Sahabat Tanpa Suara

Saintis Muda...

Friday, April 29, 2011


Fuh baru ada masa nak membelek-belek blog ni. Ya, memang aku agak sibuk sejak entry terakhir beberapa hari lepas. Apa yang aku sibukkan? Sibuklah, dengan kerja-kerja keguruan... Itulah, siapa kata kerja cikgu tak sibuk...? Tapi takpelah, bukan itu yang aku nak ceritakan. Korang pun pasti bosan gak bila aku asyik cerita pasal kesibukkan aku jer kan...? Macamlah orang lain tak sibuk...

Dalam entry lepas aku menulis tentang Mr Yes Man, baca sini>>... Kisahnya tentang kesanggupan aku untuk menjadi hakim bagi Karnival Sains Peringkat Negeri Pahang 2011. Di bahagian bawah aku ada buat note: "Dok tunggu bala apa pulak yang nak datang besok ni...!" Dan hasilnya, seperti yang aku duga, memang ada bala yang menanti aku keesokkan harinya...! Sangkaan awal aku adalah aku akan menjadi hakim pertandingan Bot Solar. Puasla aku google pasal Karnival Sains dan bot solar... Tiba je waktu taklimat kehakiman (1 hari sebelum Karnival berlangsung), aku ditugaskan untuk menjadi hakim Pertandingan Rumah EUREKA...! Ya EUREKA...! Apa itu EUREKA...? @#%$^...! Mana aku tau...!

Mujur pakcik google sedia membantu. Malam tu aku apa lagi, berjaga sampai lewat malam, mencari apakah ertinya EUREKA itu... Oh rupa-rupanya Rumah Eureka adalah rumah konsep yang menggunakan konsep RE dan EE atau Renewal Energy dan Energy Efficiency. Nak tau lebih lanjut korang google ajelah ye...


Aku tak nak ulas panjang lebar berkenaan konsep rumah tersebut, cuma aku nak kongsi momen aku bersama-sama saintis muda ini. Ops lupa nak bagitau, pertandingan ini hanya terbuka untuk pelajar-pelajar sekolah rendah sahaja. Sebab itu aku panggil diorang saintis muda. Aku tak mengajar di sekolah rendah, tapi aku jadi suka bila melihat gelagat budak-budak ni. Kesungguhan mereka, tekad nak menang... Diorang duduk, bangun, bersila malah sampai tahap meniarap atas lantai, bertekak sesama sendiri; semuanya dengan niat untuk menjadi champion...


Dan hasilnya, inilah model yang diangkat untuk menjadi juara edisi kali ini. Pemenangnya adalah saintis muda dari Daerah Maran... Selain menghasilkan model rumah yang paling stabil dan kukuh, mereka berjaya menerapkan elemen-elemen yang berkaitan dengan Renewal Energy dan Energy Efficiency pada tahap yang paling maksimum...


Ini pula hasil tangan saintis muda dari daerah tuan rumah, daerah aku la tu... Malangnya akibat dari kecetekan pengalaman, daerah Raub gagal mendapat sebarang tempat. Namun syabas juga diucapkan kepada mereka kerana menurut guru mereka, ini merupakan pertama kali mereka menyertai pertandingan tersebut dan masa untuk preparation hanya ada 1 minggu lebih sahaja... Ok sangatlah tu kan...


Apa-apa pun aku berharap sangat supaya karnival seperti ini dapat diteruskan lagi di masa-masa hadapan, memang ianya satu usaha yang sangat bermanfaat. Selain dapat menanam minat anak-anak ini kepada sains dan alam sekitar ianya secara tidak langsung dapat menerapkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan sains dan teknologi masa hadapan. Syabas dan tahniah sekali lagi pada semua bakal-bakal saintis negara. Semoga anda semua dapat membangunkan negara ini ke arah yang lebih baik pada masa-masa hadapan... Majulah sains untuk negara...

41 comments:

Anisa Hang Tuah April 29, 2011 at 3:26 PM  

wahhh..seronoknya aktiviti mcm tu
:)

ahmad humairi April 29, 2011 at 3:54 PM  

aku memahami kesibukan ko, dulukan keje, pastu blog...tabik kat ko.

khaifaiz April 29, 2011 at 3:58 PM  

best aktiviti mcm ni.. dpt memaksimumkan kreativiti pelajar..

Daddy Ziyyad April 29, 2011 at 3:58 PM  

aku harap minat ke arah sains dak2 ni terus tertanam sampai mereka tua

ummiross April 29, 2011 at 4:16 PM  

kreatifnya budak2 ni, cantik pulak rumah yg dia orang reka tu, konsep RE n EE lagi, bijak,bijak..

Prince Halilintar April 29, 2011 at 4:30 PM  

wow..kecik2 lagi otak mereka ni dag bergeliga..besar nnt harap2 dpt jadi saintis betul la...majukan negara..hehe

AZANI April 29, 2011 at 4:30 PM  

Assalam cikgu
minda mereka masih boleh di olah menjadi al jabir, Ibnu Sina, kalau kita baja dengan how its made, dan seumpamanya, tapi make sure jangan bagi tengok berita di tv..buat masa terdekat ini...

NzA April 29, 2011 at 4:32 PM  

cikgu memahami cikgu...sibuk sokmo!!!!

skrg demam karnival...boleh dikatakan 2 X seminggu hantar budak sertai karnival......semua subjek join...hu.hu.hu....

Sham April 29, 2011 at 5:18 PM  

anisa:budak2 seronok...cikgu2 pening...hu hu...

Sham April 29, 2011 at 5:18 PM  

humairi:cikgu memahami cikgu...hee thanks...

Sham April 29, 2011 at 5:19 PM  

khai:harap2 gitulah...itulah tujuannya pun...

Sham April 29, 2011 at 5:20 PM  

daddy:harap2 pun begitulah hendaknya...

Sham April 29, 2011 at 5:21 PM  

ummi:itulah yang saya kagum tu...

Sham April 29, 2011 at 5:21 PM  

prince:aku pun harap2 gitu...jgn jadi nordin mat top udah ler...hu hu...

Sham April 29, 2011 at 5:22 PM  

azani:hem dah lama tak tgk tv yang memperbodohkan orang tu...!

Sham April 29, 2011 at 5:23 PM  

NzA:join jangan tak join...heee

tasekM April 29, 2011 at 6:14 PM  

salam sham.

nk tanya nih.
aku tg profile.
guru kaka tu apa hah...?

kesian tak aku tak tau...?

ha ha.



.

a.z.r.i.n.a.03.07 April 29, 2011 at 6:58 PM  

salam kenal jugak bro.


Cantik-cantik hasil kerja murid2 tu. Anak2 saya gerenti suka ni..

MasZuber April 29, 2011 at 6:58 PM  

salam ziarah,

mahu melentur buluh biar dari rebungnya. sgt bagus aktiviti macam nie diasah dr skolah rendah.

Sham April 29, 2011 at 8:56 PM  

tasekM:guru kaka..?hehee tu kira guru tahap gabanla kiranya...

Sham April 29, 2011 at 8:56 PM  

azrina:bukan takat kanak2...mak bapak kanak2 pun suka...heh

Sham April 29, 2011 at 8:57 PM  

maszuber:sebab tu harap2 acara2 seperti ini dapat diteruskan pada masa2 akan datang...

SiS NaD April 29, 2011 at 10:03 PM  

SaLaM iNCHiK SHaM...

euReKa MeanS 'SaYa DaH JuMPa!~'... (^_____^)V

S..U..D..@..I..S April 29, 2011 at 11:05 PM  

bagus la karnival camni, dapat mengesan bakat dan kreativiti kanak2
hebat dan unik

padlie April 29, 2011 at 11:19 PM  

bagus program begini.. pupuk minat pelajar dalam sains..
sains itu mudah! :)

Insan Marhaen April 29, 2011 at 11:29 PM  

selalunya pertandingan tinggal pertandinga. hasil kerja sipemenang kemudiannya di tongsampahkan. tak diangkat menjadi realiti untuk kegunaan masyarakat.

Fyqa April 30, 2011 at 2:29 AM  

enjoynya aktvti mcm ni :)

IMANSHAH April 30, 2011 at 9:24 AM  

rumah aku nak masuk bertanding leh?

Miecyber April 30, 2011 at 10:26 AM  

Mungkin rezeki mereka pada masa lain
...

Satu Komuniti Satu JPJ

cemomoi April 30, 2011 at 1:38 PM  

koi banyokk menyibuk dari sibuk

Rozali April 30, 2011 at 2:27 PM  

Assalamualaikum Sham

bakat mereka kena disuh drp kecil lagi
bila dah besar boleh membangunkan negara

Wassalam

tengkorakemas April 30, 2011 at 5:05 PM  

tahniah bro kerana berjaya jalankan tugas dengan baik :)

tak rugi katakan boleh untuk pengalaman macam tu

| gad1s s0ypans | April 30, 2011 at 7:09 PM  

seyes d0wg kreatif.....

hehehe....
apa yg d0wg wat bl0m tentu 0wg len bley wat.....

(=

whitecappuccino April 30, 2011 at 9:25 PM  

seronoknya tengok dorang mereka cipta nih..kreatif jugak budak2 ni

zino April 30, 2011 at 10:12 PM  

kreatif budak2 ni hehe

IMANSHAH May 1, 2011 at 1:09 AM  

salam nak jemput sertai contest saya

http://www.abgshah.com/2011/05/contest-selamat-hari-guru-cikgu.html

Cikli May 1, 2011 at 7:39 AM  

tahniah kpd peserta dan pengadil

Suhami Ahmad May 1, 2011 at 8:06 AM  

cantik umah yang menang tu

Farhan Zulhusmi May 1, 2011 at 9:26 AM  

pandainya depa...
mcm sy muda2...hehehe
kreativ...

alexa yussida May 3, 2011 at 6:12 AM  

kreatifnye budak2 nih..moga mereka berjaya dunia akhirat :)

Azarudin June 23, 2013 at 10:29 AM  

Salam.
Sekolah saya akan menyertai pertandingan ni minggu depan.Cuma nak tanya, penggunaan pasir tu diwajibkan ke tidak?
- Cikgu Din

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP