17 Fakta Yang Semua Orang Patut Tahu Berkenaan Kanser...
Wednesday, April 15, 2015
Assalamualaikum...
Kanser... Kanser... Kanser... Takde cerita lain ke...? Well dah nama pun pesakit kanser, so banyaklah aku nak cerita pasal penyakit ni kan... Hehee jangan marah haa... Lagi pun ini sebenarnya maklumat umum, bukan khas untuk pesakit kanser sahaja... Bagi aku semua orang patut tahu ini semua... So mari kita tengok 17 fakta tersebut... Lets cekidout:
#1: Penyelidik kanser di seluruh dunia bersetuju yang SEPARUH dari kematian yang berpunca dari penyakit kanser atau yang berkaitannya boleh DICEGAH... Dalam tahun 2015 ini dijangkakan seramai 1.6 juta kematian melibatkan kanser - maka jika kita dapat menyelamatkan separuh darinya, ia akan merupakan satu permulaan yang amat baik...
#2. Kanser merupakan 1 NAMA bagi lebih daripada 100 jenis penyakit... Kanser sebenarnya berpunca daripada sel-sel abnormal yang bercambah dan merebak tanpa dapat dikawal oleh sistem tubuh, dalam masa yang sama ianya MEMBUNUH sel-sel baik yang diperlukan oleh badan... Kebanyakkan akan 'menghasilkan' tumor/ ketumbuhan kecuali kanser darah...
#3. Hanya sebilangan kecil dari penyakit kanser (kurang dari 5%) adalah berpunca dari GENETIK... Walau bagaimanapun gaya hidup, pemakanan, kediaman dan faktor persekitaran dari keluarga kitalah yang banyak menyumbang dan memainkan peranan...
#4. Daripada semua di atas, faktor persekitaran merupakan faktor yang PALING menyumbang kepada risiko diserang kanser... Udara yang kita sedut, air yang kita minum, makanan yang kita jamah semuanya sangat penting... Oleh kerana kediaman dan tempat kerja merupakan 2 tempat yang paling banyak masa kita dihabiskan disana maka kebersihan di 2 tempat ini haruslah menjadi keutamaan...
#5. Lebih daripada 90% punca kanser paru-paru adalah dari ROKOK... Bukan dari tembakau sebenarnya tetapi bahan kimia yang dicampur untuk menghasilkan produk tembakau tersebut... Berhenti merokok adalah satu-satunya usaha yang patut anda lakukan sekarang ini... Kanser paru-paru meragut 1 NYAWA setiap 30 SAAT di serata dunia...
#6. Kekurangan waktu tidur - kurang dari 6 jam setiap hari, meningkat risiko seseorang itu diserang kanser usus... Satu kajian mendedahkan mereka yang bekerja pada waktu malam lebih terdedah kepada risiko ini... Tidur yang secukupnya amat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan mengurangkan risiko diserang kanser...
#7. Setiap hari, lebih dari 40 kanak-kanak didiagnos sebagai pesakit kanser - lebih dari 14,000 setiap tahun di negara U.S sahaja... Kanser (atau lebih tepat RAWATAN KANSER, iaitu radioterapi dan kemoterapi) merupakan pembunuh nombor 1 kanak-kanak disana...
#8. Makanan yang mempunyai label sodium nitrate dan potassium nitrade adalah makanan yang paling harus dielakkan sekali... Penyediaannya dalam suhu yang tinggi akan menghasilkan KARSINOGEN yang menyebabkan kanser... Termasuk dalam makanan-makanan tersebut adalah dari makanan segera seperti sosej...
#9. Secara globalnya, setiap 1 daripada 8 kematian adalah disebabkan oleh KANSER... Malahan kematian akibat kanser melebihi kombinasi kematian akibat malaria, tibi dan AIDS... Kanser lebih banyak menyerang di negara-negara membangun...
#10. Kanser yang paling banyak menyerang kaum wanita adalah kanser PAYUDARA... Selain itu kanser yang lebih banyak membabitkan kaum wanita juga adalah kanser servik dan usus...
#11. Kanser paru-paru, prostat dan perut merupakan kanser yang paling banyak menyerang LELAKI... Peratus survival untuk kanser paru-paru secara umumnya hanyalah 20%... Jika anda seorang merokok di tempat kerja yang bertoksin, peluang anda untuk pulih menjunam ke 3% sahaja...
#12. Mereka yang berumur 55 tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih TINGGI untuk diserang kanser... Lebih kurang 77% daripada pesakit kanser di seluruh dunia adalah dari kumpulan usia ini...
#13. Kajian mendedahkan OBESITI juga meningkatkan risiko kanser... Ianya juga mengurangkan peluang survival jika sesorang pesakit kanser itu dalam masa yang sama mengalami masalah obesiti...
#14. Anda mungkin tidak akan mengalami sebarang SIMTOM untuk kanser ovari, paru-paru dan usus sehinggalah ianya telah MEREBAK ke seluruh anggota tubuh anda yang lain... Satu-satunya cara untuk mengesan dengan lebih awal hanyalah dengan melakukan pemeriksaan berkala...
#15. Kanser kulit kini dikesan lebih kerap... Jumlah yang dikesan sebagai pesakit kanser kulit sehingga ke hari ini MENINGKAT saban tahun... Antara punca yang sering disebut adalah terdedah kepada sinaran cahaya matahari namun kajian menunjukkan ianya tidak TEPAT sepenuhnya...
#16. Sel-sel sihat di dalam badan mempunyai keupayaan untuk memusnahkan diri sendiri (self-destruct). Saintis menggelarkan proses ini sebagai APOPTOSIS di mana sel-sel sihat ini akan mengesan sebarang kerosakan padanya dan akan memusnahkan dirinya sendiri demi untuk melindungi keseluruhan sistem... Namun dalam kes sakit kanser, proses ini TIDAK berlaku dan sehingga ke hari ini saintis masih belum menemui jawapan mengapa...
#17. Terdapat makanan yang dapat MENYEMARAKKAN proses APOPTOSIS ini... Antaranya adalah teh hijau, buah-buahan berries, kunyit, avocado, bawang putih...
p/s: Ambil tahu, ambil berat... Amalkan gaya hidup sihat dan jauhi faktor-faktor yang meningkatkan risiko...
Sumber:thetruthaboutcancer.com
15 comments:
nice info sham ...sbnrnya info mcm ni memberi kesedaran kami terhadap penyakit berbahaya mcm ni
life as a human being will always be at stake, and there is nothing called 'invincibility' in this world. Let's submit our wills to Allah. ..and Allah knows best.
Entri yg penuh informasi. Khusyuk kakak membaca kerana ada yg menjadi ilmu baru buat kakak. Sungguh bila dah terkena baru tersedar alangkah sedihnya. Banyak sebenarnya terselit nasihat dah diberikan oleh Sham tapi terpulangkan pada diri masing-masing mahu atau tidak saja..
no 6 tu...lps ni kena cukup tidur...x bleh kurang...
kebanyakan nye berkaiatn dgn kehidupan seharian..semua kena jga kan pemakan n persekitaran amal kn gaya hidup sihat..
TQ..PERKONGSIAN INFO UNTUK KEBAIKAN BERSAMA...
Dah baca semuanya tapi no. 6 rasa lebih terkesan sebab hampir setiap hari tidur kurang dari 6 jam..
Hampir semua komen ttg apa kesannya kanser tapi xde petunjuk cara2 utk mengubati pesakit. Saya sokong jika ada terdapat komen yg mencadangkn supaya pesakit meminum air alkali ber-ion pH9.5 sebnyk 3-4 liter sehari dan 60ml air pH11.5 3kali sehari. Ada pesakit yg minum lbh n sel kanser mengecut n tidak mudah membiak. Cubalah bila sudah tiada pilihan lain n doktor pung sudah xtau nak buat apa2 kerana kebingunggan. InsyaaAllah sembuh.
terima kasih atas perkongsian Sham.. semoga memberi manfaat buat semua.
tq for sharing
Info yang sangat baik buat semua orang.Terima kasih atas perkongsian.
2 orang best friend kak zai meninggal akibat cancer.
spread kindness.. walaupun fakta umum tak semua orang tahu.. x ramai yang ada kesedaran nak ambil tahu pun..
Adik perempuan saya pun meninggal dunia kerana kanser usus tahun lepas.
Tapi dia cukup cekal mengharungi hari-harinya itu...
Hingga kini kami terasa kehilangannya...
kadang2 kita bila dah terkena baru ambik peduli.. thanks perkongsian ni saudara.. memang membuka mata i yg 'konon'nya sihat..:)
perkongsian yang amat berguna sham...terima kasih
Post a Comment