Sahabat Tanpa Suara

Aku Naga...

Sunday, January 22, 2012


Petang tadi rakan-rakan kita dari bangsa cina 'makan busat' dengan kaum keluarga masing-masing. Besok mereka akan menyambut tahun baru mengikut kalendar cina ataupun takwim lunisolar... Mungkin ramai lagi yang tak tahu sebenarnya aku mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dari darjah 1 hingga ke darjah 6. Makanya aku agak rapat dengan budaya dan masyarakat Cina sebenarnya...

Semasa aku bersekolah dahulu, Tahun Baru Cina merupakan antara hari-hari perayaan yang akan disambut. Bukanlah aku sambut macam kaum cina tu, sekadar menyambut dengan kawan-kawan cina je. Tapinya memang meratalah aku berjalan dengan kawan-kawan cina aku... Aku teringat ada satu tahun tu, memang banyak betul rumah kawan-kawan cina aku ronda, tapi oleh kerana was-was aku tak makan apa-apa pun. Yang aku bedal, air kotak... Tak air kotak air tin... Berkotak-kotak, bertin-tin air aku bedal. Sampai rumah kembung perut aku dibuatnya... Kira kes naya jugalah tu...

Tahun 2012 ini sekali lagi TAHUN NAGA menjelma. Mungkin ramai yang dah tahu kan, kalendar cina mempunyai 12 ekor binatang yang mewakili setiap 12 tahun dalam kalendarnya, dan naga merupakan satu-satunya watak binatang mitos dalam kedua-dua belas binatang tersebut... Naga sering dikaitkan dengan sifat-sifat seperti mulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, pemaaf bla bla. Itu yang positiflah, yang negatifnya naga juga dikaitkan dengan sifat-sifat tidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi bla bla... Kalau nak tahu lebih lanjut korang boleh usha di wikipedia>>

Ya, memang aku agak exited bercerita tentang tahun naga ni, sebabnya: aku dilahirkan pada tahun NAGA... Tapi dalam agama kita tak pernah pun diajar untuk mempercayai benda-benda seperti ini, jadi cukuplah kita sekadar ambil tahu sahaja... Apa-apa pun kepada semua yang berbangsa cina: Happy Chinese New Year. Gong Xi Fa Chai... Nian Nian Jing Bu...!

P/S: Tahun Baru Cina merupakan festival yang boleh diraikan kerana ianya adalah perayaan BUDAYA. Tidak seperti Wesak, Thaipusam mahupun Krismas yang merupakan perayaan AGAMA yang selain dari ISLAM... (Tolong betulkan kalau aku silap)...

16 comments:

Deru Ombak January 22, 2012 at 11:13 PM  

Owhhhh... Naga ye? Ikut chinese feng shui, tahun ni naga air.. Banyak sector perniagaan cerah katanya. CNY ni perayaan budaya rasenye. sbb kwn saya Chinese Muslim merayakan Nya. Harap2 kita x silap.

atuk January 23, 2012 at 12:21 AM  

Assalamualaikum Sham

tentu pandai cakap cina la yer...

Unknown January 23, 2012 at 7:47 AM  

assalam, best la klu ada kawan2 rapat dari bangsa lain....

Cikgu Ma January 23, 2012 at 2:59 PM  

untuk perayaan agama selain agama islam rasanya dilarang kita ucap selamat...kurang pasti...nak selamat diam / ucap tahniah jerr...

disebalik tabir | AIR TANGAN

ghost January 23, 2012 at 10:38 PM  

aku cuma layan cuti untuk perayaan orang lain.aku takde kawan2 cina,jadi aku tak gi mana-mana utk beraya.

selamat bercuti,bro. :)

faiz January 24, 2012 at 12:34 AM  

bgusla sekolah cina...member jiran ni sekolah cina dulu smpi sekrang pandai ckp cina..

busana muslim wanita January 24, 2012 at 3:12 AM  

Very interesting... I really like it... Thank you so much...

Anonymous,  January 24, 2012 at 12:19 PM  

Nak selamat ucap jer selamat bercuti.

tehr January 24, 2012 at 1:43 PM  

Aku tak pernah ikut raya cina
Kawan semua Melayu je
Kat sini tak ramai cina

Anak Wak Mail January 25, 2012 at 5:29 PM  

tahun baru cina ni kira macam kalau kita orang Islam sambut Awal Muharram,, New Year,,camtu la kan..ok je rasanya..;)

wah mesti hebat kecek cina ni!

Unknown January 26, 2012 at 7:21 AM  

tahun harimau la best...hehe...:p

khaifaiz January 26, 2012 at 9:46 AM  

best hidup dalam masyarakat majmuk

aku budak klang January 26, 2012 at 3:45 PM  

hidup kita hidup mereka...utk kesejahteraan bersama kita hormat menghormati....orang memberi kita merasa....hehehe!!!..bak kata pepatah musuh jgn dicari rezki jgn ditolak...

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP