Tarak Kualiti Punya Cikgu...!
Wednesday, March 14, 2012
Fuyyooo...! Ini memang betul-betul bikin panas...! Sekali gua SENNGGGAT baru dia tau...! Ini merupakan petikan dari Sinar Harian Online. Nak baca lebih lanjut klik sini>>
Ini berita dari siaran semalam sebenarnya, tapi baru tadi aku terbaca. Melalui FB member isteri aku. Sape yang mengeluarkan kenyataan tersebut? Datin Noor Azimah Abdul Rahim, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE)... Biasa dengar nama ni? Ala geng-geng yang beria-ia mempertahankan PPSMI tu... Well itu pendapat dioranglah kan...
Antara intipati kenyataannya adalah:
1. Pembelajaran di sekolah tidak mencukupi menyebabkan ibu bapa terpaksa menghantar anak-anaknya ke pusat tuisyen.
2. Mereka tidak menyalahkan guru, tetapi mengatakan yang kualiti guru sememangnya telah menurun kerana latihan yang mereka terima ketika di maktab/ universiti tidak mencukupi.
3. Jumlah pelajar di dalam sesebuah kelas yang ramai dan waktu pembelajaran yang singkat menyebabkan guru sukar untuk menumpukan perhatian kepada setiap pelajar...
4. Ekoran dari permasalahan di atas dan faktor ibu bapa yang terlalu inginkan kecemerlangan anak-anak mereka, maka mereka harus menghantar anak mereka ke pusat-pusat tuisyen...
Balasan dari kenyataan-kenyataan di atas pula (aku petik komen-komen Sinar Harian Online dan FB):
1. tugas saya:
setiausaha peperiksaan PMR
warden
guru tingkatan
ketua panitia pendidikan moral
ketua pentaksir lisan PMR
ketua pentaksir kerja kursus pendidikan moral SPM
guru penasihat ICT
guru penasihat Pengakap
guru penyelaras mentor mentee
guru penyelaras kecemerlangan akademik
guru penyelaras program guru muda
saya belum cerita lagi tentang menguruskan kursus, ceramah, majlis dll.
awak datang sini, ganti tugas saya seminggu, saya nak tengok awak boleh senyum atau tidak.
Aku: Naya cikgu ni kan...
2. penghinaan jenis apa plak ni...hampeh punya reporter.....agaknya dia pandai pun sebab belajar tuisyen dari tadika lg..ank sndiri lepas ni jgn antar sekolah, terus pi pusat tuisyen...!
Aku: Agak emosional komen ni...
3. Komen yang dibaca semuanya menjurus kepada kesibukan dan bebanan guru di sekolah masing-masing, namun harus diingat bahawa yang mengajar di pusat tuisyen pun guru sekolah jugak. Tidak sibukkah golongan guru ini sehinggakan ada masa menguruskan pusat tuisyen sedangkan ramai guru lain sibuk dengan itu dan ini...
Aku: Wah ni macam nak cari gaduh nih...!
4. Ini semua salah kerajaan! PRU 13 kita undi PR! Cikgu-cikgu semua naik gaji RM500 sebulan! Sape mao bagi wok!
Aku: Err tak tau nak komen camana... Ada gak orang komen cenggini...
9 comments:
pada pandangan IM pusat tuisyen hidup sebab budaya sekolah sekarang ialah mahu cemerlang dalam peperiksaan.
zaman IM belajar dulu mana ada tuisyen...
satu tamparan hebat tu... org yg mengeluarkan kenyataan tu mungkin hasil dari guru tidak berkualiti... tu yg boleh kata lagu tu tu....
Assalamualaikum Sham,
Di mana-mana pun akan ada pro and con. Jadi pedulikan orang-orang yang sengata hal-hal macam ni.
Tusyen tu sebagai tambahan saja.
xpela ape org nak ckp...asalkan kita kerja ikhlas ade la kualiti die..
cheqna ingat satu perkara je
semua orang boleh dan berhak memberikan pandangan dan pendapat tapi tak semua pendapat or pandangan itu orang lain leh terima..tak pelah..
orang kita ni memang suka bercakap =)
Setuju dgn pendapat IM..
Pencapaian dlm peperiksaan terlalu diutamakan...semua kejar A smpai anak kejenye blajar jek..balik skolah p tuition plak..
Koi dulu skolah berasrama..tuition pun cikgu2 skolah sdiri yg buat..FOC!
sebenarnya memang trend masyarakat sekarang untuk hantar anak ke pusat tuisyen. Zaman dulu takde pun mende2 ni tapi ok je saya tgk.
zaman akak dulu takder tuisyen pun..boleh fikir sendiri.
wah macam tu pulak? ish2...
tapi betul jugak skang ramai budak duk pi tuisyen
Post a Comment