Doa Untuk Man...
Thursday, January 19, 2012
Ini Man, sepupu isteri aku. Man berusia 26 tahun. Baru mendirikan rumahtangga 1 bulan yang lepas. Aku turut menghantar Man bernikah di Kluang Johor bulan Disember lalu. Inai di jari isterinya masih tak hilang warna... Man dimasukkan ke Hospital Besar Temerloh pada Jumaat lepas setelah mengalami demam yang berpanjangan. Pada malam Sabtu, pihak hospital mendapati jangkitan kuman di dalam darahnya, hampir merebak sehingga ke otak. Man perlu dimasukkan ke ICU namun Hospital Besar Temerloh kekurangan katil di unit tersebut. Lalu Man dihantar ke Hospital Putrajaya...
Semalam aku bersama isteri dan kedua mertua aku ke Putrajaya melawat Man. Pokde dan Mokde (ibu bapa Man) menyambut kami. Mata kedua-dua mereka bengkak dan merah. Mungkin terlalu banyak menangis, mungkin juga kerana kurang tidur... Man masih tidak sedarkan diri. Dia di'koma'kan, menurut Pokde aku. Aku tak tahu kenapa, mungkin bagi mengurangkan sakitnya akibat kemasukkan ubat melalui tiub-tiub yang berselirat di mukanya dan di tangannya...
Aku kurang mengenali Man, jarak usia yang agak jauh menjadi punca kami tak hang out together-gether... Lagipun aku baru sahaja mengenali dia, dalam 3-4 tahun yang lepas. Itu pun pada hari raya je kami berjumpa. Tapi pada pandangan aku, Man seorang yang ramah. Cepat je aku mesra dengan dia, tak kekok pun ketika berbual dengan dia. Menurut bapa-bapa saudaranya (yang aku temui di hospital) Man merupakan anak kebanggaan mak ayahnya. Cucu kesayangan kedua atuk dan neneknya, dan sangat disenangi oleh semua ibu-ibu dan bapa-bapa saudaranya. Jika di kampung Man akan menjadi faktor semua ahli keluarga untuk balik ke kampung dan berkumpul saudara mara. Satu kelebihan Man yang paling nyata, dia sangat suka mencari saudara dan berhubungan merapatkan silaturahim...
Biasalah kan, orang yang baik-baik ni besar dugaan yang dihadapinya... Sebelum balik, Pokde berpesan kepada aku agar mendoakan Man. Of course kata aku, itu sudah pasti... Maka ku pinta kepada rakan-rakan semua, apalah kiranya jika kalian semua dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan buat Man. Moga Man dipanjangkan umur dan disegerakan sembuhnya... Amin Ya Rabbal Alamin...
Cis, menitis pula air mata di pipiku....
19 comments:
semoga sihat utk man..
Singgah malam Sham...
Anak angkat saya, bujang 34 tahun...mengalami virus infection sama seperti yang dialami Man sekarang....
1/1/2012 dia telah meninggalkan saya buat selamanya. Saya berdoa agar Man kuat dan boleh bertahan..Dan sembuh sepenuhnya.
Maaf kerana berkongsi kehilangan saya... :(
semoga man cepat sembuh..amiin YRA
*terharu*
semoga man sembuh. amiin
Akak doakan semoga Man dilindungi olehNya dan cepat sembuh, insyaallah..
Semoga Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang mengurniakan kesembuhan yang segera buat Man. Amin.
Semoga Man cepat sembuh..insyaAllah.
semoga man cepat sembuh..amin
semoga Man cepat semboh...
eh kenapa diciskan dengan mata ...bagusla air mata tu tanda kasih sayang yg akrab
Masih muda, insyaAllah badan masih kuat melawan penyakit. Yang dia perlukan ialah doa...
Syafahullah
jangkitan virus dalam darah? ada tersalah makan atau minum tak?
hopefully, cepat sembuh
Semoga Man cepat sembuh.. Amin Yarabbal Alamin...
Ya Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang sembuhkan Man dan berikanlah yg terbaik buat Man didunia dan Akhirat....Ya Allah kabulkanlah doa kami..amin2 ya robbulalamin....buat isteri dan keluarga Man banyakkan doa dan semoga tabah menghadapi dugaan ini..
Assalamualaikum Sham
saya doakan agar Man cepat sembuh drp penyakitnya agar dia dapat beribadat kpd Allah dengan sempurna dan dapat melayari bahtera yg baru dibenanya serta permudahkan segala urusan semua orang yg berurusan dengan Man
salam...dah join rakan taulan ...sykran kerana mengisi kekosongan jawatan penolong kanan di sekolah saya =)
moga Man diberi peluang membahagiakan semua orang yang sayangkannya...
salam
sekarang ni demam sikit2 pun ekna cepat2 pergi hospital..macam arwah izwan pilus..apapun saya doakan terbaik buat Man
Moge cepat semboh....
Salam,
Terharu sy baca kisah ni... dugaan Allah yg tidak kita jangka... Semoga Man cepat sembuh... Allah Maha Pengasih & Penyayang...Insya'Allah..
sedih :( semoga man cepat sembuh. amin.
Post a Comment