Cikgu...? Ceh, Apa Kelas...?!!
Sunday, May 15, 2011
Ya ayat di atas memang pernah keluar dari mulut bacul aku ini satu ketika dulu... Weh student dari Fakulti Kejuruteraan UPM ni, Bacelor of Mechanical Engineering beb...! Takkan graduate nak jadi cikgu kan..!? Memang apa kelasss...! (Wah riak giler gitu...)
Tahun 2001 aku graduate... Ingat boleh dapat kerja terus tapi hampes...! Dengan keputusan yang average macam aku ni memang sangat-sangat susah untuk compete dalam dunia private (baru sedar...)!!! Aku masih ingat sekurang-kurang 10 buah syarikat aku pergi interview, termasuk PERODUA di Rawang, DRB dan YAHAMA-HICOM di Shah Alam. Semuanya tak sangkut. Pencapaian terbaik aku adalah di IJM Corporation, dari ujian bertulis sampai ke stage 2nd interview, dimana dari 6 shortlisted candidate mereka nak pakai 3 orang jurutera... Aku amat berkeyakinan pada ketika itu kerana sepanjang sesi temuduga aku dapat menjawab dengan penuh konfiden. Namun tiada jawapan sampai sudah... Akhirnya aku terpaksa menerima hakikat, CGPA yang menjadi penentu...
Hampir 6 bulan aku menjadi penanam anggur, akhirnya aku mendapat tawaran dari sebuah syarikat yang berasal dari Thailand, beroperasi di Port Klang Selangor. Bermula dengan Training Engineer selama 6 bulan akhirnya aku ditugaskan untuk mengepalai keseluruhan line production... Income masa tu, fuh masyuk... Tapi kerja dia, mak ai...
Tahun 2004, aku bertukar kerjaya dan secara tak langsung aku terpaksa menjilat kembali ludah aku dahulu... Perghh ganas punya bahasa...! Kenapa dan bagaimana aku boleh terlibat dalam kancah keguruan ini...? Aku dah pernah cerita serba ringkas dulu... Nak tahu boleh rujuk balik disini>>...
Sedar tak sedar tahun ini dah masuk 7 tahun aku bergelar seorang guru... Aku tak nak cerita lebih-lebih tapi jujur aku katakan: aku CINTA kerjaya ini, aku ingin HIDUP dan MATI dengan gelaran seorang CIKGU...
Besok merupakan Hari Guru, hari untuk meraikan kerjaya aku dan rakan-rakan sejenis... Jadi aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT, yang pertamanya kepada guru-guru aku dahulu: Cikgu Wong (cikgu paling aku sayang masa sekolah rendah), Cikgu Ahmad Kamal (cikgu yang paling banyak mendenda aku), Cikgu Manaf (cikgu yang paling jeles dengan aku pasal aku kuat lari, har har) dan SEMUA guru-guru yang pernah terlibat dalam mendidik dan membimbing aku, sehingga menjadikan seperti yang ada di hari ini...
Kepada rakan-rakan sejawat aku, dari maktab, sekolah lama dan kini. SELAMAT juga untuk kalian...
Tidak lupa kini aku telah mempunyai rakan-rakan guru di dunia blogging ini seperti cikgu Humairi, Imanshah, Cikgu Nurin, ckLah dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama, mana yang aku tak mention jangan kecil hati ye)...
Oh ya, last but not least untuk isteri aku yang tercinta (cikgu jugalah orang rumah aku ni)...
Kepada kalian-kalian semua SELAMAT HARI GURU... Mari kita bersama-sama melaksanakan tangungjawab ini... 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'... HIDUP CIKGU...!!! BANZAI...!!!
46 comments:
Pensyarah termasuk dlm kategori guru juga ke? Skg konfius aku patut sambut ke tak sambut...
selamat hari guru buat tuan dan isteri...Allah... jadi cikgu, insyaAllah saham untuk akhirat ada.
-saya yang bukan seorang guru..okebai!.. ;)-
CHEH!!!
Hehehe. Selamat Hari Guru...
(baru hang tau naaa!)
selamat hari guru cikgu shams..
jo:kitorang tak geng dengan pensyarah...har har har...eh tu kira pendidik gaklah tu...
afida:itulah yang diharap-harapkan:ilmu yang dimanfaatkan...
ckLah:he heee...baru tau...
faiz:tq bro...minta2 betul2lah selamat...
Selamat hari Guru Cikgu Sham..ur blog sangat menarik! tapi kalau GTO kan best! ekeke..mohon letak ur link kat my blog list ya
selamat hari guru ya...
=)
selamat hari guru cikgu sham :)
Selamat hari guru :)
selamat hari guru!
selamat hari guru...untuk cikgu sham..
selamat hari guru Cikgu Shams dan isteri
nasib baek jilat ludah sendiri..
selamat hari guru.... teringat sorang juruter mechanical nak grad tahun depan kat rumah ni... hehe
sorang kawan saya juga grad mechanical dah jadi baker's yg berjaya dah 4 kedai kek dia buka...
Selamat hari guru SYAM
semoga hebat sokmo!!
selamat hari guru cikgu sham!
selamat hari guru...emm kenapa tk suka jd guru? saya suka jd cikgu..tapi tkde rezeki so jd cikgu pada anak2 je ...anyway selamat maju jaya cikgu..
jangan jadikkan guru opsyen terakhir macam tentera
slamat hari guru… pelita yang terbakar harap terus bersinar
Selamat Hari Guru Sham...
masa zaman2 nak pilih kursus pengajian dulu mmg la yg glemer tang engineering...
heee
apapun selamat hari guru utk cikgu sham n isteri! :)
selamat hari guru..
bunag suka jadi guru..n cita2 bunga mmg menjadi seorang pengajar..
Assalamualaikum Cikgu Sam,
Selamat Hari Guru.
owh kiranya sekarang ni dah jadi cikgu ya? heheh selamat hari guru :)
Dari engineer jadi cikgu. Best juga kan banyak pengalaman. Jgn pandang enteng cikgu sham wei...
Selamat Hari Guru, dari kakak.
SELAMAT HARI GURU buat cikgu Sham ..muga jasamu dikenang hingga akhir hayat.
org kate brssh dhulu, bersenang kemudian...hi3...selamat hari guru...
selamat hari guru bro! :)
memang selalunya begitu, ada hikmahnya he
tapi kan..cuba kalau dulu2 kita cakap, jutawan? ceh!apa kelas!
mesti jutawan kot..he
jadi engineer bukan terus dapat gelaran Ir.
jadi cikgu, terus dapat je gelaran tu.
selamat hari guru Ir. cikgu sham ...
guru itu pekerjaan yang mulia ..mendidik dan terus mndidik untuk mmbina generasi terulung..selamat hari guru cikgu sham..tabik spring!
Assalamualaikum Cikgu Sham,
Minta maaf weh, terlepas pandang,
Munkin sebab baru lagi berkenalan,
"Selamat Hari Guru" Jasa guru sentiasa dikenang.
Slmt Hari Guru ye Ckgu :)
Selamat hari guru sham.
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy repair dan spray helmet lama
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
wow.. bro afzainizam hebat berpuitis.. hehehe
selamat hari guru.. ^^
Salam kenal, Selamat hari guru, moga terus succes... oh ya saya juga mechanical engineer yg dah tak terlibat secara khusus dlm mechanical
Selamat hari guru..terlewat dah nih..jadilah guru yang diingati dan disayangi, pengorbanan guru tidak ternilai....
sungguh smgt kate2 dlm entri ini..harap2 biarlah smgt ni terus membakar diri utk lbh berjaya kelak..
rasanye x terlambat yer saya wish selamat hari guru kat cikgu sham..:)
bukan senang jadi guru..
sy dah rasa..
tahniah!!! :)
hmm...dulu2 mmg teringin nak jadik cikgu...tapi semua orang syorkan supaya ambil degree engineering atau akaun dulu pastu baru buat diploma pendidikan....sbb kalau camtu gajinya lebih besar...tapi rupanya..nak buat dpli atau kpli tu bukannya mudah...4 kali sit exm MTest 4 kali x lulus
gaji mane lebeh masyukkk?? cikgu ke engineer?
assalamualaikum cikgu sham.
apa khabar? semoga cikgu dan keluarga dlam sihat2 saja.sedang sibuk exam ya?
dulu, masa saya ambil pendidikan, ada yang kata,"apa kelas awak jadi cikgu? result SPM awak kan layak mohon bidang lain?"
sabar je lah.bila saya 'posting' sebaik tamat pengajian, ada pula yg kata,nyesal dulu aku tak ambik cikgu macam engkau'.
apapun , cikgu adalah kerjaya murni.jadilah seperti matahari dan bukannya lilin....
biasa la camtu...bila dh terjun ke dlm bidang pndidikan kita akan terus jatuh cinta.....
Post a Comment