Sahabat Tanpa Suara

The Best Soldier...

Thursday, April 30, 2015


Assalamualaikum...

Nampaknya setakat ini aku masih berjaya mengekalkan momentum untuk terus menulis... Walaupun tak sekerap yang aku target pada permulaannya tetapi tidak juga tersasar dari target minima aku iaitu 1 post untuk setiap minggu... Pada ketika aku berhenti menulis sebelum ini, (atas dasar sakit aku pada ketika itu) aku tak terfikir langsung untuk menyambung semula menulis di dalam blog ini... Aku kirakan blog ini akan terus berkubur begitu sahaja...

Namun setelah pulih dari pembedahan awal tahun ini, aku merasakan banyak pulak masa yang terluang... Sementelah aku sedang bercuti panjang ni... Saje-saje bukak balik blog, tengok post-post lama; datang pulak keinginan untuk menulis balik... Bukan nak tulis apa sangat, just nak share pengalaman, apa yang telah aku alami selama ini...

Selain itu ada lagi beberapa sebab yang membuat aku menyambung hasrat untuk menulis ini... Yang pertamanya adalah dengan sedikit harapan; kot-kot ada; boleh memberi semangat atau sumber inspirasi kepada sesiapa yang berkenaan... Fuh macam besar sangat hasrat tu kan... Hee3...

Ketika aku dalam 'peperangan' melawan kesakitan dulu, antara yang menjadi bahan pembakar semangat aku adalah kata-kata, bahan-bahan bacaan, kisah-kisah orang-orang hebat yang berjuang; berjuang atas pelbagai alasan... Samada berjuang untuk orang yang tersayang, berjuang untuk negara dan agama, hatta berjuang melawan penyakit-penyakit kronik... Kisah-kisah sebeginilah yang menjadi pembakar semangat aku, menjadi sumber inspirasi untuk aku terus hidup dan berjuang melawan kesakitan... Dan sememangnya ia agak berkesan...

Dalam pada itu aku juga ada join sebuah group fb Cancer Survivor (Malaysia), dimana ahli-ahli group tersebut adalah samada mereka yang telah bebas kanser, masih berjuang melawan kanser dan ada juga yang telah 'terkorban' sepanjang peperangan besar itu... Di situ mereka membincangkan pengalaman-pengalaman mereka dan penyakit masing-masing... Perghhh dari situ juga aku sedar rupa-rupanya masih ramai yang lebih teruk nasibnya berbanding aku ini...

Aku tak tahu kenapa, mungkin norma manusia memang macam tu kot, bila mereka dapat tahu yang ada orang yang senasib dengan mereka atau bernasib lebih teruk, kelegaan akan datang kepada mereka... Aku tidak mengatakan kepada orang lain, aku akui aku sendiri bersifat demikian... Dan hakikatnya ingatlah, jika kita berasakan nasib kita ini buruk; sebenarnya ada yang nasibnya lebih teruk dari kita di luar sana nun...

Sebab yang kedua adalah aku merasakan aku kini mempunyai satu tanggungjawab baru, tanggungjawab sosial untuk menerangkan kepada khalayak apakah punca-punca utama yang boleh menyebabkan seseorang itu diserang kanser... Secara spesifiknya dalam kes aku ini adalah disebabkan oleh tabiat buruk aku yang lepas itu tabiat merokok... Aku rasa aku bertanggungjawab menyebarkan akan bahayanya rokok ini kepada orang ramai... Menjadi hasrat aku juga untuk memerangi tabiat buruk ini dan menerangkan akan bahayanya rokok ini... Bahawasanya rokok ini memangnya sesuatu yang merbahaya dan tidak boleh dianggap enteng sama sekali...

Buat masa ini aku rasa blog ini merupakan satu medium yang agak sesuai... Selain dalam blog ini aku dah mula 'sound' kengkawan, samada dari dalam fb, group whatsapp atau sebarang kesempatan yang ada... Memang aku tahu nak berhenti merokok ini merupakan satu perkara yang teramat-amat payah... Takpelah, kalau mereka tak boleh berhenti pun at least dapat menimbulkan kegerunan buat mereka pun kira oklah kan...

Manakala yang ketiganya sudah tentulah sebagai kenang-kenangan aku sendiri... Dari dulu aku menganggap yang blog ini merupakan sebuah diari umum kehidupan aku... Di dalamnya aku sisipkan kisah-kisah kegembiraan aku, kisah suka duka kehidupan aku... Sudah pastinya tidak secara menyeluruh namun bagi aku ianya cukup, kiranya macam sebuah memoir la... Ngee...

Dan bila aku sudah tiada kelak, boleh jugalah anak-anak aku mengimbas balik kisah-kisah lama ayah mereka... Biar mereka juga tahu bahawasanya ayah mereka ini juga merupakan seorang pejuang... Cuma buat masa sekarang ini tak tahu lagi di mana dan bagaimana akhirnya perjuangan ini...

Aku quote dengan izin (dari salah seorang fighter dalam group Cancer Survivor yang aku join):

"ALLAH choose only the BEST soldier to FIGHT the HARDEST battle..."


16 comments:

Qaseh Abadi April 30, 2015 at 9:08 AM  

terkedu sekejap membacanya..
teruskan berjuang saudara.. :)

Kakzakie Purvit April 30, 2015 at 9:26 AM  

Sayu hati kakak..
Tapi kakak percaya dlam memotivasian diri sendiri secara langsung juga Shak memberi motivasi kepada yg lain. Memberi nasihat kepada yg membaca.

iryantyismail April 30, 2015 at 9:38 AM  

:-((...aslamualaikum sham....terus berjuang....terus bangkit walau berkali tersungkur..kuatkan semangat..

paridah April 30, 2015 at 10:04 AM  

hadapi hidup ini dgn gagah walau sebenarnya kita ini lemah...kak doakan sham sht n bhgia selalu tq info yg diberi n kak ambil sedikit utk dijadikn n3 n cerpen...tq

aizamia3 April 30, 2015 at 1:50 PM  

Bertabahlah dalam menjalani rutin harian..
Tiap kali masalah datang menghampiri.. kupujuk hati, ada orang lagi susah dari kita.

Ana Jingga April 30, 2015 at 8:07 PM  

Sham, teruskan perkongsian, kerana sesuatu perkongsian yang memberi manfaat buat orang lain ada ganjaran disisiNya, In Shaa Allah.Dan kak ana akan terus kesini dengan izinNya jua.

Unknown May 4, 2015 at 12:48 AM  
This comment has been removed by a blog administrator.
arzmoha May 4, 2015 at 11:03 PM  

tahniah sham kerana kuatkan diri demi diri sendiri anak-anak dan isteri, dan juga berkongsi pengalaman.

dear anies May 5, 2015 at 5:40 PM  

kesulitan, masalah dan kesabaran... semoga kita menjadi lbh kuat dan lbh dkt dgn-Nya

NzA May 6, 2015 at 11:13 AM  

sharing is caring.....semoga penulisan sham boleh dijadikan panduan pada rakan2 lain...InsyaAllah.

Saniah May 6, 2015 at 4:48 PM  

Allahuakhbar,, saya yang sakit tekak biasa ni pun perit nak menelan air liur apatah lagi jika kanser di kawasan mulut dan tekak,, semoga bertabah dalam ujian hidup ini,, jika sham tak teruskan menulis mungkin syam tak de kengkawan,, so teruskan menulis dan berkongsi pengalaman dengan kami semua,, pengalaman itu sangat berharga,, tiada orang yang akan dapat pengalaman tanpa melaluinya,,

abuikhwan May 8, 2015 at 7:08 AM  

Assalamualaikum,
Terkesan dengan n3 ini. Secara tidak langsung memotivasikan diri saya juga.

*Seeru al-hayah `ala barakatillah

OKje May 12, 2015 at 5:35 PM  

Okje suka dengan semangat awak Sham....tulisan awak.....Eh awak ni mmg banyak idea dan pandai sungguh mengarang tau....seriously.

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP