Sahabat Tanpa Suara

Mengaku Bersalah...

Tuesday, March 6, 2012


ALOR SETAR, 6 Mac (Bernama) -- Seorang ustaz mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan pilihan menyebabkan kematian pelajar Tahun Satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, tahun lalu.

Hanif Mohd Ali, 28, mengaku melakukan perbuatan itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau, Perlis pada 31 Mac 2011 antara 6 petang dan 12 tengah malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun.

Berita Lanjut>>

Tak tau aku nak ulas menda ni camana... Aku dengar pelbagai versi cerita ni yang gempar seMalaya kira-kira setahun yang lepas. Ada yang membela Ustaz berkenaan dengan cerita versi mereka, manakala kebanyakkannya mencerca dan terus menjatuhkan death sentence pada Ustaz ni (mengalahkan mahkamah pulak)... Ada pulak versi yang aku dengar ianya adalah tuduhan berat sebelah yang bermotifkan politik (aiya itu macam pun ada ka...?)

Waima apa sekalipun, yang pastinya satu nyawa telah melayang... Di tangan seorang yang sepatutnya memegang amanah untuk mendidiknya... Sadis... Dan sangat-sangat tragis... Tapi aku tak nakla keterlaluan membidas Ustaz ini. Dia pun dah mengaku bersalah... Kisah sebenarnya, hanya dia, arwah dan Allah yang tahu. Di sini dia bakal menerima hukuman dunia... Di 'sana' kelak... Herm jawab ler...

Sementelah pula, aku memikul tanggungjawab yang sama dengan Ustaz ini. Aku akui di awal masa aku menjadi guru, memang cepat je nak baran... Laju je naik tangan dan kaki... Sampai tahap aku terpaksa berdepan dengan seorang nenek, kerana cucunya fobia untuk datang kesekolah, gara-gara kena 'penampar jopun' dari aku... Herm mujur pun menjawab dalam bilik Pengetua jer, kalau dalam mahkamah...! Perghhh perpalih bak kata orang Pahang ni...

Dulu aku pernah beranggapan, lagi besar kesalahan budak, lagi keras aku patut 'bagi'... Dan semakin keras aku 'bagi', lagi cepat budak tu akan insaf... Well, it turns out to be: HAMPES...! Dan apa yang aku semakin sedar hari ini, kekerasan tak dapat pun menyelesaikan masalah... terutamanya masalah disiplin pelajar... Di depan kita mungkin dia takut, tapi itu tak bermakna dia akan meninggalkan salah lakunya apabila berada di belakang kita... Kalau kebetulan pun dia tidak lagi melakukan kesalahan tersebut, ianya bukanlah kerana takutkan kita, tidak langsung... Budak-budak zaman sekarang, mana takut apa... Kalau yang memang jenis 'hero' tu, polis pun diorang tak takut, ini pulak cikgu... Silap-silap cikgu pulak yang kena 'hayun'...

Makanya sekarang ini aku lebih menggunakan pendekatan yang toleransi. Sekadar menasihati... Kalau lebih-lebih sangat, bagi amaran. Langkah akhir, keluar surat saman... Biar Kaunselor atau Guru Disiplin yang take over... Bukan aku nak lepas tangan, tapi aku rasa kumpulan kauselor dan guru disiplin ini lebih berpengalaman dalam menangangi sebarang masalah disiplin pelajar. Dan kebiasaan mereka mengambil tindakan berlandaskan undang-undang yang sepatutnya. Di pihak aku, selain dapat mengelakkan STRESS, aku juga dapat mengelakkan tragedi... Tragedi aku memukul, ataupun aku yang terpukul... Hu hu...

P/S: Jangan main-main dengan budak sekarang neh, di tempat aku dah ada kes cikgu kena belasah dengan budak sekolah... Siap bapak budak tu lagi yang jadi kepalanya... Perghhh PERPALIH WEH...

9 comments:

ghost March 6, 2012 at 10:16 PM  

aku setuju dengan fiil budak sekarang nih nak belajar. makin keras hukuman yang kita bagi makin besar lah masalah yang kita akan hadapi.uh!last2 kita sendiri yang terkena.

Telor Power March 6, 2012 at 10:51 PM  

dugaan seorang dimasa kini

Noorieda March 6, 2012 at 11:11 PM  

Zaman sekarang, murid2 dah jadi berani..

Bukan kat sekolah menengah je, kat tempat saya, sekolah rendah, ada sorang kakak kepada adiknya yang kena balik lambat sebab nakal, pergi sekolah, marah2 guru besar..

Budak perempuan tu backup adik die..hehe..macam2..

Deru Ombak March 6, 2012 at 11:21 PM  

Salam Cikgu..

Bebudak sekarang x sama mcm akk dulu.. Dulu murid takut dgn Cikgu...dalam takut sayang Cikgu..

Bebudak skarang kalau ckp samseng karang Kasar sgt pulak... Betul lah tu Cikgu.. Pendekatan kena berubah, instead berkeras, kena guna reverse psychology...

Kesah Ustaz tu,, jahat atau nakal mcm mana pun murid, mmg tak patut di ikat Dan di pukul..Ustaz tu jiwa kacau kot. Hurmm .. Dia pun dah mengaku. Apa pun andaian, hukum tetap hukum kan..

Cikgu... Ketayap tu sama la dgn kuih gulung atau dadar gulung.. Hehe

Unknown March 7, 2012 at 12:24 AM  

astagfirullah~ semua nak jadi crows zero!

ANIM March 7, 2012 at 5:49 AM  

sham, setiap kali kereta masuk ke kawasan sekolah, niatkan ibadah mengajar kita kerana Allah Taala. insya-Allah, bila berangin...syaitan tak goda kita lakukan sesuatu yg bodoh.

khaifaiz March 7, 2012 at 9:14 AM  

semuanya ada sebab mungkin... harap ada keadilan yg sewajarnya

ummiross March 7, 2012 at 2:40 PM  

hmm betul tu Sham, budak2 sekarang, makin kita keras, makin dia berdendam, pening cikgu dibuatnya..

Unknown March 8, 2012 at 8:24 AM  

budak2 skrg ni xmcm budak2 dulu...dulu jadi cikgu best, skrg jadi cikgu stress

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP