Aku Bunuh Kau...!
Friday, February 3, 2012
Aku dah tak tahan... Kesabaran aku ada batasnya... Sebelum ini aku halau kau dengan cara yang baik... Kau buat bodo...! Hilang sekejap, esok lusa kau datang balik...! Kau tahu tak yang kehadiran kau adalah amat-amat tidak dialukan... Malah membuatkan aku sekeluarga hidup dalam ketakutan... Seolah-olah berada dalam mimpi ngeri yang sering menghantui hidup...!
Subuh tadi kemarahan aku sudah sampai ke kemuncaknya. Dalam aku tengah 'mamai' menuju ke bilik air, kau landing betul-betul depan aku. Terkesima aku seketika, panik...! Mujur aku dapat mententeramkan diri... Aku sergah kau, tapi kau macam biasa, buat muka selamba jer... Malah kau usha pula aku dengan muka kau yang tanpa perasaan tu... Kau betul-betul mencabar kejantanan aku... Siap kau kali ni...!
Aku cuba mencari 'senjata', tiada yang sesuai di sekitar aku. Yang ada kain pengelap kaki... Bolehlah, keras juga tu... Aku hayut sekuat hati... PELEPAPPP!!! Mengelupur kau disitu, terputus 2... Ekor kau mengeletek... Kau sendiri mengeletek...! Perghhh meremang bulu roma aku. Tetiba timbul rasa belas dalam hati aku. Tapi tetiba juga aku mendengar bisikan: "SHOW NO MERCY...!" Serentak itu PELEPAPPP sekali lagi... Kau senyap, kaku di ceruk dinding...! Puas hati aku...
Tapi aku yakin esok lusa akan datang pulak sedara mara, puak kedarak kau yang sama spesis dengan kau akan untuk mengganggu aku dan keluarga aku lagi. Well, ini mesej yang aku nak sampaikan: "Selepas ini percayalah, aku akan lebih bersedia...! Just bring it...!"
/
/
/
/
/
/
/
/
/
Inilah rupa mangsa 'pembunuhan' pertama di rumah baru aku ini...
Sumber gambar: Sini>>
Agak-agaknya apalah hukum aku membunuh cicak tu kan... Ni sedikit potongan hadis yang aku jumpa:
Didalam “al Mu’jam al Ausath” milik Thabrani dari hadits Aisyah berkata,”Aku mendengar bahwa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa yang membunuh cicak maka Allah akan menghapuskan tujuh kesalahan atasnya.
Satu lagi hadis:
Didalam shahih Muslim, Sunan Abu Daud dan Jami’ at Tirmidzi dari Abu Hurairoh berkata : Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa membunuh cicak maka pada awal pukulannya baginya ini dan itu satu kebaikan. Barangsiapa yang membunuhnya dalam pukulan kedua maka baginya ini dan itu satu kebaikan yang berbeda dengan yang pertama. Jika dia membunuhnya pada pukulan ketiga maka baginya ini dan itu kebaikan yang berbeza dengan yang kedua.
Sumber hadis: Sini>>
P/S: Ni pengakuan gentle dari aku: Aku memang geli geleman bila jumpa cicak... Biarlah lipas ke katak ke, aku boleh tahan lagi... Tapi cicak... Grrrr tolong nyah... Geli mak....
16 comments:
marah cicakman!
Hehehe... Cicak tokek mahal Cikgu. Ye ke??
Bakpo la umoh banyok nate tus... hehe
ingatkan marah kan sapa.... cicak rupanya...
geli pulak tengok gambo cicak....
Assalamualaikum Sham
rupa2nya cicak jadi mangsa
ingatkan sapa tadi
eee eeeee eeeeewwwwwkk ade gambar lak tuuu... eee sgt tak suka ini bende..
Assalamualaikum...
Lama aok menyepi yek..
Bersawang blog ni aritu..sarang tebuan pun ade nok taunye...hikhik..
Ler ni koi pulok ngumpul sawang..Bz yg amat skang... (lap peluh)
Moh jwb soklan kuiz weh..ade adioh!
sy pantang nampak cicak..
mesti nak lastik punya..
Dari Rasulullah SAW:"Ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api, seluruh binatang melata berusaha memadamkan api disekitarnya. Hanya cicak yg tidak mahu. Binatang ini sebaliknya menyemburkan api kepadanya."
ya allah gelionyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
dulu aku buat umpan pancing ikan haruan... hehehe
benci cicak!!
nice ") nice ") like :) like :)
http://shaberry92.blogspot.com/
http://sabryoppa.blogspot.com/
singgah blog sabry oppa okey..
assalam, buat suspen je pagi2 ni....info yg best.
pernah sekali solat tetiba cicak landing atas kaki...nasib tak melompat aku..heheh
tak sabar baca untuk tahu binatang apa. hehe
saya paling benci cicak
pengotor...
hahaha
da agk dh msti cicak yg dibalun
pembunuhan yang mendatangkan kebaikan.. tahniah :-)
Post a Comment