Eid Fitr 2015
Monday, August 3, 2015
Fuh sudah agak lama aku tak update kan, hampir-hampir 3 minggu... Mesti ramai yang tertunggu-tunggu, tertanya-tanya- bilalah shamdisini nak kembali bersiaran kan...? Tak kurang pula yang tidur tak lena, mandi tak basah, berak tak basuh- mengenangkan bilalah agaknya dapat mendengar perkhabaran terbaru dari aku... Well, untuk memenuhi impian korang-korang semua, baiklah ini perkhabaran terbaru dari aku... Hee hee hee, lama tak mengarut, maafkan hamba di bulan yang mulia ini ye...
Kita masih lagi di bulan Syawal, so aku yakin ramai lagi yang masih dalam mood raya... Ini memang dah budaya kita di Malaysia, oleh sebab puasa sebulan, so kita akan demand untuk beraya juga selama sebulan... Cuma sekarang ini kemeriahannya mungkin agak berkurangan sebab radio dah 'slow' sikit... Kalau tidak, memang dema pulun main lagu raya je kaw-kaw punya... Betul...? Dan pada masa ini jugalah setiap hujung minggu setidak-tidaknya kita akan menghadiri rumah-rumah terbuka dari sahabat-sahabat kita... Itu tidak termasuk lagi rumah-rumah terbuka dari jabatan-jabatan, bank-bank, kedai-kedai kereta, kedai makan Pakcik Hamzah, gerai lemang To'ki dan tidak ketinggalan kedai motor Ah Meng di simpang Ketari... Namun tak salah juga semua ini kan, malah baik untuk merapatkan hubungan silaturrahim...
Bagi yang kerja makan gaji pula of coz semua sudah habis bercuti kan..? Semua sudah kembali ke 'sarang' memasing... Meneruskan kehidupan seperti biasa, kembali bertugas untuk mencari sesuap rezeki... Haa bab ini aku consider aku masih bertuah, jangan jeles u ols aku masih dalam cuti tau... Paling tidak tarikh akhir aku di dalam mc adalah pada 1/9/2015... Pada masa itu memang genap sudah setahun aku dalam cuti barah, bermakna aku sudah menghabiskan separuh dari cuti yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan bagi pesakit-pesakit kanser yang bertugas sebagai kakitangan awam di negara ini... Tinggallah separuh sahaja lagi...
Secara jujur aku masih belum menetapkan samada untuk meneruskan cuti atau kembali bertugas, serius aku masih belum membuat keputusan... Walaupun pun secara zahirnya aku rasa sudah cukup sihat dari segi mental dan fizikal (tidak sepenuhnya, aku boleh letak 70%-80%), tetapi bila memikirkan betapa 'syoknya' bercuti ni, badan pun rasa lemau je, rasa nak bercutiiii je lagi... Ishhh bahaya camni, aku kena bulatkan tekad, ye aku mesti kembali bertugas... Dah ada yang menanti aku seperti mana yang pernah aku tuliskan disini>>...
Sebenarnya aku nak bercerita pengalaman beraya aku tahun ini... Ye memang tiap-tiap tahun kita beraya, so apa bezanya...? Dari beberapa segi memang tiada beza dengan raya-raya sebelum ini, balik kampung, bertakbir memuji kebesaranNYA, mohon ampun ibu bapa, bermaaf-maafan sesama kita, kunjung mengunjungi, makan lemang, ketupat rendang jangan dilupa peninggalan nenek zaman berzaman, asyik bersembang pakcik dan makcik hai duit raya lupa nak diberi...
Tetapi dari satu segi lagi ini adalah merupakan kali PERTAMA aku beraya sebagai seorang pesakit kanser, sebagai seorang laryngectomee, sebagai seorang yang 'tanpa suara'... Jadi jika ditanya adakah sama je raya aku tahun ini, aku akan katakan TIDAK sama sekali...
Jujur aku katakan aku ada satu ketakutan sebenarnya, fear... Ketakutan untuk berjumpa dengan orang ramai, ketakutan untuk mendedahkan penyakit aku kepada orang yang bakal aku jumpa, dan paling utama sebenarnya aku takut untuk menghadapi REAKSI dari orang yang dapat tahu penyakit aku ini buat pertama kali... Mungkin bagi yang dah biasa mengikuti blog aku ni mungkin akan rasa wah hebat dia ni, berani hadapi penyakit kanser, boleh mengharungi kehidupan sebagai OKU tanpa suara bla bla... Namun hakikatnya bagi aku berhadapan dengan penyakit adalah satu peperangan, dan menghadapi orang ramai merupakan satu peperangan yang lain dan berbeza sekali situasinya... Dan ye, aku masih ada fear tersebut... Malah sebenarnya itu jugalah antara sebab-sebab aku masih belum memutuskan samada untuk kembali bertugas atau tidak selepas 1/9/2015 ini...
Untuk makluman korang juga memang aku masih belum berjumpa dengan semua saudara mara, sahabat handai... Memang ada antara mereka yang sedia maklum namun masih ada juga yang langsung tidak tahu menahu... Yela takkan aku nak ke hulu ke hilir pulak mencanangkan kepada semua saudara mara sahabat handai: wei aku ada kanser wei... Maklong, Paktan, Ayah cu, saya ni kena kanser peti suara, sekarang ni saya dah tak boleh cakap macam orang biasa... Hermm takkan gitu pulok kan... Biarlah ianya berlaku secara natural kan... So kedatangan Syawal ni memang antara masa yang paling sesuaila untuk aku story mory benda-benda ni semua... Tapi tulah, bila mengenangkan reaksi-reaksi yang bakal aku terima nanti, agak terrify jugalah aku rasa...
Namun nak tak nak aku kena hadapi juga kan...? Aku tak boleh nak sorok jugak penyakit aku ini buat selama-lamanya... Kata orang satu-satunya cara untuk mengatasi sesuatu ketakutan adalah dengan berdepan dengan ketakutan itu sendiri... Well nampaknya itu yang harus aku lakukan; dan telah pun aku lakukan...
Seperti yang aku jangkakan, memang pelbagai reaksi yang aku terima... Ada yang bersedih, ada yang terkejut, ada yang terkejut 'gila', ada yang terkejut 'gila-gila'... Ada pula yang selamba derk je, erm macam-macam... Banyak yang memberi kata-kata semangat, namun dalam pada masa yang sama ada juga yang agak menjengkelkan... Malas pulak aku nak mengenangkannya, dan sebenarnya reaksi yang sebegitulah yang buat aku malas/ takut nak berhadapan dengan orang...
Namun secara keseluruhan ianya tidaklah memberi kesan yang negatif pada aku... Bila dikenang-kenangkan lagi, nampak macam ini satu permulaan yang baik untuk aku terus kehadapan untuk berdepan dengan orang ramai... Ini merupakan satu pengalaman yang berguna sebenarnya... Pengalaman berhadapan dengan orang ramai, pengalaman untuk 'meraikan' reaksi yang baik-baik, pengalaman untuk 'absorb' reaksi-reaksi yang negatif... Herm nampaknya ada juga sesuatu yang berguna aku dapat dalam Syawal kali ini... Berguna sebagai persediaan aku untuk kembali bertugas, berguna untuk persediaan aku berhadapan dengan rakan sekerja, orang ramai dan masyarakat sekeliling...
Eid mubarak untuk semua...

p/s: ada lagikah yang nak tau kisah aku yang selanjutnya pasca pembedahan pembuangan peti suara...? Tunggu kehadiran Flashback Part 9 ye... Coming soon... ;-)
24 comments:
tak dapat bayangkan.mesti puan isteri yang kena explain dekat semua yang bertanya.
Cantik isteri cikgu..puji ikhlas ni!salam aidilfitri.maaf zahir batin
Itu dh tugas hakiki dia tuh...hee...
Salam Aidilfitri buat Sham n keluarga.. Alhamdulillah..sihat nampaknye ye Sham..dpt juga bergambar raya bersama keluarga..itu pun sudah memadai...apa2 pun didoakan kesihatan buat Sham n seisi keluarga... pst! cantek nye ur wife , kim salam eh! take care bro!
SALAM LEBARAN MAAF ZAHIR BATIN...WAH FOTO FAMILI YG KELIHATANNYA AMAT BERBAHAGIA DGN ANAK2 YG COMEL N ISTERI YG CANTIK AYU...KAK DH TULIS 2 CERPEN BERDASARKAN PENGALAMAN CIKGU NI DAN NAMPAKNYA AKAN DITERBITKAN DLM ANTOLOGI CERPEN DBP...TERIMA KASIH BANYA KERNA TLH MENYUMBANG IDE DLM PENULISAN KAK..
Salam Cikgu Sham,
sahabat lama blogger zaman dahulu kala ;p
(rasanya sejak dulu baru anak seorang ... )
banyak yang saya perlu qada' baca kisah cikgu sham ...
saya doakan agar segala yang baik2 berlaku dlm kehidupan kita semua .. semoga Allah merahmati hidup cikgu sham sekeluarga :)
Salam lebaran gak utk eMMe sekeluarga...
Ye ke kak...?wah time kasih ler bbyk ler sudi kongsi cerita kita ni...hee3...
Ye mak encik...ni btl2 kawan lama ni...antara kawan plg awal dlm dunia blog ni...;-)
selamat hari raya aidilfitri utk sham & famili. akak doakan sham cepat sihat dan sembuh, serta bebas dari kanser insyaallah....amin...
Selamat hari raya buat sham sekeluarga...lama betul x singgah sini
last baca kisah peti suara part 3 kalau x salah...semoga Allah permudahkan segala urusan ye aminnn
alhamdulillah. sham nampak sihat dan kuat...semoga terus sihat walafiat..dan tabah di hati
riaksi org mmg mcm mcm...tpi bg rietta, tuan blog mmg sngat kuat dan tabah....moga cepat sembuh...
PS: cuti lelama mmg best...yang shat ni pown suka nak bercuti....hehehe....
Dan juga mesti ramai yang bagi idea makan ubat itu, supplement ini atau jumpa si anu...
Masa ibu_suri jatuh sakit dulu, sampai ada orang bawak kami pi jumpa bomoh Siam....
selamat hari raya sham..maaf zahir batin...sayu hati baca entri sham dan luhat gambar keluarga sham..moga shma dan keluarga kuat hadapi dugaan..amin..
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Sham dan keluarga.. ;)
salam aidilfitri bro.
Bertarung dgn penyakit yg ditanggung kakak rasa selain diri sendiri menanggung kesannya, insan-insan terdekat pasti tempias sama. Doa-doa mereka juga tidak pernah lekang.
Kakak percaya Sham kuat dan boleh bekerja. Mungkin ia juga boleh jadi terapi utk tak terus memikirkan penyakit yg ada.
Salam aidil-fitri juga dari kakak.
bukan sebarangan org boleh menghadapi kanser ni...hya org yg tabah dan cekal jer mampu menghadapinya..dan sham adalah salah seorang daripadanya....sy doakan semoga sham terus tabah dalam menghadapi dugaan ni....sayu rasa hati baca apa yg diluahkan.....berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul.....
Selamat hari raya aidilfitri.....terima kasih atas kunjungan ke blog sy :)
Salam aidil fitri juga buat sham sekeluarga..... semoga sham dan keluarga sehat2 selalu... dan dipermudahkan dalam proses2 perubatan sham seterusnya...
selamat hari raya sham..:)
keja makan gaji lah ni.. mood kerja xda lagi ckup sebulan baru mood ok. opss... hehe
Selamat Hari Raya Sham, walaupun makan gaji, saya masih lagi bercuti... jauh di perantauan.
Selamat Hari Raya Sham, maaf lewat untuk mengucapkannya...
Semangat kena kuat ni,cikgu..tambah kan lagi dgn sokongan dari keluarga terdekat mmg akan memudahkan cikgu hadapi hari2 mendatang.
omey wife =) hehehe.. alhamdulillah.. tak apa apa pun pandangan orang.. kita tak hidup atas apa yang diorang fikir.. da decide ke nak kerja or nak cuti lagi ? memang suka kan cuti hehe.. ayah dlu pun lepas cuti 3 bulan malas nak pergi ngaja balik hahaha.. tapi pergi jugak sbb dah rindu sekolah..
Post a Comment