Sahabat Tanpa Suara

Sukanya Saya...!

Wednesday, April 13, 2011

Aku mula mengenali dunia blog ini hanya pada tahun 2008. Kalau korang tengok profile aku, on blogger since December 2008. tapi masa tu aku buat blog untuk cuba-cuba je. Takde entry pun masa tu. Selain blog ini, aku ada satu lagi blog, tapi bukan melalui blogger, melalui wordpress. Yang ini menggunakan hosting dan domain berbayar. Tak perlulah aku sebutkan nama blog tu, dah berkubur pun...

Pada ketika itu aku lebih menumpukan penulisan di blog wordpress tersebut, tulisan berkisar tentang perniagaan internet. Inpirasi aku masa tu, siapa lagi kalau bukan Irfan Khairi. Internet Marketer yang bergelar jutawan pada usia 25 tahun...! Har har tapinya dengan pengetahuan yang terlalu ciput, ditambah dengan kesungguhan yang sangat minima, aku tak dapat bertahan lama. Walaupun aku melanggan hosting dan domain itu untuk tempoh setahun, tetapi usia blog wordpress itu hanya menjangkau lebih kurang 6 bulan sahaja... Lepas tu lingkup...! Kuang kuang kuang...

Sejak itu aku putus hin seketika. Sementelah lagi aku berpindah tempat kerja (dari Cameron balik ke Bentong) dan di Bentong aku tidak mempunyai sebarang akses kepada internet. Dunia blog hilang dalam diari hidup aku buat seketika...

Sehinggalah pada pertengahan 2010, aku melanggan celcom broadband (sekarang dah stremyx, tak lagi tersengguk-sengguk...), pada asalnya untuk kemudahan pembayaran bil-bil online; aku mula menjengah kembali dunia blog. Hati kembali tertarik untuk menulis. Takde particular issues yang aku nak sampaikan. Hanya kisah-kisah aku yang aku rasa boleh dikongsi bersama, luahan pendapat untuk percambahan fikiran dan paling utama, serba sedikit perkara baik yang boleh disumbang untuk menambah baik kehidupan di muka bumi ini (wah besar harapan tu)...

Dalam berblog, aku mengamalkan konsep 'folow memolow', kerana pada pendapat aku untuk merasa kemeriahan berblog biarlah ramai kawan. Walaupun aku pernah menerima ayat ini:

"Sori ye, u folow i tak semestinya i nak folow u balik... i folow yang mana i nak aje la..."

Hem takpe, aku balas balik:

"Takpelah dik, u taknak folow pun takpe, dalam dunia ni ada berjuta lagi blogger..."

Kini aku aktif dalam bab 'komen mengomen' pulak. Memang aku suka meninggalkan komen-komen di blog yang aku lawati. Sebabnya bila aku tinggalkan komen for sure akan ada komen balasan di entry aku pula. Jujur aku katakan memang aku senang dengan semua komen-komen yang datang. Terasa tulisan dihargai, terasa ada sokongan... untuk itu, THANKS TO U OLLS... Very-very the much... Tidak lupa juga kepada silent readers (kalau ada le)...

Kini aku harus akui, aku suka berblog. Sampai bila pula kali ini...? Biar masa saja yang menentukan... Tapi yang pastinya, aku suka, aku suka berblog... Eeiii SUKANYA SAYA...!


P/S: Gambar di atas adalah gambar hiasan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan aku, keluarga aku mahu pun saudara-mara dekat/ jauh/ bau-bau kentut aku... Mahu pun rakan-rakan blog aku...

41 comments:

Anonymous,  April 13, 2011 at 9:04 PM  

sukenyer sy.. hehehe...

Setiap komen ada nilai sentimentalnya.. btl tak bro sham..

semoga terus terusan menulis dan aktif berblogging..

