Sahabat Tanpa Suara

Hanya Kerana Wang...

Saturday, March 10, 2012

Firstly aku nak ucap selamat bercuti kepada semua rakan-rakan secawat, ooops sejawat... Enjoy the holiday ok, walaupun aku tahu ramai juga yang takkan menikmati sepenuhnya cuti tersebut. Sebagai contohnya orang rumah aku, minggu depan macam-macam plak program kat sekolahnya... Ucapan untuk orang rumah aku: Selamat bertugaslah yer... Jangan marah, heee...

Yang kedua nak ucap tahniah pada semua 1.4 juta penjawat awam, di atas pelarasan gaji yang kita dapat baru-baru ini... Syukur kepada Allah, terima kasih kepada kerajaan yang bertanggungjawab... Cuma harapnya kenaikan tersebut tak disertai pulak dengan kenaikan harga minyak, bil api, bil air, beras, tepung, gula bla bla... Secara peribadi aku merasa sedikit lega dengan pelarasan tersebut, at least terasa longgar sikit 'jerutan' kat leher ni, at least bolehlah aku 'bernafas' lega sedikit lepas neh...

Hari ini aku bukan nak bercerita pasal yang di atas, cuma aku nak share satu kisah benar... Cerita dari rakan-rakan: Hanya Kerana Wang... Al kisahnya:

Edy merupakan adik bongsu dari 3 beradik. Man merupakan abang kedua manakala abang sulung Syuk. Mereka bertiga mewarisi perniagaan emas dari orang tua mereka. Pusatnya di Kota Bharu Kelantan. Setelah perniagaan di sana bertambah maju dan menjadi semakin stabil, Syuk menghantar Man dan Edy untuk membuka cawangan baru di Pahang. Berhampiran tempat kerja aku. Berpunca dari satu dua urusan, aku dan rakan guru di sekolah aku berkawan dengan Edy...

Perniagaan emas memang merupakan perniagaan yang menguntungkan. Tak lama mereka berniaga, sudah nampak keuntungan yang dikecapi mereka. Alhamdulillah, aku dan rakan-rakan tumpang gembira tengok anak melayu berjaya dalam perniagaan emas, paling gembira bila dapat harga 'rakan-rakan'. Hee...

Tapi baru-baru ini aku dah tak nampak kelibat Edy di kedai tersebut. Yang ada hanya isteri Man. Man juga jarang kelihatan, kalau ada pun tak duduk di kaunter. Hanya di belakang kedai. Bahkan kedai tu sendiri pun dah macam nak tak nak blah jer dah... Banyak tutup dari buka dah...

Apabila aku bertanya kepada rakan guru aku neh (yang merupakan teman Edy yang paling rapat dikalangan kami), rupa-rupanya mereka telah 'pecah gu'... Edy telah membawa haluannya sendiri... Dengar cerita abang sulung mereka siap turun dari Kota Bharu untuk camput tangan, tapi tali yang terputus tidak dapat ditaut kembali... Masing-masing dah tak mau bertemu muka. Katanya kalau bertemu muka pun akan mencetuskan pergaduhan...

Dipendekkan cerita puncanya kerana cemburu akibat pendapatan yang diraih oleh si adik nampak lebih banyak dari si abang... Ditambah pula dengan 'adu domba' dari orang ketiga, menyebabkan benda yang kecil menjadi besar dan akhirnya menimbulkan permusuhan di antara dua beradik ini... Dan yang paling disesalkan adalah perniagaan melayu yang nampak berpotensi untuk maju di tengah-tengah perniagaan yang didominasikan oleh kaum lain (cina), menjadi 'hancur' gara-gara perkara kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan jika masing-masing bersikap lebih berlapang dada dan tiada dengki mendengki... Aduyai donia donia...

P/S: Tak bolehkah kita ambil contoh kejayaan 3 beradik ini, yang bermula dengan modal RM2000 sahaja... Tetapi kini sudah memiliki jenama yang agak gah di Malaysia ini, KRU Production. Siap beranak pinak lagi syarikat mereka tu...

15 comments:

ckLah @xiiinam March 10, 2012 at 7:27 PM  

Selamat bercuti...selamat memeriksa kertas...selamat selamat semuanya. Hehe

Unknown March 10, 2012 at 9:15 PM  

selamat bercuti!hehehe :D

sy ada beli emas.simpan aje dalam bank..hehe...

kinn March 10, 2012 at 9:42 PM  

jual emas memang sangat menguntungkan. apatah lagi harga emas yg mahal skrg. :)

http://sakinahabdul.blogspot.com/2012/03/woman-in-black.html

Sham March 10, 2012 at 9:58 PM  

cklah:

selamat juga untukmu...:)

Sham March 10, 2012 at 10:02 PM  

Mr Clive

waa besok2 jadi jutawan emasla member blogger aku neh...

Sham March 10, 2012 at 10:03 PM  

kinn:

pelaburan yang berisiko paling rendah sekarang ini...

cheqna March 11, 2012 at 9:33 AM  

slamat bercuti...

kerana wang..memang mudah 'gelap mata'

Kakzakie Purvit March 12, 2012 at 3:58 PM  

Selamat bercuti cikgu...

Itulah dia dlm perniagaan tidak boleh cemburu dan kekuatan mental kena ada juga kalau tidak akan hancur... sayang sebab ia bangsa kita

Nizam Awang Brahim March 12, 2012 at 5:54 PM  

Bile dah berdengki.Ape bende buat pun hancur.

whitecappuccino March 12, 2012 at 7:55 PM  

selamat bercuti cikgu!!
adik beradik pun ada perasaan dengki..apatah lagi orang lain..bila maju sikit dah tak senang hati. tak boleh orang lebih sikit dari kita.sampai bila pun tak maju.

sud@is March 12, 2012 at 9:24 PM  

pada cikgu2 semua slmt bercuti lah yer......

cikguNae March 12, 2012 at 11:34 PM  

Salam,

itulah sedihnya peniaga kita... penyakit hati...
tak macam orang Cina kedai berderet2 jual barang yang sama pun boleh maju.

Selamat Bercuti cg.Sham sekeluarga

faiz March 13, 2012 at 9:30 AM  

pelik btol org melayu...adik beradik pn nak bergaduh...

sahromnasrudin March 14, 2012 at 10:46 AM  

assalamualaikum cikgu...selamat bercuti ya...

rehatkan minda , tenangkan fikiran ..

nanti buka sekolah dengan semangat yg baharu plak ya

SangRatoo March 14, 2012 at 3:50 PM  

Salam Cekgu Syam.

Selamat utk semuanya ye.semoga dipermudahkan segala urusan. :)

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP