Sahabat Tanpa Suara

Yang Cantik-cantik...

Monday, April 11, 2011

Aku percaya semua orang suka tengok benda yang cantik-cantik... Ada yang sebaliknya...? Hem there must be something wrong dengan anda... Hee... Aku ada terbaca semasa aku round-round tengok blog member, katanya mata lelaki ni memang suka sangat tengok benda-benda cantik... Lebih-lebih lagi bila tengok PEREMPUAN CANTIK...! Well bagi aku: No komen (ceh ayat artis tu!)...

Bagi aku, ada beberapa benda cantik yang aku suka tengok, antaranya:

1. Pemandangan Cantik:


Huh memang mendamaikan bila melihat pemandangan-pemandangan yang cantik. Lebih-lebih lagi pemandangan alam semulajadi... Terasa kebesaranNya... Agak-agaknya betapa indahlah syurgaNya kelak kan...?

2. Rumah Cantik:


Sejak kebelakangan ini hampir setiap petang kerja aku membawa orang rumah aku dan anak-anak menaiki kereta berpusing-pusing ke dalam taman-taman perumahan. Boleh kata dah habis taman perumahan di Bentong ni kitorang jejaki. Saje usha-usha rumah orang, mana yang cantik tu bolehlah diambil idea untuk hiasan rumah sendiri kelak...

3. Kereta Cantik:


Yang ini komfemlah, selagi aku bergelar kakitangan kerajaan kiranya boleh bermimpilah sajelah nak memiliki kereta-kereta tahap ini. Tapi mata aku memang tertarik dengan kereta-kereta cantik... Kiranya berpaling kepalalah kalau terserempak...

4. Perempuan Cantik:


Har har memang betul aku ni lelaki sejati kan... Lelaki mana tak suka tengok perempuan cantik ooi... Tapi ingat kawan, tengok sekali: kira rezeki tu... Tengok kali kedua dah kira... Sendiri mau ingatlah... Psstt, atas tu gambar bini orang ye... jangan usha lama-lama ok...! ;P

P/S: Entry ini dibuat khas untuk mengambil hati orang rumah aku. Aku terlupa lagi b/ day dia baru baru ini...! Arghhh kenapalah aku selalu lupa erk...???!!!

Read more...

I Tak Rela U...

Thursday, April 7, 2011

Antara laman web yang kerap aku lawati adalah laman web youtube. Hem siapa tak biasa ke situkan...? Macam-macam cerita ada kat situ. Hari ini tengah aku usha-usha, terjumpa satu video yang agak gempak bagi aku...! Bagi aku gempaklah, bagi korang aku tak tahu. Nah cuba korang tengok. Layanzzz (ceh macam fafau la plak...!)



Aku tak taulah samada aku nak gelak atau nak nangis tengok video ni. Rasa nak tergelak bila tengok gelagat manusia-manusia yang mengalami kecelaruan gender tahap kronik ni...! Rasa nak nangis pulak bila mengenangkan betapa acara-acara sebegini sudah mula mendapat tempat di negara ini. Bukan sahaja dibuat secara terbuka, malah mendapat sambutan yang agak hangat, siap ada artis jemputan lagi. Artis jemputan tu pulak yang bertudung. Aku tak pasti adakah si artis ni tau akan hukum hakamnya acara sebegini atau tidak (cuba korang dengar komen dia)...!

Semasa aku belajar di peringkat matrix dulu aku pernah bekerja secara sambilan di sebuah Rest House. Secara kebetulan terdapat 4-5 orang nyah bekerja bersama-sama. Tidak aku nafikan yang mereka ini baik-baik orangnya. Best berkawan dengan mereka, peramah, cepat mesra, pandai bergurau... Pernah suatu hari mereka mengajak aku naik ke sebuah pusat peranginan tanah tinggi, saje jalan-jalan, ada event sikit kata mereka. Tapi aku menolak, takut u... Hee hee. Tapi aku tak tunjuklah... Jaga hati member...

Rupa-rupanya mereka mengadakan parti, ala-ala pertunjukkan fesyen. Diorang siap tunjuk gambar-gambar diorang melaram. Siap ada gambar-gambar yang 18SX lagi...! Perghh nasib baik aku tak ikut...

Bicara tentang dunia nyah ni dah kerap atau biasa kita dengar. Tak payahlah aku nak ulas panjang-panjang. Aku pun bukan pakar kajian sosial, tak mampu aku nak menghuraikan semua permasalahan ini... Cuma tujuan aku berkongsi adalah untuk menyatakan yang aku tidak bersetuju dengan perkara ini...! Dan harapan aku semoga perkara ini dapat dibendung dengan segera. Bagaimana...? Jangan tanya aku, tanyalah pihak yang bertanggungjawab. Aku cuma mampu memilih untuk membenci dalam hati, iaitu selemah-lemah iman... Huu huu...

P/S: Aku bukan benci atau anti golongan nyah, tetapi merasa simpati terhadap mereka. Aku yakin ramai yang sependapat dengan aku. Cuma pesan aku kepada golongan ini, itu bukan satu alasan untuk anda terus hidup dalam keadaan ini. Ingatlah firman Allah bahawa: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." Surah Ar-Ra'd (ayat 11).

Read more...

Politik Malaysia...

Tuesday, April 5, 2011

Dalam tempoh beberapa hari ini aku dapat merasakan kehangatan politik tanah air berada pada graf puncaknya. Disana sini sibuk orang memperkatakan tentang sesuatu yang 'meletop' sehari dua ini. Kemuncaknya adalah tersebarnya video 18SX yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang di negara ini.


Walaupun aku pernah menyatakan yang aku tak nak sentuh tulisan berkaitan politik dalam blog ini, tapi hari ini aku tak boleh tahan. Nak sangat sama-sama tumpang semangkuk. Tapi aku bukan nak menulis tentang politik kepartian. Bukan nak cerita parti ini NGOK atau parti itu HAMPAS, orang ini membunuh model Mongolia atau orang itu kaki liwat dan kaki zina...! Semua itu kalian boleh dapati di blog-blog lain, berlambak-lambak sekarang ini. Ada blog yang menulis dengan berhemah dan berfakta, tak kurang juga yang menulis secara semberono, memaki hamun, sumpah seranah dan penuh dengan kata-kata menghina. Aku...? Cuma menulis dari perspektif aku sendiri, pandangan peribadi. Kalau kalian sudi boleh terus membaca...

Aku mula mengenali politik hanya selepas tahun 1998, apabila TPM (DSAI) ketika itu dipecat dan digugurkan serta merta dari kabinet. Pada ketika itu aku masih menuntut di UPM. Perkara itu merupakan sesuatu yang SANGAT BESAR bagi aku pada ketika itu. Sejak itu bergema laungan keramat 'REFORMASI' di jalan-jalan raya di ibu kota. Aku turut terjebak sebenarnya, nyaris-nyaris juga kena tembakan air kimia...! Darah muda katakan... Padahal apa yang nak direformasikan pun, aku tak tahu... hu hu...

Sebelum daripada itu, pengetahuan politik aku adalah: ZERO...! Malaysia bagi aku, sebuah negara yang super perfect, tiada cacat cela. PM ketika itu (Tun M) adalah Malaysia dan Malaysia ketika itu adalah Tun M. Dialah hero, dialah yang mencorakkan wajah negara ini dan dia jugalah yang menentukan hala tuju negara ini. Bagi aku tiada apa yang perlu dirisaukan berkenaan negara ini apabila seorang yang sehebat dewa mengawal negara ini...!

Selepas peristiwa 1998 itu barulah aku mula mengenal beberapa perkataan seperti kronisme, nepotisme, bailout, ketirisan, carry trade bla bla... Dan semenjak itu aku mula memikirkan tentang subsidi, sumber-sumber negara, salah tadbir, penyelewengan bla bla... Semenjak itu juga aku mula berbicara tentang demokrasi, kebebasan media, peranan pembangkang bla bla... Dan semenjak itu juga aku berharap agar negara ini mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Pemimpin nombor 1 negara mestilah seorang MUSLIM yang BERTAQWA.

2. Kepimpinannya mestilah berlandaskan ISLAM dan menjadikan UNDANG-UNDANG ISLAM sebagai UNDANG-UNDANG TERTINGGI dalam negara.

3. Kebajikan rakyat dijaga tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik.

4. Pemimpin yang terpilih sedar yang mereka dilantik adalah untuk BERKHIDMAT kepada rakyat. Maknanya bukan rakyat yang harus berterima kasih atau bersyukur kepada mereka tetapi sebaliknya.

5. Demokrasi yang telus dan media yang benar-benar bebas, padang yang sama rata untuk semua parti-parti bertanding bagi membuktikan yang mereka layak untuk dilantik oleh kita. Barulah kita mempunyai kebebasan yang benar-benar mutlak untuk memilih sesiapa sahaja menjadi pemimpin kita...!

P/S: Wah agak berjela entry aku kali ini, rasa syok pulak menulis... Maybe, and just maybe, aku akan menulis lagi... Insyallah...

Read more...

Cikgu Syaitan...

Sunday, April 3, 2011


Ada baca Metro hari ini...? Kalau tak beli boleh baca online kat sini>>. Ini berkaitan dengan dunia aku, so nak tak nak aku kena ulas sikit isu ni. Pelajar koma kena belasah dengan cikgu...! Boleh baca kat sini>>.

Ini kerja gila namanya...! Budak berusia 7 tahun, maknanya baru darjah satu, dibelasah oleh gurunya kerana dituduh mencuri (belum dibuktikan lagi...!). Tangannya diikat dan dibelasah selama 2 jam, mengikut laporan akhbar tersebut. Baca laporan penuh disini>>.

Aku tak tau kejadian sebenarnya bagaimana, apa yang aku tau adalah berdasarkan apa yang aku baca di akhbar berkenaan. Namun bagi aku, atas alasan apa sekali pun, aku ulangi, tiada sebarang alasan pun yang boleh diterima akal; yang dapat membenarkan tindakan cikgu terbabit...! Aduyai kenapalah boleh sampai ke tahap itu...?

Terus terang aku katakan, aku pun pernah juga naik tangan kaki dengan para pelajar (ops ibarat membuka pekung di dadalah pulak...) tapi dalam keadaan yang waraslah. Tapi kejadian ini ibaratnya guru tersebut berada dalam keadaan yang tidak waras. Kalaulah dia betul waras pada ketika itu, takkanlah pula dibelasahnya budak tu sampai 2 jam. Itupun berhenti hanya setelah budak itu pengsan.

Waras yang aku maksudkan adalah sedar yang budak itu adalah anak orang, bukan anak binatang. Dan kita sebagai guru sebenarnya diberi amanah untuk mendidik, bukan membelasah budak (walaupun terbukti dia bersalah sekali pun...). Seriously, aku @#$%^&* cikgu tersebut, dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya...! Kerana mereka-mereka yang seperti inilah yang akan membuat masyarakat memandang serong kepada golongan cikgu. Lebih utama kerana mereka telah mengkhianati amanah dan janji mereka untuk menjadi seorang pendidik...!

Doa aku semoga aku dijauhi dari sikap sebegitu. Pernah juga aku menyirap dengan perangai sesetengah budak tu, tapi Alhamdulillah setakat ini tak pernah lagi aku bertindak melampaui batas, dan semoga aku terus terlindung dari arah itu...! Doa aku juga semoga adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee berjaya diselamatkan dan dapat kembali menjalani kehidupannya seperti sedia kala...

Kepada cikgu yang terbabit, pandai-pandailah kau menjawab dengan bapa budak tu, dengan polis, dengan mahkamah... Paling penting, kau menjawablah di Akhirat nanti, bagaimana hari ini kau telah mengkhianati janji-janji dan amanah yang diberikan kepada kau...! Kepada masyarakat di luar sana, jangan hilang kepercayaan anda kepada guru-guru, Insyallah anak-anak anda masih selamat kerana aku yakin dan percaya, di luar sana masih terdapat lebih dari 300,000 guru-guru yang sependapat dengan aku. Kami bukan guru syaitan...!

Read more...

Mati Kutu...!

Friday, April 1, 2011

Hari ini merupakan hari yang agak huru hara bagi aku. Malam semalam aku tidur agak lewat dari biasa kerana melayan movie di astro... Akibatnya aku terlajak bangun dari tidur. Tidaklah terlalu lewat cuma lewat kira-kira 15 minit. Tetapi oleh kerana kebiasaannya jika mengikut waktu yang betul, aku akan sampai ke sekolah ngam-ngam 5-10 minit sebelum loceng; maksudnya jika aku lewat bergerak 15 minit, bermakna aku bakal lewat sampai ke sekolah. Puch card merahlah beb...!

Makanya segala-gala yang aku buat harus dipercepatkan. Mandi, berdandan (apa ingat lelaki tak berdandan ke...? Metroseksual maa!)... Ayat lazim dan Qunut dalam Subuh pun baca yang pendek-pendek je... Hu hu... Dan akhirnya, yes, yes, yes...! Aku berjaya keluar dan sampai sekolah seperti hari-hari biasa.

Sesampai di sekolah aku ditegur seorang rakan guru:

RAKAN:"Kenapa aku call kau tak angkat... Nak bagitau Lan mc hari ini. Minta kau tolong buat relief..."

AKU:"Aku tak bertugas hari ini, takpe aku bagitahu AJK yang bertugas hari ini..."

Aku raba-raba ke dalam poket seluar... Kosong... Arghhh aku tertinggal hand phone aku kat rumah daa... Tiba-tiba aku dapat bayangkan hari suram yang bakal aku lalui hari ini...! Ceh iya ke sampai tahap tu teruknya...? Mungkin tidak bagi sesetengah orang kan, tapi bagi aku ia merupakan sesuatu yang agak berat. Buktinya seawal-awal pagi lagi aku sudah harus bergegas ke pejabat untuk memaklumkan kepada AJK relief yang bertugas berkaitan ketidak hadiran member aku tadi. Kalau ada HP, kan dail dan cakap sahaja.

Aku tau memang tak mati kalau tak bawa HP kemana-mana tapi bagi aku...erm camana nak cakap ek...? Kira tak bolehlah takde HP ni... Yang sebenarnya HP wajib berada bersama-sama aku untuk beberapa perkara berikut:

1. Aku paling takut kereta rosak ditengah jalan atau berlaku sesuatu kemalangan. Masa tu HP bagi aku SANGAT penting...!

2. Takut ada panggilan-panggilan emergency dari keluarga...

3. Untuk mengetahui kedudukan rakan-rakan... Hee, member-member aku kat sekolah ni suka berteraburan. Supaya tak keseorangan di bengkel, aku harus mengetahui lokasi dimana mereka berada... Heee...

Banyak lagilah alasan aku untuk merasa sedikit phobia jika tiada HP disisi. Yang banyaknya adalah alasan berkaitan kerjalah. Apa-apa pun ketiadaan HP betul-betul membuatkan aku MATI KUTU...!


P/S: Adik aku bekerja sendiri dengan membuat kerja-kerja wiring dan pembekalan barang-barang elektrik. Telefonnya berdering selang 10-15 minit... Hairan jugak aku kadang-kadang tu... Tu baru bisnes kecil-kecil... Bisnes juta-juta macamanalah agaknya kan...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP