Sahabat Tanpa Suara

Politik Malaysia...

Tuesday, April 5, 2011

Dalam tempoh beberapa hari ini aku dapat merasakan kehangatan politik tanah air berada pada graf puncaknya. Disana sini sibuk orang memperkatakan tentang sesuatu yang 'meletop' sehari dua ini. Kemuncaknya adalah tersebarnya video 18SX yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang di negara ini.


Walaupun aku pernah menyatakan yang aku tak nak sentuh tulisan berkaitan politik dalam blog ini, tapi hari ini aku tak boleh tahan. Nak sangat sama-sama tumpang semangkuk. Tapi aku bukan nak menulis tentang politik kepartian. Bukan nak cerita parti ini NGOK atau parti itu HAMPAS, orang ini membunuh model Mongolia atau orang itu kaki liwat dan kaki zina...! Semua itu kalian boleh dapati di blog-blog lain, berlambak-lambak sekarang ini. Ada blog yang menulis dengan berhemah dan berfakta, tak kurang juga yang menulis secara semberono, memaki hamun, sumpah seranah dan penuh dengan kata-kata menghina. Aku...? Cuma menulis dari perspektif aku sendiri, pandangan peribadi. Kalau kalian sudi boleh terus membaca...

Aku mula mengenali politik hanya selepas tahun 1998, apabila TPM (DSAI) ketika itu dipecat dan digugurkan serta merta dari kabinet. Pada ketika itu aku masih menuntut di UPM. Perkara itu merupakan sesuatu yang SANGAT BESAR bagi aku pada ketika itu. Sejak itu bergema laungan keramat 'REFORMASI' di jalan-jalan raya di ibu kota. Aku turut terjebak sebenarnya, nyaris-nyaris juga kena tembakan air kimia...! Darah muda katakan... Padahal apa yang nak direformasikan pun, aku tak tahu... hu hu...

Sebelum daripada itu, pengetahuan politik aku adalah: ZERO...! Malaysia bagi aku, sebuah negara yang super perfect, tiada cacat cela. PM ketika itu (Tun M) adalah Malaysia dan Malaysia ketika itu adalah Tun M. Dialah hero, dialah yang mencorakkan wajah negara ini dan dia jugalah yang menentukan hala tuju negara ini. Bagi aku tiada apa yang perlu dirisaukan berkenaan negara ini apabila seorang yang sehebat dewa mengawal negara ini...!

Selepas peristiwa 1998 itu barulah aku mula mengenal beberapa perkataan seperti kronisme, nepotisme, bailout, ketirisan, carry trade bla bla... Dan semenjak itu aku mula memikirkan tentang subsidi, sumber-sumber negara, salah tadbir, penyelewengan bla bla... Semenjak itu juga aku mula berbicara tentang demokrasi, kebebasan media, peranan pembangkang bla bla... Dan semenjak itu juga aku berharap agar negara ini mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Pemimpin nombor 1 negara mestilah seorang MUSLIM yang BERTAQWA.

2. Kepimpinannya mestilah berlandaskan ISLAM dan menjadikan UNDANG-UNDANG ISLAM sebagai UNDANG-UNDANG TERTINGGI dalam negara.

3. Kebajikan rakyat dijaga tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik.

4. Pemimpin yang terpilih sedar yang mereka dilantik adalah untuk BERKHIDMAT kepada rakyat. Maknanya bukan rakyat yang harus berterima kasih atau bersyukur kepada mereka tetapi sebaliknya.

5. Demokrasi yang telus dan media yang benar-benar bebas, padang yang sama rata untuk semua parti-parti bertanding bagi membuktikan yang mereka layak untuk dilantik oleh kita. Barulah kita mempunyai kebebasan yang benar-benar mutlak untuk memilih sesiapa sahaja menjadi pemimpin kita...!

P/S: Wah agak berjela entry aku kali ini, rasa syok pulak menulis... Maybe, and just maybe, aku akan menulis lagi... Insyallah...

35 comments:

Hansyirah Takezur April 5, 2011 at 8:41 PM  

sy baru ambil tau pasal politik dlm masa terdekat ni..

sampai bila nak berlarutan? hmm..

! Sam Posmen ! April 5, 2011 at 9:04 PM  

sekarang ini susah untuk mendapat seorang pemimpin yang memenuhi semua kriteria di atas. tak pasti di manakah silapnya.

hak ketuanan Melayu sendiri semakin hebat di pertikai oleh bangsa lain. semuanya tidak kena. semuanya tidak adil. semuanya perlu di pinda.

sedangkan di Malaysia seorang Islam yang majoritinya Melayu masih terlopong. masih mencari-cari hala tuju. sadis! kesian! suka! pelik! pon ada. politik oh politik! sosial oh sosial! so sial...

Republic Aku April 5, 2011 at 9:09 PM  

kita sama-sama sedar tentang politik pada masa yang sama cuma lain bendera...cuma kita melayu harus sedar ,jika kita lalai kita juga tergolong seperti melayu singapura,tiada kuasa bersuara lagi.

Sham April 5, 2011 at 9:13 PM  

hansyirah:perlu ambil tau tu...

Sham April 5, 2011 at 9:14 PM  

sam posmen:ketuanan melayu...bunyi sedap tapi hakikatnya...?

Sham April 5, 2011 at 9:15 PM  

republic aku:tak melayu hilang didunia...cuma hilang suara jer...hu huh...

faiz April 5, 2011 at 9:39 PM  

bosanla politik malaysia..xde kejujuran...

Sham April 5, 2011 at 10:01 PM  

miecyber:demi kuasa semuanya sanggup dilakukan...

Sham April 5, 2011 at 10:03 PM  

faiz:dimana-manapun begitulah amalan ahli politik...hanya politik Rasulullah yang benar2 jujur dan telus...

mamawana April 5, 2011 at 10:19 PM  

Nak kawan dgn org2 solleh , nak jiran2 siolleh, nak masyarakat yg solleh dan ofkos nak pemimpin yg solleh yg takut yg ada rasa gentar di hati bila disebut nama Allah swt.

Suhami Ahmad April 5, 2011 at 10:32 PM  

maaf atok tegur...klu x silap video tu sekarang tgh tersebar kt internet...dan blog yang sebarkan akan kena tindakan...maaf kalu atok salah yo...

Abu Luqman April 5, 2011 at 11:36 PM  

tak perlu disiar ..dah tahu kerja ..org politik

Insan Marhaen April 6, 2011 at 12:22 AM  

gambaq tu daring gak..

tapi tak pa. la ni semua tu tak bersalahan dengan 'undang-undang'...

intan.maisarah April 6, 2011 at 12:47 AM  

muak dengan kisah kisah itu semua

Hisyam Muhibah April 6, 2011 at 1:55 AM  

haha oak bila mula nuleh hel politik memang payoh lah nok berenti weh.. isu politik tak habeh2.. banyok hek nak kena ulas..

Woofer Storm April 6, 2011 at 3:27 AM  

bab politik ni no komen,sy bawah umur lagi..ehheeee


Follow sni...

Jejaka Desa April 6, 2011 at 7:34 AM  

Politik kian haru.Koi nengok pun dah bercelaru.Tak kire yang diluor dan didalam kelambu.Tak tau yang mane betol yang mane tipu.Bahan la weh....

Fairus Bin Mamat April 6, 2011 at 8:00 AM  

POLITIC = POWER TO INFLUENCE..

Surie April 6, 2011 at 8:48 AM  

Emmm..no komen..hanya Allah yg Maha Mengetahui..

p/s: sy bukan jawarian la..bugisrian..hehe~

sahromnasrudin April 6, 2011 at 9:26 AM  

assalamualaikum

cikgu saya pernah pesan pd saya " hang jangan caya pada ahli politik..depa nie kaki putaq alam huhuh

ahmad humairi April 6, 2011 at 10:43 AM  

Assalamualaikum,

Percaya pada diri sendiri....nak ikut haluan mana...

topimagine April 6, 2011 at 10:54 AM  

top xminat politik... membosan n banyak cerita pembohongan jerk... :)

Kakzakie April 6, 2011 at 11:26 AM  

Jelas dan nyata ramai rakyat M'sia faham, sedar dan celik politik selepas kes Anwar gugur sebagai TPM. Nyata juga dia berjaya memberi pencerahan.

Kakak berdoa ada pejuang berani memberi pecerahan agama pulak.

♥ manje ♥ April 6, 2011 at 12:05 PM  

dengar aje... hanya Tuhan yg tahu... ~

tengkorakemas April 6, 2011 at 2:37 PM  

utk capai ciri2 tu, nilai pimpinan sebenar perlu dipupuk dari sekarang, dalam diri sendiri, keluarga dan sekolah..menurut acuan Rasulullah s.a.w

wahida April 6, 2011 at 3:25 PM  

saya sgt setuju dgn tulisan bro...Malaysia adalah super perfect...bersyukur lah kita dgn nikmatNYA...dan harap negara kita diterajui oleh pemimpin yg betul2 waras utk meneruskan legasi politik Malaysia ni...

cemomoi April 6, 2011 at 3:26 PM  

hina betui orang melayu ni

- GC - April 6, 2011 at 4:57 PM  

bosan buka tv asek cerita pasal politik seks ni

Cikgu Jang .. April 6, 2011 at 8:55 PM  

politik zaman jahiliah kot...

Abhamz April 6, 2011 at 10:31 PM  

salam, saya sokong...

jeBateja April 7, 2011 at 2:46 AM  

Mmg membosankan POLITIK sekarang ni....Pemimpin melayu sentiasa jatuh menjatuhkan...

tgk yang bukan melayu...ISU BABI kat Melaka dulu...depa boleh jer bersatu biarpun lain politiknya...

Apsal plak kita tak macam tu erk...

Lebihkan sesuatu yg mengaibkan sampai kes bakar Al Quran tidak dpt sudut utama dlm MEDIA...

Sgt BUSAN laaa...elok semua org POLITIK sekarang berhenti laaa

eqbalzack April 7, 2011 at 7:11 AM  

dah nak pilihanraya ni mcm2 skandal keluar kat tv?! hihi

Prince Halilintar April 7, 2011 at 2:25 PM  

hanya ami taw dan dgr je la..hal sebenar Tuhan saje yg lbh mengetahui..

aleen aiden April 7, 2011 at 3:48 PM  

dah bosan dengan isu politik zaman skarang.haishhhh!

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP