Sahabat Tanpa Suara

Konvensyen Hala Tuju Koperasi Sekolah

Tuesday, November 9, 2010


Petang tadi aku baru balik dari Hotel Grand Season KL. Ada Konvensyen Hala Tuju Koperasi Sekolah anjuran ANGKASA. Bagi yang tak tahu, ANGKASA tu bukan program angkasawan tau. Juga takde kena mengena pun dengan Datuk Muzafar. Kalau kakitangan kerajaan mesti kenal malah cukup 'akrab' dengan ANGKASA ni kan..? ;) ANGKASA ni akroname untuk Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia. Alah yang potong gaji kita tiap-tiap bulan tulah (bagi yang buat pinjaman jela ye...) Ini merupakan konvensyen yang pertama seumpamanya dianjurkan oleh pihak ANGKASA untuk koperasi-koperasi sekolah. Ianya dirasmikan oleh Dato' Seri Ismail Sabri. Ia, bapak Dafi lah tu. Konvensyen ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan koperasi sekolah disamping berhasrat untuk menjadikan koperasi sekolah sebagai salah satu penyumbang ke arah KDNK negara sepertimana koperasi-koperasi dewasa yang ada di Malaysia ini.

Aku agak sinis pada permulaannya. Ialah setakat koperasi sekolah, yang bisnes utamanya jual pen, buku, air kotak bla-bla untuk pelajar. Dibuka pada waktu pagi, rehat dan sebelum balik seketika. Berapa sangatlah pendapatannya. Tapi dalam konvensyen tersebut aku telah di'kejutberuk'kan oleh data-data yang dipersembahkan oleh beberapa buah koperasi. Yang mana ada sesetengah koperasi telah menjana pendapatan sehingga 200, 300 ribu setahun! Malah ada sebuah koperasi sekolah di Negeri Sembilan mencatat perolehan sebanyak 1.2 juta pada tahun lalu sahaja! This is no joke man...!


Aku baru setahun dilantik sebagai guru koperasi sekolah ni. Apa yang aku tahu selama ini hanyalah: koperasi menjual barang-barang runcit secara kecil-kecilan di sekolah. Dalam pertengahan tahun biasa ada Hari Koperasi Sekolah. Hujung tahun kalau koperasi ada untung sikit boleh bawa budak pergi melancong sambil belajar. Ada untung lagi bolehlah claim hanororium 10%. Rupa-rupanya aku ni ketinggalan bas betul...! Tapi syukur aku terpilih secara accident oleh GPK Koko aku untuk ke konvensyen tersebut. Baru aku sedar rupanya luas lagi skop perniagaan yang boleh dibuat oleh koperasi sekolah rupanya. Cyber cafe, pertanian, pelancongan, homestay adalah antara bidang-bidang yang diceburi oleh koperasi-koperasi yang betul-betul buat duit ni. Yang paling aku terkejut semalam ada sebuah koperasi ni siap nak minta pinjaman dari ANGKASA sebab nak buka ladang kelapa sawit seluas 7 ekar! Wah dasyat-dasyat...

Besok perkara pertama yang aku nak buat setibanya di sekolah adalah terus aku nak jumpa GPK Koko, bentangkan apa yang aku dapat semalam (wah...bersemangat sungguh!!!). Target aku taklah nak capai ratus-ratus ribu setahun, cukuplah buat permulaan ini kalau aku dapat membantu sedikit sebanyak koperasi sekolah aku dalam menambah sikit margin keuntungan mereka. Memang aku dah ada strategi dalam pemikiran aku ni. Harap-harap ianya dapatlah diterima oleh GPK Koko aku hendaknya...

Inilah bapak Dafi yang merasmikan konvensyen tersebut. Tapi gambar tak cunlah sebab 1, jurugambar amatur 2, kamera handphone murah je...huhu...

3 comments:

sz | m.s.s November 10, 2010 at 3:35 PM  

wahhh mmg tak sangka...
projek apa cikgu sham nak usahakan tu?

Sham November 18, 2010 at 11:59 AM  

bukan rahsia apa pun, tunggulah semua berjalan lancar baru boleh diwar-warkan...takut tak menjadi projek nanti malu plak. huhu...

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP