4 Dalam 1
Friday, May 27, 2011
Wooiittt aku masih hidup ok... Masih membara semangat untuk berblogging, walaupun errr, dah hampir 2 minggu tak update blog... Ada sedikit masalah teknikal la... Apa-apa pun, i'm back...! Oleh sebab dah lama tak menulis, hari ini aku nak balas dendam, nak ulas 4 sekali isu-isu hangat kebelakangan ini...
1. Moga roh mereka dicucuri rahmat...
Minggu lepas negara kita digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 anak-anak yatim di Hulu Langat Selangor. Ini merupakan antara kejadian yang paling menyayat hati aku,serius aku sedih... Tapi nak buat macam mana, memang Allah lebih menyayangi mereka. Mungkin ada hikmah disebaliknya yang tidak kita ketahui. Sebagai contoh salah seorang pelajar di situ iaitu adik Muhd Aizad Qusyhairiry Abd Karim, yang telah dapat bertemu kembali dengan ibu kandungnya yang terpisah sejak 11 tahun lalu... Siapa sangka kan...
Namun sesuatu yang harus kita renungkan bersama adalah puncanya kejadian tersebut. Apa lagi puncanya kalau bukan akibat dari tangan-tangan manusia...? Bukankah Allah telah berfirman...? Renung-renungkanlah...
2. Berita gembira sempena Hari Guru...
Sejak isu ini hangat di pasaran, terasa membuak-buak hati aku nak menulis tentang isu ni. Tapi mungkin isu ni dah agak basi sekarang ni kot, jadi taknak lah aku ulas panjang-panjang. Cuma aku kesian mengenangkan nasib guru ni, bayangkan: hakikatnya 'berita gembira' yang diumumkan baru-baru ini hanya membabitkan segelintir kecil guru 'kelas atasan' sahaja... Tapi bila ada guru-guru yang bersuara, mulalah mereka dikatakan tak mengenang budilah, gila pangkat dan ganjaranlah, tamaklah... Sodih botul pakcik dongar...
Ei kamonlah, yang beria-ria sangat maki cikgu tu, korang faham ke kes yang sebenarnya...? Tolong, kalau tak faham pokok pangkal, jangan terus jump to the conclusion ok...! Fahami isu yang sebenar... Bagi aku secara peribadi, takde apa-apa pun yang menggembirakan... Ianya hanyalah ibarat sebuah tong drum yang besar, bunyi berdentum-dentam tetapi isinya...?
3. Syukur ron95 tak naik...
Kalau tak ucap terima kasih pada kerajaan, nanti orang cakap rakyat tak bersyukur pulak. Cuma pendapat aku tak payah nak canang sangatlah pada rakyat akan 'kehebatan' kerajaan kononnya sangat prihatin pada rakyat... Itu kerja anda sebagai pemimpin ok, kalau rasa susah sangat nak menerajui negara, bagi je kat pihak lain. Kita tengok camana... Opsss terlebih sudah...!
Sekali lagi aku jelaskan aku bukanlah fanatik sangat nak 'menumbangkan' kerajaan yang sedia ada hari ini, tetapi pandangan aku: kita sebagai rakyat tak seharusnya menyokong segala tindak-tanduk dan keputusan mereka secara membuta tuli sahaja. Diorang tu bukan maksum, ada juga sesekala tersalah membuat keputusan dan tindakan. Sekurang-kurangnya sekarang ini bila rakyat bersuara, barulah diorang nak memberikan khidmat yang terbaik... Jadi sebenarnya aku sokong juga kita mempunyai pembangkang yang kuat. Biarkan mereka bersaing untuk memenangi hati rakyat... Yang untungnya siapa...? Dok gitu...?
4. Jom bersengkang mata...!
Last but not least, ajakan aku pada semua, jom kita berjaga pagi ahad ni... Kita tengok macamana Man. United nak 'membedal' Barcelona...! Har har mesti ada yang nak tumbuk aku bila baca statement tu kan...? Har har harun salim bachik... Jangan marah ha... tapi ingat game kali ni kat Wembley tau... Stadium keramat tu...
Aku ni nak kata fanatik bola pun tak jugak. Bukan selalu pun aku berjaga malam bersengkang mata semata-mata nak tengok 20 orang berebut bola yang 1...! Tapi kalau game yang besar seperti ini, memang teruja jugaklah aku. Selain UCL ni, biasanya World Cup memang aku layan, Euro pun layan gak... Tapi tak semua game jugak, yang pasti kalau Three Lions lawan memang aku tengok... Apa? England tak bagus...? Aku tau England bukan bagus sangat pun... Tak kisah la apa orang nak cakap pun... Tekak masing-masingkan...
Ok cukup sampai sini dulu... Masa untuk melawat rakan-rakan... Here i come...
28 comments:
yg pertama tuh sgt2 sedey
tgk 360 kat tv3 sumpah mengalir air mata
sedeynya kehilangan ahli keluarga dlm kejadian mcmtu
semoga mereka semua ditempatkan di kalangan org yg beriman
1 . Al Fatihah pada mangsa
2. saya tak kisah, saya bukan cikgu. rezeki masing masing, apa nak bising2 kan
3. lepas pilihanraya naik la nanti, mcm tak biase.. huhu
4. berapa bijik agak2 messi score pagi ahad ni?
chill bro.. selamat berblogging kembali
- bro, nasib doktor kerajaan lagi teruk bro, seriously..
- aku kipas susah mati MU..so mmg aku nak tgk Barca kena titik..:P
farahin:sama2lah kita doakan...
delarocha:oo ni fan barca la ni ye...har har kita tunggu pagi ahad ni...!
daddy:iye ke...?tapi jarang dengar kisah doktor kerajaan ni kan...apa2 hal pun, go-go MU...;P
Bil elektrik akan naik....
Jus Katak
semua naik... kadar kematian naik, sama seiring dengan kenaikan harga
den setuju dgn Rocha tu...lepas pilihanraya nanti...naik le....ahakz...biasanya mcm tu le...ahakz....
Kalau macam tu biarlah pembangkang sekarang terus menjadi pembangkang.
tak perlu susah sangat untuk tawan putra jaya, ye!
ntahla...selalu pengumumam yg kerajaan buat mesti tak adil utk semua org...
p/s-guardiola tu paksu saya..heheh
waa Sham sekali muncul 4 dalm satu ye,alFatihah utk yg pergi, Allah lebih menyayangi mereka
go MU go..huhu
yang first tuh siryes buat emosi ):
1- lumrah alam bila ada kejadian adalah postmortem...pas tu bangunan tumbuh juga macam cendawan..
2- sama juga di post awam yg lain cepat rombakan sana sini....demi kenaikan pgkat org atasan
3- Ron95 mungkin sebulan 2 ni x naik,, tggu lah hjung taun ni....
sakit lgi menyakitkan...sabo jelah kk tangan k'jaan....
lama hilang bro.. hahaha..
Barca memang bro.. ^^
salam takziah kepada MU kipas mati! heeee
yg no 2 tu pasal cikgu, x paham sngat isu pe tu. huhu...
man u kalah sudah. xpe2... :)
1. terlalu sedih,tiap kali tenguk mesti mengalir airmata..insyallah mereka ke Syurga Allah.
2.Tak tahu sgt pasal hal ni...sebab jrg baca paper..
3.syukur juga walaupun tkde keta..tp pastilah harga barang pun tk dpt dinaikkan..
4.Hah!pasal nilah yg akak hangin dgn anak2..tenguk bola sampai balik lambat..marah punya pasal akak lancarkan mogok tk bercakap dgn mereka..
selamat malam sham....
1. alfatihah atas roh mangsa2 yang terlbat, dan salam takziah kepada ahli kelrg mangsa
2. bab guru tu... amin
3. akan datang sure naik
4. lalalalalla... kak ayu tak layan bola.. hehehe
woh.. 4 dlm 1 terus..
hehee..
Kakak nak ulas yg satu pasal pengagihan segelintir cikgu saja. Benar tong drumnya besar banget hingga bunyinya membingitkan tapi penghasilan bunyinya tidak dapat dinikmati semua yg bernama guru. Kesiankan.... tapi sham percayalah ada ganjaran akhirat pada guru-guru itu yg pasti....
fuh!!!!!berbaloi2..sekali menyepi skali keluar buat karangan gitu...itulh cikgu....
hamek...sekali 4 dalam satu...huhu...tp atok pun sedih ngan kejadian tanah runtuh tu...Al-Fatihah
1. al-fatihah..
2. sokongg... :) bior je le.. suke hati kome la..
3.alhamdulillah.. mmg patut pembangkang wujud.. krg2 mereka sedar diri sket..
4. no komen... x tgk bola, dgr encik somi citer je.. :)
Lepas balas dendam dia hilang lagi...
Cer muncul...cer muncul!
:D
sekali hapdet...forinwan ko asak...tahniah! and selamat bercuti...
mak aih..n3 balas dendam neh..
koi pun jarang ngat hapdate blog skang ni...
Post a Comment