Sahabat Tanpa Suara

Lawak Hari Ini

Saturday, June 26, 2010

Seorang CEO syarikat korporat sedang menemuduga 4 orang calon yang telah disenarai pendek untuk jawatan Pengurus Besar syarikat berkenaan...katanya:"berikan saya perkara yang paling LAJU dan huraikan kenapa anda katakan demikian..."
Calon pertama dengan penuh gaya berkata:"KELIPAN MATA Tuan,kerana kita tak pernah sempat mengira selaju mana kita berkelip mata..."
Calon kedua membangkang dengan berkata:"bagi saya FIKIRAN lah yang paling laju Tuan kerana fikiranlah yang sampai dulu sebelum kita berkelip mata..."
Calon ketiga dengan lantang menjawab:"NYALAAN LAMPU lah yang paling laju Tuan...lampu akan menyala dahulu sebelum sempat kita berfikir dan berkelip mata..."
Calon keempat dengan gaya rileks menjawab:"setelah menimbangkan ketiga-tiga jawapan calon tadi,saya terpaksa mengatakan yang paling laju adalah CIRIT!!!"
"Cis berani kamu mempermainkan saya!!!tapi takpe,saya ingin dengar penerangan kamu..."kata CEO tersebut dengan berang...
"Macam ni Tuan, malam tadi saya ada rasa sakit perut mungkin kerana tersalah makan pada siang harinya...tengah malam tadi saya terjaga disebabkan perut saya terlalu merengat...dalam SEKELIP MATA sahaja,tanpa saya sempat BERFIKIR apa-apa dan tak sempat pun MENYALAKAN LAMPU terus...BURRRRR dia keluar Tuan..."
CEO tersebut tercengang dan dalam terpaksa dia mengatakan:"you are hired..."

0 comments:

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP