Yang Cantik-cantik...
Monday, April 11, 2011
Aku percaya semua orang suka tengok benda yang cantik-cantik... Ada yang sebaliknya...? Hem there must be something wrong dengan anda... Hee... Aku ada terbaca semasa aku round-round tengok blog member, katanya mata lelaki ni memang suka sangat tengok benda-benda cantik... Lebih-lebih lagi bila tengok PEREMPUAN CANTIK...! Well bagi aku: No komen (ceh ayat artis tu!)...
Bagi aku, ada beberapa benda cantik yang aku suka tengok, antaranya:
1. Pemandangan Cantik:
Huh memang mendamaikan bila melihat pemandangan-pemandangan yang cantik. Lebih-lebih lagi pemandangan alam semulajadi... Terasa kebesaranNya... Agak-agaknya betapa indahlah syurgaNya kelak kan...?
2. Rumah Cantik:
Sejak kebelakangan ini hampir setiap petang kerja aku membawa orang rumah aku dan anak-anak menaiki kereta berpusing-pusing ke dalam taman-taman perumahan. Boleh kata dah habis taman perumahan di Bentong ni kitorang jejaki. Saje usha-usha rumah orang, mana yang cantik tu bolehlah diambil idea untuk hiasan rumah sendiri kelak...
3. Kereta Cantik:
Yang ini komfemlah, selagi aku bergelar kakitangan kerajaan kiranya boleh bermimpilah sajelah nak memiliki kereta-kereta tahap ini. Tapi mata aku memang tertarik dengan kereta-kereta cantik... Kiranya berpaling kepalalah kalau terserempak...
4. Perempuan Cantik:
Har har memang betul aku ni lelaki sejati kan... Lelaki mana tak suka tengok perempuan cantik ooi... Tapi ingat kawan, tengok sekali: kira rezeki tu... Tengok kali kedua dah kira... Sendiri mau ingatlah... Psstt, atas tu gambar bini orang ye... jangan usha lama-lama ok...! ;P
P/S: Entry ini dibuat khas untuk mengambil hati orang rumah aku. Aku terlupa lagi b/ day dia baru baru ini...! Arghhh kenapalah aku selalu lupa erk...???!!!
42 comments:
Assalamualaikum Sham
saya setuju n3 ini
ps: selamat ulang tahun untuk isteri sham
Wassalam
manusia mmg suka melihat benda yg cantik cantik
:D
byk sgt pikir ke? sampai tarikh istimewa pun bleh lupa.. hehe
ahakss..
marah la mak iffahani ye...
apakata ajak dia p kedai emas berhampiran ;p
kedai perabot ke..nak masuk rumah baru kan...
cantik org rumah cg sham..aduh!! org laki selalu jer lupa la pasal ni!
lupa lagi?? aduhai cik gu..asek ingat nak ngajar anak murid jadi pandai la ni.
semoga isteri cik gu terhibur dengan n3 ni dan selamat hari lahir buat isteri cik gu.
w'salam atuk...
terima kasih bagi pihak dia...
anisa:lumrah manusia kan...
delarocha:ntahla bro...takdela banyak sangat fikir pun...
sz:kedai emas???no no no...kedai perabot???yes yes yes...
WC:pada pandangan sy dialah yg tercantik...heee..lupa?nk buat camana...?
kak erna:itulah kak, ni kira entry amik hatila ni...hee
tak patut awak ni tau...
merajuk la dia nnt...
tapi tak pe isteri ni selalunye memahami suami mmg mudah sgt terlupa...kann...
FaKTa : LeLaKi MeMaNG SuKaR MeNgiNGaTi PKaRe YanG BKaiTan NoMBoR... SeKiaN!~ (^_____^)V
SiS PuN SuKeR TeNGoK PMaNDaNgaN CHaNTeQ!~ (^_____^)V
kalo lelaki suke tengok pompuan hudoh....hehehhe, ade le yg x kene tu...
Entri bodeklah nie yer...Hahahahaha
Tandas segera
salam sham.
selamat langtahun buat isteri, oga kalian diberkati Allah.
Memang cantik yang nombor 4 tu.....
Yang nombor 2 (round2 cari idea tu) pernah ckLah alami..hehe
Kata2 mu Sham betul 500%
urm, kesian wanita tak cantik shah
Hehe~ kemain lg cikgu Sham nk amek hati isteri.sipa buat entri lagi..mmg cantik pun wifey cikgu Sham =)
yang indah2 semuanya milik Allah..
jgn lupe amik hati isteri tu balik ye en sham..hehe
kalau dah cantik kena tengok lama-lama lah. kalau tak kasi tengok, jangan letak kat sini la...
apa punya turrr...
mcm mana bro?dah berjaya ambil hati ke belum? xD
manusia memang suka yg cantik2 dan baik2, tapi ramai yg tak sedar perangai sendiri tak berapa nak cantik dan baik..
Happy belated bday Mrs Sham... :)
Hampeh aok..tarikh penting camtu pun leh lupe..hahaha...siap ade n3 beli jiwa nih...chayok! :P
weiii gunalah reminder dalam handphone oak yang mahel teh.. barulah tok lupa besday isteri sendiri..
hepy besday 2 ur wife...
saya mmg ellergy ngan keta cantik...sbb keta sy x cantik + keta kontot..jeles...
Tiada yang hodoh pada setiap ciptaan Tuhan....hatta pada selonggok tahi lembu pun...cukup indah berseni dengan garis-garis halus yang berputar-putar...terlalu amat indah.
kalau dah nama manusia, mendahulukan luaran....meminggirkan seketika dalaman....
Kene set dalam hp ni.Karang tak pasei weh....
Cantik suatu yg subjektif pada pandangan setiap manusia yg berbeza. Ada kata bunga raya cantik, ada kata tak.
Tapi isteri sham memang cantik. Happy belated birthday utknya.
Apasal lupa segala. macam hubby kakak juga, tapi kakak tak kisah dah.....:)
hahaha..xpe2..bila sis baca entri ni mesti cair..ahha
memang cantik...
hahaha..
aku ingat yang last tu ko tepek gambar bini kau...
aku dah malas nak tengok kereta cantik2 ni..sebab malas nak biar nafsu membeli tu ada...sampai bila pun tak puas nanti..~haha
haha! ini kiranya N3 bodek la ni..
btw, hepi befday to her :)
kesian org rumah hang...suami lupa birthday dia...
Subhanallah, semuanya cantik!
happy belated birthday untuk orang rumahnya ya! sangat cantik tu, camana plak la boleh lupa birthday, haisy..
pada pandangan aku dialah perempuan yang TERCANTIK..!kesian perempuan tak cantik...?not at all...SEMUA ciptaan Allah mempunyai kecantikkan tersendiri...sangat setuju dengan cikgu Humairi...
lebih2 lagi awek yg cantik kan kan.. hehe
ooo...entri cover sebab lupa besday rupanya...hahahaha!!!!
apa dah....birthday wife sendirik pun tak ingat....ahakz...
ish...kalau saya husben lupa besday..tatau nak kata..hehe..anyway..hepi belated besday to ur wife :)
Post a Comment