Mati Itu Pasti...
Sunday, April 30, 2017
Kelmarin aku mendengar satu berita kematian, muda lagi arwahnya. Aku mengenali arwah sejak dari zaman persekolahan namun kami tidak pernah bertegur sapa. Bukan satu batch pun, dia muda dari aku beberapa tahun. Dengarnya arwah tiada sebarang penyakit kritikal, arwah meninggal ketika tidur. Allahu, mudahnya kematian...
Aku tidak pergi menziarahi jenazah. Jujurnya sudah agak lama aku tidak pernah pergi atau menziarahi mana2 kematian atau jenazah. Ya, aku tau itu satu masalah. Tapi bagi aku masalah yang lebih besar adalah aku akan terbawa2 dengan suatu perasaan yang tak dapat dijelaskan, setiap kali selepas menziarahi sebarang kematian. Aku akan menjadi trauma, perasaan down selama beberapa hari dan kadang2 akan terbawa2 hingga ke dalam mimpi. Ini bukan satu jenaka, aku tak pasti jika ada melibatkan unsur2 mistik atau sekadar masalah emosi aku, tetapi aku kira ini adalah sesuatu yang perlu aku atasi sendiri.
Namun percayalah, aku tidak pernah melupai akan kematian. Menjadi seorang pesakit/ bekas pesakit kanser, perkataan "MATI" adalah antara perkataan atau bayangan yang paling sering bermain di fikiran kami2 ini. Berada di dalam group fb mahupun whatsapp yang berkaitan dengan kanser, berita tentang kematian adalah satu perkara yang agak lumrah, seperti tiada apa yang hendak dihairankan sudah.
Ya, ucapan takziah, Al-Fatihah dan doa2 akan mengiringi si mati. Namun yang hidup tetap akan meneruskan kehidupan. Perjuangan si mati sudah sampai ke penghujungnya, ALLAH telah menjemput mereka, done. Namun apabila mengenang kembali perjuangan mereka ketika hidupnya, membuatkan kita bangga dan menambahkan semangat kita yang masih hidup ini.
Sebenarnya kematian bukanlah sesuatu yang perlu ditakutkan sangat. Ianya adalah janji ALLAH dan ianya adalah satu KEPASTIAN. Kematian hanyalah satu proses perpindahan dari satu alam ke alam yang lain. Seperti mana yang kita telah lalui sebelum ini dari alam roh ke alam rahim dan ke alam dunia. Proses seterusnya adalah alam kubur sebelum kita ke alam akhirat yang kekal abadi.
Apa yang perlu ditakuti adalah BEKALAN kita disana nanti. Jika dahulu aku sering meminta agar dipanjang umur dan diberikan kesihatan yang berpanjangan. Asyik2 minta panjang umur, minta sihat. Sampai lupa kalau hidup lama2 pun tapi amalan tak cukup apa gunanya! Bak kata lagu sepohon kayu daunnya rimbun la kan, lebat bunganya serta buah...🤔🤔🤔
Sekarang aku 'twist' sikit permintaan itu dengan berdoa agar diberikan umur yang berkat dan amalan yang diterima. Tak kisahlah sampai ke mana umur aku ini, yang penting aku dapat manfaatkan sepenuhnya segala sisa2 usia yang masih berbaki ini. Dan yang paling penting semoga amalan2 aku mencukupi untuk dijadikan sebagai bekalan di SANA kelak.
"Live free, die hard"
5 comments:
Betul Sham sejak akhir2 ni pun akak terfikir asyik minta Allah panjang kan umor,sedangkan ibadah tak pernah mencukupi.... mudah2an dengan sisa usia yang kita ada ni amalan kita akan lebih baik.
btul tu...moga kita semua dalam peliharaan ALLAH...
Perasaan itu biasa Sham... lebih2 lagi kita yang berpenyakit dan dah berusia ni... saya pun sejak akhir2 ni merasakan perkara yg sama... usia dah masuk asar bila2 masa boleh di 'jemput' cuma mcm tulah seringkali berdoa agar di beri lagi masa untuk melipat gandakan lagi amalan. Semoga kita di beri peluang itu.
MOGA ALLAH MEMBERKATI HIDUP KITA
Useful information shared. I am very happy to read this article. thanks for giving us nice info. See Instagram photos and videos from 'Deskgram'
Post a Comment