Rakan Taulan

Tumpang Merdeka...!

Thursday, December 6, 2012

Syabas dan tahniah aku nak ucapkan kepada semua calon-calon SPM 2012. Petang tadi selesai perjuangan mereka... Seringkali aku ingatkan kepada budak-budak aku: "Selepas 6 tahun kamu di Sekolah Rendah, tambah lagi 5 tahun di Sekolah Menengah; Inilah masanya... Inilah ujian besarnya... yang bakal menentukan hala tuju kamu selepas ini... Cikgu doakan yang baik-baik saja untuk kamu..."

Secara kebetulan subjek yang aku ajar (bagi yang tak tahu lagi aku, mengajar subjek MPV- Menservis Motosikal) merupakan kertas di hari terakhir... Pagi-pagi lagi aku dah sampai ke sekolah tadi. Nak pastikan budak-budak aku ready to go... Alhamdullilah masing-masing nampak konfiden. Dalamanya, aku tak tahulah... Cuma yang aku kesalkan ada juga yang tak datang ambil periksa. Daripada 22 orang yang aku daftarkan, 18 jer yang muncul... Seorang memang tak dapat hadir akibat kemalangan... Yang 3 lagi kecundang... Aku tak dapat buat apa-apa sebab memang dari kertas pertama 3 orang ni tak muncul-muncul... So aku assume samada diorang bertiga memang dah terlebih bijak ataupun memang mak bapak diorang keturunan kaya-kaya...

Habis kertas aku menunaikan janji untuk belanja budak-budak ni. Agak parah juga poket aku dikerjakan. Tapi nak buat macamana, dah janji... Sebelum berpisah, last words aku pada diorang: "So, inilah hari yang korang tunggu-tunggu selama ni kan...? Tamatlah dah masa kamu semua sebagai seorang pelajar sekolah... Pesan cikgu 1 jer, jadilah MANUSIA... Jangan jadi @#%$^# sudah ok... Cikgu doakan yang baik-baik saja untuk korang..."


Sempatlah pulak aku bergambor kenangan dengan budak-budak ni... So inilah dia budak-budak aku, budak 5C... Kelas yang diisytiharkan sebagai kelas 'paling mengerikan' dalam sekolah aku... Well, what do you expect? Budak bengkel... 30% daripada masa keseluruhan mereka di sekolah adalah dalam bengkel jer... Aku pun kadang-kadang stress dengan budak-budak ni... Tapi aku yakin dan percaya, budak-budak inilah yang satu hari besok bila berjumpa dengan aku akan datang bersalam cium tangan; budak-budak inilah yang besok bila nak kawin kad jemputan dia awal-awal lagi dah sampai kat aku; dan budak-budak inilah yang besok takkan lokek nak belanja aku minum kat kedai kopi... Nak harapkan anak-anak murid yang dah jadi lawyer, akautan atau doktor... Herm entah ler... Mungkin masa tu diorang fikir, alamak cikgu, ape kelasss... Heee tapi of course la bukan semua kan...

Well sebenarnya aku menumpang merdeka budak-budak ini juga, berakhirnya SPM bermakna berakhir jugalah tugas aku sebagai Pengawas Peperiksaan... So lepas ni barulah boleh 'betul-betul' bercuti... Bolehlah tempah tiket ke Disneyland ke, Hatyai ke, Hollywood ke... Perghhh iye sangatlah tu... Dapat ke Langkawi pun dah cukuplah... Aku sedar diriku siapa... Har har... Apa-apa pun:

MERDEKA...! MERDEKA...! METALLICA...!


 


Read more...

Save Palestine...!

Sunday, November 18, 2012


Satu dunia dah tau apa yang terjadi di bumi para anbiya, Palestin... Apa...? Korang tak tau lagi...? Wei duk dalam gua ke...? Heee jangan marah for sure korang semua dah tau kan... Sejak beberapa hari lepas saudara kita di sana telah dihujani dengan peluru-peluru berpandu... Yang menjadi mangsa bukan pejuang-pejuang Hamas sebaliknya orang awam, paling menyedihkan kanak-kanak pun pun menjadi mangsa...  Dari apa  yang aku baca setakat ini Israel sekarang sedang bersedia untuk melakukan serangan darat pulak... memang diorang nak serang habis-habisan sekarang ini...!