Prince Halilintar April 13, 2011 at 9:10 PM  

keep on bogwalking sham..dun wori aku sentiasa support blog ni n tinggalkn komen..insyaAllah =)

shameel Iskandar April 13, 2011 at 9:40 PM  

Salam ziarah cikgu sham.

Blog berblog ni selain melebarkan persahabatan ia juga mampu meningkatkan pengetahuan kita.

Teruskan menulis sahabat, kerana tulisan yg baik(termasuklah menyeru supaya berhati2 di jalan raya) adalah dakwah dan dikira sebagai ibadat

ckLah @xiiinam April 13, 2011 at 9:40 PM  

Semoga maju jaya blognya...dan orangnya di luar blog!

toyolkiut April 13, 2011 at 9:51 PM  

emm..
bbanding TK, semenjak 2 menjak ni, jd malas yg amat utk mnulis..
jenguk2 blog orang je..
hehe..

Miecyber April 13, 2011 at 10:02 PM  

Semuga Bro semakin semakin selamat berbloggingg..

Tenaga Turbin Angin di Uruguay

Sham April 13, 2011 at 10:08 PM  

khai:betul3x...hajat dihati begituler...

Sham April 13, 2011 at 10:09 PM  

prince:thenks bro...u supot me, i supot u...kita supot menyupot...hua hua...

Sham April 13, 2011 at 10:10 PM  

shameel:betul...banyak yang tak tahu menjadi tahu bila berblog ni...

Sham April 13, 2011 at 10:10 PM  

cklah:same to you...rakan seperjuangan...

Sham April 13, 2011 at 10:11 PM  

TK:kadang-kadang tu memang datang juga angin malas tu pada saya...tak boleh elak...

Acik Erna April 13, 2011 at 10:12 PM  

sama lah kita..suka menulis..tapi tidak terhad..menulis apa saja yang terlintas masa itu..macam2 kisah.
mok cik jugak suka tinggalkan komen..jika n3 itu ada yang nak diperkatakan..

simanis April 13, 2011 at 10:28 PM  

Hebat! Salam kenal...Saya dari
Kuantan...

ewanthology April 13, 2011 at 10:46 PM  

klu berblog sebab minat, insyaAllah psti akan lama bertahan

aza ni April 13, 2011 at 10:55 PM  

benar cikgu sham
blogging lebih pada aktiviti masa lapang,dapat ide, coret coret, lompat sini sana , tinggal komen, balik blog, baca kawab komen...gitulah.laimlah yang dapat nuffnang atau adsense , ribu riban, itu kerja namanya.

norh April 13, 2011 at 11:17 PM  

tak pernah terfikir sebelum ni, akan dapat teman2 melalui dunia blog..dan saya suka :)

Yunus Badawi April 13, 2011 at 11:41 PM  

Salam Sham.

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya tadi.

Bersemangat betul awak di dalam berblog. Semoga menemui dan mendapat apa yg dihajati dari blog kali ini.

Yunus Badawi April 13, 2011 at 11:42 PM  

Tahniah kerana ramai pengikut awak.

Ada antara mereka yg memberi komen di entri ini yg saya kenali seperti ckLah, Kak Erna dan Azani.

Macam dah mesra pula bila melihat kawan2 ni pun ada di sini.

Murni Alfathunnisa April 14, 2011 at 12:19 AM  

kite pun suka berblogging...:) kite pun suka berblogwalking..baca entry dan tinggalkan komen...:) cuma kalau sunyi tu..tau2 aje lah..kesibukan melanda..ekeke. anyway..thanx jugak kerap komen kat entry kite..

Nizam Awang Brahim April 14, 2011 at 1:11 AM  

Kala dah jenguk ke blog rodong rase tak syok je kala tak tinggal komen.Lain la kala tak buke lektop ter....

tengkorakemas April 14, 2011 at 1:55 AM  

bro, terpulang pada kita untuk mencorakkannya bukan?kalau kita suka mesti blogging pun hepi je haha

bro, suka BPL?sokong kelab mana?

ummiross April 14, 2011 at 8:26 AM  

ummi pun suka jugak, dapat kawan2 baru, dapat income sikit2 hee..

Suka komen mengomen ye Sham, jom exchange link Sham, senang nak komen mengomen...

Surie April 14, 2011 at 9:35 AM  

Sy pun ske berblog juge!!dpt ramai kwn yg best2!!

Jom kita sama2 menulis entri, berblogwalking dan mengomen!

terokai seni April 14, 2011 at 9:52 AM  

ngeh3x... bukan takat oak je suka, lembu pon suka jugaaaa

slamat berblog rodong!

mak encik | SZ April 14, 2011 at 10:30 AM  

sangat kiut cik lemmm tu..pki lipstik ek...hehehe

Kakzakie Purvit April 14, 2011 at 11:53 AM  

Kakak pun suka bw sebab nak baca N3 mereka. Sendiri punya sesekali je sebab selalu tak de idea+tak pandai menulis.

Ariff Budiman April 14, 2011 at 1:23 PM  

Salam kenal.
Ramai kawan maka ramailah komen-komen yang membina. Saya dapat meneruskan hidup ini bermula 2008 tatkala isteri sedang kesakitan sehinggalah di jemput oleh Allah. ramai kawan-kawan blogger memberi semangat dan sehingga kini saya masih meneruskan blogging yang suatu ketika hanya untuk menghilangkan stress.

Dinas Aldi April 14, 2011 at 5:11 PM  

akak bila baca blog yg akak suka, akak follow ja. tak kisahlah kalau tuan blog nak follow balik atau tidak sebab tak semestinya dia suka blog kita, ya tak. akak plak baru setahun berblogging ni ha, tak pandai sangat pun :D

tengok gambar lembu senyum tu sakit perut akak gelak, kahkahkahkah!

miloaiskurangmanis April 14, 2011 at 7:24 PM  

salam my fren...
bab follow dan difollow.... ikut suka lah kan.... pilihan masing2... but bagi iols - sesapa yg follow blog iols - definitely lah iols akan follow balik...
dan kalo iols BW - iols akan follow blog yg iols minat - empunya blog tak follow iols pun tak pe...
kan???

:D

Unknown April 15, 2011 at 1:21 AM  

berblogging itu sangat best. lagi best bila ada yang suka membaca apa yg kita taipkan :)

ahmad humairi April 15, 2011 at 8:44 AM  

Suka tak semestinya tersenyum kambing..

Cik SHiNJU April 15, 2011 at 10:41 AM  

ololololo...comeinye senyum pakai gigi pelesu...hakhak :P

Sama la weh,koi pun start 2008 tp blog itu juga dh kiok...blog skrg ni start 2009..x bape nk aktif gek..huhuh

apdm April 15, 2011 at 12:14 PM  

salam

dulu buat blog sekadar suka2 juga..huhu...sekarang ntah la. bosan...huhu

Dr K April 15, 2011 at 3:40 PM  

Bro, dulu ko mengajar kat CH??

Aku lagi baru dgn dunia blog ni..baru start bulan 11 tahun lepas..hahaha..

gadisBunga™ April 15, 2011 at 4:40 PM  

banyak cerita imbau mengimbau ni. best baca!

whitecappuccino April 15, 2011 at 9:23 PM  

baru jer kenal dunia blog taun lepas, tapi setuju ngan Sham..seronok! sukerrr!

Izyan Masri April 16, 2011 at 11:07 PM  

WAAAH.LAMANYA 2008.YAN BARU JINAK2 2011.MUDA LAGI DLM BLOG NI.T_T

alongxp April 18, 2011 at 3:17 PM  

citer kiter lebih kurang same,bezanya sy start ngan blogspot,dan skang wordpress... bace nih.. http://kakicandid.com/blog/?p=1055

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP