Sahabat Tanpa Suara

Nak Kemana Lepas ni...?

Tuesday, June 28, 2011

Memang aku ni ketinggalan keretapi betul...! Baru pagi tadi aku dengar pasal berita ni... Padahal berita dah keluar 2 hari lepas... Ini petikannya:

Subjek Vokasional di sekolah dimansuhkan mulai tahun depan

2011/06/26

KULIM: Mata pelajaran vokasional (MPV) akan dimansuhkan di semua sekolah harian secara berperingkat mulai tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, langkah berkenaan dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang ditetapkan kerajaan baru-baru ini.
"Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).

"PAV ini dikhususkan untuk pelajar peringkat Tingkatan 1 hingga 3 dan mereka turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat," katanya.

Baca selanjutnya>>

Persoalannya kemana hala tuju aku dan rakan-rakan selepas ini...? Bertukar opsyen ke...? Ditukarkan mengikut kemana subjek itu dipindahkan ke...? Diberhentikan dengan PENCEN PENUH ke...??? Kalau diberi pilihan, aku dengan berat hati nak pilih pilihan yang ketiga tu jer... Huk huk...

Apa-apa pun aku cuma mampu berdoa yang terbaik jelah untuk kami ini. Kelek ke hulu, ke hululah kami; kelek ke hilir, ke hilirlah kami... Nak buat macamana, SYMP...!

Gambar ihsan dari smkdhtk-panitiampv.blogspot. Antara pengurusan bengkel yang TERBAYEK yang pernah aku tengok. Cikgu dia ni satu kelas dengan aku masa di maktab dulu... Syteady bro, way to go...! Memang layaklah ko jadi Pentaksir Kebangsaan... Bengkel aku...? Jangan tanya, cicir bertiang tiang... Hu hu...

Read more...

Mat Besen

Tuesday, June 21, 2011


Beberapa hari lepas aku ada menulis tentang aku beraktiviti di Pusat Kokurikulum Kuantan. Baca sini>>... Di sana aku mendapat kawan-kawan baru dari kalangan guru-guru yang menjadi guru pengiring seperti aku. Salah seorangnya Cikgu Hacksen Ismail. Jangan tanya nama apa tu, dia orang Melayu dan memang nama dia macam itu. Aku pun malas nak bertanya kepada dia berkenaan namanya... Tapi aku bukan nak bercerita tentang dia, cuma nak mengulas satu kisah yang aku dengar darinya, begini kisahnya:

Semasa bujang dia mempunyai seorang teman karib, berkawan sejak kecil. Jo (bukan nama sebenar) memang terkenal seantero kampung sebagai pemuda yang macho. Di kalangan rakan-rakan dia sering menjadi 'kepala' bila melakukan sebarang aktiviti. Kemana-mana mesti ada Jo, kalau takde Jo aktiviti pasti menjadi hambar...

Apabila sampai seru (masuk musim mengawan) Jo pun menikahi gadis pilihannya. Namun perkahwinan tersebut dilangsungkan secara senyap-senyap sahaja. Kenduri pun kecil-kecilan sahaja. Sebaik selesai kenduri, Jo berpindah... Mungkin ke kampung isterinya, mungkin bekerja di tempat lain. Tiada rakan-rakan yang tahu. Sejak itu dia putus hubungan dengan Jo...

Sehinggalah baru-baru ini, Jo kembali ke kampung halaman. Namun perubahan ketara dirasai rakan-rakan Jo. Jo tidak seperamah dulu, bukan setakat tidak keluar rumah berjumpa kawan-kawan lama malah sering mengelak dari bertemu dengan rakan-rakan. Hai kenapa pulak si Jo ni, macam dah tak nak berkawan dengan budak-budak kampung dah ni...? Cikgu Hacksen membuat keputusan, jika Jo tak nak berjumpa dia, biar dia pergi berjumpa Jo...

Sampai di rumah Jo Cikgu Hacksen terkejut beruk, Jo memang dah tak serupa dulu... Fizikalnya berubah sama sekali... Bak kata dalam lagu P Ramlee: "Suaminya dulu hensem, rambut panjang dah jadi botak... ulala..." Lebih memeranjatkan lagi, kemachoan Jo hilang sama sekali, selain bekerja (penjawat awam) di pejabat, Jo juga melakukan semua kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, menjaga anak bla bla...

Jo tidak melayan Cikgu Hacksen, disuruhnya Cikgu Hacksen balik... Katanya isterinya akan pulang sebentar lagi dan lauk untuk makan malam belum disiapkannya lagi. OMG sampai ke situ dah tahap kroniknya perubahan Jo...! Sampai satu tahap, pernah orang-orang kampung melihat Jo dimarahi oleh isterinya ketika dia sedang menyidai baju di ampaian. Ntah apa yang diamukkan oleh isterinya sehingga Jo dihempuknya dengan besen...! Dan Jo langsung tidak melawan...! Sebab itulah kini Jo lebih dikenali sebagai 'Mat Besen' dikalangan orang kampung...!

Sehingga hari ini kisah rumah tangga Jo menjadi buah mulut orang kampung. Ada yang mengatakan yang Jo sudah terkena nasi k**gk**g... Wallahualam bisawab... Hanya isterinya dan keluarganya yang tahu...

Ulasan aku: Ini bukan cerita rekaan aku, tapi diceritakan sendiri oleh rakan baru aku tu... Kalau dia berbohong pada aku, maka korang semua ni kena bohong jugaklah... Kui kui... Namun apa-apa pun kisah tersebut bukan sesuatu yang mustahil berlaku kan...? Di mana-mana pun kita pasti mendengar cerita sebegitu, betul tak...? Bahkan dari zaman P Ramlee dulu pun dah ada kisah camni... Tak caya...? Layan sedutan cerita DOREMI ni...



P/s: Kisah P Ramlee biasanya menceritakan tentang kehidupan realiti masyarakat... Cuma dalam ketawa ada maksud yang tersirat yang perlu direnungi bersama...

P/s/s: Kepada yang bergelar suami: Jangan jadi suami yang DAYUS...! Kepada yang bergelar isteri: Jauhi NUSYUZ...!

Read more...

Jaga Jantung Anda

Wednesday, June 15, 2011


Hujung minggu lepas, kakak kepada abang ipar aku telah kembali ke Rahmatullah... Aku tidak pernah berjumpa dengan arwah tetapi aku turut merasa kesedihan dan tumpang simpati. Usianya dalam lingkungan 40an... Cara kematian, seperti yang agak kerap aku dengar kebelakangan ini: sakit dada, sesak nafas dan terus rebah... Dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU. Selang beberapa jam, terus dijemput mengadap yang Maha Esa... Biasa dengar...? Aku pernah menulis perihal yang sama menimpa ke atas salah seorang sahabat aku suatu ketika dulu...Baca sini>>

Seorang rakan aku pernah bercerita, dia pernah bertanya kepada seorang doktor apa tanda-tanda serangan jantung... Apa jawab doktor...?

"Biasanya tanda-tanda awal hanya terjadi pada orang berumur/ tua... Bagi orang muda, tanda dia sekali sahaja... Sebaik dapat tanda dia terus strike...! Dan biasanya strike pertama dia terus GOL...!"

Sejauh mana kebenarannya, aku tak tahu. Tapi kebelakangan ni aku sering juga dengar golongan bawah 40 kena serangan jantung, dan memang betul, sekali strike terus GOL...!

Aduyai seram dengar kan...? Mungkin benda-benda di bawah ni korang dah biasa dengar. Aku just tulis untuk remind diri sendiri dan rakan-rakan semua...

Simptom-simtom Serangan Jantung

# Sesak nafas
# Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher
# Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan
# Berpeluh dingin
# Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
# Pening kepala dan berasa loya

Faktor-faktor Serangan Jantung

# Tekanan darah tinggi
# Kolesterol/lemak tinggi dalam darah
# Obesiti
# Kurang senaman/tidak aktif
# Pemakanan yang tidak sihat
# Diabetes
# Tekanan perasaan (stres)
# Merokok

Cegah Serangan Jantung

# Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu,20 – 30 minit setiap kali
# Makan secara sihat
# Kekalkan berat badan unggul
# Berhenti merokok
# Belajar menangani tekanan perasaan(stress)
# Periksa tekanan darah
# Periksa paras glukos darah anda
# Awasi paras kolesterol
# Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

Sumber: Info Sihat Malaysia

Read more...

Bagaimana Untuk Menjimatkan Elektrik...

Wednesday, June 8, 2011


Entry sebelum ini aku bercerita tentang kenaikan tarif elektrik. Bagaimana akhirnya yang paling terkesan dengan kenaikan tersebut adalah kita, PENGGUNA... Namun jika difikirkan balik tiada apa-apa yang mampu kita lakukan untuk membuatkan pihak yang terbabit untuk menurunkan tarif. Jadi apa yang boleh kita lakukan...? Bersabar ajelah... Sampai masa kita 'switch' je apa yang patut...

Tapi dalam masa yang sama bolehlah kita amalkan beberapa petua dan amalan untuk kita mengurangkan penggunaan tenaga dan perbelanjaan bil elektrik...

1. Padamkan peralatan elektrik atau lampu, jika tidak digunakan
Jika anda tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik buat jangka masa yang panjang, sila padamkan dan cabut palamnya daripada suis. Peralatan yang berada dalam mod siap sedia atau pengecas bateri yang dipasang masih menggunakan sejumlah tenaga yang kecil.

2. Gunakan lampu neon berkecekapan tenaga
Gunakanlah lampu neon atau floresen kerana ianya menggunakan tenaga dua pertiga kurang daripada lampu pijar dan dapat bertahan enam hingga 10 kali lebih lama. Lampu ini juga kurang menghasilkan haba.

3. Gunakan mentol watt lebih rendah
Daripada menggunakan mentol 100-watt, anda mungkin memerlukan hanya mentol 60 watt untuk beberapa bilik dan ruang di rumah anda.

4. Gunakan peti sejuk anda dengan bijak
Biarkan makanan yang dimasak sejuk terlebih dahulu sebelum menyimpannya ke dalam peti sejuk dan rancang simpanan makanan dan bahan mentah anda dengan bijak dan efisien kerana peti sejuk yang terlebih muatan akan menggunakan lebih banyak tenaga. Juga pastikan peti sejuk ditempatkan sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding untuk mengelakkan motor peti sejuk anda rosak.

5. Optimumkan penggunaan mesin basuh anda
Basuh pakaian anda menggunakan air paip biasa dan basuhlah dalam kuantiti yang banyak. Apabila anda ingin membasuh sedikit pakaian, pilihlah tetapan yang bersesuaian dengan kuantiti pakaian anda pada mesin basuh. Cuba jemur pakaian anda seperti biasa daripada menggunakan mesin pengering yang tidak cekap tenaga.

6. Selenggara unit pendingin hawa anda
Bersihkan penapis udara pada pendingin hawa anda kerana penapis yang terlalu kotor menggunakan lebih banyak tenaga untuk beroperasi. Tetapkan suhu pendingin hawa di antara 22 hingga 26 darjah Celsius untuk keselesaan yang optimum.

7. Sejukkan rumah anda dengan mengurangkan haba dalaman
Selain daripada memadamkan peralatan elektrik mahupun lampu yang tidak digunakan, anda juga boleh menggunakan langsir bagi menapis sinaran matahari secara langsung ke dalam rumah anda. Apabila memasak, pastikan pengaliran udara dengan betul agar haba tidak mengalir ke ruang lain di rumah anda.

8. Ganti peralatan elektrik yang lama
Peralatan elektrik yang baru menggunakan kurang tenaga berbanding yang lama. Sebagai contoh, peti sejuk yand berada di pasaran kini menggunakan kurang 40 peratus tenaga berbanding model peti sejuk 10 tahun dahulu.

9. Semak Kecekapan Tenaga pada Peralatan Elektrik
Jika anda merancang untuk membeli peti sejuk baru, pastikan anda membuat perbandingan kecekapan tenaga pada model-model peti sejuk pilihan anda. Penilaian Kecekapan Tenaga diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada 2005, bertujuan memberikan informasi kepada pengguna dengan menggunakan sistem kedudukan melalui bintang berdasarkan kecekapan tenaga sesuatu model peralatan elektrik tersebut. Ianya dinilai dengan satu bintang bagi tidak cekap sehingga lima bintang bagi paling cekap tenaga.

10. Pilih 'Star Energy'
Begitu juga ketika memilih komputer atau peralatan komputer, anda boleh memilih jenama dan model yang memaparkan logo Star Energy. Peralatan ini telah memenuhi garis panduan kecekapan tenaga yang telah ditetapkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar dan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat.

Sumber: TNB...

Read more...

Karnival Kokurikulum.../ Naik Juga Akhirnya...

Monday, June 6, 2011


Cuti sekolah dah masuk minggu ke-2 tapi aku baru nak menikmatinya. Sepanjang minggu lalu aku berada di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan. Mengiringi pelajar untuk menyertai Karnival Kokurikulum Peringkat Negeri 2011. Nah sekarang siapa kata cikgu dapat cuti sepenuhnya sepanjang cuti sekolah...?

Mula-mula menerima surat ke sana, memang aku agak keberatan jugak, yelah dalam cuti tu, 4 hari pulak tu... Puas aku memikirkan buah untuk mengelak tapi tak terfikir aku. Akhirnya nak tak nak, sebagai Penyelaras Kokurikulum terpaksa jugalah aku yang bertanggungjawab membawa budak-budak ke sana. Walaupun hati keberatan, tetapi hasilnya di sana agak memuaskan.

Antara aktiviti out door yang diadakan adalah seperti berkayak, kembara berbasikal, abseiling, wall climbing dan paint ball... Berkayak? erm tak minat... Kembara berbasikal? penatla... Abseiling? dah biasa... Wall climbing? haa ini sesuatu yang belum pernah aku cuba... Paint ball? wow ini aku tak boleh lepaskan! Nak main kat luar? Kena standby beratus RM jawabnya...

Sudah agak lama sebenarnya aku tak melibatkan diri dalam aktiviti lasak-lasak ini. Aku boleh agak lepas ni mesti sakit-sakit dan sengal satu badan ni... Tapi keinginan dalam hati tu masih kuat sebenarnya. Apa lagi, layan ajelah... Merasalah juga aku memanjat tembok wall climbing tu. Bajet bolehlah lepas 3/4 dari tembok tu tapi apakan daya hanya mampu melepasi 1/2 tembok sahaja. Terasa benor dah tuanya...! Hu hu... Tapi yang paling puas hati main paint ball. 3 round direct aku main. Budak-budak dapat main sekali jer, cikgu-cikgu pulak yang lebih-lebih... heh heh... Tapi main memang layan... Habis game, check punya check secara keseluruhannya ada dekat 10 das gak peluru warna tu melekat kat seluruh badan aku ni...! Paling tak tahan boleh kena tang leher tu...! Dah jadi macam kesan 'gigitan cinta' dah...!

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Pahang, YH Dato' Haji Mazlan bin Mohamad, DIMP. Sebenarnya inilah kali pertama aku bertemu dengan beliau. Walaupun kelihatan agak berumur, namun susuk tubuhnya masih tegap dan suaranya masih kedengaran tegas dan lantang. Satu yang mendatangkan rasa hormat aku padanya adalah cara dia melayan pelajar, lebih-lebih lagi pelajar sekolah rendah... Rupanya masih menebal sikap keguruan pada diri beliau...



************************************************************************

Sekembali aku ke rumah, aku dapat satu 'berita gembira' buat semua rakyat Malaysia. Apa lagi, semua dah maklum kan yang tarif elektrik akhirnya naik jugak... Aku tak nak ulas tentang sebab kenaikan ke, beban subsidi yang kerajaan tanggung ke, rasionalisasi ke apa ke j*d*hnya ke...! Cumanya aku nak kongsi apa yang aku lalui berkaitan dengan tarif elektrik ini.

Aku masih tinggal di rumah mentua aku (Insyallah dalam bulan-bulan terakhir dah). Menghuni di rumah tersebut mak bapak mentua aku, aku anak beranak dan 2 orang adik ipar. Sorang belajar di perak dan seorang lagi amat jarang di rumah (orang bujanglah katakan)...

Peralatan elektrik dalam rumah yang biasa-biasa aje, mesin basuh , peti ais, tv, periuk nasi, seterika etc... Baru-baru ini aku ada pasang aircond dalam bilik, tapi bukan pakai 24 jam... Dengan penggunaan yang biasa-biasa sahaja purata penggunaan elektrik di rumah tu dah menjangkau RM120-150 setiap bulan. Jadi kalau ada sesiapa yang cakap rakyat biasa tidak akan terkesan dengan kenaikan tersebut, aku cuma nak katakan:"bulsit...!"

Kalau betul ada yang tak nak terkesan dengan kenaikan tersebut, nampaknya mulai hari ini kenalah kita kembali ke zaman mak bapak kita dulu... Membasuh guna tangan aje; masak nasik pakai dapur kayu; baju tak payah seterika, lipat letak bawah tilam jer; Uninstall air cond tu, jangan nak mengada-ngadalah; TV pun tak yah tengok dah, kita tengok cerita-cerita penting je terutamanya Buletin Utama jer...

Itu tak cerita lagi tentang kesan rantaian akibat kenaikan tarif elektrik ini... Bagaimana akhirnya pengguna yang berada di hieraki paling bawah akan menerima kesan yang paling besar... Janji kerajaan yang kenaikan ini tidak akan membebankan...? Hem kita sama-samalah tengok...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP