Sahabat Tanpa Suara

Salam Aidil Adha, Jalan Dah Sesak...

Tuesday, November 16, 2010


Besok tanggal 10 Zulhijjah, satu lagi tarikh keramat ummat Islam di seluruh dunia. Sekali lagi kita akan menyambut satu hari suci iaitu Aidil Adha atau yang selalu kita sebut sebagai Raya Haji. Tapi sebenarnya lebih tepat kita panggil sebagai Raya Korban. Antara ibadat sunat yang sangat-sangat dituntut pada hari raya korban ini dan juga pada hari-hari Tasyrik adalah ibadah korban. Ibadah korban antaranya adalah sebagai memperingati akan pengorbanan agong yang telah dilakukan oleh Nabi Ulul Azmi iaitu Nabi Ibrahim A.S. Bayangkan bagaimana Allah S.W.T menguji Baginda dengan ujian yang sangat-sangat tak terduga hebatnya ini. Sudahlah susah untuk mendapatkan zuriat tersebut, namun sebagai hambaNya yang taat, tetap mengikut perintah yang Maha Esa. Namun sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Pemurah. Segala yang diperintahNya ada hikmah dan kebaikan disebaliknya.

Ala semua orang tau la benda-benda ni kan. Kalau ada lagi yang tercengang-cengang bila baca benda kat atas ni...isyhh, berhati-hatilah...dah jauh korang menyimpang tu...; ) Tapi sebenarnya aku sendiri pun tak pernah buat korban lagi. Setakat syer-syer 1, 2 bahagian tu adalah. Belum ada rezeki lagi untuk aku nak laksanakan korban 'sebenar-benarnya'. Namun sebenarnya Islam bukan setakat menuntut pengorbanan yang berbentuk fizikal seperti itu sahaja. Banyak lagi pengorbanan-pengorbanan yang yang harus dilakukan dalam hidup kita ini.

Secara peribadi, Hari Raya Korban tahun lepas telah berlaku satu 'ujian' yang paling besar dalam hidup aku. Seusia aku itulah cabaran yang paling getir dan menuntut pengorbanan yang paling besar. Sesuatu yang aku lakukan telah mendatangkan kesan yang sangat-sangat mendalam kepada keluarga aku, isteri aku malah kepada keluarga belah isteri aku juga. Aku tak berhajat nak berkongsi secara detail disini tetapi kepada ibu bapa aku, keluarga aku, isteri aku dan keluarganya:- terima kasih yang tidak-tidak terhingga aku ucapkan pada kalian semua kerana 'PENGORBANAN' kalian kepada aku. Hanya Allah S.W.T akan akan membalasnya jua...

***********************************************************************************

Pagi tadi aku sampai lewat ke sekolah. Sepanjang tahun ini, hari ini merupakan satu-satunya hari yang aku rasa punch kad aku bakal mengeluarkan cop merah! Ironinya hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sesi 2010. Yes! Cuti dah yop... Tapi aku tak cuti sepenuh masa. Tahun ni sangkut lagi nama aku sebagai Pengawas SPM. Takpela memang aku pun yang minta dulu. Hua hua...

Balik pada cerita kelewatan aku tadi. Bagi penduduk Bentong, Raub dan daerah-daerah dibawahnya bawalah ke sempadan Pahang Kelantan bawalah sampai masuk ke Kelantan; ini dah jadi fenomena biasa bagi kitorang. Nak buat macamana, menurut statistik 'kedai kopi' berjuta rakyat Kelantan yang berperantauan di seluruh Malaysia. So, bila tiba hari-hari besar sebegini, jem teruk memang tidak dapat dielak. Kalau diikutkan, sekarang ni orang-orang dari Utara dah ada 'short cut' ikut Simpang Pulai-Cameron-Gua Musang. Tapi kesesakan tetap begitu jugak! Gu-gu semuo jange maroh de... Buke saloh ko puok-puok demo. Ini bagi aku adalah masalah pengangkutan dan jalan. Dah bertahun-tahun perkara sebegini berlaku, sepatutnya sudah ada jalan alternatif untuk keselesaan perantau. Dan lebih-lebih lagi untuk penduduk setempat - kami ni ler... yang menghadapi jem bermusim. Tiap kali cuti dialog itulah yang keluar "set-set kelantan dah buat sesak dah..." peace yo..!

Gambar hiasan. Jalan ke Kelantan taklah sebesar ni pun... Bilalah nak ada hiway masuk Kelantan ni. Senang gak aku nak bawa family bershoping kat golok...

Read more...

Awan Labels

Thursday, November 11, 2010


Salam blogging...

Hari ini aku nak share satu benda yang aku rasa 'cool' untuk dipasang kat blog. dah agak lama gak aku pasang benda ni tapi hari ini aku baru nak cerita pasalnya. Saje nak tunggu dia sejuk sikit baru betul-betul cool kan??? Cuba korang tengok kat label Kategori Pilihan kat sidebar tu. Bila korang gerakkan mouse ke situ dia mula bergerak-gerak memusing. Agak unik kan...

Bagi yang dah biasa tu mungkinlah dah tak hairan tapi aku masa baru-baru jumpa tu rasa agak terkesima gak. Huhu... So pada sape-sape yang berkenan nak pasang ni aku share langkah-langkahnya. Ops lupa lak, benda ni aku dapat dari www.bloggerbuster.com. Kredit untuk beliau. Of couse la aku dapat dari orang lain. Apa ingat aku create sendiri ke. So pada sesape yang rasa excelent dalam english boleh terus ke blog tersebut.

Pada sape-sape yang tak suka BI, nah ikut je step ni.

1. Mula-mula buka design>>>edit HTML, tekan ctrl+f dan masukkan kod ni:

<b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>

2. Copy dan paste kod yang diberi ini betul-betul di bawah kod tadi.

<b:widget id='Label99' locked='false' title='Labels' type='Label'>
<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:title'>
<h2><data:title/></h2>
</b:if>
<div class='widget-content'>

&lt;object type="application/x-shockwave-flash" data="http://sites.google.com/site/bloggerustemplatus/code/tagcloud.swf" width="250" height="200" allowscriptaccess="always" &gt;
&lt;param name="movie" value="http://sites.google.com/site/bloggerustemplatus/code/tagcloud.swf" /&gt;
&lt;param name="bgcolor" value="#ffffff" /&gt;
&lt;param name="flashvars" value="tcolor=0x000000&amp;mode=tags&amp;distr=true&amp;tspeed=100&amp;tagcloud=&lt;tags&gt;
<b:loop values='data:labels' var='label'>
<a expr:dir='data:blog.languageDirection' expr:href='data:label.url' style='12'><data:label.name/></a>
</b:loop>
&lt;/tags&gt;" /&gt;
&lt;p&gt;Blogumulus by &lt;a href='http://www.roytanck.com/'&gt;Roy Tanck&lt;/a&gt; and &lt;a href='http://www.bloggerbuster.com'&gt;Amanda Fazani&lt;/a&gt;&lt;/p&gt;
&lt;/object&gt;


</div>

<b:include name='quickedit'/>
</b:includable>
</b:widget>

3. Eh... takde nombor 3. Dah siap pun. Save page tersebut dan tengok. Kalau tak jadi tu alamat ada la yang tak kena tu. Try dari awal balik ye.

Extra: Kalau korang rasa nak customize sikit mengikut citarasa korang bolehlah tengok blog original dia. Bukan susah pun folow je step yang diberi.

Selamat Mencuba...

Read more...

Konvensyen Hala Tuju Koperasi Sekolah

Tuesday, November 9, 2010


Petang tadi aku baru balik dari Hotel Grand Season KL. Ada Konvensyen Hala Tuju Koperasi Sekolah anjuran ANGKASA. Bagi yang tak tahu, ANGKASA tu bukan program angkasawan tau. Juga takde kena mengena pun dengan Datuk Muzafar. Kalau kakitangan kerajaan mesti kenal malah cukup 'akrab' dengan ANGKASA ni kan..? ;) ANGKASA ni akroname untuk Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia. Alah yang potong gaji kita tiap-tiap bulan tulah (bagi yang buat pinjaman jela ye...) Ini merupakan konvensyen yang pertama seumpamanya dianjurkan oleh pihak ANGKASA untuk koperasi-koperasi sekolah. Ianya dirasmikan oleh Dato' Seri Ismail Sabri. Ia, bapak Dafi lah tu. Konvensyen ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan koperasi sekolah disamping berhasrat untuk menjadikan koperasi sekolah sebagai salah satu penyumbang ke arah KDNK negara sepertimana koperasi-koperasi dewasa yang ada di Malaysia ini.

Aku agak sinis pada permulaannya. Ialah setakat koperasi sekolah, yang bisnes utamanya jual pen, buku, air kotak bla-bla untuk pelajar. Dibuka pada waktu pagi, rehat dan sebelum balik seketika. Berapa sangatlah pendapatannya. Tapi dalam konvensyen tersebut aku telah di'kejutberuk'kan oleh data-data yang dipersembahkan oleh beberapa buah koperasi. Yang mana ada sesetengah koperasi telah menjana pendapatan sehingga 200, 300 ribu setahun! Malah ada sebuah koperasi sekolah di Negeri Sembilan mencatat perolehan sebanyak 1.2 juta pada tahun lalu sahaja! This is no joke man...!


Aku baru setahun dilantik sebagai guru koperasi sekolah ni. Apa yang aku tahu selama ini hanyalah: koperasi menjual barang-barang runcit secara kecil-kecilan di sekolah. Dalam pertengahan tahun biasa ada Hari Koperasi Sekolah. Hujung tahun kalau koperasi ada untung sikit boleh bawa budak pergi melancong sambil belajar. Ada untung lagi bolehlah claim hanororium 10%. Rupa-rupanya aku ni ketinggalan bas betul...! Tapi syukur aku terpilih secara accident oleh GPK Koko aku untuk ke konvensyen tersebut. Baru aku sedar rupanya luas lagi skop perniagaan yang boleh dibuat oleh koperasi sekolah rupanya. Cyber cafe, pertanian, pelancongan, homestay adalah antara bidang-bidang yang diceburi oleh koperasi-koperasi yang betul-betul buat duit ni. Yang paling aku terkejut semalam ada sebuah koperasi ni siap nak minta pinjaman dari ANGKASA sebab nak buka ladang kelapa sawit seluas 7 ekar! Wah dasyat-dasyat...

Besok perkara pertama yang aku nak buat setibanya di sekolah adalah terus aku nak jumpa GPK Koko, bentangkan apa yang aku dapat semalam (wah...bersemangat sungguh!!!). Target aku taklah nak capai ratus-ratus ribu setahun, cukuplah buat permulaan ini kalau aku dapat membantu sedikit sebanyak koperasi sekolah aku dalam menambah sikit margin keuntungan mereka. Memang aku dah ada strategi dalam pemikiran aku ni. Harap-harap ianya dapatlah diterima oleh GPK Koko aku hendaknya...

Inilah bapak Dafi yang merasmikan konvensyen tersebut. Tapi gambar tak cunlah sebab 1, jurugambar amatur 2, kamera handphone murah je...huhu...

Read more...

Bagaimana Gunung Berapi Meletus

Friday, November 5, 2010



Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan berita gempar tentang bencana alam di negara jiran Indonesia. Kali ini letusan gunung berapi pula. Beratus kematian dan kecederaan dilaporkan. Memang sayu melihatnya. Lebih-lebih lagi mangsa-mangsa merupakan serumpun malah saudara seagama kita. Takziah diucapkan kepada semua yang berkait dengan mangsa. Ini sedikit kisah tentang Bagaimana Gunung Berapi Meletus.

Gunung berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan extrusion of rock yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.

Gunung berapi biasanya terdapat di mana plak tetonik berpisah atau bertembung. Rabung tengah laut, seperti Rabung Tengah Atlantik (Mid-Atlantic Ridge), adalah contoh plak tetonik berpisah; Lingkaran Api Pasifik pula mempunyai contoh gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan plak tetonik. Sebaliknya, gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis (di kenali sebagai gunung berapi antaraplat bukan titik panas), seperti di Lembah Rift Afrika (African Rift Valley), Rhine Graben Eropah dengan gunung berapi Eifelnya, Lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater dan Rio Grande Rift di Amerika Utara.

Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas; titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak, seperti kepulauan Hawai. Amat menarik, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu.

Sumber: Wikipedia



Gunung berapi:
1. Kamar magma besar
2. Batu dasar
3. Penyalur (Conduit)
4. Asas
5. Sill
6. Paip cabang
7. Lapisan abu dari gunung berapi
8. Sisi 9. Lapisan lava dari gunung berapi
10. Tengkuk
11. Kon parasit
12. Aliran lava
13. Bukaan
14. Kawah
15. Kepulan abu

Read more...

Binaan Kaabah II

Di luar binaan Kaabah terdapat beberapa binaan atau struktur yang wajib diketahui oleh ummat Islam terutamanya yang bakal bergelar jemaah Haji.

1. Hajar Aswad: Hajar Aswad merupakan batu yang berwarna hitam kemerah-merahan. Ianya berbentuk bujur seperti telur dan terdapat bintik-bintik merah dan kuning bekas pecahan. Di sekelilingnya diikat dengan pita perak sepanjang 30cm. Ruang di antara Rukun Aswad dengan pintu Kaabah dipanggil sebagai Multazam.

2. Multazam: Multazam merupakan tempat yang bermulanya tawaf mengelilingi Kaabah. Disunatkan berdoa serta meletakkan pipi, dada, lengan serta tapak tangan disini.

3. Mizab Rahmah: Terdapat sebuah pancur air di bahagian dinding di sebelah barat laut bahagian atas Kaabah. Fungsinya adalah untuk mengalirkan air hujan ke satu tembok yang berbentuk bulan sabit. Sultan Abdul Majid (1839-1861) telah menggantikan pancur ini dengan saluran yang dibuat dari emas pada tahun 1273H. Ianya kekal sehingga ke hari ini.

4. Al-Haatim: Di hadapan Mizab terdapat sebuah tembok melengkung yang dinamakan sebagai Al-Haatim. Tembok tersebut melengkung dan berbentuk seperti bentuk bulan sabit. Kedua-dua hujungnya mengarah ke sudut Kaabah di sebelah timur dan barat.


5. Hijir Ismail: Halaman di antara Al-Haatim dan Kaabah dinamakan sebagai Al-Hijr ataupun Hijir Ismail. Ada pendapat mengatakan bahawa makam Nabi Ismail A.S dan ibunya Siti Hajar terletak di kawasan ini.


6. Maqam Ibrahim: Maqam Ibrahim diiktiraf sebagai sebahagian daripada Kaabah. Ia sebenarnya merupakan tempat pijakannya di atas sebuah batu ketika Baginda membangunkan binaan Kaabah buat pertama kalinya. Maqam Ibrahim dilindungi oleh lapisan dinding kristal. Dinding kristal itu pula dilindungi oleh rangka besi dan kaca tebal. Di dalamnya terdapat bekas sepasang tapak kaki Baginda di atas sebuah batu. Sesungguhnya kesan tersebut membuktikan lagi akan kekuasaan Allah S.W.T.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP