Sahabat Tanpa Suara

Karnival Kokurikulum.../ Naik Juga Akhirnya...

Monday, June 6, 2011


Cuti sekolah dah masuk minggu ke-2 tapi aku baru nak menikmatinya. Sepanjang minggu lalu aku berada di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan. Mengiringi pelajar untuk menyertai Karnival Kokurikulum Peringkat Negeri 2011. Nah sekarang siapa kata cikgu dapat cuti sepenuhnya sepanjang cuti sekolah...?

Mula-mula menerima surat ke sana, memang aku agak keberatan jugak, yelah dalam cuti tu, 4 hari pulak tu... Puas aku memikirkan buah untuk mengelak tapi tak terfikir aku. Akhirnya nak tak nak, sebagai Penyelaras Kokurikulum terpaksa jugalah aku yang bertanggungjawab membawa budak-budak ke sana. Walaupun hati keberatan, tetapi hasilnya di sana agak memuaskan.

Antara aktiviti out door yang diadakan adalah seperti berkayak, kembara berbasikal, abseiling, wall climbing dan paint ball... Berkayak? erm tak minat... Kembara berbasikal? penatla... Abseiling? dah biasa... Wall climbing? haa ini sesuatu yang belum pernah aku cuba... Paint ball? wow ini aku tak boleh lepaskan! Nak main kat luar? Kena standby beratus RM jawabnya...

Sudah agak lama sebenarnya aku tak melibatkan diri dalam aktiviti lasak-lasak ini. Aku boleh agak lepas ni mesti sakit-sakit dan sengal satu badan ni... Tapi keinginan dalam hati tu masih kuat sebenarnya. Apa lagi, layan ajelah... Merasalah juga aku memanjat tembok wall climbing tu. Bajet bolehlah lepas 3/4 dari tembok tu tapi apakan daya hanya mampu melepasi 1/2 tembok sahaja. Terasa benor dah tuanya...! Hu hu... Tapi yang paling puas hati main paint ball. 3 round direct aku main. Budak-budak dapat main sekali jer, cikgu-cikgu pulak yang lebih-lebih... heh heh... Tapi main memang layan... Habis game, check punya check secara keseluruhannya ada dekat 10 das gak peluru warna tu melekat kat seluruh badan aku ni...! Paling tak tahan boleh kena tang leher tu...! Dah jadi macam kesan 'gigitan cinta' dah...!

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Pahang, YH Dato' Haji Mazlan bin Mohamad, DIMP. Sebenarnya inilah kali pertama aku bertemu dengan beliau. Walaupun kelihatan agak berumur, namun susuk tubuhnya masih tegap dan suaranya masih kedengaran tegas dan lantang. Satu yang mendatangkan rasa hormat aku padanya adalah cara dia melayan pelajar, lebih-lebih lagi pelajar sekolah rendah... Rupanya masih menebal sikap keguruan pada diri beliau...



************************************************************************

Sekembali aku ke rumah, aku dapat satu 'berita gembira' buat semua rakyat Malaysia. Apa lagi, semua dah maklum kan yang tarif elektrik akhirnya naik jugak... Aku tak nak ulas tentang sebab kenaikan ke, beban subsidi yang kerajaan tanggung ke, rasionalisasi ke apa ke j*d*hnya ke...! Cumanya aku nak kongsi apa yang aku lalui berkaitan dengan tarif elektrik ini.

Aku masih tinggal di rumah mentua aku (Insyallah dalam bulan-bulan terakhir dah). Menghuni di rumah tersebut mak bapak mentua aku, aku anak beranak dan 2 orang adik ipar. Sorang belajar di perak dan seorang lagi amat jarang di rumah (orang bujanglah katakan)...

Peralatan elektrik dalam rumah yang biasa-biasa aje, mesin basuh , peti ais, tv, periuk nasi, seterika etc... Baru-baru ini aku ada pasang aircond dalam bilik, tapi bukan pakai 24 jam... Dengan penggunaan yang biasa-biasa sahaja purata penggunaan elektrik di rumah tu dah menjangkau RM120-150 setiap bulan. Jadi kalau ada sesiapa yang cakap rakyat biasa tidak akan terkesan dengan kenaikan tersebut, aku cuma nak katakan:"bulsit...!"

Kalau betul ada yang tak nak terkesan dengan kenaikan tersebut, nampaknya mulai hari ini kenalah kita kembali ke zaman mak bapak kita dulu... Membasuh guna tangan aje; masak nasik pakai dapur kayu; baju tak payah seterika, lipat letak bawah tilam jer; Uninstall air cond tu, jangan nak mengada-ngadalah; TV pun tak yah tengok dah, kita tengok cerita-cerita penting je terutamanya Buletin Utama jer...

Itu tak cerita lagi tentang kesan rantaian akibat kenaikan tarif elektrik ini... Bagaimana akhirnya pengguna yang berada di hieraki paling bawah akan menerima kesan yang paling besar... Janji kerajaan yang kenaikan ini tidak akan membebankan...? Hem kita sama-samalah tengok...

18 comments:

miloaiskurangmanis June 6, 2011 at 11:13 AM  

aktivit lasak yg iols berkenan...
tapi iols rasa lah kan.. kalo iols buat semua tu... konpem melepek lepas tu! hahahah

bab kenaikakn tarif letrik tu... iols pun malas nak komen... tu pasal iols tak sentuh pasal tu kat blog iols...
sebab alasan n statement menteri tu bagi iols amat2 BODOH!!

sekian terima kasih!

NzA June 6, 2011 at 11:45 AM  

biasalh cikgu sham...cuti xcuti krja...

mak encik | SZ June 6, 2011 at 12:10 PM  

boring dah dengar perkataan "subsidi" tu...
try la diorg yg berkenaan tu bayar pakai duit sendiri bil2 & minyak...huhuhu

Sham June 6, 2011 at 12:21 PM  

miloais:senang jer jadi menteri kan,bagi je apa2 alasan...

Sham June 6, 2011 at 12:22 PM  

NzA:selagi belum tutup mata...koje,koje,koje...

Sham June 6, 2011 at 12:23 PM  

Sz:masa tu baru diorang tau...

Dinas Aldi June 6, 2011 at 12:24 PM  

akak pun iring budak rombongan minggu lepeh.

speechless bab tarif elektrik tu..

Dr K June 6, 2011 at 12:51 PM  

ayat klise 'kerajaan tak mampu menampung subsidi' atau ' kenaikan itu masih rendah kalau nak dibandingkan dengan negara serantau'

aku setuju dgn kau : tahi-bull

ummiross June 6, 2011 at 12:54 PM  

betul tu Sham, jadi cikgu ni memang kena banyak bertolak ansur walaupun kena waktu cuti...

"bil elektrik naik...,tapi kita masih terendah di Asia", hik!!!

Aiman Ariffin June 6, 2011 at 2:12 PM  

lol kenapa kalau hierarchy paling bawah. mesti indian haha

Kakzakie Purvit June 6, 2011 at 3:06 PM  

Kalau sham dapat panjat separuh lebih, kakak lagi setengah pun mesti tak sampai agaknya.

Malas nak cakap pasal kenaikan tarif inilah sham... menyakitkan hati.

Solihin Zubir June 6, 2011 at 6:39 PM  

kesian nowh kt cikgu2.. ingatkan cuti skolah, bleh la cuti sakan jugak.. heheh..

err.. cikgu ckp ada artikel drp blog sy masuk harakah? sy x bca plak harakah terbaru.. bleh bgtau artikel yg mna 1? terima kasih.. =)

zino June 6, 2011 at 7:49 PM  

seronok buat aktiviti lasak ni..

faiz June 6, 2011 at 10:37 PM  

btol tu..rumah saye 3org je duduk..tv jrg bukak..air cond xde..tapi bil nk dekat seratus gak..

adwafarahin June 8, 2011 at 12:52 PM  

lama x buat outdoor aktiviti rinduuu!! huhu :)

ayulunera June 8, 2011 at 1:26 PM  

ooo..macam bes je main paintball tu..hee....teringin nak try...
tu r...mesti bil letrik melambung2 pasni...adeihh

Unknown June 8, 2011 at 4:17 PM  

pencapaian diutamakan, DUIT rakyat didahulukan....sekian

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP