Sahabat Tanpa Suara

Jiwa Merdeka

Tuesday, August 31, 2010


Malam tadi aku berada di KL. Dekat-dekat pukul 12 tengah malam aku masih berada di Jalan TAR. Aku tengok jalan teruk punya jem. Dengan keretanya, dengan motornya. Banyak betul, semua menuju ke atas. (Dataran Merdekalah kot). Aku tak tahu ada sambutan ke tidak tahun ni. Aku tak tahu dan tak ambil tahu pun. Aku cakap begini nanti ada orang cakap aku tak patriotik. Tapi bagi aku secara peribadi: sambutan merdeka di tengah malam, dengan acara konsert-konsert, bunga api, kira detik 12 tengah malam bla-bla adalah NONCENSE. Ceh macam bagus je aku ni. Tapi seriusla, aku rasa memang banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.

Aku tak tahu apa signifikannya sambutan kemerdekaan dibuat pada tengah malam buta. Sedangkan pada 12 tengah malam 30 Ogos 1957, apa yang berlaku hanyalah upacara penurunan bendera Union Jack di Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka). Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abd Rahman adalah pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka. Cuba tanya budak-budak yang melilau tak tentu pasal kat Dataran Merdeka tu, tentu-tentu diorang tak tahulah tentang fakta ni. Apa yang aku nampak tujuan diorang memang semata-mata nak enjoy je. Erti sebenar MERDEKA pun diorang entah tahu ke tidak. Yang pastinya upacara merempit dengan mebohsiakan diri dah jadi acara wajib.

Gambar hiasan. Satu adegan wajib yang biasa kita jumpa kat tepi-tepi jalan kat KL.


Gambar hiasan. Satu lagi acara yang pasti ada bila terdapat apa-apa sambutan di KL.


Aku bukan nak mendabik dada mengatakan aku baik sangat. Tapi kalu dalam bab-bab gejala sosial ni aku memang cukup anti. Kena pulak zaman sekarang macam-macam benda buruk yang kita dengar hari-hari. Masalahnya yang terlibat tu budak-budak Melayu pulak yang majoritinya. Hai macamanalah zaman anak-anak aku besar besok. Kalau ditanya aku bagaimana kita patut menyambut Merdeka? Ini pandangan aku: Sebagai sebuah negara yang majoritinya penduduk Islam, malah pemimpin negara semua berdegar-degar mengatakan Malaysia sebuah negara Islam; kita sambutlah secara islamik. Anjurkan solat beramai-ramai kat Dataran ke, arahkan masji-masjid buat majlis kesyukuran ke, buat forum-forum agama ke etc... Apa? Adakah benda-benda ni melucukan atau tak masuk akal di zaman moden ini? Atau takut tak dapat sambutan pulak?

Dan yang paling penting bagi aku sebenarnya adalah mengingatkan budak-budak kita ini yang erti kemerdekaan yang sebenarkan dalam konteks negara kita adalah kebebasan dari penjajah. Bebas dalam erti kata 'bebas yang sebebas bebas bebasnya'. Tiada yang tidak bebas melainkan yang bebas-bebas belaka. Jika kita mengaku sudah merdeka, tapi pemikiran kita masih mengagungkan acara-acara yang bersifat hiburan dan menggalakkan hidoeism semata-mata; itu bukanlah merdeka sebenarnya. Selain dari itu dan yang lebih utama lagi adalah kemerdekaan kita sebagai seorang hamba Allah. Aku nak petik kata-kata utusan Rasulullah S.A.W ketika berjumpa dengan seorang panglima tentera Rom bernama Rustum:

Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

Itu baru dinamakan sebagai MERDEKA. Anyway apa-apa pun aku nak ucapkan pada semua rakyat Malaysia: selamat ulangtahun kemerdekaan yang ke-53. Semoga tema tahun ini betul-betul dapat direalisasikan. "1 Malaysia Menjana Transformasi".

Read more...

Shoping Raya

Suasana di Jalan Masjid India yang masih suam-suam kuku


Tajuk: Shoping Raya
Tujuan: Bershoping Raya
Lokasi: Standardla- Sekitar Jalan TAR n Sogo

Gambaran lorong belakang Jalan TAR dari atas Semua House


Aku sampai KL semalam dalam awal petang. Suasana masih suam-suam dan orang ramai dalam keadaan terkawal. Tak susah sangat untuk aku mencari barang-barang keperluan raya. Tahun ni aku target tak banyak sangat benda aku nak beli. Cukuplah baju melayu aku sepasang dengan samping, baju melayu anak aku sepasang dengan samping dan baju raya anak aku beberapa pasang. Orang rumah aku punya target aku tak tahu. Tahun ni dia dah bekerja tetap, gaji pun dah besar, dah nak sama besar dengan gaji aku. So, mengikut persetujuan bersama- barang-barang dia, dia support sendiri. Hua hua lega aku.

Shahmin pun teruja tengok Mama membeli-belah


Dalam keadaan sederhana meriah tu dapatlah aku membeli keperluan aku dengan tenang. Masuk dekat-dekat pukul 5 lebih aku mula terasa kehangatan dah. Orang ramai aku tengok dah mula berpusu-pusu. Tak larat dah aku nak berhimpit-himpit kat celah-celah lorong ni. Aku ajak orang rumah aku ke Sogo. Sejuk sikit. On the way ke Sogo aku tengok kedai-kedai tepi jalan TAR dah mula dipenuhi orang. Paling jadi tumpuan kedai baju wanita dengan kedai tudung. Ada satu kedai tu aku tengok orang siap 'q' tu nak masuk. Dasyat-dasyat. Memang women power.

Women power!!! Steady kaum wanita dan kaum ibu...


Sampai Sogo aku rasa lega sikit. Tapi aku pelik gak, macam tak ramai orang je. Takpe, eloklah tu. Dapat aku membeli dengan aman sikit. Dekat-dekat pukul 7 aku turun ke depan kompleks Pertama. Tengok-tengok juadah berbuka. Kami beli yong tau fu dengan air je. Orang rumah aku beli wafer kat ground floor Sogo. Berbukalah kami anak beranak kat tepi Sogo. Lepas Maghrib barulah kami mencari kedai untuk melantak. Lepas melantak sambung balik ke Jalan TAR. Aduyai penat memang penat, tapi saje nak merasa suasana mecam tu. Hua hua. Lingkup lagi terawih aku malam tadi.

Berbuka kat tepi Sogo je dengan air bungkus dan wafel...


Aniway kesimpulannya malam tadi:

pakaian aku + pakaian anak + sikit-sikit barangan rumah + makan minum = habis duit bonus raya (yang belum dapat pun lagi). Huh rendah betul nilai duit sekarang nie...

Dam dam dum bunyi mercun...
Meriahlah hari raya ini tahun...

Read more...

Meningkatkan Pelawat Blog Anda

Sunday, August 29, 2010


Tips ini aku dapat dari zueyie.blogspot. Ntah macamana aku rasa cam tertarik nak mencuba. So, jom kita cuba untuk melihat kebersanannya. Tak salah mencubakan. Thanks kepada anda dengan tips ini.

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

1.Bila Aku Menulis Blog
2.~ApekpunyaBlog~
3.My Big Family & Friends
4.ABCMILO
5.matdin (orang paling terkenal hehe…)
6.MSR @Blogger
7.tengku nizam
8.mizz shizu
9.Myself V3 Me &
10.Blog Hanz
11.BeMie's WoRLd
12.idashamsury
13.syuzana
14.zueyie
15. shamdisini (ini blog aku)

PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

***So urutannya jadi mcm nie....

1.~ApekpunyaBlog~
2.My Big Family & Friends
3.ABCMILO
4.matdin (orang paling terkenal hehe…)
5.MSR @Blogger
6.tengku nizam
7.mizz shizu
8.Myself V3 Me &
9.Blog Hanz
10.BeMie's WoRLd
11.idashamsury
12.syuzana
13.zueyie
14. shamdisini (ini blog aku)
15. BLOG ANDA

Nmpk x? Mcm ne care ye..mule² x fhm gak..lelame..agak syok..mcm main ''enjet² semut sape sakit naik atas''..(lebih kurang la)..

Klu korg wat nnt korg dok bwh blog aku..pastu yg no 1 korg delete..makin lame makin keatas..

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!! Thanks pada yang memulakan idea ni...

Read more...

Sejarah Mekah

Saturday, August 28, 2010

1. Pendudukan Mekah Pada Zaman Nabi Adam
Menurut riwayat pendudukan kota Mekah telah bermula sejak zaman nabi Adam lagi. Pedudukan kota Mekah adalah betul-betul selaras dengan kedudukan Baitul Makmur iaitu pusat tawaf para malaikat bagi mengEsakan Allah. Pada ketika Allah ingin menjadikan nabi Adam sebagai khalifah di muka bumi, para malaikat mempertikaikan keputusan Allah. Allah lalu berfirman :"Sesungguhnya Aku mengetatahui apa yang kamu tidak mengetahui!" Malaikat merasa amat takut dengan jawapan Allah yang tegas itu lalu bertaubat, untuk membuktikan ketaatan mereka para malaikat telah mengelilingi Arasy Allah sambil bertasbih mengEsakan Allah. Oleh kerana Arasy Allah itu terlalu luas, Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun telah meringan beban para malaikat dengan mencipta sebuah binaan yang lebih kecil dipanggil sebagai Baitul Makmur. Sejak itu para malaikat pun melakukan tawaf di sekeliling Baitul Makmur. Ketika nabi Adam mendiami kota Mekah Allah telah pemerintahkannya untuk membina sebuah binaan yang seakan-akan Baitul Makmur. Binaan itu adalah Kaabah yang berkedudukan selaras dengan Baitul Makmur di Arasy Allah. Sejak itu Allah memerintahkan nabi Adam dan kaum keluarganya untuk bertawaf mengelilingi Kaabah bagi mengEsakan Allah S.W.T.

Gambaran Kota Mekah pada zaman purba


2. Pendudukan Mekah Pada Zaman Nabi Ibrahim
Sebelum nabi Ibrahim menduduki Mekah, sekitar kawasan tersebut hanyalah terdiri dari tanah yang gersang dan kering kontang. Pada ketika Baginda bersama dengan anaknya nabi Ismail mendirikan semula Kaabah, datanglah kabilah Jurhum untuk tinggal bersama-sama mereka di kota Mekah dan bersama-sama membangunkan kota Mekah itu. Nabi Ismail telah bernikah dengan seorang wanita dari kabilah Jurhum dan telah dilantik menjadi pemerintah Mekah. Baginda telah memerintah Mekah sehinggalah kepada anak cucu Baginda. Setelah lebih 2 abad memerintah Mekah, kabilah Jurhum telah melarat dan sesat dengan kemaksiatan yang mereka lakukan. Dengan takdir Allah mereka telah dikalahkan oleh kabilah khuza'lah dalam peperangan. Sejak itu kabilah Khuza'lah telah mengambil alih pemerintahan Mekah dan kembali memakmurkannya. Namun kabilah Khuza'lah ini jugalah yang bertanggungjawab membawa masuk berhala ke dalam Kaabah dan memesongkan ajaran nabi Ibrahim. Setelah sekian lama memerintah Mekah, tampuk pemerintahan Mekah telah bertukar kepada Qusai Bin Kilab dari keturunan Quraisy. Pemerintahan kaum Quraisy berterusan sehinggalah kepada datuk Rasulullah S.A.W iaitu Abdul Mutalib.

Mekah pada kuru ke 18


3. Pendudukan Mekah Selepas Baginda Rasulullah S.A.W
Nabi Muhammad S.A.W telah menawan kota Mekah dari kaum Musyrikin pada tahun ke 8 Hijrah. Pada ketika itu kaum Muslimin telah memusnahkan kesemua 360 buah berhala di sekeliling Kaabah. Sejak itu juga kota Mekah telh berfungsi sebagai kota suci umat Islam di seluruh dunia hinggalah ke hari ini. Pada Zaman Khalifah Umar Al-Khatab, berlakunya perubahan yang ketara terhadap kota suci ini. Khalifah Umar telah membeli kawasan di sekitar Kabaah dan menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan masjid bagi keselesaan umat Islam yang datang beribadat di kota tersebut yang bilangannya meningkat saban tahun. Sehingga ke hari ini pemerintah kota Mekah berada di tangan pemerintah Arab Saudi. Perubahan demi perubahan telah dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi bagi membesarkan lagi sekitar kawasan kota paling suci umat Islam di seluruh dunia ini.

Mekah 2010


Gambaran Kota Mekah pada masa akan datang

Read more...

Boikot Terus Boikot

Thursday, August 26, 2010


Tadi aku terdengar berita luar negara. Lagi tentang pencerobohan yahudi ke atas bumi Palestin. Dilaporkan penduduk haram yahudi telah menceroboh masjid lama semata-mata untuk mencuri bekalan air. Apa yang membuat penduduk setempat lebih marah adalah kerana penduduk haram yahudi tersebut siap dieskot oleh pengawal bersenjata. Apabila laporan dibuat kepada pihak berkuasa (yahudi jugalah) tiada sebarang tindakan diambil.

Ayuh umat Islam semua. Mungkin aku klise, atau mungkin aku dah ketinggalan zaman. Namun bagi aku peperangan menentang zionis tak pernah ada noktahnya. Benda ni dah teramat-amat biasa kita dengar. Cuma aku yakin ada gak umat Islam yang masih lalai dan ada juga yang masih acuh tak acuh dengan perkara ini. Sempena Ramadhan yang mulia ini aku ingin menekan butang 'refresh'. Mari kita bangkit dan tunjukkan protes kita kepada yahudi zionis ini. Perkara terkecil yang kita mampu buat disini adalah:- BOIKOT barangan Israel. Ayuh saudara mari JIHAD...

Antara produk Israel yang WAJIB diboikot. Untuk senarai penuh kunjungi www.inminds.com/boycott-israel.html

Read more...

Cikgu Cuti Raya; Pelajar Dapat Komputer

I
Semalam aku mendapat dua perkhabaran gembira. Petang tu kan semua dah tau, kakitangan kerajaan akan menerima bonus raya sebanyak RM500. Oklah tu kan, sapa nak bagi 500; time-time gawat gini pulak tu. Sebelum daripada tu ada satu lagi perkhabaran gembira dari sekolah aku. Dalam mesyuarat mingguan semalam Tuan Pengetua memaklumkan yang sekolah aku akan bercuti sepanjang minggu selepas hari raya iaitu bermula 13/09 hingga 17/09. Bermakna selain cuti yang telah sedia diberi pada Isnin dan Khamis (cuti sempena penubuhan Malaysia), sekolah aku menambah 3 hari lagi cuti iaitu pada Selasa, Rabu dan Jumaat.

Seronoklah dapat bercuti sakan kan? Tapi yang menjadi masalahnya ketiga-tiga hari cuti tersebut adalah cuti ganti kerana cuti peristiwa tidak boleh diambil. Erm biasalah dalam meting benda-benda gini akan menimbulkan pro & konnya. Ada yang setuju ada juga yang tak setuju. bagi guru-guru yang tinggal dalam daerah dan tak kemana-mana (tak balik kampung sebab kat situlah kampungnya) dah tentu-tentulah tak nak cuti lama-lama. Lebih-lebih lagi kena ganti sepanjang 3 kali Sabtu lepas ini. Tapi yang bukan warga daerah dan yang perlu balik ke kampung yang jauh - itu sudah menjadi satu kesyukuran. Ganti pun gantilah.

Cuma yang menarik perhatian aku apabila ada seorang guru Cina yang dah 'season' menyatakan pendapatnya: "bukan saya nak campur urusan hari raya cikgu, cuma saya nak meluahkan pendapat saya berkenaan mood pelajar. Kita harus ingat yang sebaik sahaja tamat cuti pelajar akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM". Aku tengok muka Pengetua dah lain macam. Aiseh ada chance kena tarik balik cuti ni. Tapi akhirnya meting tersebut mengambil keputusan atas suara ramai:- cuti sepanjang minggu.

Satu kelegaan juga bagi aku kerana aku telah pun menamatkan silibus pengajaran. Cuma aku terkenang juga nasib budak-budak nanti. Erm pandai-pandailah korang ye...

II

Sepanjang minggu ni aku selalu nampak pelajar-pelajar sekolah ni mengusung netbook ke hulu ke hilir. Bukan sorang dua orang, ramai-ramai lak tu. Amboi kaya betul mak bapak budak-budak sekarang ye. Risik punya risik rupa-rupanya kerajaan melalui SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) telah melancarkan Program Pemberian Netbook 1 Malaysia kepada pelajar sekolah dibawah perlaksanaan Jalur Lebar Kebangsaan (NBI). Sebagai syarat untuk mendapat netbook jenama e-machine itu, setiap pelajar yang terpilih perlulah membuat langganan jalur lebar dengan kadar bayaran yang tertentu untuk tempoh selama dua tahun.

Wah beruntung betul budak-budak ni. Cikgu pun tak dapat netbook. Tapi bagi aku baguslah program sebegini. Untuk melahirkan generasi yang celik IT. Aku sempat membelek-belek netbook e-machine daripada salah seorang pelajar yang terpilih untuk mendapat netbook tersebut. Kalau diikutkan specs dia ok sesangat. Dengan processor Atom dari Intel, hard disc 250 gb, ram ddr2 1 gb. Ini kira sudah standard bagus lah. Memang beruntunglah budak-budak ni. Cuma bila aku test aku rasa memang ada sedikit kekuranganlah netbook tu. Keyboard dia agak kasar selain kursor dia agak kurang sensitif. Perlu menekan agak kuat untuk menghasilkan kesan. Paparan dia pun kurang menyerlah. Tapi apa pun siapa nak bagi netbook free kan. Dah dapat tu bersyukur jelah. Cuma pesan aku pada budak-budak aku, pandai-pandailah korang memanfaatkan teknologi, jangan korang menjadi 'mangsa' teknologi sudah...

Read more...

Keracunan Di Bulan Ramadhan

Wednesday, August 25, 2010

Aku terdengar tadi tentang kes keracunan di bulan Ramadhan ini. Ada 13 kes dilaporkan dan antara punca utama keracunan tersebut adalah disebabkan makanan yang basi atau rosak. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican melaporkan perkara tersebut. 7 daripada kes-kes tersebut membabitkan makanan dari pasar ramadhan.

Aku bukan nak mengata peniaga-peniaga pasar ramadhan ni, tapi aku sendiri pernah terkena sebenarnya. Nampak macam sedap je lauknya. Tapi bila berbuka, basi. Bayangkanlah, kita dah seharian berlapar ni, tetiba nak berbuka dapat pulak juadah yang macam. Tak 'hangin' ke satu badan. Aku tak kata semua peniaga tak jujur macam tu. Mungkin kebetulah hari itu aku kurang bernasib baik. Tapi tak dinafikan sebenarnya memang wujud peniaga-peniaga yang sebegini.

Dalam otak dia kerja nak untung je. Sampai sanggup menipu dengan cara begitu. Adalah mustahil kalau mereka katakan yang mereka tak sedar makanan tu dah rosak atau basi. Point dia makanan semalam yang tak terjual, janganlah dijualkan pula pada hari ini. Kalau tak basi pun ke'fresh'nes dia dah tak ada.

Lagi satu yang aku agak tak berpuas hati adalah sesetengah peniaga tu terlalu berkira. Contohnya masa menyenduk lauk, bukan main dia sukatnya. Kalau terlebih isi, siap sanggup korek balik tu. Aduyai, di bulan-bulan puasa apalah salahnya kita berniaga sambil beramal sikit. Aku yakin kalau peniaga tu tak berkira sangat, Isyallah pelanggan dia pasti bertambah ramai. Malah Allah akan memurahkan lagi rezekinya. Kepada para pelanggan pulak, mari kita bersatu. Kalau jumpa peniaga-peniaga macam ni, kita boikot je diorang. Banyak lagi gerai-gerai lain yang kita boleh pergi.

Apa-apa pun disini aku nak ucapkan syabas dan tahniah pada brother Baharin. Tokeh murtabak pasar ramadhan tempat aku. Steadyla bro, lu punya murtabak memang takleh lawan punya... Murtabak ayam dua!!!

Gambar hiasan. P.S: Pasar Ramadhan bukan tempat untuk target nak naik haji.

Read more...

Inglourious Basterds

Sunday, August 22, 2010

Malam tadi aku baru berpeluang menonton filem ni. Payah nak eja tajuk dia tapi Inglourious Basterds adalah nama bagi sekumpulan tentera yahudi yang mengganas di Jerman semasa perang dunia ke-2. Aku tahu cerita ni dah hampir setahun di pawagam cuma pada masa tu aku tak berkesempatan langsung nak menonton. Apa yang membuat aku tertarik pasal ceritanya: yang pertama standardla- aku ni peminat Brat Pitt. Kedua sebab ada agenda yahudi dalam cerita ni. Aku nak tengok apa yang nak dipropagandakan oleh yahudi melalui pengarah dia Quentin Tarantino.



Overall, aku boleh bagi thumb up untuk cerita ni. Setelah aku cuba ketepikan agenda 'keyahudian' dalam cerita ni, aku cuba menonton cerita ni melalui sisi kisah yang penuh psicko, kelakar dalam aksi stail Tarantino. Permulaan cerita dah buat aku berdebar. Cara Kolonel Hans Landa yang dilakonkan Christoph Waltz menyoal jawab petani berkenaan keluarga yahudi yang disembunyikan memang beshht. Memang psicko gile petani tu jadinya. Nangis-nangis mamat tu.

Harapan untuk tengok Brat Pitt mengangkat senapang menembak musuh-musuh Jerman tak kesampaian kerana sememangnya takde pun aksi tembak-menembak yang melibatkan Pitt. Keganasan Pitt sebagai Lef. Alda the Apache hanya pada 'kehebatan' beliau mengelar dahi askar Jerman dengan cop kaki 4 Nazi.

Tapi yela, cerita pun agenda yahudi, mestilah puak dia yang menang. Kisah ini berakhir dengan Hitler dan semua orang-orang kanannya mati dalam panggung ditembak oleh dua orang askar yahudi. Di samping itu juga kematian semua askar-askar Jerman itu juga adalah hasil balas dendam seorang gadis yahudi yang berdendam selama 4 tahun dengan Kol. Hans Landa.


Tapi bagi aku hero sebenar dalam cerita ni adalah Kol. Hans Landa. Seorang Pegawai Nazi yang cukup brilliant, tahu banyak bahasa, sangat licik dan sentiasa dapat menghidu pergerakan musuh. Cuma yang failnya, di pengakhiran cerita rupa-rupanya dia pun pengkhianat bangsa dengan membuat deal yang bukan-bukan dengan kerajaan US. Aku bayangkan dan cuba mengiktirafkan cerita ni sampai ke peringkat Lef. Alda the Apache ditangkap di panggung wayang itu sahaja. Seharusnya pada ketika itu Kol. Landa terus bawa dia berjumpa Hitler dan terus kena bang! bang! Habis cerita.

Read more...

Hari Ke 10 - Gembira @ Sedih?

Friday, August 20, 2010

I
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Dengan limpah dan kurnianya dapat lagi kita menghirup udaranya dan menikmati hidup yang singkat ini. Hari ini masuk dah hari yang ke-10 kita berpuasa. Aku macam biasa, steady jer. Bukan budak-budak. Tapi yang aku pelik ada lagi golongan bapak-bapak budak yang tak boleh nak berpuasa penuh. Ada tengok surat khabar semalam? Berbuka jam 11 pagi. Apa punya manusia daa...

Kadang-kadang diorang ni tak terfikir, diorang ni bukan setakat memalukan diri diorang sendiri, tapi sebenarnya telah menjatuhkan martabat dan kesucian agama Islam sendiri. Bayangkan apa yang difikirkan oleh orang-orang bukan Islam bila melihat situasi begini. Yang pertama mereka akan berfikir: "kalau puasa itu satu kemestian (kewajipan) bagi orang Islam, kenapa masih ada yang tak berpuasa"? Dan lebih parah mereka akan berfikir pula: "kalau ada yang tak berpuasa, kenapa pulak masih ada yang nak terus berpuasa, mesti bodoh giler orang-orang yang berpuasa ni". Aku pernah juga melalui zaman-zaman jahiliyah macam ni dulu, masa bujang-bujang dulu lah. Tapi aku takdelah sampai makan kat public. Selamba badak je. Cover-cover la beb. Kalau tak malu dengan Tuhan pun, malulah sesama manusia...


II

Malam tadi aku tak sempat bertarawih secara jemaah di masjid. Aku terjumpa kawan lama. Kawan yang dah lebih 10 tahun tak jumpa. Sembang punya sembang tak sedar jam dah pukul 10 malam. Banyak sangat benda yang diceritakan. Kisah-kisah lama semasa sekolah, kawan-kawan yang lama terpisah bla bla...Pukul 10 lebih dia gerak. Nak balik ke KL katanya. Aku menuju ke rumah orang tua aku. Ingat nak makan-makan sikit masakan orang tua.

Sampai di rumah 'bos' aku tengah lepak kat beranda, borak-borak dengan mak aku. Aku cadang nak tumpang sekaki.

"Terawih kat mana tadi?" sapa bos aku.

"Kat Hijra (kedai mamak berhadapan stesyen bas Bentong)" kata aku sambil tersengih.

"Emm eloklah tu" bos aku tarik muka. (Bos aku memang jenis kaki masjid, dia marah sangat kalau anak-anaknya tak ke masjid berjemaah). Suasana mandom seketika.

"Dah 10 hari dah kita pose ye, tinggal 20 hari je lagi; tak lama dah kan. Lega rasanya... Hehe..."

"Em memang dah 10 hari dah kita berpuasa, tinggal 20 hari je lagi kita nak meraikan bulan keramat ni. Rasa sedih plak abah..." Aku terkedu sekejap. Salah entrance lagi aku kali ni. Terdetik di hati aku "jahil lagi aku ni..."

Aku tinggalkan korang dengan hadis Nabi ini. Untuk renungan aku dan kita semua:

"Sekiranya umatku mengetahui akan kebaikan di dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang tahun semuanya menjadi Ramadhan"

Walahuallam...

Read more...

Gurukah Atau Fanatik Kaumkah?

Monday, August 16, 2010

Hari ini aku terbaca dalam facebook satu post dari sebuah fanpage politik. Ianya berkenaan sebuah laporan polis yang dibuat oleh seorang anak murid terhadap pengetua di sekolahnya. Menurut laporan polis tersebut, pelajar mendakwa yang pengetua sekolahnya telah menghina dan memperkecil-kecilkan amalan keagamaannya.

Aku nak ulas panjang lebar pun payah gak. korang tengok sendirilah dan nilailah sendiri.



Tapi pesan aku kepada semua: please jangan buat penghakiman sendiri. Negara kita ada undang-undang. Kes ini pun baru di peringkat laporan polis. Ingat, kita hidup dikelilingi dengan kepelbagaian kaum. Itu jugak yang kita didik anak-anak pelajar kita di sekolah.

Read more...

Pakaian Rasulullah

Sunday, August 15, 2010

Rasulullah S.A.W diriwayatkan suka mengenakan pakaian dinamakan gamis (perkataan Arab yang bermaksud kemeja). Ada juga riwayat yang mengatakan Baginda gemar memakai hibarah (sejenis pakaian dari negara Yaman). Pilihan warna yang digemari Baginda selain putih adalah merah, hijau dan hitam. Berikut sebahagian hadis yang meriwayatkan cara pemakaian Baginda Rasulullah S.A.W:

Ummu Salamah meriwayatkan, maksudnya: "pakaian yang paling digemari oleh Rasulullah S.A.W adalah pakaian gamis."
[Riwayat Tirmidzi dan Abu Dawud]

Anas Bin Malik meriwayatkan, maksudnya:" Pakaian yang paling disukai Rasulullah S.A.W adalah hibarah (jenis pakaian yang berasal dari negara Yaman)."
[Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad]

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:" Hendaklah kalian mengenakan pakaian berwarna putih; orang-orang yang masih hidup di antara kalian, hendaklah mengenakan pakaian berwarna putih. Dan orang-orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dikafani dengan kain yang berwarna putih. Sungguh, pakaian berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian yang paling baik bagi kalian."
[Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad]

Bara' Bin Azib meriwayatkan, maksudnya:" Saya tidak pernah melihat seorang pun yang lebih baik ketika mengenakan pakaian berwarna merah daripada Rasulullah S.A.W. Hujung rambut Baginda tergerai menyentuh bahu Baginda."
[Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Nasa'i, Abu Dawud dan Ahmad.

Abu Ramtsah meriwayatkan, maksudnya:" Saya pernah melihat Nabi S.A.W mengenakan dua helai pakaian berwarna hijau."
[Riwayat Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad]

Aishah meriwayatkan, maksudnya:" Pada suatu pagi Rasulullah S.A.W keluar dengan mengenakan pakaian yang diperbuat dari bulu-bulu berwarna hitam."
[Riwayat Tirmidzi, Muslim dan Ahmad]

Read more...

Ramadhan al-Mubarak

Tuesday, August 10, 2010

Kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia hingga ke angkasa lepas dan sistem-sistem solar yang berdekatan. Salam Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik sepanjang hidup kita. Insyallah...

Read more...

Guru Berpolitik?

Sunday, August 1, 2010

Mulai hari ini, geng-geng sekerjaan aku yang bergred 41 ke 48 kembali berpeluang untuk aktif secara 'terang-terang' dalam politik. Satu keputusan yang dibuat oleh kerajaan dan diumumkan pada dua tiga hari yang lepas. Ada yang teruja ke? Bagi aku pastinya ada. Sedangkan dalam keadaan tidak dibenarkan pun masih ada kalangan guru yang aktif dalam politik. Sebelum ini pun memang biasa mendengar ada cikgu yang guna 'kabel' untuk bertukar dari satu tempat ke satu tempat; ada pulak yang guna kuasa politik untuk 'set' mana-mana cikgu lain yang dia tak suka... Tapi aku bukan nak cerita pasal topik yang 'kontroversial' ini.

Apa yang aku nak kongsikan adalah impaknya pada diri aku sendiri. Aku bukan tak minat politik tapi aku bukan dilahirkan untuk jadi orang yang pandai berpolitik. Politik bagi aku boleh jadi sesuatu yang mulia; boleh pulak menjadi yang menjijikkan; ada masa politik menguntungkan; ada kala pula menghancurkan. Namun politik tidak pernah lepas dari perhatian sesiapa pun. Pak Mat kat kedai kopi, Kak Non kat tepi tingkat malah brader kat Kompleks Pertama pun, kalau cerita pasal politik memang boleh 'kasi gegar' punya. Tapi hakikatnya pada aku cukuplah aku sekadar mengambil tahu perkembangan politik tanah air. Dan tak terlintas lagi di hati aku untuk menceburi bidang politik ini.

Tapi aku nak bagitahu ini: aku tak suka terlibat dengan politik 'kepartian'. Aku tak nak jadi ahli UMNO, aku tak berniat lagi nak berdaftar dengan PAS. PKR pun aku tak terbuka hati lagi. Bagi aku patut ada dua golongan. Golongan pertama biarlah terdiri dari ahli-ahli politik, tak kiralah dia cikgu ke, driver bas ke, pak mail ke sape ke; yang penting dia pandai berpolitik. Ahli politik mesti ada parti. Dan ahli politik mesti memperjuangkan parti politik yang disertainya. Golongan kedua adalah orang-orang yang mengundi parti politik. Tapi golongan ini tidak boleh terlibat dengan mana-mana parti politik. Mereka adalah panel penilai kepada parti-parti politik yang diperjuangkan oleh golongan yang pertama tadi. Tapi golongan yang kedua ini MESTI diberi hak dan kebebasan yang seoptimanya untuk memilih parti politik bagi memerintah negara ini.

Golongan kedua ini tidak boleh terikat dengan mana-mana parti. Konsep kesetiaan kepada satu-satu parti tidak boleh dipegang oleh golongan ini. Mereka patut menjadi 'hakim' kepada mana-mana parti yang berhajat untuk memerintah negara ini supaya berjuang dengan penuh rasa tanggungjawab, berintegriti dan beramanah. Bagi aku ini mungkin boleh mengelakkan berlakunya keadaan di mana adanya parti-parti yang berkuasa memerintah negara yang bergelumang dengan kes-kes korupsi, ketidakadilan, pecah amanah dan sebagainya...Oops... Aku tak berniat untuk menjolok sesuatu di sini. Kalau nak bercerita tentang benda-benda ni kenalah buka post atau kategori baru.

Cuma aku perlu usha betul-betul dulu akan ketelusan kerajaan dalam membenarkan guru-guru kembali menceburi bidang politik. Adakah kebenaran itu hanya untuk yang akan berjuang mewakili pihak parti pemerintah? Atau ianya betul-betul bersifat ketelusan sejati tanpa mengira penglibatan guru-guru di dalam parti pembangkang sekali pun. Walau apa pun hakikatnya, pendirian aku masih tetap seperti yang aku tekankan tadi. Aku tidak berminat menyertai mana-mana parti politik, aku tidak suka politik 'kepartian' dan aku adalah dalam golongan kedua. Aku akan memilih mereka-mereka yang aku rasakan akan memerintah negara ini dengan sebaik-baiknya; memakmurkan kehidupan aku dan rakyat jelata...


Dalam banyak-banyak 'bendera' ni, kita pilihlah yang terbaik sahaja...

Read more...

Mentor Jutawan

Ini merupakan satu link affiliate, berikut adalah petikan dari sales letter:


Anda tercari-cari jawapan kepada "Bagaimana hendak jadi kaya?"
Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Mentor Jutawan Malaysia!


Kini, mentor usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!
Ikuti transkripsi penuh temubual Irfan Khairi bersama ikon & mentor jutawan Malaysia...
Baca selanjutnya>>

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP