Homestay Penang...
Wednesday, June 3, 2015
Assalamualaikum...
Dalam entry sebelum ini aku ada menceritakan trip aku berjalan-jalan ke Penang bersama keluarga besar RamSal aku kan...? And masa tu aku berjanji akan membuat satu post khas berkenaan dengan kediaman kami di sana... So aku buat entry ini khas untuk mempromosikan homestay ni pada korang semua... Kalau ikutkan aku, aku akan katakan highly recommended... Rumahnya luas, terletak di taman perumahan yang baru, bersih, dan paling penting tuan rumah dia tak berkira dan tak banyak songeh...
Cumanya ia bukan terletak di dalam pulau, jarak perjalanan dari homestay ke dalam pulau melalui jambatan pertama biasanya akan memakan masa sekitar 15 ke 30 minit... Bergantung kepada pemanduan anda... Kalau Schumacher aku budget dalam 5 minit setengah boleh sampai dah, kikiki buat lawak sikit... Oklah bagi sesiapa yang berhajat tu sila-silakanlah ye...Lets cekidout...
Seperti yang aku katakan tadi, ianya terletak di taman perumahan yang baru, jadi rumahnya pun agak baru dan bersih... Cumanya tuan rumah di tak upgrade/ buat apa-apa renovation berbanding dengan jiran-jirannya... Yelah bukan dia nak duduk pun kan, so aku rasa benda-benda tu tak menjadi priority baginya...
Ini ruang tamu dia, memang besar bagak kan... Sesuai sangat nak bergelemak anak-beranak sedara mara... Perabot dia pun tak banyak bagi aku sesuai juga untuk budak-budak bermain... Tv disediakan tapi minta maap chanel astro takde la... Kalau nak tengok juga kenalah punggah decoder dan piring sendiri ek...
Ini dapur dia, disediakan dapur memasak lengkap dengan periuk belanga kuali kuala pinggan mangkuk semua... Siap ada peti ais dan mesin basuh... Aku ada cadang kat tuan rumah kalau boleh sediakan bibik sorang lagi cun kan...
Rumah ni ada 4 bilik, 1 di bawah dan 3 di tingkat atas... Keempat-empat bilik dilengkapi dengan air cond... Ini bilik di tingkat bawah... 2 katil bujang bersama almari dan cermin solek... Just nice...
Ini pula adalah 3 bilik di tingkat atas... Bilik utama dengan katil queen, almari dan meja solek... Siap ada tilam bujang spare dia bagi... Oh ye, walaupun ada air cond, kipas siling turut dipasang oleh tuan rumah... Bilik 2 dan 3 juga hampir sama kelengkapannya, air cond, katil queen dan meja solek... Dua bilik ini berkongsi 1 bilik air...
Ok itu sahaja untuk kali ini, ini merupakan entry paling cepat aku pernah buat... 7 minit setengah dah siap... So sekali lagi aku ulang kalau korang ada berhajat ke Penang, dengan keluarga yang besar, tak kisah berada di luar pulau, makanya ini adalah homestay yang sangat sesuai untuk anda... Harga aku taknak sebutlah kat sini, korang call je nombor kat atas tu... Tapi serius, harga yang diberi nanti memang boleh 'adjust'... Cuma janganlah adjust sampai nak duduk free, agak-agakla der... Kikiki...
12 comments:
mesti mahal kan sham..semua kelengkapan ada...nampak dalam gambar memang selesa bersih..teratur...
amboi ..gatai na hang sham...nak bibik bagai...harga homestay bagi naik baru ada bibik sham oi...
huhu gurau je sham.....peace
siap mintak bibik..hahaha
tapi dari pengalaman saya, pernah bercuti kat satu homestay ni TV dia rosak. oh memang heaven sebab semua tak payah perambat bila nak keluar dan paling penting boleh berborak.dan kitorang saja x nk mntk password Wi-fi..haha
Senang ati kalau dpt homestay bersih, luas. Jauh sikit pun tak pe kan..
kalau bercuti beramai-ramai mmg selesa tinggal di homestay...hala utara ni homestaynya selesa n xlah mahal sangat. sekali dah menyewa di situ xnak dh menyewa tempat lain kalau kebetulan bercuti di situ lagi.
kalau ramai memang pilihan untuk menyewa homestay lebih sesuai kan, nampak selesa Sham.. terima kasih berkongsi pengalaman disini.
Assalam.. En Sham, kalo ke Slim River, call my mum dia tokey homestay juga, hehehee... nak ke penang tak tau le bile, InshaAllah sampai la saya nnt ke Homestay tu...
Nampak kemas dan selesa homestay tu... ada persenol touch. Melancong pun seronok dpt bermalam beberapa hari di homestay mcm tu.. :)
Nampak kemas dan selesa homestay tu... ada persenol touch. Melancong pun seronok dpt bermalam beberapa hari di homestay mcm tu.. :)
just nice.. bukan nak duduk terus pun kat situ.. ;)
kalau harga berpatutan apa salah nya
nak bibik, bawak sendirilah. sama kaedah dgn piring dan dekoder astro ye incik sham. :D
selesa sgt klu bw family besar dr duk hotelkan... brapa sewanya...
Post a Comment