Sahabat Tanpa Suara

4 Dalam 1

Friday, May 27, 2011

Wooiittt aku masih hidup ok... Masih membara semangat untuk berblogging, walaupun errr, dah hampir 2 minggu tak update blog... Ada sedikit masalah teknikal la... Apa-apa pun, i'm back...! Oleh sebab dah lama tak menulis, hari ini aku nak balas dendam, nak ulas 4 sekali isu-isu hangat kebelakangan ini...

1. Moga roh mereka dicucuri rahmat...


Minggu lepas negara kita digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 anak-anak yatim di Hulu Langat Selangor. Ini merupakan antara kejadian yang paling menyayat hati aku,serius aku sedih... Tapi nak buat macam mana, memang Allah lebih menyayangi mereka. Mungkin ada hikmah disebaliknya yang tidak kita ketahui. Sebagai contoh salah seorang pelajar di situ iaitu adik Muhd Aizad Qusyhairiry Abd Karim, yang telah dapat bertemu kembali dengan ibu kandungnya yang terpisah sejak 11 tahun lalu... Siapa sangka kan...

Namun sesuatu yang harus kita renungkan bersama adalah puncanya kejadian tersebut. Apa lagi puncanya kalau bukan akibat dari tangan-tangan manusia...? Bukankah Allah telah berfirman...? Renung-renungkanlah...

2. Berita gembira sempena Hari Guru...

Sejak isu ini hangat di pasaran, terasa membuak-buak hati aku nak menulis tentang isu ni. Tapi mungkin isu ni dah agak basi sekarang ni kot, jadi taknak lah aku ulas panjang-panjang. Cuma aku kesian mengenangkan nasib guru ni, bayangkan: hakikatnya 'berita gembira' yang diumumkan baru-baru ini hanya membabitkan segelintir kecil guru 'kelas atasan' sahaja... Tapi bila ada guru-guru yang bersuara, mulalah mereka dikatakan tak mengenang budilah, gila pangkat dan ganjaranlah, tamaklah... Sodih botul pakcik dongar...

Ei kamonlah, yang beria-ria sangat maki cikgu tu, korang faham ke kes yang sebenarnya...? Tolong, kalau tak faham pokok pangkal, jangan terus jump to the conclusion ok...! Fahami isu yang sebenar... Bagi aku secara peribadi, takde apa-apa pun yang menggembirakan... Ianya hanyalah ibarat sebuah tong drum yang besar, bunyi berdentum-dentam tetapi isinya...?

3. Syukur ron95 tak naik...

Kalau tak ucap terima kasih pada kerajaan, nanti orang cakap rakyat tak bersyukur pulak. Cuma pendapat aku tak payah nak canang sangatlah pada rakyat akan 'kehebatan' kerajaan kononnya sangat prihatin pada rakyat... Itu kerja anda sebagai pemimpin ok, kalau rasa susah sangat nak menerajui negara, bagi je kat pihak lain. Kita tengok camana... Opsss terlebih sudah...!

Sekali lagi aku jelaskan aku bukanlah fanatik sangat nak 'menumbangkan' kerajaan yang sedia ada hari ini, tetapi pandangan aku: kita sebagai rakyat tak seharusnya menyokong segala tindak-tanduk dan keputusan mereka secara membuta tuli sahaja. Diorang tu bukan maksum, ada juga sesekala tersalah membuat keputusan dan tindakan. Sekurang-kurangnya sekarang ini bila rakyat bersuara, barulah diorang nak memberikan khidmat yang terbaik... Jadi sebenarnya aku sokong juga kita mempunyai pembangkang yang kuat. Biarkan mereka bersaing untuk memenangi hati rakyat... Yang untungnya siapa...? Dok gitu...?

4. Jom bersengkang mata...!


Last but not least, ajakan aku pada semua, jom kita berjaga pagi ahad ni... Kita tengok macamana Man. United nak 'membedal' Barcelona...! Har har mesti ada yang nak tumbuk aku bila baca statement tu kan...? Har har harun salim bachik... Jangan marah ha... tapi ingat game kali ni kat Wembley tau... Stadium keramat tu...

Aku ni nak kata fanatik bola pun tak jugak. Bukan selalu pun aku berjaga malam bersengkang mata semata-mata nak tengok 20 orang berebut bola yang 1...! Tapi kalau game yang besar seperti ini, memang teruja jugaklah aku. Selain UCL ni, biasanya World Cup memang aku layan, Euro pun layan gak... Tapi tak semua game jugak, yang pasti kalau Three Lions lawan memang aku tengok... Apa? England tak bagus...? Aku tau England bukan bagus sangat pun... Tak kisah la apa orang nak cakap pun... Tekak masing-masingkan...

Ok cukup sampai sini dulu... Masa untuk melawat rakan-rakan... Here i come...

Read more...

Cikgu...? Ceh, Apa Kelas...?!!

Sunday, May 15, 2011

Ya ayat di atas memang pernah keluar dari mulut bacul aku ini satu ketika dulu... Weh student dari Fakulti Kejuruteraan UPM ni, Bacelor of Mechanical Engineering beb...! Takkan graduate nak jadi cikgu kan..!? Memang apa kelasss...! (Wah riak giler gitu...)

Tahun 2001 aku graduate... Ingat boleh dapat kerja terus tapi hampes...! Dengan keputusan yang average macam aku ni memang sangat-sangat susah untuk compete dalam dunia private (baru sedar...)!!! Aku masih ingat sekurang-kurang 10 buah syarikat aku pergi interview, termasuk PERODUA di Rawang, DRB dan YAHAMA-HICOM di Shah Alam. Semuanya tak sangkut. Pencapaian terbaik aku adalah di IJM Corporation, dari ujian bertulis sampai ke stage 2nd interview, dimana dari 6 shortlisted candidate mereka nak pakai 3 orang jurutera... Aku amat berkeyakinan pada ketika itu kerana sepanjang sesi temuduga aku dapat menjawab dengan penuh konfiden. Namun tiada jawapan sampai sudah... Akhirnya aku terpaksa menerima hakikat, CGPA yang menjadi penentu...

Hampir 6 bulan aku menjadi penanam anggur, akhirnya aku mendapat tawaran dari sebuah syarikat yang berasal dari Thailand, beroperasi di Port Klang Selangor. Bermula dengan Training Engineer selama 6 bulan akhirnya aku ditugaskan untuk mengepalai keseluruhan line production... Income masa tu, fuh masyuk... Tapi kerja dia, mak ai...

Tahun 2004, aku bertukar kerjaya dan secara tak langsung aku terpaksa menjilat kembali ludah aku dahulu... Perghh ganas punya bahasa...! Kenapa dan bagaimana aku boleh terlibat dalam kancah keguruan ini...? Aku dah pernah cerita serba ringkas dulu... Nak tahu boleh rujuk balik disini>>...

Sedar tak sedar tahun ini dah masuk 7 tahun aku bergelar seorang guru... Aku tak nak cerita lebih-lebih tapi jujur aku katakan: aku CINTA kerjaya ini, aku ingin HIDUP dan MATI dengan gelaran seorang CIKGU...

Besok merupakan Hari Guru, hari untuk meraikan kerjaya aku dan rakan-rakan sejenis... Jadi aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT, yang pertamanya kepada guru-guru aku dahulu: Cikgu Wong (cikgu paling aku sayang masa sekolah rendah), Cikgu Ahmad Kamal (cikgu yang paling banyak mendenda aku), Cikgu Manaf (cikgu yang paling jeles dengan aku pasal aku kuat lari, har har) dan SEMUA guru-guru yang pernah terlibat dalam mendidik dan membimbing aku, sehingga menjadikan seperti yang ada di hari ini...

Kepada rakan-rakan sejawat aku, dari maktab, sekolah lama dan kini. SELAMAT juga untuk kalian...

Tidak lupa kini aku telah mempunyai rakan-rakan guru di dunia blogging ini seperti cikgu Humairi, Imanshah, Cikgu Nurin, ckLah dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama, mana yang aku tak mention jangan kecil hati ye)...

Oh ya, last but not least untuk isteri aku yang tercinta (cikgu jugalah orang rumah aku ni)...

Kepada kalian-kalian semua SELAMAT HARI GURU... Mari kita bersama-sama melaksanakan tangungjawab ini... 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'... HIDUP CIKGU...!!! BANZAI...!!!

Read more...

Selamat Beribadat...

Tuesday, May 10, 2011

Hari ini aku ke KLIA, mengucapkan selamat jalan kepada kedua orang tua aku... Sebagaimana yang telah dijadualkan, orang tua aku bakal mengerjakan umrah selama 2 minggu di Tanah Suci Makkah... Mereka mengikut pakej yang disediakan oleh Andalusia Travel...

Aku rasa bagus juga Andalusia ni. Apa yang aku nampak pengurusan diorang kemas, cara diorang handle ahli-ahli rombongan juga nampak mesra dan profesional. Korang taukan Pengerusi Eksekutif Andalusia ni...? Ala Dato' Ustaz Md. Daud Che Ngah tulah, yang selalu keluar TV cerita pasal haji tu... Mutawif wanita rombongan orang tua aku ni adalah Mariamah Tijo... Ha macam familiar je nama dia kan...? Dia ni kalau korang dengar berita radio RTM dulu-dulu memang suara dia jelah yang tukang baca beritanya... "Tut... tut... Berita ini disampaikan oleh Mariamah Tijo..." Ha itu trade mark dia...

Sebenarnya ini kali kedua orang tua aku menunaikan umrah. Kali pertama dalam tahun 2006 (kalau tak silap aku)... Haji...? Hem belum ada rezeki diorang lagi. Kalau ikut giliran Tabung Haji, kedua orang tua aku bakal mengerjakan haji pada tahun 2032...! Betul 2032, bukan salah taip...! Tapi bukan silap Tabung Haji, silap sendiri ler... Diorang ingat bila duit dah cukup dalam akaun baru boleh mendaftar, sebab itu diorang baru mendaftar tahun lepas... Jadinya mendapatlah... Rupa-rupanya syarat untuk mendaftar haji adalah memiliki jumlah dalam akaun sebanyak RM1300 sahaja. La aku pun baru jer tahu...!

Cerita pasal haji ini, aku percaya semua dari kita mempunyai keinginan untuk kesana kan...? Yelah, nak melengkapkan keislaman kita... Fuh aku dah dengar macam-macam dah cerita pasal 'Tanah Haram' ni, memang teruja sangat-sangatlah nak pergi, cuma belum ada rezeki je lagi. Baru-baru ni aku ada berborak dengan Ustaz di sekolah aku, cerita pasal haji ni...

Dia mengajak aku untuk mengerjakan umrah dan haji secara bersendirian, tanpa melalui tabung haji. Selain dapat berjimat, jadual kita juga tidak terikat. Malah nak pergi bila, nak balik bila, semua atas kita sendiri. Aku yakin dengan Ustaz ni kerana dia merupakan bekas pelajar Al-Azhar. Dia berkelana di Mesir dan sekitar negara Arab selama hampir 7 tahun. Ramai di kalangan kawan-kawannya masih berada disana, jadi tidak perlu risau akan penginapan, katanya... Hem menarik jugak tu kan...? Teringin juga aku berkelana di 'bumi Anbiya' ni... Macam dalam cerita Jejak Rasul tu...

Berbalik ke cerita orang tua aku tadi, makanya tadi bersalam-salam, berpeluk-pelukan dan berdrama air matalah kami di KLIA tadi... Aku pun tak paham sebenarnya, mengapa harus ada insiden air mata... Hu hu hu...

Kepada orang tua aku, selamat beribadat... Semoga segala amalan kalian dapat mendekatkan lagi kalian kepada Yang Maha Pencipta... Sampai sana doakan kami pula ye...

P/S: Aku rasa teruja sangat dengan pelawaan yang dibuat oleh Ustaz sekolah aku tu... Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah aku jalan dan kemudahan untuk aku supaya dapat aku menunaikan Rukun Islam yang ke-5 ini... Secepat yang mungkin...

P/S (dari Ustaz): G haji ni, buke nok tunggu hari tuo baru nok g... Maso mudo-mudo ni la kito patut usoho...

Read more...

Dia Mak Aku

Saturday, May 7, 2011

Sehari dua ni pasti meriah dunia blog ni dengan ucapan-ucapan selamat Hari Ibu... Aku nak join jugak. Ini sedikit cerita pasal mak aku (dalam mood rindu, mak abah aku kini berada di rumah Kak Ngah aku di Putrajaya, minggu depan mereka akan pergi mengerjakan umrah)...


Aku cuba mencari gambar-gambar mak aku, nak upload untuk entry ni. Tapi tak jumpa yang dia berseorangan. Baru aku perasan, mak aku memang tak pernah bergambar berseorangan. Mungkin ada tapi aku tak perasan atau tak ingat. Yang ada hanyalah gambar-gambar beramai-ramai dengan anak cucu. Tapi yang banyaknya gambar bersama orang yang paling dia sayangi, siapa lagi, bos akulah... Kebergantungan mak aku kepada abah aku tinggi. Pendek kata kemana saja dia nak pergi pasti dia ingin ditemani abah aku.

Mak aku seorang yang sensitif dan sangat lembut hatinya. Berbeza dengan abah aku yang garang dan kurang bercakap, pada maklah tempat kami adik beradik meluahkan rasa dan masalah. Jarang sangat dia marah apatah lagi naik tangan dengan kami. Satu peristiwa yang aku kesali sehingga hari ini adalah 'perangai setan' aku ketika di belasan tahun dulu. Atas satu sebab yang remeh aku telah menengkingnya. Fuh nasib baik abah aku tiada masa tu, kalau tidak komfem makan penampar jepun aku hari itu. Tetapi mak aku tak marah, sebaliknya dia menangis...! Menyebabkan aku rasa sangat-sangat menyesal...!

Masakan mak aku adalah masakan yang PALING BEST dalam dunia (pada tekak akula... semua anak akan cakap macam tu kan...), walaupun masakan tersebut hanyalah ikan bilis goreng dengan kentang, atau sekadar telur goreng dengan kicap, atau sekadar ikan sardin... Aku sebut lauk-lauk 'miskin' tersebut kerana itulah antara makanan ruji aku anak-beranak masa aku kecil-kecil. Orang miskin katakan... Kalau dapat makan gulai ayam tu memang kira meriah jugalah. Satu cerita yang buat aku sangat terharu sehingga ke hari ini adalah soalan yang aku sering tanya padanya ketika aku kecil:

"Mak kenapa gulai ayam ni tulang jer...? Tak jumpa daging dia pun..."

Aku tak tahu rupa-rupanya pada ketika itu abah aku hanya mampu membeli ayam tulang (tulang ayam lebihan buat satay, sekarang ni orang buat goreng tepung di pasar-pasar malam...) Sob sob... Sedih aku bila mengenangkan...

Satu lagi kelebihan mak aku yang sering membuat aku kagum adalah dia pandai menyimpan duit. Walaupun tak banyak tapi sentiasa ada. Bila dalam keadaan terdesak, pasti ada duitnya dimana-mana. Biasanya dalam lipatan-lipatan buku. Dalam keadaan terdesak pasti mak aku menjadi penyelamat. Abah aku mengakui sendiri, memang mak aku pandai menyimpan duit... Dia juga banyak membantu abah aku, yang gajinya pada ketika itu hanya ratusan ringgit sahaja. Dari menjahit baju, menjual nasi lemak, kueh mueh, jual minyak angin, tonik semua dilakukannya untuk membantu keluarga... Ni nak bagitau sikit, karipap mak aku dulu glamer tau... Orang sanggup datang jauh melintasi bandar ke kampung aku semata-mata nak cari karipap makcik Salmah tau...!

Ok cukuplah tu, kalau nak up cerita mak aku berjela-jela lagi aku tulis nanti. Marah pulak korang, macam mak aku sorang je yang best... Mak-mak korang pun best juga kan...? Tapi di hati aku PASTI, MAK AKU ADALAH MAK YANG TERBAYEK DI DUNIA... Sebabnya...? Sebab DIA MAK AKU la...

Pada Puan Salmah Binti Mohd Taher... You are the greatest mom... I still, and will love you until the end of time... Selamat Hari Ibu...

P/S: Tak lupa juga buat semua ibu-ibu di luar sana, Kak Long, Kak Ngah dan Ibu Mertuaku... Oit bini aku pun ibu juga tau, ibu kepada 2 orang anak-anak aku... Selamat Hari Ibu ye Yang...

Read more...

Terperangkap...!

Tuesday, May 3, 2011

Pagi tadi aku menemani seorang rakan menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik kesihatan desa. Oleh kerana tidak ramai orang di situ (atau mungkin kerana MA dia terlalu lapang), dia menawarkan aku sekali untuk membuat pemeriksaan. Aku kata "ok jer, no problem..."

"Apa yang nak diperiksa?" Soal aku...

"Alah bukan ada apa pun cikgu, kita check tekanan darah, kandungan gula dan kolestrol dalam darah sahaja..." Balasnya...

Selesai pemeriksaan tekanan darah (keputusannya normal) aku dihantar ke makmal untuk mengambil sampel darah. Sampai di makmal petugas tersebut mengeluarkan jarum... Ah sudah... Jeng jeng jeng...

"Kak, bukan ambil darah yang hujung jari tu ke...?" Soal aku...

"Itu nak buat apa cikgu, tak accurate pun. Kita kena ambil satu tabung (15ml) la, baru boleh buat ujian penuh..."

Alah mak ai... Terperangkap sudah aku... Bukannya apa, aku ni segan pada jarum... Diulang ye, bukan TAKUT... SEGAN je dengan jarum tu... Kuang kuang kuang...

Sebenarnya pada tahun 2002 ketika bekerja di kilang di Pelabuhan Kelang, aku pernah dijangkiti demam denggi. Mujur dapat dikesan di peringkat awal, jadi aku tidak ditahan di hospital. Namun setiap hari, selama hampir 2 minggu aku perlu berulang alik ke Klinik Kesihatan Pelabuhan Kelang untuk menguji darah. Makanya setiap hari untuk tempoh itu jugalah darah aku diambil sebanyak 15 ml setiap hari. Naik lunyai dah lengan aku kena cucuk hari-hari... Tapi Alhamdulillah aku pulih juga akhirnya, takde apa-apa ubat pun, sekadar ubat demam dengan air 100 plus je setiap hari...

Berbalik kepada pemeriksaan tadi, Alhamdulillah tekanan darah aku stabil, keputusan ujian kolestrol perlu tunggu 1 minggu manakala paras gula dalam darah adalah 6.5 mmol/l.

"Cikgu dah minum pagi cikgu...?" Tanya pemeriksa.

"Belum..."

"Hem kalau belum minum 6.5 mmol/l ni kena hati-hati sikitlah cikgu ye... Kurang-kurangkanlah makan minum yang manis-manis ye cikgu..." Terangnya...

Alamak, dangerous ni... Adakah aku bakal menjejak langkah mak dan kakak-kakak aku... Jeng jeng jeng... Oh tidak, kenalah aku jaga makan lepas ni. Air-air botol dan tin kegemaran aku tu terpaksalah dilupakan... Teh tarik pagi-pagi pun kena tukar teh tarik kurang manislah jawabnya... Hai kuranglah nikmat dunia lepas ni...

Info lanjut berkenaan diabetes boleh klik sini>>...

Read more...

KERJA... KERJA... KERJA...

Sunday, May 1, 2011

Hari ini 1 Mei, semua orang tahu hari apa kan...? Ya, Hari Pekerja, yang disambut oleh semua pekerja-pekerja di Malaysia setiap tahun. Aku kalau nak cerita pasal kerja ni, seawal dari sekolah rendah aku dah mula bekerja. Maklumlah orang susah, pandai-pandailah cari duit poket sendiri. Bermula dari kerja kedi di padang golf, kilang roti, kedai makan, stesen minyak, cuci kereta, kilang sarung tangan hinggalah ke hotel-hotel - semua aku pernah rasa... Sehingga ke hari ini, kerja tetap atau kerjaya aku adalah seorang guru... Dan Insyallah dengan izinNya, aku kepingin untuk pencen dengan gelaran cikgu...

Tapi sudah tentu, beban dan tanggungjawab antara kerja 'cari duit poket' dengan kerjaya sekarang amat jauh bezanya. Jika dulu aku tak fikir pun nak kerja sampai bila, gaji tak kisah banyak mana pun. Waktu kerja pun kadang-kadang ikut mood je. Nak kerja pergi, malas kerja tak payah pergi... Tapi cuba aku buat perangai macam tu sekarang ini, tak pasal-pasal dapat surat tunjuk sebab...! Itu pun kira ok lagi, kalau dapat 'pergerakan gaji statik' kan naya...!

Aku bekerja untuk cari makan anak bini aku. Bagi duit sikit-sikit kat orang tua aku. Melunaskan semua hutang untuk hidup, hutang kereta, hutang peribadi, bil itu, bil ini... Sesekali terfikir gak aku, dengan kerja dan gaji sekarang ini, boleh ke aku nak hidup kaya-raya, rumah besar, kereta menjalar... Hakikatnya: hem dalam mimpi ajer ler... Dalam keadaan dan persekitaran hidup sekarang ini, kehidupan yang aku jalani sekarang ini dah memadai sangat dah... Tapi agak-agaknya sampai bila boleh bertahan sebegini...?

Setiap tahun, sebagai kakitangan awam aku akan mendapat kenaikan gaji tahunan. Namun setiap tahun juga aku tak rasa langsung kenaikan tersebut. Iyalah, jika gaji aku naik RM100, perbelanjaan naik berkali ganda pula. Minyak naik, harga barangan naik, pakai makan semuanya naik... Mulalah aku terfikir, alangkah bagusnya jika tiada ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan; alangkah bagusnya jika sumber negara dibelanjakan dengan lebih berhemah; alangkah bagusnya jika benar-benar "rakyat didahulukan"...

Seorang sahabat aku dulu pernah berkata:

"Biarlah gaji tak naik pun tak apa, yang lebih penting kos hidup tak naik..."

Aku agak bersetuju dengan pandangan tersebut. Tapi kan lebih baik jika:

"Gaji naik tapi kos hidup tak naik-naik..." Hee hee... Agak-agak boleh ke...?

Apa-apa pun buat semua yang bergelar PEKERJA di mana saja anda berada, selamat Hari Pekerja aku ucapkan. Besok kita nikmatilah cuti kita ye... Pesan aku pada yang belum bekerja pula, enjoylah korang puas-puas buat masa sekarang ini, besok-besok dah mula kerja nanti... ermmm korang rasa sendiri ler...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP