link korang tapi tak dapat. Bagi yang stil tak dapat solve problem tu, tengok sini. Aku ada buat sikit tutorial pasal link di profile... Wah budget otai je...

Read more...

100 Blogger TerCeria

Salam ceria di pagi Khamis,

Bangun subuh tadi aku masih lagi terbawa-bawa perasaan gembira di atas kemenangan Malaysia malam tadi. Dengan mood yang berbunga-bunga pagi ini, aku dengan besar hatinya sekali lagi ingin menawarkan GiveAway kepada blogger-blogger yang sudi menekan punat follow kat side aku tu. Bermakna menjadi follower blog nilah. Nah ini dia GiveAway dari aku: 100 Blogger TerCeria. Khas untuk follower yang ke 101 hingga 200. Ambil jangan tak ambil tau...



Cara nak ambil sonang ajo:

Sama jugak macam GiveAway yang pertama dulu, tiada syarat-syarat yang spesifik. Korang buatlah sesuka hati korang dengan banner tu. Cuma cadangan aku kalau korang nak ikut bolehlah:

1. Buat 1 entry berkenaan dengan GiveAway: 100 Blogger TerCeria ini. Copy dan paste gambar di atas dan buat 1 link ke halaman ini, atau
2. Korang boleh copy kod dibawah untuk letakkan banner di bawah ni di side bar blog korang. Banner tersebut mempunyai link terus ke halaman ini, atau
3. Letaklah kat mana saja salah satu banner tersebut di dalam blog korang.
4. Dan pesanan terakhir pihak penaja: selalu-selalulah jenguk ke sini ye. Sebabnya lepas ni aku bercadang nak buat contestlah. Aku tengah kumpul duit buat beli hadiah. Hadiah mungkin tak mewah cuma setakat kodominium di Bukit Antarabangsa je kot. Kui kui kui...

ShamDiSini


Ok sekarang aku nak menjejaki blogger-blogger yang sudi menjadi follower aku yang ke 101-200. Check it out:

101. rafinamimi
102. bardbahtiar
103. Apa Khabar Orang Kampung
104. JIWA 916
105. 1malaysiasms.my
106. Hidup Itu Indah
107. encikmamat
108. SEINDAH BIASA
109. Whispering Heart
110. Gerai Cik Kebayan
111. aeNnn
112. PaPa MiFz
113. Norafifah Roshmah
114. Anak Ulu Cheka
115. Muzam
116. LaLaLand^_^
117. cikidis
118. HOK SENGOTI
119. shagcomot
120. hysman
121. nadia nadiana
122. Azlin Zain
123. Bazz
124. Fiqah Alias
125. Tulip
126. piNk sitE
127. boloque
128. Ayuni
129. dynda zainurfarina
130. mush
131. MiaNajwa
132. CikCinta
133. SyedGraphiX
134. cikgufiq
135. mohd ezwan ilias
136. Zai kuLiM
137. Ram Dar
138. Faizal Arsad
139. Naufal Aqli
140. otak kosong
141. Pengembaraan Menuju Abadi
142. cikmaikunk
143. matika_love13
144. mira_nas
145. suffer8zine
146. Pak. Cek. Biola
147. Jejaka Terhangat
148. arisjusoh
149. famy
150. cik CT

Aduss penatnya jemari ku... Rehat seketika bersama zig zag... Jumpa lagi lepas ini untuk follower 151-200.

Read more...

Aku Blogger PAHANG

Wednesday, December 29, 2010


Kali ini nak join Blog Pilihan Malaysia yang menganjurkan segmen Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri. Jadi dengan bangganya aku nak memperkenalkan: Aku Blogger PAHANG.

Nama penuh aku Shamsul Rizal Bin Ramli. Masa di SM Teknik Kuantan class of 93, budak-budak panggil aku MC Hammer. Wah... sebabnya? Sebab aku terer rap lar. Kui kui... Masa di UPM Serdang member-member aku panggil aku Mr Song. Pulak... Sebabnya diorang cakap kalau menyanyi tengah mandi, suara aku sorang je kedengaran kat bilik air tu. Sekarang aku lebih selesa dengan panggilan Sham. Ada juga rakan-rakan kerja aku panggil Rizal. No hal, aku ok je... Ops lupa pulak, nama kampung aku: Alif depan U, dal di atas Da. UDA.

Aku dikahwinkan oleh bapak mertua aku pada tahun 2006. Bawah ni gambar my luvely wife and I... Macam pinang dibelah 8 tak? Hee hee...


Ini pulak dua orang putera dan puteri aku. Shahmin baru genap berusia 3 tahun manakala Iman baru nak jejak 2 bulan. Agak-agak macam rupa siapa? Aku ke isteri aku???


Nak berhubungan dengan aku? Sekarang semua orang ada facebook kan? Nak jumpa aku di FB aku boleh klik je kat bawah ni...

Shamsul Ramli

Aku dilahirkan di hospital Bentong, dibesarkan dan bersekolah rendah dan menengah di bandar ini. Namun sejak tingkatan 4 dan 5, hingga ke universiti, hingga kerja pertama, hingga kerja sebagai guru; aku berkelana di perantauan. Hampir-hampir 16 tahun jugaklah aku di perantauan. Ceh macam jauh je... Sehinggalah aku ditukarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang ke sebuah sekolah di Daerah Raub pada tahun 2009. Oleh kerana isteri aku mengajar di sini, maka menginaplah aku kembali di tanah tempat lahir aku, aku namakan BANDAR SATELIT BENTONG. kalau ditanya apa yang istimewanya di Bentong, akan ku jawab: Wui macam-macam ada... Tapi 1 aku nak bagitahu yang terpaling spesial punya tempat: Genting Highlands! Apa yang spesialnya Genting ni? Hai takkan tak tahu kot... Kalau tak tahu, cuba tanya jiran anda, mesti dia tahu. Kalau dia tak tahu jugak, cuba tanya ketua kampung anda. Komfom dia boleh bagi tahu... Hee he jangan marah haa... Sebelum aku mengarut lagi baik aku berhenti setakat ini sahaja...


Selamat berkenalan.

Dari aku:

Aku Blogger PAHANG

Read more...

Tewas Namun Juara. Syabas Harimau Malaya!


Mungkin seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat-peminat bola sepak negara masih hangat bercerita tentang 'kekalahan' Malaysia di tangan Indonesia malam ini. Namun kejuaraan tetap milik Harimau Malaya. Dengan aggregat 4-2 ternyata Harimau Malaya tetap tajam taringnya walaupun digegak-gempitakan oleh hampir 100,000 penyokong Indons di Stadium Gelora Bung karno. Tiada apa aku nak ulas tentang perlawanan tersebut, sekadar ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas. Secara peribadi aku anggap hero Malaya malam ini jatuh kepada keeper Khairul Fahmi dan penyerang prolific Safee sali. Syabas sekali lagi. Korang memang played just like the champion...

Cuma satu aku nak ulangi peringatan Shebby dalam starsport tadi. Keep the attitude down to earth, terus berusaha keras kerana 2 tahun lagi kita bakal mempertahankan kejuaraan. Sememangnya mempertahankan sesuatu kejuaraan adalah lebih sukar daripada cubaan untuk memenanginya...

Read more...

Tugasan Bermula. PIBG Beri Amaran

Tuesday, December 28, 2010


Walaupun sekolah akan dibuka secara rasminya pada Isnin depan (Ahad bagi beberapa negeri di semenanjung), aku percaya yang ramai rakan-rakan guru yang telah memulakan tugas mereka lebih awal. Paling tidak pun menghadiri mesyuarat Pengurusan Sekolah. Sekolah aku memulakan mesyuaratnya hari ini, esok dan lusa. 3 hari direct tu bang... Tak seperti sekolah lama aku, mesyuarat siap 1 hari sahaja. Pagi pengurusan, petang HEM dan Koko. Tapi itu semua terpulang pada pentadbiran sekolah masing-masinglah. Aku dengar ada sekolah yang mengadakan mesyuarat sampai 5 hari berturut-turut! Wah bagus sekolah tu... Syabas...

Aku belek-belek buku pengurusan, wah bertambahlah tugas aku tahun ini. Kalau aku senaraikan nanti ada yang cakap aku riak pulak. Tapi memang banyak. S/U 1 unit, Penolong S/U 1 unit, Penyelaras 2 unit, AJK unit berunit-unit, Ketua Panitia, Guru Koperasi... Wah macam nak bagi aku APC je tahun ni. Hu hu... Tapi dalam banyak-banyak tugas tu yang palig mengujakan aku adalah pelantikan aku sebagai Penyelaras Unit Beruniform di bawah Kokurikulum. Dari sekolah lama aku mengidamkan 'post' tu, Alhamdulillah kat sini aku dapat. Siaplah korang budak-budak uniform. Tahun ni siap korang aku dera cukup-cukup. Hua hua...

*********************************************************************************** 

Pelantikan aku sebagai Penyelaras Unit Beruniform sebenarnya adalah hasil dari proses 'tawar menawar' dengan pihak pentadbiran sekolah. Sebelum cuti tempoh hari lagi dah ada ura-ra aku sepatutnya dilantik sebagai S/U PIBG di sekolah aku. Tapi aku menolak awal-awal. Bahagian PIBG ni memang aku angkat tangan. Surrender awal-awal. Aku akui kelemahan aku di bahagian PR. Aku lemah berinteraksi dengan parents pelajar. Lebih-lebih lagi dengan mak bapak pelajar yang 'mempercayai' anaknya lebih dari mempercayai kata-kata guru (minta maaflah kepada yang terasa ye). Perkara ini terjadi kepada rakan guru aku di sekolah lama bila mana ada mak bapak pelajar yang datang 'menyerang' cikgu di sekolah. Apabila diberi penerangan, tetap mempertahankan anaknya walau pun semua guru-guru sekolah tahu akan kenakalan pelajar terbabit. Tapi bukan semua ibu bapa pelajar begitu, dan aku juga akui ada juga guru yang 'tidak betul'... No body perfect, right?

Berbalik kepada PIBG, baru petang tadi aku mendengar ringkasan berita di radio mengatakan pihak kementerian bersama dengan PIBG Kebangsaan memberi amaran kepada pihak sekolah agar tidak mengenakan yuran persekolahan yang 'melampau' kepada para pelajar di sekolah masing-masing. Teringat aku pada tahun-tahun awal aku mengajar, tak pernah kedengaran perkara ini. Perkara ini hanya berbangkit semenjak pengumuman oleh Menteri Pelajaran terdahulu yang mengatakan SEMUA yuran sekolah dihapuskan. Bukan niat aku nak menyanggah menteri berkenaan tetapi secara jujur aku berpendapat yang kenyataan tersebut amat mengelirukan. Sedangkan yuran yang dihapuskan hanyalah membabitkan RM4.50 bagi SK dan RM9.00 bagi SMK.

Aku masih ingat pada tahun pertama pelaksanaan dasar tersebut, kecoh jadinya mesyuarat PIBG aku di sekolah lama. Ramai mak bapak pelajar yang marah pihak sekolah kononnya pihak sekolah cuba memeras mereka. Mujurlah Pengetua aku masa tu cool dan sangat bagus PRnya. Dapat juga dia memberi penjelasan dengan tenang dan berjaya mengawal suasana. Syabas Bos! Aku nak ulas isu ni panjang lebar tapi penat pulak aku nak menaip. Isu ini boleh jadi panjang berjela seperti kedudukan mak bapak pelajar dari sosio ekonominya, bantuan kerajaannya etc... Isyallah mungkin entry selepas ini aku nak ulang lagi isu ini.

Cuma 1 perkara aku nak kalian renungkan. PIBG yang sering menimbulkan isu ini hampir kesemuanya dari SK atau pun SMK. Isu ini hampir tidak kedengaran di SRJK lebih-lebih lagi di SRJK (C). Malah dengan sumbangan PIBG mereka jugalah, hampir semua SRJK (C) yang aku jumpa mempunyai dewan sekolah yang besarnya lebih dari padang bola sesetengah SK dan SMK... Renung-renungkan...

Read more...

500 Blog!

Monday, December 27, 2010



Join Ben Ashaari lagi. Kali dia dia nak kumpul 500 blogger... Wei aku macam dah lambat ni. Takpe i try...

Keperluan:

1. Buat banner. (beres)
2. Buat link. (beres)
3. Story serba sedikit. (usha bawah)

Siapa Aku?
Aku, Shamsul Rizal Bin Ramli yang dilahirkan pada 34 tahun yang lepas dan kini menetap di kampung kelahiran aku, Bandar Satelit Bentong sejak 2008 setelah 16 tahun menimba ilmu dan bekerja di perantauan. Semasa kecil ingin menjadi askar, setelah kenal dunia, bercita-cita pula menjadi seorang engineer. Sempat menggalas tugas tersebut di sebuah kilang selama 2 tahun, namun hati meronta kerana baru mengetahui itu bukanlah cara hidup sebenar yang diingini. Akhirnya memohon KPLI pada 2005 dan kini sangat-sangat selesa dengan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Mendirikan rumahtangga pada 2006 dan hidup kini amat bahagia dengan kehadiran sepasang cahaya mata.

Tujuan berblog:
Mula-mula dengan 1 tujuan sahaja. Cari duit di internet. Tapi kini setelah setengah tahun berblog dan mengenali ramai rakan-rakan blogger, terasa seronok pula. Walaupun income masih 0 tapi mendapat kepuasan apabila dapat merasa 'melayan' dan 'dilayan' oleh rakan-rakan blogger...

Habis...

Read more...

98 Minit Yang Membahagiakan

Sunday, December 26, 2010


Aku tak kira, aku nak jugak buat satu entry khas untuk bola. Satu Malaysia bergegar malam tadi terutamanya di Stadium Bukit Jalil yang dah dekat 10 tahun jugak aku tak masuk. Walaupun aku cuma dapat 'menggegarkan' rumah aku je bersama dengan siaran langsung, namun hati tetap puas. Aku rasa ini kali pertama aku betul-betul 'layan' bola yang membabitkan Malaysia sejak sekian lama. Memang pasukan sekarang ini antara yang paling memberi inspirasi kepada aku sejak zaman Azizul Abu Hanifah and the Gang (Era awal 90an). Hasilnya: Malaysia 3 - Indonesia 0. Aku tak naklah ulas panjang berkenaan game malam ni sebab besok for sure semua surat khabar tempatan akan mengulas kejayaan kita malam ini.

Hero Malaysia bagi aku malam ini sudah pasti Norsharul dengan Safee. Rangkaian penyerang terbaik yang pernah dimiliki Malaysia setakat ini, menurut Shebby Singh. Tetapi secara peribadi aku nak ucap terima kasih juga kepada bek terbaik malam ini bagi aku, Muslim. Malam ni aku tengok mamat Uruguay tu tak bebas langsung bergerak. Apa pun kemenangan ini tetap kemenangan pasukan. Semua main cantik malam ni, kecuali Amirulhadi yang jarang dapat menembusi bek belah kanan Indon. Namun kemasukan Ashari memang berjaya menukar rentak Malaysia seterusnya menghasilkan gol-gol dalam separuh masa yang kedua. Syabas semua. Yang paling aku respek adalah sikap semua pemain yang rajin dan tak pernah berhenti mengejar bola. Itu antara sebab utama yang membuahkan kejayaan pasukan ini. Tapi harus diingat, Rabu ini ada lagi 90 minit. Apa lagi, di Bung Karno nanti kita berkubu di tempat sendirila jawabnya...

P/s: Aku nak petik ramalan-ramalan yang sempat aku baca dalam surat khabar pagi tadi. Dalam masa 'orang-orang kuat' bola seperti Irfan Bakti, Wan Jamak dan Hassan Sani meramalkan Malaysia menang 2-0. Minah paling top di Malaya hari ini, Lisa Surihani meramalkan Malaysia bakal menang 3-0. Nah sekarang siapa yang lebih pakar? Kui kui kui...

Read more...

Kaya Vs Kayap


Entry kali ini agak serius. Saje aku nak bagi pembaca-pembaca berat otak memikir sikit. Kalau setuju hak anda, tidak setuju pun terpulang pada kalian. Aku cuma nak share sikit hal ehwal dalam negara kita ni. Mungkin ramai yang dah tahu isu ini cuma sama juga seperti aku; kita rakyat biasa dan bawahan ini tak punya apa-apa kuasa. Yang ada hanya SUARA. Suara untuk menyatakan ketidakpuasan hati kita. Maka inilah yang aku lakukan melalui entry ini.

Apa Itu IPP?

Senang cerita IPP atau Independent Power Producer (contoh Syarikat YTL, Malakoff) adalah pihak ketiga yang menjana tenaga lalu dijual kepada TNB. Lalu tenaga tersebut diedarkan oleh TNB ke seluruh Malaysia sampailah ke rumah kita.

Kenapa Marah Dengan IPP?

Kenapa perlu ada pihak ketiga yang diperlukan untuk menjana tenaga di negara ini sedangkan TNB yang sudah berpuluh-puluh tahun beroperasi sepatutnya sudah mampu untuk menjana tenaga dengan keupayaan dan kemahiran sendiri? Malah dalam masa harga minyak dan gas di seluruh dunia semakin meningkat, IPP pula menikmati keuntungan yang sangat lumayan berdasarkan perjanjian yang telah dibuat. Dalam masa yang sama yang menanggung kerugian adalah pihak TNB lalu untuk menampung kerugian tersebut, siapa yang perlu menanggungnya? Siapa lagi kalau bukan kita- PENGGUNA?

Tak faham? Di bawah aku petik tulisan SM Mohamed Idris, Pengerusi CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang). Hari ini SM Mohamed Idris ada diwawancara di dalam Mingguan Malaysia berkaitan dengan harga pasaran hartanah yang semakin meningkat secara sangat drastik Di Malaysia. Semoga tulisan beliau di bawah ini dapat sedikit sebanyak 'mencelikkan' kita berkaitan dengan isu ini.

SM Mohamed Idris

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya menghentikan pembelian tenaga yang dikeluarkan oleh penjana tenaga bebas (IPP) kerana ia telah mengurangkan sumber Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan membebankan kepada pengguna.

Kami percaya TNB dengan pengalaman berdekad dalam pengeluaran tenaga tidak seperti IPP yang tidak mempunyai pengalaman apabila mereka memasuki industri ini, mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan tenaga dengan lebih cekap pada kos yang lebih rendah.

Tambahan pula, keuntungan yang diperolehi oleh TNB yang merupakan syarikat kawalan kerajaan, akan memberikan manfaat kepada orang ramai dan negara daripada syarikat swasta.

Memperolehi tenaga merupakan hak asasi manusia yang asas dan keselamatan negara dan oleh sebab itu pengeluaran dan bekalannya tidak seharusnya dibiarkan di dalam tangan syarikat swasta yang hanya mengejar keuntungan.

Jika syarikat ini berdepan dengan masalah kewangan pihak kerajaan dipaksa menyelamatkan mereka dengan menggunakan dana awam untuk memastikan bekalan tenaga diperolehi berterusan. Pihak berkuasa perlu mempelajari daripada kegagalan projek penswastaan tempatan dan antarabangsa dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Terdapat laporan bahawa rundingan sedang berjalan antara kerajaan dan lima IPP untuk semakan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) generasi pertama. Pihak berkuasa perlu meletakkan tekanan ke atas IPP untuk menyemak semula syarat dalam PPA untuk mengurangkan bayaran TNB kepada mereka yang menjejaskan kewangannya.

Jika mereka enggan, cukai keuntungan perlu dikenakan terhadap keuntungan mereka yang besar itu. Perkara ini perlu dilakukan dan tidak perlu bimbangkan kesan sampingan ke atas pasaran bon.

Namun begitu keruntuhan TNB akibat kemampuan kewangannya yang terjejas akibat daripada pembayaran yang besar kepada IPP akan memberikan kesan yang boleh menjejaskan tenaga, ekonomi dan sektor kewangan kita.

PPA generasi pertama dilakukan oleh TNB walaupun mendapat bantahan kuat bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Ani Arope. Perjanjian ini dibuat dengan melanggar prinsip perkongsian swasta-awam. Tiada persaingan terbuka bagi projek itu. Kerajaan, bukannya TNB yang berunding dengan pencadang projek dan menekan TNB untuk menyempurnakan perjanjian itu

Tiada nilai untuk wang terakru kepada TNB di bawah perjanjian ini memandangkan IPP telah meningkatkan kos mereka termasuk kos pembinaan awal mereka, cukai, elaun kewangan dan kadar faedah. Tidak terdapat perkongsian yang sama daripada risiko mengakibatkan perjanjian itu berat sebelah di mana keuntungan diperolehi IPP dan kerugian ditanggung oleh TNB.

Melalui penswastaan, TNB menjadi penyumbang wang tunai kepada IPP yang membuat keuntungan besar, bukan melalui persaingan, kepakaran perniagaan dan inovasi tetapi hasil daripada peruntukan ‘ambil atau bayar’ dan ‘risiko awam dan keuntungan swasta’ dalam PPA.

Di bawah perjanjian ini yang tidak memberikan unsur ekonomi langsung, TNB dikehendaki membeli tenaga daripada IPP pada harga yang lebih tinggi berbanding kos penjanaannya sendiri, di mana dalam kes ini YTL Power Generation Sdn. Bhd., ialah 25 peratus. Ia juga perlu membayar bagi kapasiti yang tidak digunakan, iaitu tenaga yang tidak diperlukan. Ia juga perlu menanggung risiko sebarang kenaikan harga bahan api.

Akibat daripada syarat perjanjian yang tidak adil ini, sebahagian besar hasil TNB mengalir kepada IPP. Ia meningkat daripada RM9.2 bilion atau 54 peratus hasil TNB pada 2005 kepada anggaran RM19 bilion atau 65 peratus pada 2010. Daripada 2001-2010, bayaran TNB kepada IPP berjumlah RM78.3 bilion.

Dengan aliran hasil tetap yang besar setiap tahun ini, TNB boleh menjadi pemain global dalam industri tenaga tetapi sebaliknya telah memperkayakan segelintir keluarga yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan.

Pembayaran yang besar kepada IPP telah meletakkan kewangan TNB dalam keadaan tertekan dan telah menjejaskan harga sahamnya. Dalam tempoh kurang daripada setahun IPP muncul, harga saham TNB menjunam daripada sekitar RM20 sesaham pada 1993 kepada kurang daripada RM10 pada 1994 dan di bawah RM5 sewaktu Krisis Kewangan Asia pada 1997.

Sejak itu, harga saham telah pulih tetapi hanya sekitar 50 peratus daripada sebelum kemasukan IPP. Keruntuhan TNB telah dapat dielakkan oleh peningkatan tarif yang ditanggung oleh orang ramai. Sukar untuk dipercayai bahawa perbadanan yang dikawal kerajaan menjadi tempang untuk manfaat kepentingan segelintir syarikat swasta.

Keuntungan besar daripada PPA menggerakkan banyak IPP seperti YTL Corporation Berhad dan Malakoff Corporation Berhad daripada tidak dikenali kepada syarikat yang kaya dan terkenal. Amat sedikit daripada IPP ini yang menggunakan keuntungan yang diperolehi daripada kontrak ini untuk diberikan kembali kepada industri.

Dalam beberapa kes, sebaliknya keuntungan ini digunakan untuk mengembangkan empayar perniagaan dan kewangan di luar negara.

Amat mengejutkan bahawa kerajaan menganugerahkan projek baru dalam sektor lain daripada ekonomi kita kepada pemilik IPP yang enggan untuk merundingkan semula PPA mereka dengan asas yang lebih adil.

Mengapa memberikan mereka ganjaran untuk sesuatu yang tidak munasabah dan ketamakan? Mereka seharusnya tidak diberikan sebarang peluang ekonomi oleh kerajaan persekutuan dan negeri, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan melainkan mereka bertindak secara munasabah dan bersetuju untuk menyemak semula PPA untuk mencapai keadilan.

TNB telah merayu kepada kerajaan untuk meningkatkan tarif bagi mengatasi kedudukan kewangannya yang terjejas. Usaha untuk memperbaiki prestasi dan merendahkan kos penyelenggaraan dan operasi telah diambil oleh TNB dan ini telah menghasilkan penjimatan kos yang ketara. Bagaimanapun, jumlah penjimatan yang boleh dicapai melalui cara itu amatlah terhad.

Di bawah persekitaran semasa di mana kita sedang berdepan dengan krisis ekonomi dan kewangan global serta pengguna berdepan dengan kadar inflasi yang tinggi dan peningkatan ketara dalam kos hidup, bayaran yang besar kepada IPP adalah tidak mapan dan tidak bermoral.

Tarif elektrik akan terus meningkat dan pelanggan elektrik akan menderita walaupun TNB berusaha dengan terbaik untuk meguruskan kosnya. Perubahan struktur tidak akan berjaya dalam mengurangkan beban pengguna jika bayaran berlebihan kepada IPP tidak ditangani.

Hanya satu perkara lagi yang masih belum ditangani ialah pengurangan kos IPP. Memandangkan kos IPP merupakan sebahagian besar kos TNB, sebarang pengurangan mempunyai kesan positif ke atas tarif elektrik.

Penulis ini merupakan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Read more...

Cara Rasulullah Berjalan

Friday, December 24, 2010


Rasulullah S.A.W seorang yang tegap. Ketika berjalan Baginda jarang membuang masa. Baginda gemar berjalan laju. Cara Baginda berjalan seolah-olah sedang menuruni jalan yang landai. Antara riwayat-riwayat yang menggambarkan cara Baginda berjalan:

Abu Hurairah R.A meriwayatkan, maksudnya:"Saya tidak pernah melihat apa pun yang lebih indah dari Rasulullah S.A.W, seolah-olah matahari beredar dari wajah Baginda. Saya juga tidak pernah melihat seseorang yang jalannya lebih cepat daripada Rasulullah S.A.W, seolah-olah bumi dilipat untuk Baginda. Sungguh, kami harus memaksa diri (untuk berjalan seperti itu) dan Baginda tidak peduli (terhadap rasa lelah kami)."
[Riwayat Tirmidzi, Ahmad, Abu Syaikh dan Ibnu Sa'd]

Ali Bin Abi Thalib meriwayatkan, maksudnya:"Ali Bin Abi Thalib menggambarkan karektoristik fizikal Rasulullah S.A.W, 'Rasulullah S.A.W. berjalan dengan mengangkat kaki, seakan-akan Baginda sedang menuruni tanah yang landai.'"
[Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa'd dan Baihaqi]

Ali Bin Abi Thalib meriwayatkan, maksudnya:"Apabila Rasulullah S.A.W. berjalan, tubuh Baginda tegap, seperti sedang menuruni tanah yang landai."
[Riwayat Tirmidzi dan Hakimi]

Read more...

1/2 Petang Di Genting Highlands

Wednesday, December 22, 2010


Hari ini aku ingat nak lepak aje. Duduk rumah makan, tido, labtop... Tapi ntah macam mana lepas zohor tadi aku terbayang pulak cuaca sejuk nan nyaman di tanah tinggi. Nak ke Cameron jauh pulak. Ha terpacul idea nak naik ke Genting. Aku sebut je kat orang rumah. Dia pulak boleh bersetuju tanpa syarat. Pe lagi, sarung baju, sarung seluar; Genting! Here we come...

Bergerak pukul 3 sampai dekat-dekat pukul 4. Hajat nak berjalan kat outdoor theme park tak kesampaian sebab hujan. Nak masuk snow world tak dapat sebab bawa baby. Nak naik swan tergantung tu, alamak Q dia sampai 3 baris tu. Apa yang kitorang dapat buat: jalan-jalan ajelah dekat dalam First World. Termenung Mama dengan Iffa... Tak dapat naik Swan...



Tapi yang paling happynya Shahmin la. Dapat juga dia berposing dengan dengan 'hero' kesayangan dia. Siapa lagi kalau bukan Mickey... Aduss tak ganas betul anak aku ni...


Berpusing-pusing jela kitorang berempat beranak dalam First World. Insan manusia punyalah ramai. Santa Claus pun ramai. Ho Ho Hooo... 6:30 petang, dah penat jalan. Iffa pun dah mula merenget-renget. Angkat kaki lambunglah... Sampai Bentong sempat-sempat je Maghrib. Tamat kisah 1/2 petang di Genting Highlands...

P/s: Poyo je entry ni kan. Saje nak bagitau korang Genting dekat je dengan rumah aku... Kui kui kui

Read more...

Sengal Zone : Saya Lelaki Itu !

Demi menyahut seruan rakan sejantina maka dengan ini aku dengan penuh rasa teruja nak join segmen dari sengalzone. Bendanya pun tersangatlah mudah untuk dijoin. Cuma perlu buat entry bertajuk Sengal Zone : Saya Lelaki Itu ! (dah buat). Linkkan entry ini kepada sengalzone. (dah buat jugak). Seterusnya masukkan sekeping gambar dan nyatakan 3 perkara berkenaan diri kita. So ini gambar aku yang terhangit di pasaran dan 3 perkara yang terlintas di fikiran aku sekarang adalah: SOPAN, LICIK dan CARGAS... Amacam boley tak bro???


Oh ya lupa aku nak mention yang hasrat murni mat sengalzone ini sebenarnya adalah untuk mengumpul seramai mungkin blogger-blogger yang mengaku dirinya JANTAN. So seruan aku pada sesiapa yang berkenaan: moh kita join ramai-ramai dan buktikan manpower... Wah bersegamat betul... Dah beres sekarang aku nak link pulak entry ini ke blog mamat sengalzone. Chow cin chow...

Read more...

Saya Gay, Saya Ok...

Tuesday, December 21, 2010


Wah ganas giler tajuk entry aku ni kan... Tapi please... Ini bukan statement aku ok. Ini merupakan statement dari 'seekor' mamat melayu ni. Korang dah dengar pengakuannya? Tak payah lah aku bagi link dia. Korang masuk je youtube pastu masuk ayat 'saya gay, saya ok'... For sure keluar muka mamat ni. Sebenarnya isu ni dah beberapa hari hangat di pasaran. Mula-mula aku pun malas gak nak layan, tapi tadi masa aku round-round the corner usha blog-blog member, ramai pulak blogger layan isu ni.

Bila aku track link video tu aku dapat satu link ini: seksualitimerdeka.org. Aku petik sikit quote web ini yang tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu:

Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.

Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.


Apa perasaan korang bila baca statement macam ini? Aku pun tak sedar sejak bila web ini beroperasi dan sejak bila pulak rakyat Malaysia boleh menerima benda-benda macam ini dengan penuh perasaan terbuka? Secara peribadi aku BENCI, JIJIK dan 100% TIDAK BOLEH MENERIMA perkara sebegini. Aku andaikan member-member blogger yang biasa baca entry aku adalah Melayu Islam, kalau tak pun masih rakyat Malaysia yang mempunyai agama kerana setahu aku tiada agama yang membenarkan perlakuan sumbang dan songsang sebegini.

Jadi seruan aku pada semua rakan-rakan blogger atau sesiapa sahaja yang terbaca entry ini, yang beragama Islam di mana agama kita melarang keras perbuatan seumpama itu; atau kita masih berpegang kepada norma-norma kehidupan yang beradab, marilah kita sama-sama tunjukkan KEBENCIAN kita. Buat ajelah apa yang korang mampu. Buat entry ke, sebarkan sms ke, kalau yang master IT tu, hack je web tu. Kasi virus kaw-kaw punya sampai terus tak boleh buka ke or what ever yang termampulah.

Cuma jangan buat tahap keganasan melampau sudahlah. Pihak Kementerian Dalam Negeri pun sudah sedar dan mula memantau anasir-anasir 'bengong' ini. Dan sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia amnya, marilah kita sama-sama berdoa agar kita dilindungNya dan memohon ke hadratNya agar perkara ini terlupus terus dari negara yang kita cintai ini...

Read more...

Officialy End…

Monday, December 20, 2010


Tarikh 20/12/2010 jam 4:00 petang tadi secara rasminya tamatlah peperiksaan SPM bagi tahun 2010. Maka secara rasminya juga tamatlah tanggungjawab aku sebagai Pengawas Peperiksaan. Yabedabedu... Hee aku pulak yang terlebih suka. Sukalah sekarang barulah secara officialnya aku bercuti. Tapi seminggu jelah. Minggu depan dah start meting pengurusan. 3 hari direct tu bang. Kena jaga koperasi lagi tu...

Apa-apa pun hari ini merupakan hari gembira bagi calon-calon SPM 2010. Maka secara official jugalah korang dah 'graduate' sekolah menengah. Aku sempat juga jumpa budak-budak aku yang ambil paper hari ini, Alhamdulillah juga, lega sangat aku bila tengok soalan yang keluar. 80% seperti yang aku targetkan. Dari respon diorang semua puas hati dengan jawapan masing-masing. Tapi tak tahu lah budak-budak ni, depan kita punya poyo punya confident, skali keluar result nanti... Hai harap-harap the best lah...

Satu lagi yang buat aku terharu adalah atas dasar keprihatinan Presiden Amerika yang secara peribadi mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon-calon di Malaysia kerana telah berjaya menamatkan peperiksaan SPM pada tahun ini. Steadylah Obama. Thank you for your concern... Bukan senang nak dapat tahniah dari Ketua Polis Dunia woo... Keh keh keh...

Read more...

Profile Link

Sunday, December 19, 2010

Salam rakan-rakan blogger...

Sebelum ini aku pernah bercerita dimana aku gagal men'track' member blogger melalui profile diorang sebab tiada link ke blog mereka di dalam profile mereka. Contohnya seperti gambar ini:


Contoh blogger yang meletakkan link ke dalam profile mereka seperti dalam gambar di bawah (promote sikit blog member qamarguys):


Perkara ini mungkin agak remeh tapi bagi aku adalah menjadi kerugian jika kita ketinggalan benda-benda yang kecil seperti ini. Kerana bagi aku untuk mendapatkan backlink sebanyak yang mungkin, kita perlu mengoptimakan segala kemudahan dan kesempatan yang ada. Bukan pulak aku nak salahkan blogger-blogger yang sengaja tak nak letak atau tertinggal, cuma nak berkongsi sesama kita. In case ada yang terlepas pandang. Bagi mereka-mereka yang betul-betul tak tahu pulak, haa ni abang yang tak otai nak tunjuk sikit. Sonang jo:

1. Mula-mula pergi ke dashboard dan pergi setting.
2. Masuk ke bahagian basic dan usha dekat bahagian Add your blog to our listings?
3. Tekanlah yes... Kalau tekan No tak keluarlah link itu...

Itu sahaja. 3 langkah mudah semudah makang kepok lekor kata orang tengganu kang...

P/s: Bukan nak tunjuk pandai cuma nak tunjuk terer je...kuang3x...

Read more...

2 BELUM CUKUP...

Saturday, December 18, 2010


Hari ini genap Iffahani 2 bulan. Alhamdulillah perkembangannya baik-baik sahaja. Beberapa minggu lepas Iffa kerap diserang kembung. Malam payah nak tido. Sekarang dia dah makin kurang meragam. Kalau merengek tu tanda nak minta susulah. Sumbat puting mama dia komfem senyap. Kalau tak cukup ayah bancuh lagi susu tepung 3, 4 auns... Lepas tu mesti dia terkebil-kebil kejap, pastu senyap...zzzzzzz...


Shahmin bertambah sayang kat adik dia. Tak boleh orang lain ambil adik dia. Dia nak adik dia berdukung dengan mama dia aje. Kejap-kejap mintak nak dukung adik dia pulak. Suka sangat dia dapat dukung adik dia. Aku berharap Shahmin dapat menjadi tempat berlindung dan tempat mengadu adik (adik-adiknya) kelak...


Aku bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala kurnia dan rezeki yang diberi kepada aku setakat ini. Dengan kehadiran 2 cahaya mata dalam rumahtangga aku setakat ini memang betul-betul membahagiakan aku dan isteri aku. Masa mula-mula mendapat Shahmin 3 tahun lepas aku macam tak percaya aku sudah menjadi bapak orang, walaupun usia masa tu dah tua pun (aku kahwin pada usia 29 tahun sebab tak puas hidup bujang kononnya dan mendapat Shahmin pada usia 31 tahun). Kini selepas mempunyai 2 cahaya mata barulah aku betul-betul dapat menerima yang sememangnya aku ni dah berada dalam golongan bapak-bapak orang dah. Perangai pun dah banyak berubah dah aku rasa berbanding dengan 2,3 tahun lepas. Banyak tabiat bujang aku dah tinggalkan (yang tak elok-tak elok ler). Tahun ni pun aku rasa boleh kira dengan jari malam aku keluar mengeteh dengan member-member... (baik betul aku kan, suami mithali...)

Namun misi aku jelas, dan selalu aku jelaskan pada isteri aku. Penjelasan yang jelas, sejelas-jelasnya tanpa ada yang tidak jelas, melainkan semua jelas belaka... Eh berapa banyak jelas daa... Bukan apa, aku selalu jelaskan dekat isteri aku: 2 BELUM CUKUP. Aku nak lebih lagi. Setakat ni target aku 5! Cukuplah tu kan... Tapi kalu ada rezeki lebih - i follow ajer...

Read more...

Jantung

Friday, December 17, 2010



Siang tadi aku ke IJN menghantar mak aku untuk temujanji bersama doktor di sana. Dah hampir 15 tahun orang tua tu memakai pacemaker. Alhamdulillah setakat ini nampak masih sihat. Pacemaker tu pun baru tukar tahun lepas. Teringat aku pada kira-kira 15 tahun lepas, ketika mak aku masih belum disahkan berpenyakit jantung. Pada ketika itu dia kerap sakit-sakit. Kadangkala pitam tak sedarkan diri. Malu aku nak cerita tapi ada juga kami adik beradik beranggapan yang mak aku ni terkena buatan orang. Puas lah kami mencari ustaz itu ustaz ini. Nasiblah tak pergi cari bomoh siam ke dukun orang asli. Nauzubillah...

Sampailah pada suatu hari dia pengsan ketika tengah makan. Masa tu aku ingat jadi anak yatim dah aku hari itu, tapi Alhamdulillah, Allah masih panjangkan nyawa mak aku. Dia sempat ke hospital. Setelah diperiksa dengan teliti dengan ECG barulah disahkan yang jantungnya lemah dan memerlukan bantuan pacemaker. Maka dibuatlah temujanji dengan IJN dan semenjak itulah mak aku mempunyai 'gadjet' dalam tubuh badannya. Dah kira cam bionik woman gaklah mak aku ni kan... Ngeh...

Dulu bila bercerita tentang sakit jantung, kita sering beranggapan yang ianya adalah penyakit orang kaya-kaya sahaja. Atau orang tua-tua memang patutlah lemah jantungnya. Tapi sekarang ini anggapan itu sudah tak boleh dipakai sama sekali. Sekarang ini budak-budak pun dah ada yang kena serangan jantung. Anak murid aku kat sekolah baru form 3 dah menjadi pencucuk insulin tegar! Bahaya kan. So pesan aku marilah kita sama-sama menjaga kesihatan. Amalan pemakanan tu bawa-bawalah berpada-pada. Senaman jangan diabaikan langsung. Beberapa tips yang aku sempat minta dari doktor berkenaan penjagaan jantung:

# Hindari stress.

# Jaga pemakanan. Ambil diet yang betul dan bukan diet yang tidak sihat.

# Elakkan obesiti. Sentiasa perhatikan BMI. Contoh mengira BMI:

Indeks Jisim Tubuh (BMI) : Berat tubuh badan (kg) bahagi Ketinggian (m) kali Ketinggian (m)

Contoh :
Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m
Mula-mula kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336
Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan
BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6

Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga 24.9,anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas,anda adalah obese (berat badan berlebihan)


# Senaman secara konsisten. sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, 20 minit setiap sesi.

# Antioksida. Hari ini kita terdedah dengan pelbagai pencemaran terutamanya pencemaran udara berpunca dari asap kenderaan dan kilang. Dapatkan makanan antioksida untuk menyahkan toksid dari dalam badan. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

# Hentikan merokok dan jauhi perokok. Mari kita jadikan dunia ini bebas asap rokok. Boleh ke...?

Read more...

Lelong[dot]com: Kempen Member Get Member

Thursday, December 16, 2010


Salam rakan-rakan blogger...

Hari ini aku nak promote satu kempen yang dijalankan oleh lelong.com.my. Aku yakin ramai yang tahu pasal lelong.com ni kan. Bagi yang tak tahu, check it out kat sini>>

Basicly, lelong.com merupakan sebuah portal penjualan barangan kegunaan start dari kegunaan bayi, peralatan kereta, gadjet seperti telefon dan camera digital, produk kecantikan dan pelbagai barangan kegunaan harian. Pendek kata macam-macam ada. Yang takde jualnya mak bapak jer... Ngee... Dan yang syoknya kebanyakkan barangan dijual dengan konsep bidaan di mana siapa yang membuat bidaan tertinggi bakal memenangi barangan tersebut. Kebanyakan barangan pula memulakan nilai bidaan dengan hanya RM1 sahaja.

Selain tempat membeli belah, sesiapa yang berminat dan mempunyai produk untuk dijual boleh menyewa tapak dengan admin lelong.com dan menjual barangan anda di sana. Selain itu bagi blogger yang nak mencari trafik boleh juga menyewa ruang iklan dari mereka dan pasti trafik korang mesti booom punyalah. Sebab apa? Sebab ini:

# Lelong.com.my mempunyai pagerank = 4.
# Unik visitor diorang mencecah 60,000 ke 70,000 sehari.

So apa tunggu lagi jom kita usha ramai-ramai ke lelong.com.my.

Read more...

Apa Kata Survey???

Wednesday, December 15, 2010


Yeh ni ada satu survey dari member blogger aku Mah@mahu. Cara nak join sonang jo bai. Jom tengok.

Syaratnya2 adalah seperti dibawah :-

1) Hanya terbuka kepada yg memiliki blog sahaja dan warganegara Malaysia sahaja.
2) Terbuka kepada semua jantina, keturunan, bahasa dan juga jenis blog yg anda miliki.
3) Hanya 1 servay yg boleh dijawab untuk setiap 1 blog.
4) Tak perlu jadi follower blog Mah@mahu.
5) Tak perlu Tag kawan2 blog anda.

Untuk cara menjawab servay pulak seperti berikut :-

1) Buat satu entry di blog anda dan masukkan jawapan servay mengikut no soalan yg telah diberikan sahaja.
Hanya 1 jawapan untuk setiap 1 soalan yg akan diterima.
2) Sila tinggalkan link posting yg telah dibuat pada bahagian comment mana2 entry dalam blog ini. Ia adalah untuk memudahkan pengiraan servay yg akan dibuat nanti.
3) Setiap minggu jumlah % servay akan dikeluarkan dan blogger boleh merujuk jumlah terkini servay tersebut di blog ini.
4) Servay ini akan berlangsung sehingga 31 Desember 2010. Keputusan akhir servay yg lengkap akan dikeluarkan pada tahun baru nanti.

Dah tengok syarat-syarat dan cara nak join survey? Ha ni pulak jawapan aku untuk survey tersebut:

1. Sony Ericsson
2. Acer
3. Sony
4. Streamyx
5. Levi's
6. KFC
7. Giant
8. SinarFM
9. Astro Warna
10. Dunhill
11. Arena Bolasepak

Haa siap dah jawapan aku. Bereh ye Mah@mahu...

Sesape lagi yang nak join survey ni boleh terjah terus blog Mah@mahu...

Read more...

Upin Ipin, Akademik Al-Quran, Imam Muda = Agenda Yahudi...

Monday, December 13, 2010


Salam semua...

Baca je tajuk entry ni mesti ada yang gempak kan. Memang saja aku nak bagi korang gempak sikit. Tapi ini bukan statement aku ok, aku terbaca satu blog ni: marhaenkacak.blogspot.com. Ini aku amik sikit petikan dari apa yang aku baca:

JANGAN 'SUPPORT' RANCANGAN KEAGAMAAN ASTRO DAN MEDIA PRIMA!!! (AKADEMI AL-QURAN DAN IMAM MUDA)

**SEBELUM TU SAYA MOHON MAAF JIKA PERNYATAAN DI BAWAH TERKENA BATANG HIDUNG DAN ANAK TEKAK PEMINAT SIRI-SIRI BERIKUT. DIHARAP JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM DIKETENGAHKAN LAGI TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR YANG DITENTUKAN OLEH ALLAH DAN BUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN...***

***SAYA DAPAT PUN SECARA TAK SENGAJA DARI WEB TEORI KONSPIRASI MANIPULASI INOVASI YAHUDI***
WAHAI PIHAK-PIHAK BERWAJIB DI ASTRO DAN MEDIA PRIMA.... KAMI UMAT ISLAM MEMOHON SUPAYA.... (jika terdapat sequel untuk rancangan ini)

Tukarlah nama rancangan IMAM MUDA kepada IMAM REMAJA, IMAM 1MALAYSIA ATAU SEBAGAINYA kerana, 'MUDA' dalam Bahasa Leshoto Barat Daya bermaksud "AKU SAYANG ISRAEL"

Tukarlah nama rancangan AKADEMI AL-QURAN kepada PONDOK AL-QURAN, PENTAS AL-QURAN ATAU SEBAGAINYA kerana, 'AKADEMI' dalam Bahasa Bolivia Zaman Neolitik bermaksud "RASUL ALLAH PENIPU"

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "A" pada logo Akademi Al-Quran dan "I" pada logo IMAM MUDA."A" bermaksud "AMERIKA GAGAH PERKASA MACAM OPTIMUS PRIME" dan "I" bermaksud "ISRAEL AKAN TAWAN DUNIA DAN ALAM BARZAKH"!!!!! MasyaAllah
Terbuktilah bahawa rancangan Akademi Al-Quran & Imam Muda juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka bijak menggunakan jarum dakyah mereka dalam rancangan keagamaan islam itu sendiri!!!! Walaupun 2 rancangan tersebut berlatar belakangkan cara hidup Islam, Agen2 Yahudi begitu bijak sekali menyelitkan unsur2 'mind-control' melalui minda 'sub-concious' untuk menyesatkan umat Muhammad di Malaysia!! Naudzubillah........


Nak baca lebih lanjut? Ha korang klik kat sini>> OPPPSSS NANTI DULU!!! Sebelum korang klik baca arahan aku ini dulu:

SILA BACA SEHINGGA HABIS!

Jangan baca sekerat-sekerat terus nak emo. Cool down dan baca dengan penuh rasa rasional, bukan emosional ok. Lepas baca tu korang buatlah penilaian korang sendiri. Aku ada bagi komen kat akhir entry tersebut. Pesanan aku pada semua, dalam dunia akhir zaman sekarang kita sememangnya berada dalam peperangan. Peperangan terbesar yang kita tidak sedari adalah perang fitnah. Apa yang boleh menyelamatkan kita dari peperangan tersebut? 2 perkara yang ditinggalkan oleh Nabi kita. Perlu ke aku sebutkan? Semua tahu...

P/s: Bukan nak tunjuk pandai cuma teringin nak jadi orang pandai...

Read more...

Blog List BEN ASHAARI 2011

Sunday, December 12, 2010



Yes Ben Ashaari buat hal lagi. Kali ni dia dah bubarkan semua blog list lama dan sekarang tengah buat blog list baru. Khas untuk 2011. Aku dengan rasa keterujaan yang agak melampau ingin turut serta. Apa yang dia nak para blogger buat adalah:

1. Letak header blog BEN ASHAARI
- Dah buat...

2. Tajuk BEN ASHAARI BLOG LIST 2011 dan link ke entri ini..
- Dah buat...

3. Sehari berapa kali update ?
- Ni payah nak cakap. Kadang-kadang tu ada sampai 10 kali sehari. Kadang-kadang 10 hari sekali...hee...

4. Sila jawab dalam 100 patah perkataan .. Kenapa nak berada dalam blog list di Blog Ben Ashaari ..
- ha ni jawapan dia:

Pepatah orang putih ada berkata 'If you can't beat them, join them...' Eh betul ke? Lebih kurang gitulah... Aku kenal Ben ni baru beberapa bulan yang lepas. Perkara pertama yang buat aku terkejut sebab masa tu follower dia dah mencecah lebih kurang 4000 lebih. Aku ada gak berniat nak mengejar jumlah tu tapi nampaknya, wah jauh panggang dari api. So oleh sebab aku tak dapat nak kalahkan Ben maka aku 'terpaksalah' join dia. Gila korang tengoklah archive dia. Satu bulan boleh cecah 400 entry woo...

Apa-apa pun Ben, lu memang errrr... the bestlah...

P/s: Bolehlah masuk blog list tu ye. Peace bro...

Read more...

Akhirnya...

Friday, December 10, 2010

Ntah macamana malam tadi aku boleh bermimpi aku jadi asykar..! Terus aku terimbau kisah lama, maka wujudlah entry ini...

Dari kecik cita-cita aku sebenarnya nak jadi asykar. Masa tadika satu kelas tahu. Sampai ada budak jeles. Amad (bukan nama sebenar) pernah ditanya oleh cikgu kami:" Amad dah besar nak jadi apa?" (soalan standardla masa tadika kan...)

Dengan penuh semangat Amad menjawab:" Saya nak jadi komunis cikgu!"

"Hessyy nape nak jadi komunis plak?" Terkezut cikgu kami.

"Sebab nak lawan Choy!!!" (Choy=panggilan aku masa kecik2)

Abis kisah tadika...

Lepas UPSR dengan keputusan yang agak power (4A1B2C) target aku 1 aje. Nak apply RMC kat Sungai Besi. Bersungguh-sungguh aku jumpa kawan aku Nawi (bukan nama sebenar gak) sebab bapak dia asykar dan bekerja di Sungai Besi. Apa jawapan yang aku dapat:" Eh budak pakai cermin mata mana boleh masuk Maktab Tentera..."

Frust...

Masa sekolah menengah aku teringin nak masuk Kadet Tentera tapi sekolah aku takde plak Unit Beruniform tu. Aku masuk jela pengakap. Aktiviti feveret aku champingla. Masuk hutan, tido khemah, buat menara. Tapi tak dapat gak pegang senapang.

1995 - Aku masuk UPM. Universiti Pertanian Malaysia masa tu. Borang kokurikulum yang first aku isi adalah borang PALAPES. Masa hantar borang ke kolej PALAPES ini jawapan yang aku dapat:" Sori dik, PALAPES tak open untuk budak Matriks..."

Frust lagi...

Semasa mengajar di Cameron Highlands aku dapat geng-geng cikgu yang minat nak daftar Wataniah. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Segera aku join diorang. Buat Medical Checkup, hantar borang. Tiba-tiba aku kena tukar ke Raub. Sampai hari ini aku tak tau cerita pasal permohonan aku tu...

Tak kesampaian lagi...

Di Raub aku diberi tugas sebagai Guru Penasihat PKBM (Persatuan Kadet Bersatu Malaysia). Satu badan beruniform yang bernaung terus di bawah ATM. Pertengahan tahun ini aku dipanggil ke Kursus Penataran Jurulatih PKBM di Kem Tentera Mentakab Pahang. Di sana kami diajar asas kawad, latihan menembak (yei merasa gak aku menembak dengan M-16), compass marching dan survival hutan. Kini aku dah ada uniform no-3 dan baju loreng yang boleh aku pakai setiap Rabu di sekolah. Yeh kalau diikutkan memangla cam poyo je tapi tercapai gak hajat aku nak jadi asykar. Tak kisahlah asykar celup pun jadilah. 2 paku tu bang...har har har...



Akhirnya...

Read more...

100 Blogger Tersempoi... Part Minta Maap...

Entry ni aku buat khas untuk budak/blogger bernama Anamizu Kaito dan sesiapa yang senasib dengannya. Berkenaan dengan Anamizu Kaito ni aku tak surelah dia ni Jopun betul ke Jopun celup, tapi gambar profile dia ala-ala budak Jopun gitula...Hehee

Alkisahnya masa aku terkial-kial menyenaraikan 100 blogger yang menjadi follower aku yang terawal, aku boleh tercicir pulak nama dan link minah Jopun ni... Sorilah dik ye... Orang dah tua gini ler. Pada sape-sape yang berkenaan tu, kalau ada lagi kes macam Anamizu ni please inform aku A.S.A.P ok. (follower kena jaga wooo)...

So untuk Anamizu, here is it: 100 Blogger 'Ter' Sempoi + entry khas mohon maap...Maapkan kami33x... eh brape banyak maap daa...



Oh ye, Anamizu telah dengan relanya mendaftar sebagai follower aku yang ke-71. Hidup budak Jopun...Banzaiii

Read more...

100 Blogger Tersempoi... Part II

Wednesday, December 8, 2010

Yeah kita terus dengan GiveAway 100 Blogger 'Ter' Sempoi... Bagi yang tertanya-tanya pekebendanya ni, check it out KAT SINI>>



Sekarang mari aku jejak plak 50 blogger yang seterusnya:

51. Green Syndicate
52. Hani
53. one2paii Blog
54. zul_naim2000
55. Mr Curly
56. yusz78
57. gomokpendek
58. tan640y
59. Cik Mawar
60. faizz/hani
61. aReeN daN sEGaLaNYa
62. KeCik SuKa MaiN BoLa
63. suratan kebetolan
64. CETUSAN SEIKHLAS RASA
65. DZ CLICK
66. Ini Bukan Blog
67. DeQna"""
68. Blues Riders
69. My.Nama.Is.Syam
70. aku dan sesuatu
71. BIANGLALA
72. D_08
73. Lagenda Budak Nakal
74. bikintshirt
75. Faizal Syukri
76. Pn Ros
77. mahamahu
78. MJ
79. Izamir Ridzwan
80. Warna-Warni Kehidupan
81. JOURNEY "GANU^-^ JOHOR
82. Mujahid_Fisabilillah
83. Norzie
84. MENYUSUN SEJARAH MASA DEPAN..
85. anne
86. memorabilia
87. AZMAN ROSLAN
88. Words Of My Life
89. sahabat
90. My story today
91. CRICKET, CRICKET, CRICKET..
92. Cikgu Cat
93. CaTaTan LoQmAn HaKiM
94. geGATAL JARI
95. SEKAMAR RINDU
96. Puisi Pak Wi
97. Apezs Slamber
98. AKU TETAP AKU
99. Yiedpozi[Dot]Info
100. iza

Yeahhh selesai sudah penjejakan 100 follower aku yang pertama. Sememangnya nama-nama blogger ini akan aku kenang dan ingati selagi aku berada dalam dunia blogging ini. Selamat maju jaya pada korang semua...

ADIOS AMIGOS

Read more...

100 Blogger Tersempoi...

Tuesday, December 7, 2010

Salam dunia blog,

Buat julung-julung kalinya, setelah sekian banyak contest yang aku ceburi (tak pernah menang satu pun lagi) dan setelah mengecek pelbagai giveaway (pun takde sape-sape lagi yang sudi bagi...huhu) kini shamdisini.blogspot.com dengan berbesar hatinya ingin melancarkan GiveAwaynya yang PERTAMA. Nah ini dia GiveAway: 100 Blogger 'Ter' Sempoi khas untuk semua anda.*

* Tertakluk kepada terma dan syarat (wah ada T&C la plak ye...)



So syarat-syaratnya:

Takde syarat-syaratnya lah. Sebenarnya entry dan banner ni aku buat khas untuk 100 blogger yang terawal yang sudi menjadi follower aku. So sebagai tanda penghargaan aku kepada kalian, korang bolehlah amik, copy dan paste aje banner ni kat blog korang. Tapi awas, 100 follower pertama sahaja ye...

So pada 100 blogger tu (mana yang berminat le) bolehlah korang lakukan salah satu perkara berikut.

1. Buat 1 entry berkenaan dengan GiveAway: 100 Blogger 'Ter' Sempoi ini. Copy dan paste gambar di atas dan buat 1 link ke halaman ini, atau
2. Anda boleh copy kod dibawah untuk letakkan banner di bawah ni di side bar blog anda. Banner tersebut mempunyai link terus ke halaman ini, atau
3. Letaklah kat mana saja salah satu banner tersebut di dalam blog anda.
4. Tapi jangan lupa selalu-selalulah jenguk blog ini kerana Insyallah lepas ini ada banyak lagi GiveAway yang nak diberikan.

ShamDiSini



Sekarang kerja aku pulak nak menjejak balik 100 follower aku yang terawal.

1. Cekgu
2. Mr MT
3. Syamil Husniah
4. Sham
5. Myazara
6. aku ateh
7. Mak Embong
8. Sarah Safiyyah
9. ena diary land
10. Blog Laki Bini
11. Acad
12. iza's creation
13. lina Land
14. CUBA
15. araazV2
16. SUKA SUKI
17. Cikgu Adham
18. Luv MAMA
19. lin ice
20. Yati's Blog
21. akademik kata
22. Kak Ina
23. Syafiqah Syam
24. zBz
25. Bunga Dan Coklat
26. Aqilah
27. kumanx
28. Fieza Fizah
29. Suara Bawah Tanah
30. zalin
31. baincardin
32. Goldazone86
33. Black
34. YOUsoF
35. kun-izzul
36. MAZHA
37. AriffSyah The Blogger
38. KM7
39. Cikgu Haslina
40. ALL IN ONE
41. SKYPE CREW
42. A.I.B.A.T
43. Billy
44. annyss sophillea
45. Belog HAFIZm
46. diana
47. Rapunzel Dada
48. Amirul Asyraf Azhar
49. muazlumut
50. TROLAK SELATAN

Adeh adeh... Penat... Berenti jap. Insyallah pasni aku update untuk kasi cukup 100.

P/S: # Bagi nama yang takde link tu, maknanya korang tak letak link kat profile korang. Sila update balik profile korang ye.
## Bagi yang 51 - 100 yang nak amik dulu, no problem boleh aje. Insyallah dalam masa terdekat ni aku update link korang.

Read more...

Salam Maal Hijrah

Monday, December 6, 2010


Pejam celik pejam celik kita dah nak masuk tahun ke 1432 Hijrah. Jadi sebelum kita pejam tak celik-celik marilah kita sama-sama merenung sejenak pengorbanan dan erti sebenar hijrah yang dilakukan oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Sedikit Ringkasan Peristiwa Hijrah.

Peristiwa Hijrah bermula pada malam dimana satu pakatan telah dibuat oleh kaum musyrikin Mekah untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W. Namun ALLAH yang Maha Mengetahui telah memerintahkan malaikat Jibril untuk memberitahu akan hal tersebut kepada Baginda dan menyuruh agar Baginda segera meninggalkan Mekah. Dengan penuh keperitan dan hanya ditemani oleh sahabat Baginda iaitu Abu Bakar R.A. mereka berdua meredah kegelapan malam dalam misi untuk menyelamatkan agama ALLAH S.W.T. Dengan penghijrahan tersebutlah agama Islam dapat berkembang dengan pesat dan majunya di bawah pemerintahan Baginda di bumi Madinah.

Cerita penuh boleh baca disini.

Siapa memulakan Takwim Hijrah?

Orang yang mula-mula menetapkan hijrah sebagai permulaan tarikh dalam Islam ialah Saidina Umar al-khattab dalam masa beliau memegang jawatan sebagai khalifah iaitu pada tahun 17 hijrah. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada beliau, ada yang mencadangkan kelahiran Rasulullah, ada pula mencadangkan kebangkitannya menjadi Rasul dan ada pula yang mencadangkan tahun kewafatan baginda.Tetapi semua cadangan itu tidak dipersetujui oleh Saidina Umar memandangkan Hijrah adalah peristiwa yang terpenting di antara peristiwa-peristiwa lain sebagaiman katanya: ”Kita membuat tarikh dengan hijrah Rasulullah s.a.w. kerana hijrahnya itu adalah merupakan perbezaan antara yang benar dengan yang batal.”

Bagaimana Mengira Tahun Hijrah?

Kebanyakan negara termasuk Malaysia menggunakan kalendar Masihi sebagai rujukan dan panduan dalam urusan pentadbiran. Kita boleh mengira atau menukar tahun Masihi pada tahun Hijrah dengan menggunakan formula berikut :

a) Tahun Masihi tolak (-) 622
b) Darab (x) dengan 33
c) Hasilnya dibahagi (/) dengan 32

Contohnya :

a) 2009-622 = 1387
b) 1387 x 33 = 45771
c) 45771/32 = 1430 (maka tahun 2009M bersamaan tahun 1430H)

Berdasarkan formula ini, kita boleh membuat pengiraan untuk mengetahui tahun Hijrah berdasarkan tahun masihi.

Sumber: ISLAM@dunyahalal.com

Amalan Di malam Tahun baru

Doa Akhir Tahun Hijrah


Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun Hijrah


Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Sumber: syedas.wordpress.com

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP