Sahabat Tanpa Suara

Mat Besen

Tuesday, June 21, 2011


Beberapa hari lepas aku ada menulis tentang aku beraktiviti di Pusat Kokurikulum Kuantan. Baca sini>>... Di sana aku mendapat kawan-kawan baru dari kalangan guru-guru yang menjadi guru pengiring seperti aku. Salah seorangnya Cikgu Hacksen Ismail. Jangan tanya nama apa tu, dia orang Melayu dan memang nama dia macam itu. Aku pun malas nak bertanya kepada dia berkenaan namanya... Tapi aku bukan nak bercerita tentang dia, cuma nak mengulas satu kisah yang aku dengar darinya, begini kisahnya:

Semasa bujang dia mempunyai seorang teman karib, berkawan sejak kecil. Jo (bukan nama sebenar) memang terkenal seantero kampung sebagai pemuda yang macho. Di kalangan rakan-rakan dia sering menjadi 'kepala' bila melakukan sebarang aktiviti. Kemana-mana mesti ada Jo, kalau takde Jo aktiviti pasti menjadi hambar...

Apabila sampai seru (masuk musim mengawan) Jo pun menikahi gadis pilihannya. Namun perkahwinan tersebut dilangsungkan secara senyap-senyap sahaja. Kenduri pun kecil-kecilan sahaja. Sebaik selesai kenduri, Jo berpindah... Mungkin ke kampung isterinya, mungkin bekerja di tempat lain. Tiada rakan-rakan yang tahu. Sejak itu dia putus hubungan dengan Jo...

Sehinggalah baru-baru ini, Jo kembali ke kampung halaman. Namun perubahan ketara dirasai rakan-rakan Jo. Jo tidak seperamah dulu, bukan setakat tidak keluar rumah berjumpa kawan-kawan lama malah sering mengelak dari bertemu dengan rakan-rakan. Hai kenapa pulak si Jo ni, macam dah tak nak berkawan dengan budak-budak kampung dah ni...? Cikgu Hacksen membuat keputusan, jika Jo tak nak berjumpa dia, biar dia pergi berjumpa Jo...

Sampai di rumah Jo Cikgu Hacksen terkejut beruk, Jo memang dah tak serupa dulu... Fizikalnya berubah sama sekali... Bak kata dalam lagu P Ramlee: "Suaminya dulu hensem, rambut panjang dah jadi botak... ulala..." Lebih memeranjatkan lagi, kemachoan Jo hilang sama sekali, selain bekerja (penjawat awam) di pejabat, Jo juga melakukan semua kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, menjaga anak bla bla...

Jo tidak melayan Cikgu Hacksen, disuruhnya Cikgu Hacksen balik... Katanya isterinya akan pulang sebentar lagi dan lauk untuk makan malam belum disiapkannya lagi. OMG sampai ke situ dah tahap kroniknya perubahan Jo...! Sampai satu tahap, pernah orang-orang kampung melihat Jo dimarahi oleh isterinya ketika dia sedang menyidai baju di ampaian. Ntah apa yang diamukkan oleh isterinya sehingga Jo dihempuknya dengan besen...! Dan Jo langsung tidak melawan...! Sebab itulah kini Jo lebih dikenali sebagai 'Mat Besen' dikalangan orang kampung...!

Sehingga hari ini kisah rumah tangga Jo menjadi buah mulut orang kampung. Ada yang mengatakan yang Jo sudah terkena nasi k**gk**g... Wallahualam bisawab... Hanya isterinya dan keluarganya yang tahu...

Ulasan aku: Ini bukan cerita rekaan aku, tapi diceritakan sendiri oleh rakan baru aku tu... Kalau dia berbohong pada aku, maka korang semua ni kena bohong jugaklah... Kui kui... Namun apa-apa pun kisah tersebut bukan sesuatu yang mustahil berlaku kan...? Di mana-mana pun kita pasti mendengar cerita sebegitu, betul tak...? Bahkan dari zaman P Ramlee dulu pun dah ada kisah camni... Tak caya...? Layan sedutan cerita DOREMI ni...



P/s: Kisah P Ramlee biasanya menceritakan tentang kehidupan realiti masyarakat... Cuma dalam ketawa ada maksud yang tersirat yang perlu direnungi bersama...

P/s/s: Kepada yang bergelar suami: Jangan jadi suami yang DAYUS...! Kepada yang bergelar isteri: Jauhi NUSYUZ...!

24 comments:

terokai seni June 22, 2011 at 8:16 AM  

memang heran jadik lelaki, suami dan bla bla blahhh

ahmad humairi June 22, 2011 at 8:42 AM  

Kalau dah tak melawan, maknanya dah mati....aku rasa dah sahlah kena, kalau aku paham apa yang ko ceritakan. Camne plak ngan ahli kurganya yang laen...tolongle ikhtiarkan apa-apa...kesian Jo.

miloaiskurangmanis June 22, 2011 at 9:52 AM  

cerita p. ramlee antara cerita yg iols tunggu2 kat tv.. hiks

ok... something wrong dengan rumahtangga si Jo tu...
Jo tak de ahli keluarga ke??? kena bawak berubat ni...

gadisBunga™ June 22, 2011 at 10:47 AM  

hmmm...misteri nusantara tul!

Mie June 22, 2011 at 11:01 AM  

Tak cium bau syurga la isteri yg camtu...

sud@is June 22, 2011 at 11:14 AM  

jauhi nusyuz dan dayus
semua2 itu tegahan agama

Kakzakie Purvit June 22, 2011 at 11:30 AM  

Wahai teman "Hawa" kakak ingatlah setiap perlakuan celaka ke atas suami dilakukan oleh isteri maka nerakalah balasannya.

Kalau dah besen pun boleh naik kepala suami. Syurga apa yg dia dapat?

Na'uzubillah Himinzalik...

ummiross June 22, 2011 at 1:44 PM  

MasyaAllah, sampai begitu sekali, mintak dijauhkan dari jadi isteri derhaka..

Eiza GreenAppleKu June 22, 2011 at 5:11 PM  

salam kenal dari saya juga. Aik..delarocha pun singgah sini gak ker..

ZaraZueyin June 22, 2011 at 5:35 PM  

nasi kangkang?
ishhhh...x baik isteri buat gitu pd suami...x cium bau syurga nanti

Cik SHiNJU June 22, 2011 at 7:05 PM  

Harap bini Jo sempat bertaubat..
Kalau dr macho jadi gitu dah sah2 ade yg x kena...melampau betul la..

IMANSHAH June 22, 2011 at 7:23 PM  

TU DIA AISH..MOGA DIJAUHKAN

Cik Ina Do Do Cheng June 22, 2011 at 9:33 PM  

cik ina bukan setakat dengar , arwah mengadu ngan arwah ayah dia kena lempang ngan isteri dia. Memang cik ina kalau nampak muka isteri dia rasa nak sepak je.

sedih teringat masa melawat arwah yang sedang nazak, isteri dia membebel marah sebab penat nak jaga arwah kat hospital. Biar Allah SWT je yang beri balasan setimpal apa yang dia lakukan terhadap arwah suami dia.

Nizam Awang Brahim June 23, 2011 at 2:36 AM  

Dekat sane nanti jawak la.....

Sarah Syazwani June 23, 2011 at 12:07 PM  

siannya Jo..nauzubillah jd isteri mcm tu

sahromnasrudin June 24, 2011 at 3:35 PM  

malangnya si joe....melase....
perkara mcm nie dh biasa zaman skrg kan huhuhhh

Abu Aiman June 24, 2011 at 3:53 PM  

bukan senang nak handle rumahtangga.

Unknown June 24, 2011 at 4:36 PM  

isteri nye queen control la nih....huhu

shameel Iskandar June 25, 2011 at 1:36 AM  

Kesian sama Jo. saya yakin dia kena benda tu, Terus ternagajelah nasi kangkang. syirik kpd sesiapa yg mengamalakannya. Allah akan melaknati isteri yg sebegini. Sesuatu harus dilakukan utk menyelamatkn Jo.

Bionic women June 25, 2011 at 2:23 PM  

bila dunia di akhir zaman, yg x masuk akal tu ler yg selalu kita lihat di mana2..

semoga kita dilindungi Allah dari kekufuran. aminnn

Raden June 27, 2011 at 10:41 AM  

real ke stori nie? haih...wat malu kaum jah

aqjengka October 18, 2014 at 4:27 PM  

Haha..Nanti aku tanya hacksen..

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP