Dia Mak Aku
Saturday, May 7, 2011
Sehari dua ni pasti meriah dunia blog ni dengan ucapan-ucapan selamat Hari Ibu... Aku nak join jugak. Ini sedikit cerita pasal mak aku (dalam mood rindu, mak abah aku kini berada di rumah Kak Ngah aku di Putrajaya, minggu depan mereka akan pergi mengerjakan umrah)...
Aku cuba mencari gambar-gambar mak aku, nak upload untuk entry ni. Tapi tak jumpa yang dia berseorangan. Baru aku perasan, mak aku memang tak pernah bergambar berseorangan. Mungkin ada tapi aku tak perasan atau tak ingat. Yang ada hanyalah gambar-gambar beramai-ramai dengan anak cucu. Tapi yang banyaknya gambar bersama orang yang paling dia sayangi, siapa lagi, bos akulah... Kebergantungan mak aku kepada abah aku tinggi. Pendek kata kemana saja dia nak pergi pasti dia ingin ditemani abah aku.
Mak aku seorang yang sensitif dan sangat lembut hatinya. Berbeza dengan abah aku yang garang dan kurang bercakap, pada maklah tempat kami adik beradik meluahkan rasa dan masalah. Jarang sangat dia marah apatah lagi naik tangan dengan kami. Satu peristiwa yang aku kesali sehingga hari ini adalah 'perangai setan' aku ketika di belasan tahun dulu. Atas satu sebab yang remeh aku telah menengkingnya. Fuh nasib baik abah aku tiada masa tu, kalau tidak komfem makan penampar jepun aku hari itu. Tetapi mak aku tak marah, sebaliknya dia menangis...! Menyebabkan aku rasa sangat-sangat menyesal...!
Masakan mak aku adalah masakan yang PALING BEST dalam dunia (pada tekak akula... semua anak akan cakap macam tu kan...), walaupun masakan tersebut hanyalah ikan bilis goreng dengan kentang, atau sekadar telur goreng dengan kicap, atau sekadar ikan sardin... Aku sebut lauk-lauk 'miskin' tersebut kerana itulah antara makanan ruji aku anak-beranak masa aku kecil-kecil. Orang miskin katakan... Kalau dapat makan gulai ayam tu memang kira meriah jugalah. Satu cerita yang buat aku sangat terharu sehingga ke hari ini adalah soalan yang aku sering tanya padanya ketika aku kecil:
"Mak kenapa gulai ayam ni tulang jer...? Tak jumpa daging dia pun..."
Aku tak tahu rupa-rupanya pada ketika itu abah aku hanya mampu membeli ayam tulang (tulang ayam lebihan buat satay, sekarang ni orang buat goreng tepung di pasar-pasar malam...) Sob sob... Sedih aku bila mengenangkan...
Satu lagi kelebihan mak aku yang sering membuat aku kagum adalah dia pandai menyimpan duit. Walaupun tak banyak tapi sentiasa ada. Bila dalam keadaan terdesak, pasti ada duitnya dimana-mana. Biasanya dalam lipatan-lipatan buku. Dalam keadaan terdesak pasti mak aku menjadi penyelamat. Abah aku mengakui sendiri, memang mak aku pandai menyimpan duit... Dia juga banyak membantu abah aku, yang gajinya pada ketika itu hanya ratusan ringgit sahaja. Dari menjahit baju, menjual nasi lemak, kueh mueh, jual minyak angin, tonik semua dilakukannya untuk membantu keluarga... Ni nak bagitau sikit, karipap mak aku dulu glamer tau... Orang sanggup datang jauh melintasi bandar ke kampung aku semata-mata nak cari karipap makcik Salmah tau...!
Ok cukuplah tu, kalau nak up cerita mak aku berjela-jela lagi aku tulis nanti. Marah pulak korang, macam mak aku sorang je yang best... Mak-mak korang pun best juga kan...? Tapi di hati aku PASTI, MAK AKU ADALAH MAK YANG TERBAYEK DI DUNIA... Sebabnya...? Sebab DIA MAK AKU la...
Pada Puan Salmah Binti Mohd Taher... You are the greatest mom... I still, and will love you until the end of time... Selamat Hari Ibu...
P/S: Tak lupa juga buat semua ibu-ibu di luar sana, Kak Long, Kak Ngah dan Ibu Mertuaku... Oit bini aku pun ibu juga tau, ibu kepada 2 orang anak-anak aku... Selamat Hari Ibu ye Yang...
40 comments:
Allah selamatkan ibu-ibu kita.
slmt hr ibu kepada mereka juga :)
selamt hari ibu...comel anak2 cikgu..
selamat hari ibu buat ibu2 kita yer cikgu... saye pon nk cari gambo terbaik mak saya payah gak.. huhuuh
Assalam,
Selamat hari Ibu. Kami sayang ibu kami.
semoga perjalanan mereka ke Tanah Suci selamat dan dpt menunaikan ibadah dgn tenang..=)
SaLaM iNCHiK SHaM...
PNaH MNGaLamI WaKTu2 SuKaR Ye? TaKPe, iTu SeMua DuGaaN DaN WaT KaN KiTa LeBiH TaBaH DaN SaYanGKan FaMiLY... (^_____^)V
humairi:amin ya rabbal alamin...
adwa:ya selamat untuk mereka...
faiz:comel tu datang dari ayah dia...hehee...
hysman:untuk ibu2 kita dan ibu2 mereka juga...
mamawana:ibu2 pun pasti sayangkan kita lebih dari kita sayangkan mereka...
prince:Isyallah...moga selamat sampai ke tanah air juga...
sisnad:ya saya sayangkan family saya...semua orang patut gitu kan...
selamat hari ibu utk mak kamu
mmg kan, makanan ibu yang paling terbaik, dan mmg sukar ibu nak tayang wajah depan kamera..malu katanya
selamat hari ibu kepada semua insan yang bergelar ibu....jasa mereka sangat besar
selamat hari tak beribu..huhuhu
tanpa ibu tak ada lah kita kan...
Selamat Hari Ibu.
selamat hari ibu buat ibu saya.
comelnya anak2..
nak tulis pasal mak ayah ni mmg berjela2 pun tak habis.. ye tak... tak tertulis.. hehe...
kesusahan juga byk mengajar kita.... :> btol tak bro.. hehe
semoga ibu kita dirahmati Allah dunia dan akhirat
=)
Selamat hari ibu buat ibu Sham dan semua ibu-ibu, semoga diberkati Allah
Selamat hari ibu pada ibu kamu dn isteri kamu juga..
selamat hari ibu semua =)
kita semua sayangkan ibu.... jangan lupa sayang ayah juga hehe
Mestila kita nak up mak kita sebab di mata kita, dialah yg terbaik di dunia kan :D
Semoga ibu cikgu Sham dirahmati Allah sentiasa.
Sayang mak. Segala mcm dugaan untuk mak lebih2 di zaman remaja kita kan?....Hmmmm....
mesti byk tulisan tribute untuk mak di blog msg2.
Selamat hari ibu pada mak Syam dan isteri syam. Jaga isteri dan mak syam baik-baik selama mereka masih ada.pengorbanan ibu tak dapat dibalas ngan harta bergunung atau wang ringgit.
Eh uda....
Kita tak miskin la...
susah sket aje.....tulang ayam tu buat sup...nyum! nyum!...sedap tu..
mmmm.....rindu plak nk makan tulang ayam masak sup.....
Sallam Sham,
Selamay hari ibu buat ibu anda,
orang rumah, dan semua yang bergelar ibu. Semuga usaha kita untuk keluarga tercinta diberkati Allah.
Selamat hari ibu
Selamat hari ibu buat mak dan isteri Sham
selamat hari ibu ..eh bukan kat ko...kat semua ibu-ibu di dunia ini...anyway sebak juga bila baca entry di atas tu...semoga Allah memberikan rahmat di dunia dan akhirat untuk ibubapa kita..amin...
kasih ibu sanggup buat apa saja untuk anak2...
Tahniah juga buat ibu pada dua bujang itu....
Siapa tak sayang ibu. Kakak dah tak ada ibu. Sob...sob....
selamat hari ibu Puan Salmah...
jgn tengking2 mak lagi tau...dosa!!
selamat hari ibu buat ibu2 semuanya
hari-hari kena doakan ibu dalam solat moga mereka sejahtera dunia akhirat
masakan seorang ibu mmg makanan yg paling sedap di dunia...!!
Salam Cikgu Sham..,
Ibu segala-galanya dlm hidup kita...kasih Ibu tiada penghujungnya....
semuga Ibu dan ayah cikgu sihat dan dipermudahkan mengerjakan umrah...Insyaallah...aaminnn...
Post a Comment