Sahabat Tanpa Suara

Bakti Dan Legasi...

Wednesday, April 22, 2015

Assalamualaikum...


Selepas aku disahkan dengan penyakit yang membawa maut ini, selain mencari penawar dan berjuang untuk terus hidup; satu perkara lagi yang paling aku utamakan sudah tentulah memperbaiki hubungan dengan yang Maha Esa... Bertaubat dengan kesungguhan yang maksima dan dalam masa yang sama beribadat dengan penuh kesungguhan dan ketaatan... Mencari redhoNya dalam apa jua keadaan dan sentiasa berdoa agar aku dapat istiqomah dalam melaksanakannya...

Namun nasihat dari seorang sahabat menyentapkan aku seketika... Mengingatkan aku akan sesuatu yang aku hampir-hampir terlupa... Pada mulanya aku agak bingung memikirkan apakah yang dimaksudkannya... Sehingga memerlukan ianya dikupas dan diterang supaya jelas...

"Ye dalam keadaan kau ini, perkara yang paling penting adalah hubungan kau dengan DIA serta persediaan apa yang bakal kau hadapi disana kelak... Tapi kau jangan pulak lupa beberapa perkara yang menjadi jambatan selamat untuk kau ke sana... Sesuatu yang boleh menyumbang ketika kau berada disana nanti... Aku bagi contoh, 2 darinya adalah BAKTI dan LEGASI..."

Harus aku akui yang aku sepatutnya mula belajar untuk menghormati sahabat yang seorang ini... Walaupun dahulunya aku sering memandang remeh kepadanya tetapi dengan berlalunya masa, aku dapat rasakan dia sudah tidak seperti dulu... Wisdom datang kepadanya...  Yela, manusia berubah kan... Tetapi kadangkala ada juga kata-katanya yang aku tak faham dan tak terfikir aku akan metaforanya... Lantas aku menggesanya agar straight to the point...

"Ei kemonlah aku bukan orang bahasa... Otak orang teknikal ni mana sama dengan otak orang bahasa macam ko..."

Orait, dipendekkan cerita begini penerangannya:

BAKTI:

BAKTI yang dimaksudkan adalah berbakti kepada kedua orang tua... Sememangnya dalam Islam sendiri terlalu banyak pesanan samada dari Rasulullah bahkan dari firman Allah sekali pun berkenaan keperluan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa ini... Jadi secara ringkasnya cara mudah untuk mendapat lubuk pahala hanyalah dengan berbakti kepada kedua orang tua...


Aku petik disini:

Firman Allah s.a.w. bermaksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)"
(Surah al-Israk, ayat 23)

Herm kalau macam tu syukur Alhamdulillah, memang itu merupakan satu perkara yang telah, sedang dan akan sentiasa aku lakukan... Insha Allah... Sungguhpun aku tahu segala apa yang aku lakukan tidak mampu sama sekali untuk menandingi apa yang telah mereka korbankan untuk membesarkan aku dan adik beradik, tapi aku tetap berharap sekurang-kurang dapat sedikit sebanyak menyenangkan mereka... 

Jujur aku katakan pada ketika ini tujuan aku hanya satu: untuk memenuhi apa sahaja kehendak mereka... Sebagaimana mereka menunaikan apa sahaja kehendak aku pada suatu ketika dahulu... Tapi yelah mana yang terdayalah kan... Syukur orang tua aku memang jenis tak banyak kerenah... Sebenarnya mereka ni jenis yang agak susah nak minta apa-apa dari anak-anak... Kadang-kadang aku pun tak faham, aku nak hantar ke pasar pun kadang-kadang diorang menolak... Lebih selesa bermotosikal kata mereka... Hermmm...

Sehingga ke hari ini, memandangkan aku masih dalam cuti dan jarak kediaman aku dengan rumah mereka tak sampai sejengkal pun; boleh dikatakan setiap hari aku akan bertandang ke rumah mereka... Memang tak banyak yang dapat aku lakukan untuk mereka, nak bersembang pun aku dah takde suara; namun menghabiskan masa bersama mereka, makan bersama, ke pasar bersama, lepak-lepak, baring-baring dah cukup memberi kepuasan kepada aku... Aku dapat merasakan mereka pun sama... Pada saat-saat sebegini aku yakin, samada di pihak aku mahu pun di pihak mereka; akan redho samada mereka yang akan 'pergi' dahulu atau pun aku...

LEGASI:

Kata sahabatku itu lagi, LEGASI adalah peninggalan kamu... Apa yang kau tinggalkan di dunia ini, yang boleh menyalurkan bekalan kau tanpa putus-putus di sana kelak... Aku segera teringat pesan nabi ini:

"Apabila seseorang itu meninggal dunia
maka terputuslah amalannya kecuali dari 3 perkara, 
1. sedekah jariah 
2. ilmu yang dimanfaatkan dan 
3. anak soleh yang mendoakan untuknya..."

Ooo itu yang dimaksudkan dengan LEGASI... Ye sememangnya aku tahu amalan aku masih jauh dari mencukupi, sedekah jariah tak seberapa pun... Ilmu yang dimanfaat, sebagai seorang guru aku rasa adalah sedikit kelebihannya... Cuma harap-harap adalah antara anak-anak murid aku tu yang memanfaatkan sebarang ilmu yang telah aku curahkan pada mereka selama ini... Jangan mereka pergunakan ke jalan yang sebaliknya sudahlah... Huhuhu...


Doa dari anak yang soleh, ye itulah yang perlu aku usahakan sekarang ini... Mereka kini di depan mata, akulah yang perlu berusaha untuk membimbing mereka... Moga-moga mereka dapat menjadi anak yang soleh dan solehah...

Bercerita berkenaan anak-anak ini, aku menjadi sebak... Serius, aku sebak... Tak dapat aku bayangkan bagaimana jika mereka membesar tanpa seorang ayah nanti... Aduh... Betul, memang aku tak sepatutnya berfikiran sebegitu... Tapi perasaan sebegitu bukan boleh diminta-minta datangnya mahu pun dicegah-cegah... Sesekali memang ianya akan datang... Piuuushhh, melayang-layang, terawang-awang je rasa perasaan tu... Tapi aku tahu aku tak boleh layan sangat, okey bebeh, bolayan...

Buat masa ini sudah tentunya tumpuan aku pada Shahmin, anak sulung aku... Pada dialah terletaknya harapan besar aku... Bakal menggalas tanggungjawab, membantu mamanya menjaga adik-adiknya... Paling utama mendoakan aku disana kelak... Harus diingat yang hanya doa dari dia dan adik-adiknya sahajalah yang 'laku' dan akan terus difowardkan kepada aku nanti...

Dalam pada itu aku sentiasa berhasrat, aku ingin menjadi seperti Luqman al Hakim... Manusia bijak yang namanya disebut dalam al-Quran... Bagaimana dia sentiasa memberi nasihat dan kata-kata yang baik dalam mendidik anaknya... Allahu, kalaulah aku dapat menjadi sebegitu... Allahu, jadilah aku sebegitu...

Selain itu aku sentiasa berdoa ke hadrat Illahi agar kanser aku yang telah dibuang ini tidak akan muncul-muncul kembali... Aku berdoa agar aku terus kekal cancer-free... Aku berdoa agar aku dipanjangkan usia, sekurang-kurangnya sehingga dapat aku melihat kesemua anak-anak aku mampu berdikari... Tapi dalam masa yang sama terus mencuba untuk menyediakan minda dan akalku, agar sentiasa bersedia atas segala kemungkinan...

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku 
ku serahkan pada Allah tuhan seru sekelian alam..."








22 comments:

Kakzakie Purvit April 22, 2015 at 9:21 AM  

Allah... sungguh bukan semestinya yg sakit dan tua akan pergi dulu. Ajal dan maut ketentuan Allah. Apa yg perlu kita buat selain beramal jgn lupa kedua isu yg Sham titipkan di sini. Kita memang akan pergi bila-bila masa saja. Kedua isu itu memang perlu dilaksanakan sebelum izraeil dtg menjemput.

ps: sayu hati kakak sebenarnya Sham..

Farah Waheda Wahid April 22, 2015 at 9:46 AM  

sayu hati membaca tetapi diharapkan agar tabah menjalani segalanya dan dipermudahkan oleh Allah SWT yer...

dear anies April 22, 2015 at 10:21 AM  

setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati...insya allah segala usaha dan tawakal pasti didengari-Nya. yg penting kita tetap dekat dengan-Nya...

iryantyismail April 22, 2015 at 11:10 AM  

:-(( ..terkesan sungguh dengan penulisan sham kalai nie...bakti dan legasi memang penting kan..

Anonymous,  April 22, 2015 at 12:22 PM  

watever it is , ingatlah apa yg ditakdirkan utk kita membuat kita lebih dekat pada-Nya.. Mg dipermudahkn segalanyer .. ada masa KA jalan2 lagi sini membaca yer .. Doakn yg terbaik for u k !

aizamia3 April 22, 2015 at 2:22 PM  

Bila baca entry.. terfikir.. adakah bagaimana keadaan anak2 nanti.. sebaknya hati ni..

saniahibrahim April 22, 2015 at 2:45 PM  

betul kata kakzakie,tak semestinya yang sakit tu akan pergi dulu,namun ada hikmah pada semua ini...sekurang2nya kita dah bersedia dibandingkan pada yang sehat yang selalu leka padahal hayat kita bila2 masa saja ambil Allah jika dia mahu.
Apapun kakak harap bertabahlah dan penyakit sham akan terus sembuh demi untuk anak2 dan keluarga.

Dunia Zumal April 22, 2015 at 4:02 PM  

Betul apa yang diperkatakan oleh sahabat Sham itu. Moga perkongsian Sham dapat dimanfaatkan oleh semua... Moga Sham sihat selalu...

Izwa Kamaruddin April 22, 2015 at 4:12 PM  

sebak nyer baca...sampai tak tau nak komen ape...sebab rase nak pecah dada nie..

paridah April 22, 2015 at 4:39 PM  

sgt sebak n menginsafkan kita n3 ni...kita sama2 senasib hanya mampu mencoret suara hati kita..

ewanthology April 22, 2015 at 9:50 PM  

anggaplah sakit yg menimpa sebelum ini sbg peringatan keras drpd Allah terhadap diri yang selalu lupa kepada-Nya.... bersyukurlah menjadi antara umatNya yang diberi peringatan...sempat juga kita tersedar dan kembali sentiasa ingat kepadaNya.... ada yg kurang bernasib baik, nyawa dicabut tanpa sempat bertaubat.

ewanthology April 22, 2015 at 9:52 PM  

peringatan untuk diri saya juga saudara Sham.

Nor Azimah Ali April 22, 2015 at 10:29 PM  

sekurangnya penyakit yg Allah beri itu menjadi sempadan utk saudara sentiasa bersedia, menambah amalan dan perbekalan..juga membuat persediaan utk yg akan ditinggalkan.
semoga terus tabah.

Nurhaziq Abdul Hafiz April 23, 2015 at 10:37 AM  

sedih baca entri bro ni. banyak pengisian yang bernas. Walau apa pun, saya yakin bro telah melaksanakan yang terbaik kepada anak bangsa, ibu bapa dan anak anak bro sendiri selain dari Allah Taala. Saya tahu itu...saya doakan semoga bro panjang umur, dikurniakan dengan rezeki yang banyak lagi halal, dan semoga sihat sihat selalu.

Normala Saad April 23, 2015 at 11:44 AM  

Ajal dan maut Tuhan yang tentukan...tidak tahu siapa yang pergi dahulu, orang yang sakit atau orang yang sihat..
Beruntung saudara berusaha mendekatiNya walaupun beranggapan masa yang ada sangat terhad, sedangkan banyak orang yang diluar sana masih lalai dan alpa kerana beranggapan masih muda dan sihat, tua nanti buat lah.....

kakitravelkhairuddin.blogspot.com April 23, 2015 at 9:02 PM  

sungguh terharu saya membacanya...semoga kita menjadi bro dunia dan akhirat,,, eruskan perjuangan.

Qaseh Abadi April 25, 2015 at 12:02 PM  

Assalamualaikum saudara..
baru I paham apa maksud terkena btg hidung kat komen entry i tadi..Terkesan sungguh dengan entry ni.. I doakan semoga saudara kuat dan tabah menempuh ujian ini.. Semoga saudara akan terus sembuh dan bebas kanser.
Apa yg ditulis memang benar, biarlah kita hidup ni ada sesuatu yg bermanfaat buat org lain..

arzmoha April 25, 2015 at 8:54 PM  

salam sham saya singgah sini. pertama menjawab pertanyaan sham di blog saya

saya bukan saja ubah header baru tetapi template blog yang baru yang dipanggil responsive.

sham entri sham sangat bermanfaat. aRz doakan semoga sham cepat sembuh dan dijauhkan dari cancer lagi.

SuzieLAWAti April 27, 2015 at 2:00 PM  

Salam Sham,

Moga segala urusan dunia dan akhirat Sham, Diberkati dan Dipermudah kan oleh Allah SWT...

Ameen...

Eye_nee April 28, 2015 at 12:54 PM  

Ada yg sakit tenat bertahun belum tiba ajalnya...ada yg sihat walafiat...seminit td berbicara seminit kemudian pergi menemui Pencipta...Terus kental dan tabahkan hati kamu geng...hidup ini bukan kita yg tentukan masa kematian..harap kamu terus tabah...cekal dan terus2 menabur BAKTI dan LEGASI kamu selagi termampu...

NzA May 6, 2015 at 11:00 AM  

Salam sham.....Ajal maut ditangan Allah...setiap kita akn laluinya dan jadi rahsia Allah.....Tqsm atas n3 sham...saling ingat mengingat sesama kita,...semoga sham terus tabah dan kuat lalui ujian berat ni.

OKje May 12, 2015 at 5:40 PM  

Adoiiiik sedihnya bava entri ni Sham. Betul tu.....okje yg tak sakit ni pun ada gak terbayang apa yg awak bayangkan tu....inikan lagi org yg sakit.....huhu...
Moga awak akan sihat selamanya yer Sham...

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP