Sahabat Tanpa Suara

Cuti-cuti Melaka

Friday, April 28, 2017

Assalamualaikum...

Hari ini tiba-tiba aku rasa nak buat posting pasal percutian. Waa ala-ala travel blog gitu, boleh...?

Baru-baru ni aku bawa family bercuti ke Melaka. Kali ini kitorang menginap di Swiss-Garden Hotel Melaka. Apa yang bestnya Swiss-Garden Hotel ni? Haa ni aku nak bagitau.

Firstly, Swiss-Garden Hotel ni terletak betul-betul tengah bandar Melaka. Nak cari memang takkan sesat punya. Lagi-lagi kalau pakai waze, tarak hal punya. So bila berada di tengah-tengah town ni, excess kemana-mana akan menjadi mudah.

Tempat paling best yang berhampiran pastilah Dataran Pahlawan di Bandar Hilir Melaka. Kalau menaiki kereta memang tak sampai 10-15 minit. Satu lagi tempat menarik yang berhampiran adalah Pirate World Melaka. Yang ini memang paling dekat, kat depan hotel sahaja!


Yang paling bestnya, kalau korang rasa nak menaiki cruise, di hadapan Swiss-Garden ni ada tempat jualan tiket dan hentian untuk Cruise Melaka, so korang memang tak perlu nak berasak-asak, beratur panjang sampai lenguh-lenguh kaki untuk membeli tiket di hentian utama Cruise Melaka.


Eh korang tau tak puncak PALING TINGGI di negeri Melaka? Haaa sebenarnya di Swiss-Garden Hotel inilah terletaknya menara tertinggi di Melaka. Berkembar dengan Swiss-Garden Hotel ini adalah bangunan The Shore dan disinilah terletaknya menara tertinggi di negeri Melaka. Di menara ini boleh layan pemandangan 360 bandar Melaka, layan pulak masa sunset, memang syok. Lepas tu berjalan pulak melintasi jambatan transparent, waa mendebarkan gitu...



Selain itu di bangunan the shore ini juga terletaknya The Shore Marine Life, bawa anak2 tengok hidupan laut, memang terkesima la budak-budak ni semua. Kikiki...


Lastly jom tengok apa yang ada di Swiss-Garden Hotel ini sendiri pulak. Ok di Swiss-Garden Hotel ini korang boleh menginap di bilik yang harganya bermula dari RM204 untuk satu malam. Dengan keluasan bilik 32 kaki persegi, korang boleh memilih samada untuk satu katil king atau dua katil single. Kemudahan-kemudahan lain termasuk wifi percuma, parking percuma, peti sejuk, peti besi dan lain-lain kemudahan yang asas. Tapi paling seronok adalah Swiss-Garden Hotel memiliki kolam yang mesra kanak-kanak. Haha yang ini memang heavenla bagi anak-anak aku, terutamanya si Shahmin ni.



Oklah, aku cerita detail sangat nanti buat spoil korang pulak nanti. So apa kata korang try sendiri percutian di Swiss-Garden Hotel ini nanti. Aku pasti berbaloi-baloi-baloi beb.

Herm kebiasaanya korang tempah hotel bagaimana? Walk in? Oh that is so not IT la beb, 😅😅😅. Orang sekarang semua main booking online je kan, berlambak-lambak servis pencarian hotel di internet sekarang ni. Apa, trivago? Oh sori, bagi aku trivago hanya gah kerana iklan di astro sahaja. Nak yang lebih convinient dan mudah? Aku akan suggest laman web Traveloka. Acer kome semua cuba guna Traveloka tu. Lebih mudah, lebih menjimatkan masa. Kalau memang berhajat nak menginap di Swiss-Garden Melaka ni boleh terus booking bilik anda disini>>

4 comments:

dear anies April 28, 2017 at 1:42 PM  

kalu ddk homestay sy boleh dpt free kot... ;-)

paridah April 28, 2017 at 9:50 PM  

SERONOKNYA BERCUTI DI MELAKA

Dhani Tour Bandung August 15, 2017 at 8:42 PM  

Salam sejahtera Tuan/Puan, semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki (Amiin)… Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung/Jakarta. Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
Call : +6282214441280
WhatsApp : +6282214441280
WhatsApp : +6282282222896
Email : dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)
Website : http://www.Dhanitourindonesia.com
Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang…
Kami pun menyediakan paket transport dan hotel
Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
Wassalam, Terimakasih…
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhati Tour Bandung… (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja.. Terima kasih

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP