Sahabat Tanpa Suara

Projek Membazir? 1Malaysia...

Tuesday, November 30, 2010

Projek Membazir...?

Petang tadi aku ke kedai gunting rambut. Aku tak tahulah nama kedai tu tapi memang feveret kedai gunting aku. Apek tukang gunting tu memang ada kelas. Kedai kecik je tapi cara dia gunting memang layanzzz. Tapi aku bukan nak promote kedai apek tu just nak share apa yang kitorang borakkan tadi. Biasanya bila bergunting dengan apek ni aku layan mata je, kan aku cakap tadi cara dia gunting tu layan. Kebetulan hari ini bandar jem teruk, rupa-rupanya ada contruction kat tengah bandar, tengah buat bumper. Saja aku mulakan borak: "wah apek hari ini banyak jem ha..."

"Iyalah sudah bikin bumper itu depan. Lagi kasi susah sama orang. Mula-mula pasang trafic light, kemudian kasi cabut. Lepas itu kasi cat pulak (zebra crossing), bumper kicik-kicik. Sikalang sudah bikin bumper busat punya!"

Aik tinggi plak suara apek ni.

"Ei cikgu lu tau ka bikin itu bumper berapa loi (loi tu duit la)? 15,000 wooo!"

"Eh betul ka apek? Saya tengok biasa saja itu bumper, takkan sampai 15,000..."

"Aiya butut la, semua orang tau apa. Ini projek ha kasi itu kroni juga bikin!"

Ai apek ni sampai ke situ plak. Lepas tu pung pang pung pang apek tu bersyarah. Banyak pulak ceritanya sampai ke kes-kes penyelewengan pun termasuk sekali. Tapi itu aku tak nak share lagi lah kat sini. Agak sensitif aku rasa. Cuma orang-orang di sini yang 'celik mata' boleh tengok dan sedar akan kepincangan yang berlaku di tempat kami ini.

So pesanan aku kepada siapa-siapa yang berkenaan. Ingatlah anda memikul amanah dan tanggungjawab terhadap orang ramai. Tunaikanlah amanah tersebut dengan sebaik-baiknya. Dan ingatlah bangkai gajah sememangnya tidak boleh ditutup dengan nyiru. Lambat laun sesuatu yang 'busuk' itu pasti akan terbongkar jua...

***********************************************************************************

1 Malaysia Maa...

Siap gunting rambut aku ke kiost TM. Bayar bil streamix ler. Tu dia berselirat manusia dalam tu. Punyalah ramai. Ada dekat 40 minit aku menunggu. Kalau aku tahu baik aku bayar online je tadi. Tapi memang aku kena ke sana juga sebab aku nak buat aduan kerosakan telefon kat rumah orang tua aku. Nak tak nak kena tunggu jugalah. Sepanjang aku menunggu aku perhati je sekeliling aku.

Aku tengok ada Cina, ada India, Melayu, ara Bai pun ada. Sambil menunggu ada juga yang borak-borak kosong. Topik utamanya: Slow betul servis TM ni... Aku pun kena sapa oleh aci kat sebelah: "ara dei adek punya nombor berapa? Sudah lama tunggu juga saya...". "Em saya lagi lama la aci. Nak buat camana kena tunggu sajalah". Dalam hati aku terselit pulak rasa yang agak-agak kagum. Sememangnya 1 Malaysia dalam kiost TM hari ini betul-betul menunjukkan satu hati mereka: mengutuk TM... Hehehe...

P/S: sorry TM ye. Hari ini memang kiost korang 'JEM'...

Relevan ke gambar ini dengan entry aku ni...kuang kuang kuang...

Read more...

Bagaimana Menyalakan Lampu Dengan Kentang

Monday, November 29, 2010


Percaya tak korang kuasa kentang boleh menyalakan lampu? Dalam erti kata lain kentang sebenarnya boleh mengalirkan elektrik. Ya, kerana kentang mempunyai kandungan asid fosforus yang tinggi. Kandungan asid ini membantu pengaliran ion di antara 2 elektrod yang terdiri dari zink dan copper atau tembaga. Jom kita tengok bagaimana menyalakan lampu dengan kentang.

Sebelum itu kita perlu menyediakan beberapa benda:

1. Kentang
2. Elektrod zink (boleh cari paku zink)
3. Elektrod tembaga (dawai tembaga)
4. Wayar (kalau boleh cari apit buaya)
5. Mentol (kecik cukuplah)

Ok cara-caranya mari kita tengok:

1. Ambil sebiji kentang segar dan potong 2 bahagian.
2. Telengkupkan kentang tersebut dengan bahagian yang dipotong mengadap ke bawah.
3. Cucuk paku zink di sebelah penjuru dan dawai tembaga di penjuru yang sebelah lagi.
4. Dengan menggunakan wayar dan apit buaya sambungkan paku zink dan dawai tembaga tersebut terus ke mentol.
5. Jika mentol tidak menyala tukar terminal pada mentol atau alihkan saja wayar yang menyambungkan paku zink dan dawai tembaga.
6. Kalau dah tukar terminal mentol masih lagi tak menyala, bermakna kuasa kentang tidak mencukupi untuk mentol tersebut. Boleh tambah kentang dan aturkan menjadi litar siri.
7. Kalau dah tambah kentang mentol masih lagi tak menyala, erm pergi jelah beli bateri. Korang tak payahlah nyusah-nyusah buat eksperimen ni...

Sekian selamat mencuba.

Read more...

Pakar Produk Digital

Sunday, November 28, 2010


Kali ini kita review sebuah ebook dari IM yang telah mencipta nama yang besar dalam industri perniagaan online di negara kita. Tak lain tak bukan Zamri Nayan. Buah tangan terbaru beliau yang bertajuk Pakar Produk Digital. Berikut adalah petikan dari sales letter>>>

Anda Masih Tak Tahu?...
"TERBONGKAR: Rahsia Sebenar Kekayaan Internet Marketer -- Mereka Semua Mempunyai Produk Sendiri!"

"Anda Juga Boleh Menikmati Kekayaan Yang Sama -
Ketahui Cara Terbukti Berkesan Untuk Hasilkan
Produk Sendiri Tanpa Mempunyai Sebarang
Kemahiran Istimewa, Mulai Hari Ini."


Apakah Produk DIGITAL?

Sebelum saya dedahkan bagaimana caranya untuk mencipta produk digital yang berpotensi meraih jualan sebanyak lebih 5-angka untuk anda, biar saya terangkan kepada anda dahulu apakah maksud produk digital itu sendiri.

Menurut definisi dalam talian, produk digital ialah produk atau servis yang diterima dalam format digital terus ke komputer anda melalui internet, sebagai contoh perisian, audio, video, dokumen dan sebagainya.

Tertera jelas di sini - produk yang dibekalkan terus kepada pelanggan anda tak memerlukan kos penghantaran langsung kerana urusannya dilakukan terus melalui internet.

Apa maknanya?

# Kos pengendalian dan penghantaran hampir "zero"
# Margin keuntungan boleh mencecah 100%!

Sekarang, beritahu saya jualan produk macam manakah yang dapat berikan margin pulangan keuntungan hampir 100% selain jualan produk digital?

Baca lebih lanjut>>>

Read more...

Ben Ashaari, Pay It Forward

Friday, November 26, 2010


Masih lagi berbicara tentang Ben Ashaari. 2 entry untuk Ben dalam satu hari? Waa ini lu kena tolong promote aku balik ni bro... Tak lah, apa yang aku nak tulis adalah berkenaan dengan blogger otai. Aku tak kata Ben seorang blogger yang terhebat, atau paling bagus tapi yang pastinya dia bakal menjadi salah seorang daripadanya. Yelah setakat ni dengan 4832 (sehingga tulisan ini dan masih menaik) follower, pastilah ada sesuatu yang menarik pasal si Ben ni.

Aku belek-belek blognya, baca penulisannya- biasa aje. Gaya penulisan simple takde bahasa bunga-bunga pun. Entry pun pasal kehidupan harian je. Nothing special. Tapi satu yang aku notice adalah... camana nak cakap ek... Bagi aku bila membaca blog Ben macam ada satu sence of belonging. Rasa cam ada kemesraan antara penulis dengan pembaca. Wah aku ni dah macam jadi macam pembodek plak. Bukan, definately not!!! Lagipun kalau aku bodek pun bukan dapat apa-apa pun dari dia. Just sebagai reminder untuk aku terutamanya dan kepada blogger-blogger yang lain untuk berjaya dalam dunia blogging, itu adalah antara perkara yang WAJIB ada: down to earth dan tak pernah rasa diri tu bagus. Melayan semua blogger dengan sama rata dan tak membeza-bezakan status blogger. Apa yang aku respect adalah dia masih menulis entry berkenaan dengan blogger-blogger baru malah ada direct link kepada blog diorang lagi (harap Ben cerita pasal blog aku lah plak lepas ni... Ngeee).

Apa-apapun main thing yang aku nak tekankan disini adalah: berbuat baiklah kepada sesiapa sahaja tanpa mengira status seseorang itu...

***********************************************************************************

Bercerita pasal berbuat baik ni aku teringat satu cerita: Pay It Forward. Kisah seorang budak bernama Trevor McKinney yang mendapat sebuah assignment dari gurunya (lakonan Kevin Spacey). Dalam assignment tersebut semua pelajar diminta membuat sebuah projek yang mampu menambah baik kehidupan di atas muka bumi. Trevor dibesarkan dalam sebuah broken family namun itu tidak menghalangnya dari menjadi seorang budak yang berjiwa besar. Apa yang dicadangkan oleh Trevor dalam proposal assignmentnya adalah dengan memilih tiga orang yang bermasalah dan membantu mereka sehingga selesai masalah tersebut. Orang yang dibantu mesti membalas pertolongan tersebut dengan membantu 3 orang lagi yang bermasalah dan seterusnya.

Ala kira-kiranya macam cari downline dalam MLM la. Dikaji-kaji macam satu idea yang sangat hebat kan? Bagus cerita tu, walau pun plot dia bergerak slow macam siput sikit tapi jiwa aku terkesan dengan jalan ceritanya. Dan idea untuk membantu orang dengan kaedah cabang tu memang something yang aku rasa boleh difikirkan bersama.

Read more...

Ben Ashaari: Saya Suka Blog Awak La...

Salam semua...

Hari ini aku nak buat satu entry: Ben Ashaari: Saya Suka Blog Awak La... Ada apa dengan mamat Ben ni? Korang boleh usha sendiri kat sini>>>...

Dalam entry ni aku senaraikan 5 buah blog yang aku suka mengikut perspektif aku secara peribadi. So 5 blog tersebuat adalah (treeemmmmmm - drum beat):

The 1st blog yang aku suka mestilah blog mamat benashaari.com ni. Bukan bodek ye bro tapi memang sejak kebelakangan ni aku banyak buka blog ni. Antara blog yang banyak bagi aku idea tentang penulisan blog. Maka aku pilih sebagai salah seorang yang aku declarekan sebagai mentor tak rasmi akula walaupun tak pernah minta persetujuan dia pun. Ngeee...

Yang kedua syimirmikail.blogspot.com. Sori ye tuan blog sebab tak minta izin. Aku respect dan aku rasa akan ingat tuan blog ni selagi aku berkecimpung dalam dunia blogging ni. Ini kerana tuan blog ini merupakan blogger yang pertama welcoming kehadiran aku ke dunia blog dan the 1st yang komen dalam 1st entry aku... Terima kasih kak ye...

Yang ketiga blog sembangkosong10 ni. Ni antara tempat yang lawati kalau aku terasa nak bergelak-gelak pada hari tu. Recomended to all. Lawak dia memang boleh blah...

Blog seterusnya blog Apa Khabar Orang Kampung. Erm kenapa aku suka bolg ni ek? Entahla plak, tapi memang aku suka baca. Ada something cam kimia kat situ. Tak caya korang folow lah sendiri...

Last but not least blog One4Luv. Blog ni memang biasa sangat-sangat. Maybe korang semua tak pernah terbuka pun blog ni. Penulis dia memang tak pernah promo apa-apa pun pasal blog dia. Dia anggap tulis blog ni memang untuk dia sahaja. Tapi yang special to me bout this blog is that penulisnya kakak aku... Heee... Ini aku tolong promote la ni...

Ok. Tu antara 5 blog yang aku senaraikan dalam Ben Ashaari: Saya Suka Blog Awak La. Tapi aku nak bagitau sebenarnya banyak lagi blog yang aku selalu lawat tapi kalau nak list kat sini memang jadi panjang berjela. Aku pun tak larat lah nak listkan kesemuanya. Aniway harapan aku menulis entry ini sebagai satu declaration secara tak rasmi yang aku dengan relanya mengjoinkan diri dengan Ben Ashaari n the gang blogger.

P.S to Ben: Boleh la jadi fren lu ek...

Read more...

Mari Berhubung

Wednesday, November 24, 2010

Salam blogging,

Brother and sister, rakan-rakan blogger, apa diatas... Heh cuba tengok diatas, eh di bawah header blog ni, sudah ada satu page baru yang aku letak title mari berhubung. Haa sekarang ni sape-sape yang nak kontek aku melalui email boleh isi je borang tersebut tanpa perlu nak buka page email anda. Itu pun kalau ada sesiapa yang nak berhubunglah.. Hua hua.

Page ini mungkin tak asing bagi pengguna tapak wordpress kerana wordpress memang ada menyediakan page tersebut. Tapi bagi blogger agak susah kerana pihak blogspot tidak menyediakannya. Jadi kalau nak kena pasang sendiri. Tapi dont worry be happy, anda bertuah kerana anda terbaca entry ni kerana melalui entry ini aku nak tunjukkan cara nak pasang page tersebut. Sebenarnya terdapat banyak laman yang menyediakan perkhidmatan borang kontek ni, cuma terpulang kepada kita untuk memilih mengikut kesesuaian dan kemahuan kita. Untuk page aku tu aku guna perkhidmatan dari 123contact form. So sekarang just follow aku kita buat sama-sama:


Step 1: Buka laman 123contact form. Anda perlu sign up untuk menggunakan khidmat ini. Setelah mendapat link pengesahan dalam email anda. Boleh terus ke langkah 2 untuk design form.


Step 2: Buat setup form mengikut selera anda. Letak Tajuk dan ubah topik yang diberi seperti nama, email, tajuk dan sebagainya.


Step 3: Setup theme, set gaya dan warna mengikut selera dan citarasa anda sendiri.


Step 4: Get HTML code. Copy kod HTML yang diberi. Done.

Sekarang anda sudah siap seting pada borang tersebut. Apa yang anda perlu buat sekarang adalah buka blog anda dan buat satu page untuk bahagian Mari Berhubung ini. Sonang jo tu bai.


Mula-mula buka new page, pastikan page tersebut dalam format edit HTML. Pastekan kod yang anda dapat tadi dan Publish Page. Done. Sekarang anda juga sudah memiliki sebuah page untuk dihubungi oleh peminat anda. Yeezzzaaa...

Read more...

Iffahani Genap Sebulan, Dapat Pula Adik Perempuan


17 haribulan lepas genap Iffahani berusia sebulan. Maknanya dah sebulanlah dia menghirup udara dunia. Muka dia aku tengok dah lain. Baru nampak ciri-ciri baby girl. Kalau tak mula-mula dulu aku tengok roman boy je. Dia pulak suka mengerut. Tengok macam garang je. Baru aku teringat masa orang rumah aku mengandungkan Iffahani dulu memang dia agak garang sikit. Pernah gaklah aku di'tertengking'nya. Tapi aku sebagai seorang suami yang the very understanding one, aku terima ajelah. Dia kan tengah mengandungkan anak aku.

Genap sebulan fizikal Iffahani pun turut merubah. Beratnya dah bertambah dari 2.6 kg masa mula-mula lahir ke 3.5 kg. Kulit pun dah bertambah tegang dan lenyau. Tapi sekarang ni Iffahani kerap kembung. Selalu aje merengek dan berse'eh. Se'eh tu bahasa orang Pahang kot, maknanya bunyi meneran macam orang senak perut. Kesian aku tengok dia. Lagi satu Iffahani kuat meragam malam. Nak tido pun susah. Puas berdodoi baru nak lelap. Itu pun pantang dengar sebarang bunyi mesti terkejut. Uuuuwwweeekkk... Memang berbeza dengan abangnya dulu. Tapi nak buat macam mana, dah kita yang 'membuat'nya dulu kan. Haa sekarang pandai-pandailah jaganya.

***********************************************************************************


Selang sehari selepas Iffahani genap sebulan, dapat pulak dia seorang adik perempuan. Isyh of couselah bukan adik betul. Adik sepupu. Kakak kedua aku selamat melahirkan anak ketiganya di Hospital Putrajaya melalui kaedah ceasarian. Hem keluar ikut tingkap gak anak dia yang ketiga ni. Tak kisahlah tu yang penting kedua-dua ibu dan anaknya selamat.

Tapi baby ni ada problem gak masa mula-mula lahir. Menurut doktor kandungan gula dalam darahnya di bawah paras yang sepatutnya so dia terpaksa dimasukkan ke ICU kanak-kanak. Tapi Alhamdulillah sekarang semuanya sudah selamat, kelmarin diorang berdua beranak dapat keluar dan semalam dah balik ke Bentong. Kakak aku nak menghabiskan masa pantangnya di bawah jagaan mak aku gak.

Ops lupa lak nak bagitau namanya: Nur Aqiesa, kesinambungan dari Mohd Aqel dan Nur Aqela. Sebut namanya teringat aku akan kisah sebelum kelahiran Nur Aqiesa. Menurut kakak akulah, dia pernah bertanya Aqel: "Aqel tolonglah cari nama adik, yang penting kena start dengan Aq, barulah sama macam nama Aqel dengan Aqela."

"Boleh boleh" Kata Aqel dengan penuh konfiden. Malam tersebut Aqel memanggil ibunya:" Ibu, kita dah dapat. Ibu nak nama yang ada Aq kan? Ok Aqel cadangkan kita bagi nama Nur Aquaria..." hem Aqel Aqel...

Read more...

Debaran Memuncak

Monday, November 22, 2010


Pagi tadi aku di Pusat Peperiksaan CR004 SMK Tg. Kudin Raub. Taklimat sebagai Pengawas Peperiksaan SPM 2010 di pusat tersebut. Tahun ini tahun ke-5 aku bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan. Dari segi elaun tuntutan, tahun ini paling menyedihkan.Kalau tahun-tahun sebelum ini aku (kami) dibenarkan menuntut elaun perjalanan dari kediaman ke pusat peperiksaan tetapi tahun ini kami hanya dibenarkan menuntut dari sekolah/ pejabat mengajar ke pusat peperiksaan. Senang cerita tuntutan memang tak balik modal. Bukan aku nak berkira pasal duit tapi sekurang-kurangnya biarlah berbaloi dengan kami yang 'mengorbankan' masa cuti kami ini. Tapi itu letak kat tepi, aku yang memohon so aku kenalah pikul tanggungjawab tersebut. Yang penting aku menjalankan amanah aku dan kena menganggapnya sebagai sebahagian dari tugas-tugas keguruan. Cewah... Bagus aku kan? Hak hak...

Yang lebih penting aku nak sampaikan kat sini adalah berkenaan dengan peperiksaan tersebut. Tahun ini aku mengajar 3 kelas dan ketiga-tiga kelas tersebut merupakan kelas peperiksaan. Apa yang selalu aku tekankan pada budak-budak aku selama ini adalah SPM merupakan titik tolak kepada kehidupan kamu semua pada masa hadapan. Cemerlang SPM kamu, Insyallah cerahlah masa depan. Walaupun mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan aku tu tapi kepentingan SPM tak boleh dipandang ringan sama sekali. Aku selalu buat perbandingan begini pada budak-budak aku: Si A mendapat kelulusan cemerlang dalam SPM manakala Si B kantoi. Kelangsungan dari itu Si A melanjutkan pelajaran, mendapat persijilan minimum (Bacelor katakan) dari IPT dan mendapat perkerjaan bergred 41 (kakitangan kerajaan) atau yang setaraf dengannya di sektor swasta. Bermakna dalam tempoh 4 ke 5 tahun Si akan mempunyai pendapatan sekitar RM3000 atau lebih sebulan. Manakala Si B yang kantoi SPM, katakanlah dia terus mencari pekerjaan (yang biasa-biasa), mampukah dia menandingi pendapatan Si A dalam tempoh yang sama?

Iye perbandingan tersebut sememangnya boleh diperdebatkan lagi, dunia ni luas, rezeki Allah dimana-mana. Dan ramai juga yang membuktikan bahawa tanpa sijil pun ada yang jadi orang kaya malah jutawan sekalipun. Tetapi sebagai perbadingan dan mengambil kira proses kehidupan manusia normal, perbandingan yang aku buat tadi ada kebenarannya kan?

Apa-apapun habis SPM ni habislah masa kamu selama 11 tahun di sekolah. Dan selesai jugalah tanggungjawab cikgu-cikgu di sekolah pada kalian, tibalah masa kamu sendiri menentukan corak hidup kamu selepas ini. Secara peribadi sebagai seorang cikgu aku nak mengucapkan ALL THE BEST kepada semua calon-calon SPM dan bagi anak-anak murid aku (kot-kot terbaca entry ni): cikgu halalkan semua ilmu yang telah dicurahkan dan cikgu mohon ampun sekiranya tidak dapat memberi yang terbaik pada kamu semua selama ini. Buatlah yang terbaik dan sebagai orang Islam, ingatlah senjata utama orang Islam adalah doa. Berusahalah dan bertawakalah pada yang Maha Esa. Moga-moga segala-gala yang baik memihak pada kamu semua.

Read more...

Ebook Percuma - Panduan Asas Buat Duit Melalui Internet

Friday, November 19, 2010


Salam semua,

Ini merupakan entry pertama dari label 'Duit Online'. Maknanya mulai sekarang aku mula nak serrrious berbicara tentang bagaimana nak buat duit di internet. Kenapa buat duit di internet? Tahukah kalian bahawa statistik daripada Internet World Stats mencatatkan bahawa jumlah pengguna internet sehingga 2010 diseluruh dunia adalah seramai 1,802,330,457 orang manakala di Malaysia sahaja pengguna internet mencecah sehingga 16,902,600 orang. Nak statistik lagi? Jutawan internet pertama Malaysia, Saudara Irfan Khairi mencatat perolehan sebanyak RM 1 juta pada usia 25 tahun hanya melalui jualan di talian. Lagi? Terkini seorang pelajar berusia 17 tahun memperoleh sebanyak AS$130,000 (RM405,599) dengan hanya menjual bingkai telefon pintar iPhone 4 berwarna putih yang dibelinya daripada pembekal di China. Nak lagi? Tak abis lah kalau nak cerita semua.

Pointnya jelas, internet sememangnya 'lubuk' untuk buat duit. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit pengetahuan dan kerajinan. Tiada alasan. Dari Pakcik menang moto, bawa ke surirumah, bawa ke budak sekolah, semua golongan boleh buat kerja ni. Okey, untuk entry yang pertama ni aku tak nak bercelotah banyak. Sama seperti mana-mana perniagaan atau kedai yang baru buka, biasanya akan mengadakan promosi pembukaan atau seumpamanya. Untuk entry pembukaan kepada label 'Duit Online' ni, aku pulak nak bagi hadiah free. Cewah. Ini kiranya macam free giveaway la. Yang calang-calang kalinya di ShamDiSini.blogspot.com. Tak perlu subscribe, tak perlu follow (kalau nak follow pun cantik gak), tak perlu komen apa-apa (kalau nak komen dialu-alukan jugak). Nah, ambil sahaja. Cuma satu je yang aku harapkan. Lepas ni rajin-rajinlah menjenguk ke sini ye. Bagi support sikit sebab banyak juga perkara yang aku nak share selepas ini.

Berbalik kepada ebook ini, apa yang kalian boleh buat: baca dulu dan cuba dapatkan sebanyak info yang didapati dalam ebook tersebut. Insyallah pasti ada sesuatu yang bermanfaat di dalamnya. Dan dalam entry akan datang kita review ebook tersebut bersama-sama. Opss lupa pulak. Ini link download ebook tersebut.

Ikhlas dari aku.

Read more...

Nombor 3

Thursday, November 18, 2010


Fakta Berkenaan Nombor 3:

# Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ke-3 di antara mereka berdua adalah syaitan"-(riwayat imam Ahmad)

# Nombor 3 adalah merupakan nombor ganjil yang kedua dan merupakan nombor perdana yang kedua terkecil selepas nombor 1.

# 3G dalam telekomunikasi bermakna generasi ke-3 dalam teknologi maklumat tanpa wayar. ianya merujuk kepada penghantaran maklumat dan data yang lebih cekap dan effisyen menggunakan teknologi tanpa wayar atau pun 'wireless communication'. Sasarannya adalah untuk mencapai halaju penghantaran 9.5K ke 2M bit/saat.

# 3 Azab kubur bagi mereka yang meninggalkan solat: 1. Disempitkan kuburnya. 2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya di dalam bara api itu.
3. Allah mengerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu ‘SHAJKUL AKRAK’ dan ular itu akan berkata, “Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari Qiamat.

# Huruf yang berkongsi butang dengan nombor 3 pada keypad telefon adalah huruf D, E dan H.

# Nombor 3 dalam budaya Cina melambangkan kehidupan yang kekal, kelangsungan baka dan kelahiran baru. Ironinya nombor 3 dalam tulisan cina merupakan akhir bagi penulisan ringkas dan nombor selepas nombor 3 memerlukan penulisan yang unik dan kompleks.


# Fleming's Left Hand Rule merupakan satu hukum Fizik yang melibat 3 gerakan iaitu gerakan kutub magnet, gerakan arus litar dan gerakan daya yang terhasil.

# Dalam sukan bolasepak, jersey nombor 3 kebiasaannya dipakai oleh pemain pertahan sebelah kiri.

# Lirik lagu P Ramlee: "... kalau dua-dua merajuk, ana kahwin 3..." Siapa setuju angkat tangan!!!

Read more...

SUARAPEOPLE[DOT]COM SANGAT GEMPAK

Wednesday, November 17, 2010

Kontest Tulis & Menang adalah Sponsor By SuaraPeople[Dot]Com & Gempak[Dot]Org

Kontest Anda Tulis,Anda Menang
adalah
Sponsor by
SuaraPeople[Dot]Com & Gempak[Dot]Org.
Anda Seorang Blogger Berbakat? Nak tulis blog dan menang duit?
DENGAN MENGGUNAKAN TAJUK
“ SUARAPEOPLE[DOT]COM SANGAT GEMPAK”
CERITAKAN APA SAJA YANG ANDA MAHU BERDASARKAN BAKAT MASING-MASING
( KRITIKAN,PUJIAN,CADANGAN,CITE LAWAK,NOVEL,DLL ).


SYARAT & LANGKAH2 ANDA TULIS,ANDA MENANG
1.TAJUK ENTRI MESTILAH “ SUARAPEOPLE[DOT]COM SANGAT GEMPAK”
2.PAPARKAN BANNER PERTANDINGAN YANG DILINKKAN KE SINI.
3. COPY DAN PASTE TEXT INI DI BAWAH BANNER DISERTAKAN LINK KE SINI:
“Kontest Tulis & Menang adalah Sponsor By SuaraPeople[Dot]Com & Gempak[Dot]Org”
4. Tuliskan cerita anda dalam bahasa Malaysia. Pastikan dalam entri tersebut anda link kan http://www.suarapeople.com dan http://www.gempak.org/ (Sp sekali,Gempak sekali da cukup)
5.Entri anda akan di adili oleh insan terpilih.
6. kami akan komen di entri anda tanda entri anda di approved kan :)
7. Tarikh tutup 12/12/2010
8. Penganjur berhak mengubah sebarang syarat dan peraturan sepanjang pertandingan dijalankan.
9. Kegagalan untuk mematuhi syarat dan prosedur akan menyebabkan entri anda tidak dikira..

Hadiah
Tempat pertama : Wang tunai RM150
Tempat kedua : Wang tunai RM80 RM100
Tempat ketiga : Wang tunai RM40 RM50
Entri Paling Popular : Wang tunai RM30
sebarang pertanyaan boleh add ym : suarapeople@yahoo.com

***********************************************************************************

Ini satu lagi contest yang aku jumpa: Contest Tulis Dan Menang yang disponsor oleh SuaraPeople[Dot]Com & Gempak[Dot]Org. Syarat-syarat pertandingan seperti dinyatakan di atas. Atas dasar perikeblogan, aku terpanggil untuk turut serta. Nak menang mungkin taklah tapi sekadar memeriahkan cara bolehlah kot.jeng jeng jeng...1st thing to do aku usha dulu blog peserta2 awal. Ada buat lawak, ada berpuisi, kisah benar bla-bla... Perghh semua best-best. Haa ni tengok aku punya pulak:

Sebuah kisah untuk tatapan bersama: Dia Ibuku...

Ibuku buta sebelah mata, aku benci ibuku, dia amat memalukan aku.

Pada suatu hari semasa di sekolah rendah ibuku datang ke sekolah untuk menjenguk aku. Aku malu pada rakan-rakanku. Kenapa ibuku sanggup memalukan aku hingga sedemikian. Aku tidak mempedulikannya. Aku menunjukan muka benci padanya lalu berlalu pergi darinya.

Keesokan harinya, rakan-rakanku mengejekku dengan mengatakan ibu setan bermata satu. Aku merasa sungguh malu. Kebencian pada ibuku semakin meruap-ruap. Balik ke rumah aku terus memarahi ibuku: "kenapa ibu suka memalukan aku. Kenapa ibu perlu menunjukkan kepada rakan-rakan ku akan mata ibu yang cacat itu? Aku benci ibu!!" Ibu aku hanya terdiam. Aku tanpa rasa sekelumit kesal pun berlalu meninggalkan ibuku.

Perasaan benci pada ibuku tak pernah padam. Aku ingin segera meninggalkannya. Dalam senyap aku menanam harapan untuk belajar bersungguh-sungguh. Aku ingin segera meninggalkan rumahku. Berkat kesungguhan ku aku berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Tamat pengajian aku kembali ke tanah air dan bekerja di ibu kota. Aku berkahwin dengan isteriku yang jelita dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Suatu hari datang seorang tua yang buta sebelah mata ke rumahku. Rupa-rupanya dia ibuku. Itu merupakan kali pertama aku melihatnya sejak aku kembali bekerja di tanah air. Anak-anakku terkejut melihat matanya yang buta. Lalu aku menjerit kepadanya: "sanggup kau datang ke sini semata-mata untuk menakutkan anak-anak aku! NYAH KAU DARI SINI!!" Segera ibuku menjawab: "maafkan makcik, makcik tersalah alamat..."

Pada suatu hari aku mendapat surat untuk reunion rakan-rakan sekolah lama. Aku memberi alasan kepada isteriku yang aku perlu 'out station' untuk menghadiri perjumpaan tersebut. Setelah tamat perjumpaan aku lalu di hadapan rumah usang ibuku. Sengaja aku singgah tetapi tiada orang. Tak semena-mena datang jiran ku menerpaku dan berkata:" ibumu sudah meninggal. Ini ada sepucuk surat yang dia ingin kamu baca." Aku sedikit tidak merasa sedih. Tidak setitik pun aku mengalirkan airmata. Aku membuka surat dan membaca:

"Anakku yang dikasihi,

Ibu sentiasa teringatkan kamu setiap masa. Ibu minta maaf kerana telah menakutkan anak-anak kamu di ibu kota tempoh hari. Ibu merasa gembira mendengar perkhabaran yang kamu akan balik ke kampung untuk perjumpaan dengan rakan-rakan kamu. Tetapi besar kemungkinan ibu tidak dapat berjumpa dengan kamu kerana ibu kurang daya untuk bangun. Mungkin juga ketika kamu membaca surat ini ibu sudah tiada...

Anakku,

Kamu mungkin tidak tahu ketika kamu kecil kamu telah mengalami satu kemalangan dan kehilangan sebelah mata kamu. Sebagai seorang ibu, ibu tidak sanggup melihat anak ibu membesar tanpa sebelah mata, oleh itu ibu telah mendermakan sebelah mata ibu kepada kamu...

Ibu merasa bangga dan bersyukur kerana anak ibu kini sudah berjaya. Yang lebih penting kerana anak ibu dapat melihat dunia dengan sempurna melalui mata IBU mu ini. Ibu sentiasa mendoakan kejayaan dan kesenangan kamu...

Dengan penuh kasih sayang,
IBU...

End of story...

Read more...

Salam Aidil Adha, Jalan Dah Sesak...

Tuesday, November 16, 2010


Besok tanggal 10 Zulhijjah, satu lagi tarikh keramat ummat Islam di seluruh dunia. Sekali lagi kita akan menyambut satu hari suci iaitu Aidil Adha atau yang selalu kita sebut sebagai Raya Haji. Tapi sebenarnya lebih tepat kita panggil sebagai Raya Korban. Antara ibadat sunat yang sangat-sangat dituntut pada hari raya korban ini dan juga pada hari-hari Tasyrik adalah ibadah korban. Ibadah korban antaranya adalah sebagai memperingati akan pengorbanan agong yang telah dilakukan oleh Nabi Ulul Azmi iaitu Nabi Ibrahim A.S. Bayangkan bagaimana Allah S.W.T menguji Baginda dengan ujian yang sangat-sangat tak terduga hebatnya ini. Sudahlah susah untuk mendapatkan zuriat tersebut, namun sebagai hambaNya yang taat, tetap mengikut perintah yang Maha Esa. Namun sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Pemurah. Segala yang diperintahNya ada hikmah dan kebaikan disebaliknya.

Ala semua orang tau la benda-benda ni kan. Kalau ada lagi yang tercengang-cengang bila baca benda kat atas ni...isyhh, berhati-hatilah...dah jauh korang menyimpang tu...; ) Tapi sebenarnya aku sendiri pun tak pernah buat korban lagi. Setakat syer-syer 1, 2 bahagian tu adalah. Belum ada rezeki lagi untuk aku nak laksanakan korban 'sebenar-benarnya'. Namun sebenarnya Islam bukan setakat menuntut pengorbanan yang berbentuk fizikal seperti itu sahaja. Banyak lagi pengorbanan-pengorbanan yang yang harus dilakukan dalam hidup kita ini.

Secara peribadi, Hari Raya Korban tahun lepas telah berlaku satu 'ujian' yang paling besar dalam hidup aku. Seusia aku itulah cabaran yang paling getir dan menuntut pengorbanan yang paling besar. Sesuatu yang aku lakukan telah mendatangkan kesan yang sangat-sangat mendalam kepada keluarga aku, isteri aku malah kepada keluarga belah isteri aku juga. Aku tak berhajat nak berkongsi secara detail disini tetapi kepada ibu bapa aku, keluarga aku, isteri aku dan keluarganya:- terima kasih yang tidak-tidak terhingga aku ucapkan pada kalian semua kerana 'PENGORBANAN' kalian kepada aku. Hanya Allah S.W.T akan akan membalasnya jua...

***********************************************************************************

Pagi tadi aku sampai lewat ke sekolah. Sepanjang tahun ini, hari ini merupakan satu-satunya hari yang aku rasa punch kad aku bakal mengeluarkan cop merah! Ironinya hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sesi 2010. Yes! Cuti dah yop... Tapi aku tak cuti sepenuh masa. Tahun ni sangkut lagi nama aku sebagai Pengawas SPM. Takpela memang aku pun yang minta dulu. Hua hua...

Balik pada cerita kelewatan aku tadi. Bagi penduduk Bentong, Raub dan daerah-daerah dibawahnya bawalah ke sempadan Pahang Kelantan bawalah sampai masuk ke Kelantan; ini dah jadi fenomena biasa bagi kitorang. Nak buat macamana, menurut statistik 'kedai kopi' berjuta rakyat Kelantan yang berperantauan di seluruh Malaysia. So, bila tiba hari-hari besar sebegini, jem teruk memang tidak dapat dielak. Kalau diikutkan, sekarang ni orang-orang dari Utara dah ada 'short cut' ikut Simpang Pulai-Cameron-Gua Musang. Tapi kesesakan tetap begitu jugak! Gu-gu semuo jange maroh de... Buke saloh ko puok-puok demo. Ini bagi aku adalah masalah pengangkutan dan jalan. Dah bertahun-tahun perkara sebegini berlaku, sepatutnya sudah ada jalan alternatif untuk keselesaan perantau. Dan lebih-lebih lagi untuk penduduk setempat - kami ni ler... yang menghadapi jem bermusim. Tiap kali cuti dialog itulah yang keluar "set-set kelantan dah buat sesak dah..." peace yo..!

Gambar hiasan. Jalan ke Kelantan taklah sebesar ni pun... Bilalah nak ada hiway masuk Kelantan ni. Senang gak aku nak bawa family bershoping kat golok...

Read more...

Awan Labels

Thursday, November 11, 2010


Salam blogging...

Hari ini aku nak share satu benda yang aku rasa 'cool' untuk dipasang kat blog. dah agak lama gak aku pasang benda ni tapi hari ini aku baru nak cerita pasalnya. Saje nak tunggu dia sejuk sikit baru betul-betul cool kan??? Cuba korang tengok kat label Kategori Pilihan kat sidebar tu. Bila korang gerakkan mouse ke situ dia mula bergerak-gerak memusing. Agak unik kan...

Bagi yang dah biasa tu mungkinlah dah tak hairan tapi aku masa baru-baru jumpa tu rasa agak terkesima gak. Huhu... So pada sape-sape yang berkenan nak pasang ni aku share langkah-langkahnya. Ops lupa lak, benda ni aku dapat dari www.bloggerbuster.com. Kredit untuk beliau. Of couse la aku dapat dari orang lain. Apa ingat aku create sendiri ke. So pada sesape yang rasa excelent dalam english boleh terus ke blog tersebut.

Pada sape-sape yang tak suka BI, nah ikut je step ni.

1. Mula-mula buka design>>>edit HTML, tekan ctrl+f dan masukkan kod ni:

<b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>

2. Copy dan paste kod yang diberi ini betul-betul di bawah kod tadi.

<b:widget id='Label99' locked='false' title='Labels' type='Label'>
<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:title'>
<h2><data:title/></h2>
</b:if>
<div class='widget-content'>

&lt;object type="application/x-shockwave-flash" data="http://sites.google.com/site/bloggerustemplatus/code/tagcloud.swf" width="250" height="200" allowscriptaccess="always" &gt;
&lt;param name="movie" value="http://sites.google.com/site/bloggerustemplatus/code/tagcloud.swf" /&gt;
&lt;param name="bgcolor" value="#ffffff" /&gt;
&lt;param name="flashvars" value="tcolor=0x000000&amp;mode=tags&amp;distr=true&amp;tspeed=100&amp;tagcloud=&lt;tags&gt;
<b:loop values='data:labels' var='label'>
<a expr:dir='data:blog.languageDirection' expr:href='data:label.url' style='12'><data:label.name/></a>
</b:loop>
&lt;/tags&gt;" /&gt;
&lt;p&gt;Blogumulus by &lt;a href='http://www.roytanck.com/'&gt;Roy Tanck&lt;/a&gt; and &lt;a href='http://www.bloggerbuster.com'&gt;Amanda Fazani&lt;/a&gt;&lt;/p&gt;
&lt;/object&gt;


</div>

<b:include name='quickedit'/>
</b:includable>
</b:widget>

3. Eh... takde nombor 3. Dah siap pun. Save page tersebut dan tengok. Kalau tak jadi tu alamat ada la yang tak kena tu. Try dari awal balik ye.

Extra: Kalau korang rasa nak customize sikit mengikut citarasa korang bolehlah tengok blog original dia. Bukan susah pun folow je step yang diberi.

Selamat Mencuba...

Read more...

Konvensyen Hala Tuju Koperasi Sekolah

Tuesday, November 9, 2010


Petang tadi aku baru balik dari Hotel Grand Season KL. Ada Konvensyen Hala Tuju Koperasi Sekolah anjuran ANGKASA. Bagi yang tak tahu, ANGKASA tu bukan program angkasawan tau. Juga takde kena mengena pun dengan Datuk Muzafar. Kalau kakitangan kerajaan mesti kenal malah cukup 'akrab' dengan ANGKASA ni kan..? ;) ANGKASA ni akroname untuk Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia. Alah yang potong gaji kita tiap-tiap bulan tulah (bagi yang buat pinjaman jela ye...) Ini merupakan konvensyen yang pertama seumpamanya dianjurkan oleh pihak ANGKASA untuk koperasi-koperasi sekolah. Ianya dirasmikan oleh Dato' Seri Ismail Sabri. Ia, bapak Dafi lah tu. Konvensyen ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan koperasi sekolah disamping berhasrat untuk menjadikan koperasi sekolah sebagai salah satu penyumbang ke arah KDNK negara sepertimana koperasi-koperasi dewasa yang ada di Malaysia ini.

Aku agak sinis pada permulaannya. Ialah setakat koperasi sekolah, yang bisnes utamanya jual pen, buku, air kotak bla-bla untuk pelajar. Dibuka pada waktu pagi, rehat dan sebelum balik seketika. Berapa sangatlah pendapatannya. Tapi dalam konvensyen tersebut aku telah di'kejutberuk'kan oleh data-data yang dipersembahkan oleh beberapa buah koperasi. Yang mana ada sesetengah koperasi telah menjana pendapatan sehingga 200, 300 ribu setahun! Malah ada sebuah koperasi sekolah di Negeri Sembilan mencatat perolehan sebanyak 1.2 juta pada tahun lalu sahaja! This is no joke man...!


Aku baru setahun dilantik sebagai guru koperasi sekolah ni. Apa yang aku tahu selama ini hanyalah: koperasi menjual barang-barang runcit secara kecil-kecilan di sekolah. Dalam pertengahan tahun biasa ada Hari Koperasi Sekolah. Hujung tahun kalau koperasi ada untung sikit boleh bawa budak pergi melancong sambil belajar. Ada untung lagi bolehlah claim hanororium 10%. Rupa-rupanya aku ni ketinggalan bas betul...! Tapi syukur aku terpilih secara accident oleh GPK Koko aku untuk ke konvensyen tersebut. Baru aku sedar rupanya luas lagi skop perniagaan yang boleh dibuat oleh koperasi sekolah rupanya. Cyber cafe, pertanian, pelancongan, homestay adalah antara bidang-bidang yang diceburi oleh koperasi-koperasi yang betul-betul buat duit ni. Yang paling aku terkejut semalam ada sebuah koperasi ni siap nak minta pinjaman dari ANGKASA sebab nak buka ladang kelapa sawit seluas 7 ekar! Wah dasyat-dasyat...

Besok perkara pertama yang aku nak buat setibanya di sekolah adalah terus aku nak jumpa GPK Koko, bentangkan apa yang aku dapat semalam (wah...bersemangat sungguh!!!). Target aku taklah nak capai ratus-ratus ribu setahun, cukuplah buat permulaan ini kalau aku dapat membantu sedikit sebanyak koperasi sekolah aku dalam menambah sikit margin keuntungan mereka. Memang aku dah ada strategi dalam pemikiran aku ni. Harap-harap ianya dapatlah diterima oleh GPK Koko aku hendaknya...

Inilah bapak Dafi yang merasmikan konvensyen tersebut. Tapi gambar tak cunlah sebab 1, jurugambar amatur 2, kamera handphone murah je...huhu...

Read more...

Bagaimana Gunung Berapi Meletus

Friday, November 5, 2010



Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan berita gempar tentang bencana alam di negara jiran Indonesia. Kali ini letusan gunung berapi pula. Beratus kematian dan kecederaan dilaporkan. Memang sayu melihatnya. Lebih-lebih lagi mangsa-mangsa merupakan serumpun malah saudara seagama kita. Takziah diucapkan kepada semua yang berkait dengan mangsa. Ini sedikit kisah tentang Bagaimana Gunung Berapi Meletus.

Gunung berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan extrusion of rock yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.

Gunung berapi biasanya terdapat di mana plak tetonik berpisah atau bertembung. Rabung tengah laut, seperti Rabung Tengah Atlantik (Mid-Atlantic Ridge), adalah contoh plak tetonik berpisah; Lingkaran Api Pasifik pula mempunyai contoh gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan plak tetonik. Sebaliknya, gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis (di kenali sebagai gunung berapi antaraplat bukan titik panas), seperti di Lembah Rift Afrika (African Rift Valley), Rhine Graben Eropah dengan gunung berapi Eifelnya, Lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater dan Rio Grande Rift di Amerika Utara.

Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas; titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak, seperti kepulauan Hawai. Amat menarik, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu.

Sumber: Wikipedia



Gunung berapi:
1. Kamar magma besar
2. Batu dasar
3. Penyalur (Conduit)
4. Asas
5. Sill
6. Paip cabang
7. Lapisan abu dari gunung berapi
8. Sisi 9. Lapisan lava dari gunung berapi
10. Tengkuk
11. Kon parasit
12. Aliran lava
13. Bukaan
14. Kawah
15. Kepulan abu

Read more...

Binaan Kaabah II

Di luar binaan Kaabah terdapat beberapa binaan atau struktur yang wajib diketahui oleh ummat Islam terutamanya yang bakal bergelar jemaah Haji.

1. Hajar Aswad: Hajar Aswad merupakan batu yang berwarna hitam kemerah-merahan. Ianya berbentuk bujur seperti telur dan terdapat bintik-bintik merah dan kuning bekas pecahan. Di sekelilingnya diikat dengan pita perak sepanjang 30cm. Ruang di antara Rukun Aswad dengan pintu Kaabah dipanggil sebagai Multazam.

2. Multazam: Multazam merupakan tempat yang bermulanya tawaf mengelilingi Kaabah. Disunatkan berdoa serta meletakkan pipi, dada, lengan serta tapak tangan disini.

3. Mizab Rahmah: Terdapat sebuah pancur air di bahagian dinding di sebelah barat laut bahagian atas Kaabah. Fungsinya adalah untuk mengalirkan air hujan ke satu tembok yang berbentuk bulan sabit. Sultan Abdul Majid (1839-1861) telah menggantikan pancur ini dengan saluran yang dibuat dari emas pada tahun 1273H. Ianya kekal sehingga ke hari ini.

4. Al-Haatim: Di hadapan Mizab terdapat sebuah tembok melengkung yang dinamakan sebagai Al-Haatim. Tembok tersebut melengkung dan berbentuk seperti bentuk bulan sabit. Kedua-dua hujungnya mengarah ke sudut Kaabah di sebelah timur dan barat.


5. Hijir Ismail: Halaman di antara Al-Haatim dan Kaabah dinamakan sebagai Al-Hijr ataupun Hijir Ismail. Ada pendapat mengatakan bahawa makam Nabi Ismail A.S dan ibunya Siti Hajar terletak di kawasan ini.


6. Maqam Ibrahim: Maqam Ibrahim diiktiraf sebagai sebahagian daripada Kaabah. Ia sebenarnya merupakan tempat pijakannya di atas sebuah batu ketika Baginda membangunkan binaan Kaabah buat pertama kalinya. Maqam Ibrahim dilindungi oleh lapisan dinding kristal. Dinding kristal itu pula dilindungi oleh rangka besi dan kaca tebal. Di dalamnya terdapat bekas sepasang tapak kaki Baginda di atas sebuah batu. Sesungguhnya kesan tersebut membuktikan lagi akan kekuasaan Allah S.W.T.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP