Selamat Beribadat...
Tuesday, May 10, 2011
Hari ini aku ke KLIA, mengucapkan selamat jalan kepada kedua orang tua aku... Sebagaimana yang telah dijadualkan, orang tua aku bakal mengerjakan umrah selama 2 minggu di Tanah Suci Makkah... Mereka mengikut pakej yang disediakan oleh Andalusia Travel...
Aku rasa bagus juga Andalusia ni. Apa yang aku nampak pengurusan diorang kemas, cara diorang handle ahli-ahli rombongan juga nampak mesra dan profesional. Korang taukan Pengerusi Eksekutif Andalusia ni...? Ala Dato' Ustaz Md. Daud Che Ngah tulah, yang selalu keluar TV cerita pasal haji tu... Mutawif wanita rombongan orang tua aku ni adalah Mariamah Tijo... Ha macam familiar je nama dia kan...? Dia ni kalau korang dengar berita radio RTM dulu-dulu memang suara dia jelah yang tukang baca beritanya... "Tut... tut... Berita ini disampaikan oleh Mariamah Tijo..." Ha itu trade mark dia...
Sebenarnya ini kali kedua orang tua aku menunaikan umrah. Kali pertama dalam tahun 2006 (kalau tak silap aku)... Haji...? Hem belum ada rezeki diorang lagi. Kalau ikut giliran Tabung Haji, kedua orang tua aku bakal mengerjakan haji pada tahun 2032...! Betul 2032, bukan salah taip...! Tapi bukan silap Tabung Haji, silap sendiri ler... Diorang ingat bila duit dah cukup dalam akaun baru boleh mendaftar, sebab itu diorang baru mendaftar tahun lepas... Jadinya mendapatlah... Rupa-rupanya syarat untuk mendaftar haji adalah memiliki jumlah dalam akaun sebanyak RM1300 sahaja. La aku pun baru jer tahu...!
Cerita pasal haji ini, aku percaya semua dari kita mempunyai keinginan untuk kesana kan...? Yelah, nak melengkapkan keislaman kita... Fuh aku dah dengar macam-macam dah cerita pasal 'Tanah Haram' ni, memang teruja sangat-sangatlah nak pergi, cuma belum ada rezeki je lagi. Baru-baru ni aku ada berborak dengan Ustaz di sekolah aku, cerita pasal haji ni...
Dia mengajak aku untuk mengerjakan umrah dan haji secara bersendirian, tanpa melalui tabung haji. Selain dapat berjimat, jadual kita juga tidak terikat. Malah nak pergi bila, nak balik bila, semua atas kita sendiri. Aku yakin dengan Ustaz ni kerana dia merupakan bekas pelajar Al-Azhar. Dia berkelana di Mesir dan sekitar negara Arab selama hampir 7 tahun. Ramai di kalangan kawan-kawannya masih berada disana, jadi tidak perlu risau akan penginapan, katanya... Hem menarik jugak tu kan...? Teringin juga aku berkelana di 'bumi Anbiya' ni... Macam dalam cerita Jejak Rasul tu...
Berbalik ke cerita orang tua aku tadi, makanya tadi bersalam-salam, berpeluk-pelukan dan berdrama air matalah kami di KLIA tadi... Aku pun tak paham sebenarnya, mengapa harus ada insiden air mata... Hu hu hu...
Kepada orang tua aku, selamat beribadat... Semoga segala amalan kalian dapat mendekatkan lagi kalian kepada Yang Maha Pencipta... Sampai sana doakan kami pula ye...
P/S: Aku rasa teruja sangat dengan pelawaan yang dibuat oleh Ustaz sekolah aku tu... Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah aku jalan dan kemudahan untuk aku supaya dapat aku menunaikan Rukun Islam yang ke-5 ini... Secepat yang mungkin...
P/S (dari Ustaz): G haji ni, buke nok tunggu hari tuo baru nok g... Maso mudo-mudo ni la kito patut usoho...
19 comments:
alhamdulillah saya pernah menjalankan ibadah umrah ni...semoga makayah cikgu dapat beribadat dgn sempurna...
semoga selamat semuanya yer cikgu
prince pon ade hajat nk ke sana satu hari nnt..hrap2 tercapailah...
semoga perjalanan mereka ke tanah suci Mekah selamat sampai dan pulang nnt..
Kalau boleh sham pergilah masa tubuh badan sihat. Mengerjakan Haji memerlukan fizikal yg kuat. Bayangkan kalau dari Mina nak pergi ke tempat melontar lebih kurang 7km berjalan kaki. Kesian kalau yg dah tak kuat kan....
Lagi pula kalau fizikal kuat boleh buat umrah banyak kali ketika berada di Mekah. Pergilah sebelum usia cecah 50 tahun.
Semoga Selamat Pergi dan Selamat Pulang makcik dan pakcik..
***Andalusia ni mmg bagus...hari tu bpk mentua n mak mentua saya pon guna pakej diorang..Alhamdulillah semuanya ok..
semoga selamat semuanya ya cikgu..
Salam Cikgu Sham...,
semuga ayahanda dan bonda selamat dan sihat waalafiat disana serta dipermudahkan dalam melaksanakan Umrah dan ziarah disana....Insyaallah....aaminnn...
Alhamdulillah, semoga ibu dan ayah Sham dapat menjalankan ibadat umrah dengan sempurna, semoga selamat semuanya buat tetamu Allah yang dimuliakan.
Ummi pun teruja dengar pasal pegi haji sendiri tu, memang bagus klu ada orang yg berpengalaman pulak tu, semoga doa Sham dimakbulkan...Amin.
Alhamdulillah..
Yang lambat tu sebab ikut muasasah..
Ambil pakej haji, Insya Allah dapat cepat + buat rayuan.
semoga orang tua cikgu sham sihat2 di sana...
bukan semua org mampu dan dijemput ke rumah Allah.. tahniah dan moga selamat semuanya
Ya Allah, bior benor, 2032?! Lama tuh! Memintakla dapat lebih awal dari tu kan, insyaallah!
Semoga ibu bapa cikgu Sham selamat dalam perjalanan pergi balik serta dapat beribadah dengan tenang.
semoga semuanya selamat tiba dan pulang
Review Filem Kongsi
Alhamdulillah..bestnye...smoga selamat smuanya :)
Assalamualaikum Sham,
Semoga dipermudahkan segala urusan bagi ibubapa sham ketika mengerjakan ibadat umrah di Mekah.
Memang best pergi Umrah, kalau boleh saya nak pergi lagi.
Pergilah semasa muda sebab ibadah Umrah memerlukan kekuatan fizikal juga terutama sekali sewaktu melakukan Saei.
Blogspot Bermasalah & Entri Hilang
assalamualaikum cikgu..
semoga kedua ibu bapa cikgu dapat melakukan ibadah umrah dengan mudah dan lancar
Selamat Hari guru
sALAM...moga selamat pergi dan selamat kembali...
Post a Comment