Aduyai aku tak taulah apa nasib rakyat Palestin ni kan...? Tak abis-abis ditindas, dijadikan pelarian di negara sendiri oleh puak-puak zionis yang dilaknat tu... Memang zionis ni bangsa yang jahanam, dahla dapat negara tu free-free jer, tak cukup dengan tu nak ambil lagi wilayah orang... Mentang-mentanglah diorang ni dapat bekup dari negara 'Uncle Sam'...! Jahanam gak Amerika neh...!

Tapi satu yang mengherankan aku adalah, dengan kelengkapan Israel yang serba canggih, ditambah lagi dengan bekup dari Amerika, berperang pulak dengan Palestin yang tenteranya kira macam tentera amatur jer.. Yang diketuai Hamas, dibantu oleh orang-orang awam jer, yang bersenjatakan batu di tangan jer... Namun Israel masih belum dapat menaklukn Palestin sepenuhnya... Memang Allah masih inginkan bumi anbiya itu terus diduduki oleh orang-orang Islam...

Kat bawah ni aku ada petik cerita yang aku dapat dari fb rakan. Ini antara cerita-cerita keajaiban yang terjadi disana. Mungkin ini antara sebab-sebab yang membuktikan Allah masih tidak mengizinkan kemenangan Yahuni Zionis ini...!

Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.

Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

*************************************************

Semoga Allah terus melindungi saudara kita disana... Jom sahabat sekelian, kita melibatkan diri, menyumbang sekadar yang termampu oleh kita... Samada dalam bentuk penulisan, sebaran kisah-kisah disana atau apa-apa yang terfikirkan... Bagi yang nak menyumbang dalam bentuk wang, di bawah ni aku bagi satu link... Korang boleh menyumbang disana atau mana-mana link lain yang ada... Tak kisahlah di mana pun, asalkan ketika disoal di kemudian hari nanti, at least kita boleh jawab yang kita juga telah 'menyumbang' kepada saudara seagama kita yang ditindas...

1. Aqsa Syarif Berhad
5515 7500 4299 (Maybank Islamic)
12 092 01 003490 4 (Bank Islam)

kemudian sila maklumkan beserta slip deposit kepada:

admin@aqsasyarif.org.my
Tel: +603-8733 4636
Faks: +603-8734 9636

www.aqsasyarif.org.my


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz2CZmqooPK
Aqsa Syarif Berhad:


. Aqsa Syarif Berhad
5515 7500 4299 (Maybank Islamic)
12 092 01 003490 4 (Bank Islam)

kemudian sila maklumkan beserta slip deposit kepada:

admin@aqsasyarif.org.my
Tel: +603-8733 4636
Faks: +603-8734 9636

www.aqsasyarif.org.my


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz2CZmQGpEX
1. Aqsa Syarif Berhad
5515 7500 4299 (Maybank Islamic)
12 092 01 003490 4 (Bank Islam)

kemudian sila maklumkan beserta slip deposit kepada:

admin@aqsasyarif.org.my
Tel: +603-8733 4636
Faks: +603-8734 9636

www.aqsasyarif.org.my


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz2CZkeCUOU
. Aqsa Syarif Berhad
5515 7500 4299 (Maybank Islamic)
12 092 01 003490 4 (Bank Islam)

kemudian sila maklumkan beserta slip deposit kepada:

admin@aqsasyarif.org.my
Tel: +603-8733 4636
Faks: +603-8734 9636

www.aqsasyarif.org.my


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz2CZmQGpEX
1. Aqsa Syarif Berhad
5515 7500 4299 (Maybank Islamic)
12 092 01 003490 4 (Bank Islam)

kemudian sila maklumkan beserta slip deposit kepada:

admin@aqsasyarif.org.my
Tel: +603-8733 4636
Faks: +603-8734 9636

www.aqsasyarif.org.my


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz2CZkeCUOU

Read more...

Penghujung Jalan...

Wednesday, October 31, 2012

Kelmarin aku ke hospital, melawat seorang sahabat kepada sahabat aku. Menurut sahabat aku ini, sahabatnya itu mengidap penyakit hati. Hepatitislah barang kali tu... Melihat keadaan sahabatnya itu, aku agak terkesima, kronik aku tengok keadaan sahabatnya itu...

Yang pertama menjadi perhatian aku adalah perutnya yang membusung, ibarat wanita sarat mengandung menunggu masa untuk beranak (maaf, bukan hendak mengaibkan pesakit, cuma nak bercerita perihal yang nyata)... Kedua belah kakinya membengkak, sedangkan mukanya sangat cengkung. Tangannya hanya tinggal seperti cebisan tulang yang dibalut dengan kulit yang mengedut... Segera terasa nak bergenang pulak air mata aku ni tapi masih dapat aku tahan... Aduyai mencabar 'kemachoan' aku sungguh situasi ini...

Disisi katilnya isteri bersama anaknya. Mereka hanya tersenyum tawar memandang aku... Hanya Allah tahu betapa hancurnya hati mereka melihat keadaan suami/ bapa mereka... Pertuturan pesakit sudah tidak jelas, ingatannya bercelaru. "Kuman dah naik ke otak..." Kata isterinya...

Sebenarnya kes ini telah dirujuk ke HUKM beberapa bulan yang lepas, selepas menjalani beberapa siri rawatan pihak hospital mencadangkan kepada keluarganya untuk membawa pesakit balik ke rumah... Kata pihak hospital "Sudah takde apa yang boleh kami lakukan..." Sejak itu pesakit hanya duduk di rumah, adalah cuba beberapa rawatan tradisional tapi tiada yang berkesan... Dan pagi tersebut pesakit menunjukkan tanda-tanda seperti sesak nafas lalu sahabat aku inilah yang menghantarnya ke hospital... Jika dilihat dari keadaanya memang nampak seperti pesakit dah nak sampai ke 'penghujung jalan'... Dari percakapan isteri dan anaknya aku dapat agak yang mereka pun sebenarnya sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan... Namun ajal maut bukan ketentuan kita... Hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Kami duduk tak lama, adalah dalam 10-15 minit barangkali. Bagi aku dalam keadaanya sebegitu lebih eloklah anak beranak dan keluarga yang menemaninya di sisi...

Gambar Hiasan
**************************************

Meh aku share sikit tentang penyakit hati ini... Bahasa omputihnya hepatitis... Kredit untuk sahabat blogger, CekWa:

1.    PENGENALAN HEPATITIS
Ada penyakit yang sama bahaya jangkitannya seperti AIDS, namun ramai yang tidak mengetahuinya. Tahukah anda virus Hepatitis B 100 kali lebih mudah dijangkiti berbanding virus HIV (AIDS). Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. Hepatitis juga dikenali sebagai radang hati atau bengkak hati.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan Hepatitis adalah:
  • Jangkitan virus seperti virus hepatitis A, B, C, D, E dan G, virus denggi dan virus HIV
  • Dadah
  • Alkohol
  • Bahan kimia dan toksik
  • Ubat-ubatan

Keterukan Hepatitis bergantung kepada agen yang menyebabkan Hepatitis dan jangka masa pendedahan kepada agen penyebab kerosakan hati.

Hepatitis boleh menyebabkan gejala akut dan gejala kronik:

Gejala akut:
·         Air kencing berwarna gelap
·         Loya
·         Muntah
·         Sakit perut
·         Keletihan yang melampau
·         Sakit sendi
·         Demam
·         Jaundis

Gejala kronik:
  • Busung
  • Kaki membengkak
  • Muntah berdarah dan najis berdarah
  • Koma
 Baca lanjut di sini>>

P/S: Arwah Wan (nenek) aku dan arwah Aki (datuk) isteri aku juga meninggal akibat dari penyakit yang sama.... Al-Fatihah aku untuk mereka...

Read more...

"Macam Master Chef"

Thursday, October 18, 2012


Hari ni aku nak posting sesuatu yang baru bagi aku... Aku nak buat post pasal masakan, bole...? Haa jangan ingat aku tak leh buat cerita pasal masakan ok... Mana tau lepas ni bole glamour ala-ala mat gebu gitu... Hu hu  ada can ke...?

Ok ari ni aku nak tulis pasal makanan yang antara terfeveret aku: ikan bakar berempah... Tadaaa... Tapi resepi aku cilok dari kaknor@secubit garam juga... He hee jangan marah haa... Tapi kak Nor tu dia bakar ikan pari, aku pula main sebat jer, tengok dalam peti ada selar besar... herm hantam sajalah...

kalau korang nak tengok resepi 'original' kak Nor korang boleh ke link yang aku bagi tu ek... Kat sini: kaknor@secubitgaram...

Itu stail Ka Nor, tapi aku ni yang membesar dengan masakan mak aku sehingga hari ini terikut dengan stail masakan dia. Stailnya, tak pernah mengikut resepi yang spesifik... Contohnya nak masak satu-satu masakan kena bawang merah 5 ulasla, bawang putih 3 ulasla, halia 1 incila, cili 10 bijila bla bla... Semua resepi mak aku, dia ikut suka dia jer nak letak berapa banyak, takde kira-kiranya der... Tapi hasilnya tetap TERBAYEEEKKK (mengikut tekak kami adik beradik ler)......

Jadi apa yang aku buat adalah, amik bawang merah, bawang putih, halia, serai semua aku tumbuk lumat-lumat... Aku tumis dengan lada boh, masuk kari ikan sikit, tumis sampai pecah minyak... Lepas tu masuk air asam jawo dengan garam secukup rasa... Agak-agak dah mendidih aku tutup api...

Aku amik aluminium foil, letak ikan bersama dengan tumisan tadi... Bungkus dan aku perap dulu 15 minit...Kemudian aku set oven 200 celcius selama 15-20 minit (hee bukanlah ikan bakar namanya, ikan ovenise la nama sepatutnya kan...?)... Tapi seting oven tu memang cub-cun punya... Aku keluarkan ikan dan selak foil tu, hasilnya memang TERBAYEK.. Bau rempah naik semerbak, ikan masak ngam-ngam, tak keras dan tak overcook... Nak tengok...?


Nah, ini hasilnya... Taddaaa...



Ops silap, ini gambar selepas proses melantak (masak dekat nak sejam, melantak tak sampai 15 minit pun, hua hua)...

Ini sebenarnya hasil dia... Sorila deco-deco takdo yoh.. Rupa mungkin kureng sikit tapi rasa dia... Perghhh ada berani mari sinila cuba...


Eh tapi apa plak kena-mengena dengan tajuk posting aku 'Macam Master Chef' tu...? Ha sebenarnya siap masak tu aku dapat komen yang aku dengar tersangat-sangatlah sincere dan nada yang penuh dengan kekaguman... Komennya berbunyi begini:

"Waaa sedapnya bau... Ayah ni macam MASTERSEF la..."

Haa inilah tukang komen tu... Sape lagi kalau bukan my dearest 5 years old son, Amin... Hee jangan marah ha....


P/S: bagi yang nak mencuba tu, selamat berjayalah yer... kalau masakannya sedap, angkat tangan kanan anda dan letak ke bahu kiri, tepuk sebanyak 3 kali dan lafazkan:"Syabbas bethe, syabbas..."

Read more...

Ok Fine...

Thursday, October 11, 2012

Setelah memikirkan sedalam-dalamnya, setelah mempertimbangkan faktor-faktor berikut:

i) didesak secara konsisten oleh linacorner (my sis)...

ii) bermimpi ngeri selama 4 malam berturut-turut...

iii) mendapat RIBUAN email dari peminat-peminat mendesak perkara yang sama...

iv) jeles dengan imanshah, (rajin bebenor dia mengupdate blognya)...

v) sekolah dah nak cuti (yabedabedu)...

vi) bakal menerima kenaikan pangkat secara time based tahun depan...

vii) aircond keta toyota s.e aku meragam lagi buat kali kedua dalam tempoh 2 minggu...

viii) beli jam baru lagi di lelong.com (walaupun dah berjanji akan membeli jam hanya selepas 3 tahun)...

viiii) nuffnang dah nak keluar cek, (mungkin dalam 3 tahun setengah lagi aku akan dapat cek pertama)...

x) mendapat panggilan peribadi dari obama...


Maka dengan ini aku terpaksa mengalah... Ok fine, fine...

AKU AKAN START BERBLOG BALIK....

P/S: Wassup wassup... Blogger poyo in da haus....

Read more...

Tarak Kualiti Punya Cikgu...!

Wednesday, March 14, 2012


Fuyyooo...! Ini memang betul-betul bikin panas...! Sekali gua SENNGGGAT baru dia tau...! Ini merupakan petikan dari Sinar Harian Online. Nak baca lebih lanjut klik sini>>

Ini berita dari siaran semalam sebenarnya, tapi baru tadi aku terbaca. Melalui FB member isteri aku. Sape yang mengeluarkan kenyataan tersebut? Datin Noor Azimah Abdul Rahim, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE)... Biasa dengar nama ni? Ala geng-geng yang beria-ia mempertahankan PPSMI tu... Well itu pendapat dioranglah kan...

Antara intipati kenyataannya adalah:

1. Pembelajaran di sekolah tidak mencukupi menyebabkan ibu bapa terpaksa menghantar anak-anaknya ke pusat tuisyen.

2. Mereka tidak menyalahkan guru, tetapi mengatakan yang kualiti guru sememangnya telah menurun kerana latihan yang mereka terima ketika di maktab/ universiti tidak mencukupi.

3. Jumlah pelajar di dalam sesebuah kelas yang ramai dan waktu pembelajaran yang singkat menyebabkan guru sukar untuk menumpukan perhatian kepada setiap pelajar...

4. Ekoran dari permasalahan di atas dan faktor ibu bapa yang terlalu inginkan kecemerlangan anak-anak mereka, maka mereka harus menghantar anak mereka ke pusat-pusat tuisyen...

Balasan dari kenyataan-kenyataan di atas pula (aku petik komen-komen Sinar Harian Online dan FB):

1. tugas saya:
setiausaha peperiksaan PMR
warden
guru tingkatan
ketua panitia pendidikan moral
ketua pentaksir lisan PMR
ketua pentaksir kerja kursus pendidikan moral SPM
guru penasihat ICT
guru penasihat Pengakap
guru penyelaras mentor mentee
guru penyelaras kecemerlangan akademik
guru penyelaras program guru muda

saya belum cerita lagi tentang menguruskan kursus, ceramah, majlis dll.

awak datang sini, ganti tugas saya seminggu, saya nak tengok awak boleh senyum atau tidak.


Aku: Naya cikgu ni kan...

2. penghinaan jenis apa plak ni...hampeh punya reporter.....agaknya dia pandai pun sebab belajar tuisyen dari tadika lg..ank sndiri lepas ni jgn antar sekolah, terus pi pusat tuisyen...!

Aku: Agak emosional komen ni...

3. Komen yang dibaca semuanya menjurus kepada kesibukan dan bebanan guru di sekolah masing-masing, namun harus diingat bahawa yang mengajar di pusat tuisyen pun guru sekolah jugak. Tidak sibukkah golongan guru ini sehinggakan ada masa menguruskan pusat tuisyen sedangkan ramai guru lain sibuk dengan itu dan ini...

Aku: Wah ni macam nak cari gaduh nih...!

4. Ini semua salah kerajaan! PRU 13 kita undi PR! Cikgu-cikgu semua naik gaji RM500 sebulan! Sape mao bagi wok!

Aku: Err tak tau nak komen camana... Ada gak orang komen cenggini...

Read more...

Hanya Kerana Wang...

Saturday, March 10, 2012

Firstly aku nak ucap selamat bercuti kepada semua rakan-rakan secawat, ooops sejawat... Enjoy the holiday ok, walaupun aku tahu ramai juga yang takkan menikmati sepenuhnya cuti tersebut. Sebagai contohnya orang rumah aku, minggu depan macam-macam plak program kat sekolahnya... Ucapan untuk orang rumah aku: Selamat bertugaslah yer... Jangan marah, heee...

Yang kedua nak ucap tahniah pada semua 1.4 juta penjawat awam, di atas pelarasan gaji yang kita dapat baru-baru ini... Syukur kepada Allah, terima kasih kepada kerajaan yang bertanggungjawab... Cuma harapnya kenaikan tersebut tak disertai pulak dengan kenaikan harga minyak, bil api, bil air, beras, tepung, gula bla bla... Secara peribadi aku merasa sedikit lega dengan pelarasan tersebut, at least terasa longgar sikit 'jerutan' kat leher ni, at least bolehlah aku 'bernafas' lega sedikit lepas neh...

Hari ini aku bukan nak bercerita pasal yang di atas, cuma aku nak share satu kisah benar... Cerita dari rakan-rakan: Hanya Kerana Wang... Al kisahnya:

Edy merupakan adik bongsu dari 3 beradik. Man merupakan abang kedua manakala abang sulung Syuk. Mereka bertiga mewarisi perniagaan emas dari orang tua mereka. Pusatnya di Kota Bharu Kelantan. Setelah perniagaan di sana bertambah maju dan menjadi semakin stabil, Syuk menghantar Man dan Edy untuk membuka cawangan baru di Pahang. Berhampiran tempat kerja aku. Berpunca dari satu dua urusan, aku dan rakan guru di sekolah aku berkawan dengan Edy...

Perniagaan emas memang merupakan perniagaan yang menguntungkan. Tak lama mereka berniaga, sudah nampak keuntungan yang dikecapi mereka. Alhamdulillah, aku dan rakan-rakan tumpang gembira tengok anak melayu berjaya dalam perniagaan emas, paling gembira bila dapat harga 'rakan-rakan'. Hee...

Tapi baru-baru ini aku dah tak nampak kelibat Edy di kedai tersebut. Yang ada hanya isteri Man. Man juga jarang kelihatan, kalau ada pun tak duduk di kaunter. Hanya di belakang kedai. Bahkan kedai tu sendiri pun dah macam nak tak nak blah jer dah... Banyak tutup dari buka dah...

Apabila aku bertanya kepada rakan guru aku neh (yang merupakan teman Edy yang paling rapat dikalangan kami), rupa-rupanya mereka telah 'pecah gu'... Edy telah membawa haluannya sendiri... Dengar cerita abang sulung mereka siap turun dari Kota Bharu untuk camput tangan, tapi tali yang terputus tidak dapat ditaut kembali... Masing-masing dah tak mau bertemu muka. Katanya kalau bertemu muka pun akan mencetuskan pergaduhan...

Dipendekkan cerita puncanya kerana cemburu akibat pendapatan yang diraih oleh si adik nampak lebih banyak dari si abang... Ditambah pula dengan 'adu domba' dari orang ketiga, menyebabkan benda yang kecil menjadi besar dan akhirnya menimbulkan permusuhan di antara dua beradik ini... Dan yang paling disesalkan adalah perniagaan melayu yang nampak berpotensi untuk maju di tengah-tengah perniagaan yang didominasikan oleh kaum lain (cina), menjadi 'hancur' gara-gara perkara kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan jika masing-masing bersikap lebih berlapang dada dan tiada dengki mendengki... Aduyai donia donia...

P/S: Tak bolehkah kita ambil contoh kejayaan 3 beradik ini, yang bermula dengan modal RM2000 sahaja... Tetapi kini sudah memiliki jenama yang agak gah di Malaysia ini, KRU Production. Siap beranak pinak lagi syarikat mereka tu...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP