Aku Mai Dah...
Thursday, January 12, 2012
Har har har... Kan aku dah kata aku akan kembali... Ya kini Shamdisini sudah kembali... Kembali menggegarkan dunia blogging... Har har har... Wah ganas je bunyi dia kan...
Petang semalam penantian aku sejak tahun lepas berakhir (herm macam lama giler rasanya bila sebut sejak tahun lepas tu)... Padahal aku mohon talian ini pun pada 24/12/2011 jer. Kiranya menunggu dalam 3 minggu jer la... Thanks a lot to TM, yelah setelah 5, 6 kali aku tanpa berputus asa menalipon 100, akhirnya diorang tunaikan juga permintaan aku... Walaupun pada peringkat awalnya mereka mengatakan tidak dapat menawarkah khidmat di kawasan aku ini kerana terdapat sedikit 'technical issues'...
Yang bestnya semalam diorang masukkan talian telefon dengan streamyx sekali gus. Padahal menurut mereka kebiasaannya mereka hanya akan memasang talian telefon sahaja pada minggu 1-2 selepas permohonan. Manakala talian streamyx pula mereka akan masukkan selepas 1-2 minggu pemasangan telefon... Tapi dalam kes aku mereka terus pasang serentak. Kiranya my lucklah tu kan... Kira berbaloilah aku menunggu dari tahun lepas... Betul...?
Ok, untuk peringkat permulaan 'come back' aku ni aku taknaklah menulis panjang-panjang... Masa ni sebenarnya untuk mengunjungi kawan-kawan dulu. Nak war-warkan pada korang semua yang aku ni masih 'hidup' lagi. Jomlah saling bertandang kembali. Kalau tak korang, sape lagilah yang nak memeriahkan blog aku ni... Iyelah aku tahulah penulisan aku SANGAT MENARIK dan TAK MEMBOSANKAN LANGSUNG, malah DISUKAI bahkan DIGILAI ramai... So without wasting any time, let's blogwalk first... World of blog, here i come... He he he... Peace yo...
14 comments:
hah...ha... selamat kembali!
Waa Shamdisini dah bsersiaran kembali,ummi menunggu n3 seterusnya.
asalam ...bro sham ... salam kenal ...saya new bie ... thanks dah jadik follower saya ...dah follow blog awak ... mintak tunjuk dari awak ...tq.
Salam Sham...
Awak kembali ,, saya pulak baru bermula.. Saya follow..
Follow saya jugak boleh ke?
tudia dah mai..selamat kembali...
assalam, selamat kembali....tentu best dgn line internet yg pantas.
ganas bunyinya tu..hehe
selamat menulis
Makin sedak la awok nulih yek...
lamanya xjengah sini...Sham sihat?????
welcome back bro! hihi
pasnie dtg blog tingotng laju2 yer ^^
Yalah, rasa mcm lama sungguh sengap sepi dik Sham nih. Dah ada line tepon & streamyx ni, mesti aktif balik lepas ni kan :)
welcome back...lopeih ni kono selalu update lerr..huhu
mesti iffahani dah besarrrrr! syahmi pun dah sekolah ye...
cecepat update ye cikgu sham!
tahniah kerana berjaya timbul kembali
terus semangat, bro
Post a Comment