Sahabat Tanpa Suara

Nikmatnya Merokok

Thursday, April 9, 2015


Assalamualaikum...

Nikmatnya Merokok...

Nikmatnya merokok menyebabkan aku mula teringin untuk mencuba seawal usia 14 tahun... Bila tengok rakan-rakan yang mengisap nampak cool je, macho je... Pernahla aku cuba-cuba, sepambab kata budak-budak dulu... Namun ianya tidak melekat, tidak menjadi tabiat... Ketakutan aku pada bapak aku melebihi segala-galanya... Giler, kalau dapat tahu ke dia aku hisap rokok kompom belakang aku akan birat dengan getah paip... Aku tidak menjadi perokok, tidak sehingga beberapa tahun kemudiannya...

Nikmatnya Merokok...

Nikmatnya merokok membuatkan aku mula merokok dengan syoknya ketika aku bersekolah di Kuantan, SM Teknik, sekolah berasrama penuh ketika itu... Duduk di asrama, berjauhan dari kedua orang tua membuatkan aku rasa sungguh bebas... Warden dan undang-undang asrama tidak banyak dapat menyekat aktiviti terlarang aku dan rakan-rakan... Prinsip masa tu: undang-undang dicipta untuk dilanggar... Jiwa remaja, mana takut... Setakat kena selibas dua rotan di punggung; malah penampar kapit warden pun tak mampu 'menggoyangkan' aku n the gang...

Nikmatnya Merokok...

Nikmatnya merokok, aku mula menjadi seorang perokok tegar ketika bergelar mahasiswa... Ku sangkakan di universiti inilah tempatnya untuk aku berhenti merokok, tapi dugaan aku meleset... Di tempat yang so called menara gading ini rupanya kehidupan lagi bebas... Mana ada orang nak bising-bising pasal kau, apa kau nak jadi, jadilah... Kau nak terlentang, nak telingkup, kau punya suka... Janji study kau ok, kalau study lingkup memang good byelah kan... Ooo gitu rupanya... Makanya hubungan aku dengan rokok tak pernah terputus, malah tautannya semakin erat...

Nikmatnya Merokok...

Nikmatnya merokok, ketika di alam pekerjaan aku dan rokok tidak dapat dipisahkan lagi... Waktu kerja aku merokok, waktu rehat merokok, lepak dengan kawan merokok, memandu merokok... Senang cerita waktu tidur je aku berhenti merokok...

Duit yang terbang akibat perbelanjaan rokok tak pernah membebankan aku... Datanglah teori apa pun, boleh kawin 4 ke, boleh beli Ferrari ke pebenda ke, i dont care... I love to smoke... Smoking make me feel good... Arghhh nikmatnya merokok...


Ye merokok membazir, merokok mendatangkan penyakit, merokok menyebabkan nafas dan badan berbau busuk, merokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah memberi risiko kepada orang sekeliling... Aku sedar semua itu tapi yelah pada ketika itu pemikiran aku hanya 1: ada aku kisah...? Duit aku, badan aku, nafas aku; aku punya hal lah kan...

Sehinggalah aku didiagnos sebagai seorang pesakit kanser... Perghhh bayaran cash aku dapat... Mungkin ada sebab-sebab lain yang menyumbang seperti pemakanan, gaya hidup, stress dan sebagainya tapi secara peribadi aku lebih berat merasakan ianya memang berpunca dari tabiat merokok aku itu... Sekarang baru aku nak percaya, baru nak menyesal... Hermmm dah terantuk baru nak tengadah...

Tapi takpe, ini takdir aku, yang tangan aku sendiri mencorakkannya... Sendiri cari pasal so sakarang sendiri mau tanggungla... Nak tak nak aku kenalah terima, dan aku dah pun belajar menerimanya... Kini aku nak merasai satu nikmat yang baharu pula... Sesuatu yang jauh lebih baik dan sepatutnya aku nikmati dari dulu lagi... Kini aku merasai pula Nikmatnya Tidak Merokok...

Nikmatnya Tidak Merokok

Nikmatnya tidak merokok, tanpa aku sedari sebenarnya aku telah menjimatkan perbelanjaan aku lebih kurang sebanyak rm300-400 setiap bulan... Patutlah aku kuat berjalan sekarang...

Nikmatnya Tidak Merokok...

Nikmatnya tidak merokok, sekarang aku rasakan yang aku dapat bernafas dengan lebih segar... Takde tersekat-sekat seperti yang pernah kadangkala aku rasai dulu... Nafas sudah tidak berbau, tidur malam yang lebih selesa dan rasa lebih segar...

Nikmatnya Tidak Merokok...

Nikmatnya tidak merokok, kini tiada lagi rungutan dari orang sekelilingku... Takde lagi yang komplen bau busuklah, sesak nafas dengan bau rokoklah,buang duitlah dan yang sewaktu dengannya... Kini aku pulak yang rasa nak marah bila tengok orang merokok depan aku... Wei nak minta penyakit tu pergi sorok-sorok sikitla, kang dengan orang- orang sekeliling kau dapat penyakit sekali...

Nikmatnya Tidak Merokok...

Nikmatnya tidak merokok, sudah tentulah nikmat yang terbesar bagi aku adalah aku dapat menjauhkan diri dari 1 lagi perkara HARAM... Sori guys yang still mengisap itu, memanglah ada yang cakap hukum merokok ni ada 3: HARUS, MAKRUH dan HARAM... Memanglah dulu aku pun guna pakai 2 hukum yang 'menyebelahi' kita tu... Tapi hakikatnya bila diteliti, memang merokok boleh menyebabkan 1001 jenis penyakit; lebih-lebih lagi dalam konteks aku ketika ini... Makanya sekarang ini aku amat-amat bersetuju dengan pendapat jumhur ulama yang mengatakan rokok itu adalah HARAM...

p/s: Moga tulisan ini sedikit sebanyak dapat memberi 'ilham' dan dorongan untuk kalian-kalian yang masih merokok tu untuk berhenti terus merokok... Atau paling tidak pun percayalah, ini testimoni hidup dari aku: MEROKOK SEMEMANGNYA MERBAHAYA...

21 comments:

dear anies April 9, 2015 at 1:08 PM  

org kata yg sedap itulah ujian. sejauh mana kuatnya hati bergantung sebesar mana kita 'mengendalikan' nikmat itu...

aizamia3 April 9, 2015 at 2:07 PM  

Kita ni dah terhantuk baru nak terngadah, bila dah kena baru nak menyesal..
Maaf, saya bercakap secara umum sebab saya jugak pernah kena (sebab lain).. tak dengar cakap orang tu.. ha.. kan dah kena.. huhuhu..

Farah Waheda Wahid April 9, 2015 at 2:29 PM  

hu hu hu, jangan merokok kesimpulan sebab tiada kebaikan...

Kakzakie Purvit April 9, 2015 at 3:13 PM  

Kakak juga berharap dgn entri ini dpt menyedarkan ramai penghisap rokok. Apa yg kakak nampak memang ramai student yg hisap rokok berbanding dgn golongan yg dah bekerja..

iryantyismail April 9, 2015 at 3:51 PM  

merokok ibarat kita bakar duit kita...

Ujie Othman April 9, 2015 at 10:48 PM  

perkongsian yg sgt baik! harap2 ramai yg dapat kesedaran.

Bunda_nora April 10, 2015 at 2:13 PM  

Orang kata merokok ni ibarat kita bakar duit dan bakar paru-paru kita juga...

Nikmatnya seketika...derita dalamannya tanggung sendiri...

kakitravelkhairuddin.blogspot.com April 11, 2015 at 3:48 PM  

saje singgah di sini...menunggu entri anda..apa pun doa agar bro sentiasa sihat dan bahagia selalu.

Umialya April 11, 2015 at 4:38 PM  

Alhamdulillah, akak seorang yang anti rokok, pantang tengok orang merokok, mulalah dok jauh2

Zaitun April 11, 2015 at 11:00 PM  

Hubby kak zai memang perokok tegar. Sudah sakit tekak bagi nasihat tapi masih tak berhenti.

Semoga sihat selalu.

paridah April 12, 2015 at 9:57 AM  

assalam anak2 kak dua org lepasan sm teknik kuantan ni baya2 sham juga ni la ni dh grad...sorang anak lg perokok tegar dinasihat apapun mmg xjln...n3 yg sgt bagus dikongsi bersama...tq

Fidah Shah April 12, 2015 at 10:06 AM  

Assalamualaikum...
merokok membahayakan kesihatan..Kira kuat semangat juga ya ni..boleh berhenti merokok.
Salam kenal :)

Izwa Kamaruddin April 13, 2015 at 9:51 AM  

terima kasih untuk entry nie..saya nak share dgn suami..

Eye_nee April 13, 2015 at 11:31 AM  

Bersyukur sgt2..suami akk tidak merokok...Semoga pengkongsian kamu ini jd iktibar pada yg masih merokok...Sesal kemudian tiada guna kan sahabat..Harap kamu tabah dan tidak berputus asa biarpun nimat setelah tidak merokok kamu rasai kini kamu masih harus berperang dgn kesakitan akibat nikmat merokok yg kamu rasai dahulu..keep strong...hikmah disebalik rasa yg kamu tanggung hari ini brgkali ada nikmat yg sgt manis kemudian nnt...so terus tabah...terus berusaha mencari penawarnya...

saniahibrahim April 13, 2015 at 1:40 PM  

assalam ...salam kenal juga dari kakak.
tak tau nak komen apa dah bila tengok budak2 nak pi sekolah sempat singgah kedai runcit beli rokok,kalau llaki ok gak tapi ni budak2 ppuan.

Nor Azimah Ali April 13, 2015 at 3:15 PM  

Assalam Sham, tq sudi follow akk.
akk balas follow yea.

ada terbaca dalam filter rokok tu ada campuran darah babi...

Rokok menjauhkan diri kita dari Allah dan Rasulullah...

Kopiolimauice April 16, 2015 at 5:44 PM  

walaupon HARAM tpi still ramai lgi yg merokok kan...

Siti Yang Menaip April 17, 2015 at 9:54 AM  

alhamdulillah dalam family CT tak ada seorang pun yg mrokok.. owh datuk used to be a smoker tp quit sbb nak kawen kata nenek.. so he was one n only la.. but CT stuju.. faktor kawan2 dan sbagainya.. my cousin curi2 nk mrokok. dah duduk srumah ngn kwn2 mrokok.. dia je tak mrokok.. tergodalah. after two months dia sorok one day busted batuk kuar darah.. panic and ngaku dia smoking.. terus brhenti..

HE stills love you.. dats why dia kasi kesedaran. tengok orang sekeliling.. diorang tak peduli. malah sedap2 je hembus asap kat orang. dahla seksa diri sendiri then biadap pulak..

stay strong =)

arzmoha April 25, 2015 at 8:59 PM  

ramai tidak mahu mengambil tahu tentang hukum merokok

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP