Dekat Sangat Dah...
Friday, February 24, 2012
Sepanjang perjalanan aku dari tempat kerja ke rumah, sekurang-kurang 4 tempat yang aku lalui sedang dalam proses kerja-kerja pembaikan. Dari menampal lubang, membawa ke memasang lampu jalan, sehinggalah membesarkan jambatan... Wah aku rasa macam meriah sangat la plak... Meriah dengan jem...!
Bukanlah aku nak menidakkan jasa pihak yang berkenaan. Memang itu merupakan tanggungjawab mereka... Apa yang mereka lakukan pun adalah untuk kebaikan kita semua... Cuma yang agak menghairankan aku, kerja-kerja ni dilakukan hanya pada 'musim-musim' tertentu sahaja. Padahal salah satu kawasan tu, aku rasa dah hampir bertahun-tahun berlubangnya. Rim kereta aku tu kalau boleh bercakap, komfem-komfem dia menyumpah aku: "apasal la hari-hari tuan aku ni langgar lubang...! Sakit satu badan aku...!" Hua hua hua... Tapi takpelah, at least lepas ni dia tak kan menyumpah aku dah...!
Bila buka tv atau selak surat khabar pula, bermacam-macam bantuan dihulurkan sekarang ini... RM500 la, kedai 1M la, bantuan murid susah la dan macam-macam lagi la... Haa yang ini memang aku tak nak pertikaikan... Yup, kerajaan yang baik adalah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyatnya. Dan aku juga amat berharap agar bantuan-bantuan tersebut dapat diteruskan lagi pada masa-masa hadapan... Dalam masa yang sama aku juga amat-amat berharap yang ianya bukanlah sekadar satu 'umpan'..! Aku harap mereka cukup sedar yang rakyat sekarang ini sudah semakin bijak menilai... Jadi tunjukkan yang anda benar-benar IKHLAS... Aku yakin semua rakyat Malaysia inginkan kerajaan yang BERTANGGUNGJAWAB, BERSIH dan MENJAGA KEBAJIKAN RAKYATnya...
Herm apa-apa pun aku dapat rasakan, sama seperti kebanyakkan rakyat Malaysia yang lain rasakan... Ya, musimnya sudah nak sampai... Dah dekat sangat dah... Bersedialah semua... Bersedialah kita semua untuk, MEMANGKAH...!
Eh gambar ni lagi erk... Har har saje jer... Tak sabar betul nak tengok dua nama besar ini ni berdebat... Please jangan beri alasan buang masa ke, tak berfaedah ke atau bukan budaya kita ke... Kerana aku yakin semua rakyat Malaysia sudah matang... Waima apa sekalipun hasil daripada debat tersebut, ia sepatutnya menambahbaik lagi sistem demokrasi di negara kita ini... Aku kira hasil debat tersebut juga sedikit sebanyak bakal memberi hint kepada rakyat jelata, siapa yang patut mereka undi... Samada untuk terus di bawah kerajaan yang sedia ada hari ini, atau pun...???
16 comments:
selamat memangkah
jgn tersalah pangkah,
pangkah biar barokah
semua mahal nak cari yang murah
hi cikgu sham..lama tak jenguk sini..sihat?
tak lama dah kan..boleh dah start practise pangkah2 ni..jgn practise kat buku student dah la..hihi...gurau jeer
betul3.. jangan ble datang detik2 memangkah ni je tunjuk baik.. tak boleh nak beli hati rakyat dengan cara mcm nie. rakyat sekarang dah biasa sangat dengan agenda2 camnie.
skang ni nak tgk berita pun malas...
=)
Hmm dah seram sejuk ni, nak demamlah tu, demam pilihanraya.. Hihi
Pilih yang terbaik....
tapi IM agak lambat lagi sebab musim mesyuarat agong bahagian dah tiba!
bawak bersabo - sabo...tunggu dulu ada lagi yang belum diumumkan...esok lusa tulat kot....sabo-sabo-sabo
xsbr btol dgn PRU ni...ade debat ke..kena tgk ni
Assalamualaikum Sham
kita perlu berhijrah untuk kebaikan dunia dan Akhirat
alamak..
tak mendaftar lagi..!! =__=
Assalamualaikum Cikgu..
Jangan nanti lepas memangkah longgokan pasir tepi
jalan sampai tumbuh rumput...harap tidak.
Akak cuma nak jalan2 yang berlobang kat shah alam ni
di uruskan. Maintenance tak semenggah!!! Pakai tampal mana sempat jek..
Siapa yg menunda perdebatan itu? Tunjuklah kehebatan dan ketelusan biar rakyat tahu dan mesti siar secara langsung bukan ada putar-alam...
Pangkah jangan tak pangkah cikgu... kakak pun dah tak sabar.
Akak dah sangat bersedia nak mengundi ni :)
x sabaq nak mengundi...harap2 pilihanraya masa cuti skolah bulan 3 ni...dapat la mengundi...
berani ke si mulut merah tu berdebat yob ? hahaha..
mana2 tempat yg masih mundur tu..eloklah berdoa supaya selalu2lah ada PRK..confirm maju !
p/s t kasih sudi ke blog saya..utk pengetahuan yob, kesemua cerita dlm blog saya adalah berasaskan kisah yg benar. harap maklum
Post a Comment