Aku Naga...
Sunday, January 22, 2012

Petang tadi rakan-rakan kita dari bangsa cina 'makan busat' dengan kaum keluarga masing-masing. Besok mereka akan menyambut tahun baru mengikut kalendar cina ataupun takwim lunisolar... Mungkin ramai lagi yang tak tahu sebenarnya aku mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dari darjah 1 hingga ke darjah 6. Makanya aku agak rapat dengan budaya dan masyarakat Cina sebenarnya...
Semasa aku bersekolah dahulu, Tahun Baru Cina merupakan antara hari-hari perayaan yang akan disambut. Bukanlah aku sambut macam kaum cina tu, sekadar menyambut dengan kawan-kawan cina je. Tapinya memang meratalah aku berjalan dengan kawan-kawan cina aku... Aku teringat ada satu tahun tu, memang banyak betul rumah kawan-kawan cina aku ronda, tapi oleh kerana was-was aku tak makan apa-apa pun. Yang aku bedal, air kotak... Tak air kotak air tin... Berkotak-kotak, bertin-tin air aku bedal. Sampai rumah kembung perut aku dibuatnya... Kira kes naya jugalah tu...
Tahun 2012 ini sekali lagi TAHUN NAGA menjelma. Mungkin ramai yang dah tahu kan, kalendar cina mempunyai 12 ekor binatang yang mewakili setiap 12 tahun dalam kalendarnya, dan naga merupakan satu-satunya watak binatang mitos dalam kedua-dua belas binatang tersebut... Naga sering dikaitkan dengan sifat-sifat seperti mulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, pemaaf bla bla. Itu yang positiflah, yang negatifnya naga juga dikaitkan dengan sifat-sifat tidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi bla bla... Kalau nak tahu lebih lanjut korang boleh usha di wikipedia>>
Ya, memang aku agak exited bercerita tentang tahun naga ni, sebabnya: aku dilahirkan pada tahun NAGA... Tapi dalam agama kita tak pernah pun diajar untuk mempercayai benda-benda seperti ini, jadi cukuplah kita sekadar ambil tahu sahaja... Apa-apa pun kepada semua yang berbangsa cina: Happy Chinese New Year. Gong Xi Fa Chai... Nian Nian Jing Bu...!
P/S: Tahun Baru Cina merupakan festival yang boleh diraikan kerana ianya adalah perayaan BUDAYA. Tidak seperti Wesak, Thaipusam mahupun Krismas yang merupakan perayaan AGAMA yang selain dari ISLAM... (Tolong betulkan kalau aku silap)...
Read more...








