Sahabat Tanpa Suara

Punca Gaduh Dah Mai...

Monday, February 6, 2012


Hari cuti ni relax jer lepak-lepak kat rumah... Penat melepak layan internet pulak... Usha blog kengkawan... Tetiba terperasan pulak satu mesej dalam cbox aku: "auto blogwalking software... try now...?" Herm muncul balik benda ni. Suatu ketika dulu benda inilah yang menyebabkan dunia bloging hangat seketika. Aku terbaca macam-macam komen pasal software ni... Siap ada blogger yang bergaduh dan mengeluarkan kata-kata kesat sesama sendiri lagi...

Kes ni memang hot pada masa tu sehingga membabitkan blogger-blogger otai, aku tak mau sebut nama-nama mereka sebab kalau sebut disini mesti ada yang mengenali mereka... Erm aku rasa tak payahlah aku cerita panjang lebar pasal part tu, yang penting dah setel pun... Kini tup tup timbul balik iklan dia dalam cbox aku...

Korang semua tau tak pasal benda alah ni...? Ker korang pun ada guna ni...? Hee hee... Now let me make a confession, aku pernah menggunakan benda alah ni suatu ketika dulu. Woopss nanti dulu jangan terus bang aku kay...! Aku menggunakan software autoblog ni pada peringkat awal aku berblog. Masa tu memang agak jahil tentang blogging ni. Aku dapat offer dari shoutbox sama seperti sekarang ini. Memanglah umpan dia sedap, dapat backlink berpuluh-puluh sehari, malah kalau hari rajin tu boleh sampai beratus-ratus dapat visitor... Mana tak syoknya...! Memang berbaloi sangat dengan bayaran yang dikenakan...

Dan itulah yang menjadi punca ketidakpuasan hati ramai blogger. Yelah orang lain yang pakai manual bagai nak rak jelajah satu-satu blog dalam satu-satu masa. Bila autoblog ni, tak perlu bersusah payah, dalam masa setengah jam, mesej kita boleh reach out beratus-ratus blog... Dan kita tak tahu menahu langsung kandungan blog yang kita 'ziarahi' itu... Yang malangnya blogger yang menerima mesej kita tu ia-ialah ingat kita ada menziarahi mereka lalu dengan seronoknya mereka membalas 'ziarah' kita tu... Padahal... Haremmm...

Namun tak lama aku menggunakan software tu, mungkin dalam seminggu atau kurang kot. Dan tetiba jer benda ni jadi hot bila ada blogger yang mendedahkan benda ni. Siap sertakan link blogger-blogger yang menggunakan software ni lagi. Katanya mereka yang menggunakan software ni adalah blogger yang mementingkan diri sendiri, tidak menghormati blogger lain dan paling teruk, berniat untuk menipu dalam mendapatkan backlink... Ooppss aku apa lagi terus stop ajerla. Mujur bukan aku yang terkantoi...

Seriously, sampai ke hari ini aku dah tak pernah guna 'menatang' tu lagi dah. Jadi di kesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada mana-mana blogger dan rakan-rakan yang pernah 'tertipu' dengan aku (walaupun jumlahnya tak ramai mana pun)... Sori ye kengkawan... From deed down inside of my heart... Bagi blogger yang masih menggunakannya, terpulanglah pada kalian... Mungkin kalian mempunyai alasan-alasan yang tersendiri... Aku sentiasa mengingatkan diri aku, yang aku berblog dengan tujuan untuk mencari KAWAN... Bukan mencari MUSUH... Peace yo...!

P/S: Ada mata PANDANG, ada telinga DENGAR, ada otak PAKAI...

15 comments:

delarocha February 6, 2012 at 6:46 PM  

ooo mcm tu cerita nye yee

Sham February 6, 2012 at 7:38 PM  

delarocha:
camtu ler lebih kurangnya...kalu terkena dulu2 sorila yer...peace yo...

Deru Ombak February 6, 2012 at 7:44 PM  

Salam Cikgu.
Kak newbie.. Haha dop pehe sutir..

Abhamz February 6, 2012 at 10:16 PM  

assalam, masing2 ada cara nak tarik pengunjung....yg penting biar ikhlas.

Sham February 6, 2012 at 10:26 PM  

Deru Ombak:
hem kalu gitu takyah tahu lagi baik kak...dah tahu nanti nak try pulak...hee

Sham February 6, 2012 at 10:27 PM  

abhamz:
ya betul... yang penting ikhlas...

kasihredha February 6, 2012 at 10:37 PM  

tak pernah tahu pasal benda ni...
baru tau.

zino February 7, 2012 at 8:03 AM  

menarik ke dah sempat nak baca lagi hehe

ummiross February 7, 2012 at 10:34 AM  

Ummi pun ingat, dulu2 ada kecoh pasal ni, ummi pun tak berapa faham sangat, ni Sham cerita baru tau macamana ia berfungsi..

Nizam February 7, 2012 at 8:08 PM  

Ikhlas kan diri yang utame...

Si qusowt February 8, 2012 at 12:57 AM  

wooo!aku xtawu lak ade bnde alah cmgini..sape yg gile follower msti gune.

cemomoi February 8, 2012 at 4:59 PM  

koi kira mahap je le itu pon kalo masuk kat blog koi, koi haram kesah ke menda alah ter maklum le buta i.t

mak encik | SZ February 9, 2012 at 9:30 AM  

penah juga terbaca dolu2 tapi igtkan omputih je yg guna sbb slalu dpt mesej BI ... kekekekee...

ummu February 13, 2012 at 12:23 AM  

SALAM CIKGU
akak dulu pun ada juga heran tengok komen yg sama oleh blog tertentu di blog2 akak...ada juga baca ttg perkara ni.

p/s; menjenguk blog Sham setalah lama akak 'tidur'.:)

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP