Sahabat Tanpa Suara

Berkatkah...?

Monday, March 21, 2011

Yeah sesudah seminggu berlepak-lepak bercuti sakan, hari ini kembali menunaikan tanggungjawab. Kerja aku hari ini seperti biasa, tiada yang luar biasa. Cuma kejutan dari SU Kurikulum yang memaklumkan supaya markah P1 perlu dimasukkan ke dalam sistem selewat-lewatnya hari esok. Wah 2 hari je...? Takpe, aku punya markah dah beres, bila-bila masa boleh key in...

Suasana di bengkel agak meriah, maklumlah dah seminggu tak berjumpa, macam-macam cerita keluar. Bila keluar cerita lucu, pecah ketawa masing-masing. Mujur bukan di bilik guru, kalau tidak pasti ada yang menegur. Satu perkara yang menjadi kebiasaan di mana-mana sekolah, guru-guru bengkel (samada KH, Lukisan, MPV atau seumpamanya) biasanya agak gila-gila, kecoh atau pun orang kata jenis 'hu ha hu ha'... Maaf kalau tak betul tapi dari pengalaman aku, aku nampak begitu. Tapi sungguh pun hu ha hu ha bukan bermakna kami tak buat kerja tau...!

Cerita pasal kerja ni teringat aku akan satu artikel yang pernah aku baca berkenaan keberkatan dalam pendapatan kita. Menurut artikel tersebut antara tanda-tanda hilang keberkatan pada rezeki adalah seperti:

- Jiwa sentiasa tidak tenang walaupun memperoleh dan memiliki harta banyak dan bertimbun.

- Harta yang diperoleh menerusi jalan tidak baik mudah habis dan terhakis tanpa diduga dan tidak disedari seperti kereta rosak dan kena saman.

- Berasa sombong dan tamak hingga bernafsu untuk menambah dan memiliki lebih banyak harta hingga terlupa dan tidak mementingkan ibadah.

- Berasa kedekut dan enggan bersedekah atau mengeluarkan zakat kerana menganggap perbuatan itu merugikan.

- Sering ditimpa bencana dan musibah yang tidak disedari seperti anak sakit, duit hilang, barangan rumah rosak walaupun baru dibeli. Ini kerana setiap perbuatan mungkar akan mendapat laknat daripada Allah.

Aku bukan nak mengajar orang atau nak mengata sesiapa, aku cuma nak bercerita berkenaan dengan diri aku. Aku mula memasuki alam pekerjaan pada tahun 2001, tapi bukan sebagai guru. Sebelum menjadi guru aku terlebih dahulu bekerja di sektor swasta. Kalau mengikut ijazah pertama aku, aku sepatutnya bergelar production engineer. Namun atas sebab-sebab teknikal (panjang kalau nak cerita, jadi aku ringkaskan saja), dalam surat perjawatan aku, aku hanya bertaraf supervisor. Namun tugas aku tetap merangkumi keseluruhan production line dan gajinya juga lumayan. Ahh apa aku nak kisah pasal pangkat, yang penting gajinya masyuk... Jika aku masih disana pada hari ini, pastinya gaji aku sekarang lebih sekali ganda dari gaji aku sebagai seorang guru pada hari ini.

Namun di sana aku kurang merasa ketenangan hidup. Malah sering kali aku merasa tanda-tanda seperti di atas. Mungkin disebabkan beberapa perkara yang aku lakukan, atau mungkin kerana cara hidup yang aku amalkan pada ketika itu. Kadang-kadang aku rasa macam Maher Zain pulak, wooppss...! Sehinggalah pada suatu ketika aku merasakan aku perlu STOP dan REFRESH. Kebetulan pada ketika itu aku mendapat tahu yang KPLI sedang dibuka, dan Kak Long aku beria-ia ingin aku memohonnya...

2005, secara rasminya aku bergelar seorang guru. Ya, guru bukan pilihan pertama yang aku inginkan sebagai kerjaya aku pada mulanya. Namun sehingga ke hari ini, dengan sejujurnya aku akui, aku sayang kerjaya ini dan amat-amat bersyukur kerana diberi peluang di dalam bidang ini. Walaupun tidak akan semewah seperti kerjaya pertama aku tetapi aku yakin, keberkatannya ada. Lebih-lebih lagi apabila setiap pagi ada sahaja orang-orang yang akan mendoakan kesejahteraan aku. Tak percaya? Setiap kali aku masuk ke kelas pasti semua pelajar akan bangun dan mengucapkan:

"SELAMAT SEJAHTERA CIKGU..."

43 comments:

faiz March 21, 2011 at 9:22 PM  

btol tu..kerja kena ikhlas bukan hanya disebabkan gaji..

ahmad humairi March 21, 2011 at 9:23 PM  

Assalamualaikum,

Selamat sejahtera cikgu.....moga terus dilimpah keberkatan, insyaAllah (bukan dari maher zain).

Sham March 21, 2011 at 9:30 PM  

faiz:dulu gaji no 1,sekarang ketenangan 1st...

Sham March 21, 2011 at 9:31 PM  

humairi:terima kasih cikgu...(bukan dari upin ipin...hee)

mak encik | SZ March 21, 2011 at 9:40 PM  

semoga rezeki kita lbh berkat ye cikgu sham!


bila difikir2 dulu gaji sekian amaun gitu gak bakinya, sekarang gaji sekian amaun pu gitu gak bakinya..pi mai pi mai tang tu!

Sham March 21, 2011 at 9:42 PM  

sz:masalahnya dulu gaji banyak tapi baki takde amaun...huhu...

Prince Halilintar March 21, 2011 at 9:47 PM  

itulah unik nya seorang guru kan...

Guru March 21, 2011 at 10:05 PM  

point yang ke4 tu terkenalah pulak post saya tadi, tapi tak selalu

atuk March 21, 2011 at 10:22 PM  

Assalamualaikum Sham

baru lepas dengar kuliah magrib

pokok kedekut ada didalam neraka, dahannya ada didunia, siapa yg berpahut pd dahan itu, maka ia menempah ke neraka

Wassalam

Sham March 21, 2011 at 10:45 PM  

kl citizen:saya pun jarang bagi derma pada kumpulan2 sebegitu...takut menggalakkan sindiket...

Sham March 21, 2011 at 10:46 PM  

rozali:

wsalam atuk...nauzubillah...minta dijauhkan...

Anonymous,  March 21, 2011 at 11:02 PM  

Setuju.. niat baik akan baiklah yg akn diperolehi

Sham March 21, 2011 at 11:09 PM  

khai:begitulah harapannya...

Solihin Zubir March 21, 2011 at 11:24 PM  

sy pon rsa mcm maher zain jugak ni.. hahaha..

alhamdulillah.. kerjaya sbagai guru adalah yg pling terbaik.. dpt byk pahala.. :D

Unknown March 22, 2011 at 12:07 AM  

selamat malam..
eih!! dah pagi...
heehhehe.
alhamdullilah....saya selalu pandang tinggi martabat seorang guru......

fisabillilah!!

IMANSHAH March 22, 2011 at 12:42 AM  

Selamat pg cikgu..maafkan kamai cikgu, halalkan ilmu yang kami peroleh cikgu..huhu

Afzainizam March 22, 2011 at 3:38 AM  

=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Tali timba ditarik perlahan
Terasa sejuk air perigi
Ziarah Blog tanda persahabatan
InsyaAllah hamba datang lagi”

Maaf kerana lama tak berkunjung yerrr .. minggu lepas agak sibuk sangat maaf lah yerr...

Bila dah masuk dunia pekerjaan, kita akan menikmati gaji bila tiba hujung bulan atau tiba waktu di mana kita akan dibayar hasil kerja kita.Maka bila dah dapat gaji, anda akan mula terasa puas setelah penat bekerja dan inilah waktu terbaik untuk bersuka-ria.

Tapi, kebanyakan orang yang aku jumpa skarang ni, ada yang masih tak cukup dengan gaji yang ada. Bayangkan gaji yang dibayar tahap ribu-ribu nilainya. Masih belum cukup. Namun, cuba pikir tengok orang miskin yang gaji RM500 pun cukup ja makan, minum, pakaian dia..

Dari sini mungkin ada kaitan dengan keberkatan gaji kita. Besar kemungkinan kita banyak makan gaji buta sepanjang bulan tersebut. Samada kita banyak mengular masa keja ataupun banyak melakukan perkara lain selain dari keja yang sepatutnya kita buat.

Kesimpulannya di sini, kalo anda terasa tak tahu ke mana wang anda dibelanjakan sehingga membuatkan anda tak cukup untuk membeli barang yang PERLU. Maka perlu dibuat sejenis perkara yang dinamakan MUAHASABAH diri atau POST MOTERM dalam diri anda. Tanyakan diri anda, "adakah aku betul2 bekerja?".

semoga rezeki kita lbh berkat ye cikgu sham!moga terus dilimpah keberkatan, insyaAllah

Afzainizam March 22, 2011 at 3:43 AM  

=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Tali timba ditarik perlahan
Terasa sejuk air perigi
Ziarah Blog tanda persahabatan
InsyaAllah hamba datang lagi”

Maaf kerana lama tak berkunjung yerrr .. minggu lepas agak sibuk sangat maaf lah yerr...

* Kesedaran bahawa zakat merupakan salah satu rukun islam, mereka yang enggan membayar zakat akan diazab oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya janji-janji Allah s.w.t. itu adalah benar.
* Fikirkan azab derita yang akan ditanggung apabila tidak mengeluarkan zakat. Resapkanlah dalam jiwa kita perasaan ingin menikmati syurga yang penuh dengan kenikmatan apabila menunaikan zakat.
* Sedarkan diri kita bahawa harta yang tidak dizakatkan itu belum dibersihkan daripada kotoran dan letakkanlah diri kita agar terasa bersalah pada anak-anak yang sedang membesar, bahawa jiwa mereka telah kita kotori dan racuni melalui rezeki yang kotor disuapkan kemelut mereka sebelum dibersihkan melalui kewajipan berzakat, sedangkan kita telah cukuo syarat untuk berzakat.
* Yakni bahawa harta yang dizakatkan pasti akan bertambah kesuburannya dan harta yang tidak dizakatkan itu pasti akan hilang keberkatannya dan ianya akan berakhir dengan kemusnahan.
* Kenangilah kisah kemusnahan yang menimpa insan tamak lagi haluba seperti karun dan firaun yang menerima penghinaan diakhirat hidup mereka dan selamilah kisah kejayaan insan-insan yang pemurah lagi penyayang seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. yang sanggup membelanjakan segala hartanya kepada jalan kebajikan dan akhiratnya hidup beliau disinari cahaya ketenangan dan kegembiraan.

semoga gaji yang kita dapat bertambah berkat... tak sedikit pun rugi malah Allah mencukupkan kekurangan tersebut... itu yg nama nyer berkat

Surie March 22, 2011 at 9:40 AM  

smoga pekerjaan ini yg terbaik buat diri abg Sham..

Smoga menjadi guru yg cemerlang, gemilang dan terbilang..demi mendidik anak bangsa!

yanamib March 22, 2011 at 9:53 AM  

kdg² kerja yg kita buat tu sendiri yg xde berkat..klu slalu curi tulang kt tpt keje pn duit gaji tu x berkat jugak kn..hehe~ =)

hari² murid doa "selamat sejahtera" mmg akan jd sejahtera lah hidup cikgu tu =)

sekadar satu coretan March 22, 2011 at 10:44 AM  

selamat kembali bertugas...ya cikgu sham...

dengan adenye guru...kami semua dpt mambaca dan mengenal huruf...terima kasih cikgu...

terokai seni March 22, 2011 at 11:41 AM  

maleh tul nak bangkit g kija bila dah cuti lama ngat ni

Unknown March 22, 2011 at 4:09 PM  

salam, keberkatan rezeki itulah matlamat bila kita bekerja supaya kerja yang kita lakukan tidak sia-sia.

Dinas Aldi March 22, 2011 at 4:14 PM  

di mana ada kesungguhan & keikhlasan dalam menjalankan tugas, di situlah ada keberkatan, insyaallah.

ain fathihah fhm March 22, 2011 at 6:02 PM  

moga saya juga dapat ikhlaskan hati untuk berbakti sebagai guru.

Henry Zackery March 22, 2011 at 6:30 PM  

kerja dengan hati yang ikhlas dan jujur pasti akan diberkati Allah.

Artis Kembar

Cikgu Nurin March 22, 2011 at 7:25 PM  

Sangat setuju..jadi guru mmg tak boleh kaya wang ringgit..tapi Insyaallah..jasa bakti kita memanusiakan orang seikhlas mungkin Insyaallah akan menjadi bekal kita di sana...Hidup Cikgu Sham...ha ha ha..semangat betul baca entri ni...

zulkbo March 22, 2011 at 8:19 PM  

salam..
ermmm..saya suka kalau jadi guru dan target pertama saya..Allah dah janji bukan rezeki saya..alhamdulillah..rezeki Allah di mana-mana dan saya suka kerja saya sekarang..

Acik Erna March 22, 2011 at 9:15 PM  

alhamdulillah..setiap hari..didoakan kesejahteraan cik gu..
kalau satu kelas 30 murid..kalau dah 4 kelas..alhamdulillah..

Aretikz March 22, 2011 at 10:32 PM  

yezza.. keberkatan yang diperlukan.. ^_^

Entri Lelatest
GreatTeacher Aretikz 5

Sham March 22, 2011 at 11:05 PM  

solihin:iya ke...?tp skang ramai lak cikgu kena heart attact...

Sham March 22, 2011 at 11:06 PM  

citarasa rinduan:terima kasihla...

Sham March 22, 2011 at 11:07 PM  

afzainizam:itulah yang aku cuba nak sampaikan...

Sham March 22, 2011 at 11:08 PM  

surie:wah bertambah bersemangat pakcik...!

Sham March 22, 2011 at 11:08 PM  

surie:wah bertambah bersemangat pakcik...!

Sham March 22, 2011 at 11:09 PM  

yana MIB:memang terasalah 'kesejahteraan' tu...

RHI March 22, 2011 at 11:57 PM  

selamat kembali ke sekolah....
harta dunia kalau digunakan di jalan benar tentu mendapat berkatkan cikgu..semoga rezeki kita makin bertambah...

Sunah Sakura March 23, 2011 at 12:43 AM  

wah, hebat orang yang saya baru kenal ni rupanya...semoga menjadi guru yang berjaya melahirkan lebih ramai anak bangsa yang berguna...:)

Cik Ina Do Do Cheng March 23, 2011 at 5:58 AM  

salam kenal,

selamat pagi cikgu.anak murid okey ke?

Kakzakie Purvit March 23, 2011 at 2:14 PM  

Beruntung menjadi guru. Banyak ganjaran diperolehi tanpa sedar.

noa March 23, 2011 at 5:34 PM  

saya suka kerja saya ^^

ENTRY HOT : Betul ke Tak Betul??

Nur March 29, 2011 at 10:54 PM  

Untung jadi cikgu. Kalau dah meninggal pun, selagi ilmu yang diajar dimanfaatkan oleh murid, selagi tu la pahala masukkkkkk je.

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP