Makanan Tambahan Kesihatan
Wednesday, August 26, 2015
Assalamualaikum...
Hari ini apa kata kita bicara tentang kesihatan, kita cerita tentang makanan kesihatan... Ye, supplement... Yang berlambak-lambak di pasaran sekarang ini... Dengan bermacam-macam jenis jenama, dengan masing-masing melalui testimoninya dapat menghindar, mengelakkan bahkan dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit...
Sudah tentu sebahagiannya amat mujarab dan berkesan, namun tidak dinafikan sebahagiannya lagi hanya indah khabar dari rupa, malah ada yang boleh dikategorikan sebagai 'sampah' sahaja... Semata-mata dengan iklan yang menarik, menggunakan model-model yang cun-comel, dengan ayat-ayat yang power; tapi hasilnya ternyata hampas... Bak kata seorang sahabat lama, ini bukan lagi jenis hampas kelapa, hampas kelapa ada lagi kegunaannya, kurang-kurang boleh lagi bagi ayam makan... Tapi ini dah kategori hampas kunyit, sesen pun tarak guna dah... Huhu...
Satu masa dahulu aku seorang yang amat sinikal dengan pengamalan makanan kesihatan ini... Bagi aku ianya adalah satu pembaziran, gaya hidup orang kaya yang dah tak tau nak buat apa dengan duitnya, atau sebenarnya hanya skim piramid/ MLM yang berlindung di sebalik produk kesihatan... Terus terang aku katakan memang aku tak pernah cuba mana-mana supplement pun... Sementelah lagi badan tengah sihat walafiat, ketika disekolah aku adalah sport boy, sebelum menjadi cikgu aku kerja di kilang, dengan gaya kerja yang lasak dan sentiasa berpeluh... Mana mungkin aku ditimpa sebarang penyakit kritikal...
Satu lagi sebab aku tidak pernah teringin untuk mengamalkan apa-apa produk kesihatan pada ketika itu adalah kerana aku sangat-sangat jarang ditimpa sakit... Baik selsema, batuk atau demam; amat-amat jarang sekali... Mungkin sesekali dalam tempoh 3 ke 4 tahun... Aku sangat yakin dengan kemampuan sistem imun aku dalam menangkis sebarang virus/ penyakit yang cuba bertapak dalam badan aku ini...
Namun itulah hebatnya perancangan ALLAH, kita ingat kita serba tahu dan rancangan hidup kita pasti berjalan mengikut kehendak kita tapi apabila DIA menunjukkan 'jalan' yang sebenarnya; mula kita huru hara... Lebih-lebih lagi bila jalan tersebut tidak ada sebesar hama langsung bersamaan dengan apa yang kita impikan selama ini... Siapa sangka tiba-tiba aku diserang KANSER...! Satu penyakit yang dikaitkan dengan kerosakan sistem imum tubuh badan...! Perghhh memang tidak disangka-sangka langsung... Dari sihat-sihat tetiba kena penyakit...! Uncured disease pulak tuh...!
Sejak disahkan dengan penyakit kanser berat badan aku menurun, boleh dikatakan mendadak juga... Dalam tempoh 1-2 bulan berat aku turun dari sekitar 80kg kepada lebih kurang 60kg sahaja... Pada ketika itu aku masih tidak menerima apa-apa rawatan, hanya menunggu turn untuk menjalani rawatan kemoterapi dengan radioterapi... Pada masa itulah baru aku mengambil kuputusan untuk mengambil makanan tambahan kesihatan secara konsisten... Ada 2-3 jenis produk juga yang aku amalkan, aku mengamalkan produk yang berkait rapat dengan pembinaan/ menguatkan sistem imun badan... Dengan hasrat supaya imun badan yang sihat dan kuat dapat membunuh sel-sel kanser yang telah bertapak dalam badan aku ini... Namun nasib tidak menyebelahi aku, tiada rezeki aku untuk pulih melalui makanan tambahan kesihatan... Aku pernah menulisnya disini>>...
Akhirnya aku terpaksa juga dibedah, dibuangnya organ dari tubuh aku ini bersama-sama dengan kanser tersebut... Alhamdulillah, pembedahan berjaya dan kanser kini tidak lagi mengganas di dalam tubuh aku... Namun aku kini merasakan yang aku perlukan makanan tambahan kesihatan... Untuk menguatkan tubuh badan aku, untuk menguatkan sistem imun aku, untuk langkah pencegahan...
Sejak dari tamat pembedahan hingga ke hari ini sebenarnya dah bermacam-macam jenis produk yang aku amalkan... Tapi tak semuanya aku amalkan sehingga ke hari ini... Aku rasakan aku perlu banyak mencuba, sebabnya sepertimana yang aku tulis di awal tadi; bukan semua supplement itu bagus atau sesuai untuk tubuh badan kita...
Aku jadikan tubuh aku sebagai bahan eksperimen, mana yang aku rasa serasi aku teruskan... Mana yang tidak, aku hentikan sahaja... Cuba pula produk lain... Sehingga ke hari ini aku rasa hampir 2 belah tangan juga dah jenama-jenama atau produk-produk yang aku cuba... Tidak termasuk makanan-makanan sunnah seperti madu dan habatus sauda... Namun tidaklah semuanya aku bedal dalam satu-satu masa... Cumanya dalam satu-satu masa tu aku terhadkan kepada 2-3 jenis produk sahaja... Insha ALLAH satu hari nanti aku bercadang nak berkongsi dengan korang semua produk-produk makanan kesihatan yang aku rasa serasi dengan aku...
Satu dari hazard kepada pesakit/ bekas pesakit kanser adalah kami ini agak terdedah kepada bahaya dari segi pemakanan... Maksud aku kami ini harus berpantang dalam makan, tak boleh dah main bedal je apa yang teringin... Banyak senarai makanan yang harus dielakkan... Makanan diproses, makanan segera, makanan dalam tin, makanan berprotein tinggi seperti daging merah dan sederet lagi jika perlu dilistkan... Namun di atas semua itu ada satu bahan makanan yang PALING merbahaya, namun setiap hari kita tetap consume tanpa rasa bersalah... Yang aku maksudkan adalah GULA...
Ye, GULA... Gula yang memaniskan teh kopi kita ketika sarapan, gula yang menyedapkan kuih muih kita, gula yang menambahkan rasa kasih sayang dalam setiap hidangan makanan... Sungguhpun ianya enak dan melazatkan namun ia jugalah yang akan menjadi RACUN jika diambil secara berlebihan...
Jika disenaraikan penyakit kritikal yang berpunca dari dari pengambilan gula yag berlebihan pastinya akan panjang berjela... Bermula dengan diabetes, darah tinggi, stroke sehinggalah ke penyakit kanser... Ini memang parah, aku terpaksa menahan keinginan untuk makan dan minum yang manis-manis... Ingat senang ke beb, cuba korang senaraikan makanan/ minuman yang sedap tapi tidak membabitkan pengunaan gula... Herm susah kan, maka terpaksalah aku menahan sahaja keinginan, hinggakan kadang-kadang tu rasa macam nak stress pulak... Huhu...
Sehinggalah aku terjumpa satu produk, produk itu adalah Rcc STEVIA... Rcc STEVIA adalah pemanis yang boleh dijadikan alternatif kepada penggunaan gula... Ianya manis, selamat, 0 kalori dan tidak membahayakan sepertimana gula... Rcc STEVIA diperbuat dari ekstrak daun stevia, kemanisannya boleh mencapai sehingga ke 300 kali manis gula... Malah setitis sahaja Rcc STEVIA mampu untuk memaniskan segelas air...
Herm, aku rasa banyak pulak dah aku tulis kali ini, dah berjela pulak aku rasa post ni... So apa kata next time sahajalah aku ceritakan tentang Rcc STEVIA ni lagi... Tapi aku rasa mungkin ramai juga dari korang yang pernah mendengarnya, kan...? Cuma kali ini aku nak bagitau sahaja yang sehingga kini sudah hampir 3-4 bulan aku menggunakan Rcc STEVIA ini...
Aku sangat berpuas hati sehinggakan aku membuat keputusan untuk menjadi agen RCC Stevia... Aku perkenalkan kepada keluarga dan rakan-rakan... Alhamdulillah, ramai jugak yang teringin mencuba dan ramai juga yang berpuas hati... So hari ini aku kongsikan pula korang... Kalau nak tahu lebih lanjut korang boleh google je 'Rcc STEVIA'... Banyak dah maklumat-maklumat berkaitan dengan pemanis pengganti gula ini... Atau pun korang boleh masuk ke facebook: Pemanis Pengganti Gula... Aku sendiri yang menguruskan laman facebook tersebut...
Dan kalau nak mencuba, hubungi aku terus... Boleh tempah melalui aku... Selain korang dapat menggunakan produk yang HEBAT ini sebenarnya korang dah pun menolong aku- seorang bekas pesakit kanser... Heeeee3... Thanks in advance ye...
19 comments:
sy tgk ramai juga yg consume produk2 berasaskan stevia ni...
kawan yan juga syorkan stevia ni sham..tapi tak berani cuba
nak juga mencuba.dimana nak dapatkan stok..
Makanan tambahan ni memang bagus utk tubuh sy pon baru berjinak2 nak mencuba....
Hekeleh apa yg tak beraninya yan...bukan racun pun...kikiki...
Pada yg betul2 nk try boleh la cari stokis yg bdekatan...tp sy sugest oderla ngan sy...heee3...sy boleh poskan...kos pos sy belanja..
Stevia ni mmng elok sngt ,tpi kmahun pd gula biasa masih sukar dihindari..
InsyaAllah nanti bila kakak nk order pada sham
Oraittt kak...steady...
stevia ni baik utk kesihatan pengganti kpd peminat gula...kakpun mengamalkannya.
Cadangan alternative gula yang baik...akan difikirkan.
Rakan di pejabat saya dah ada yang cuba dengan produk ni, paling ketara dia mampu turunkan berat badan dia.. cuma saya masih belum nak beli lagi.. eeemm.. teringin juga tapi akan difikirkan selepas ini.
kan! gula tu pembunuh dlm senyap!adehhh laaa tapi tu la yg sedap!
rietta pown pernah dgr stevia ni...tpi blom pernah cuba....
ada gak dgr pasal stavia ni ... cuba baca ni ... http://cetusanmind.blogspot.my/2015/08/jus-carrot-rawat-kanser.html
stevia ni jenis cecair yea? kebanyakkan yang saya jumpa jenis macam tablet/pil
Semut mati kerana gula, manusia juga merana kerana gula. Jom mencegah
Semut mati kerana gula, manusia juga merana kerana gula. Jom mencegah
Semut mati kerana gula, manusia juga merana kerana gula. Jom mencegah
Post a Comment