Jaga Jantung Anda
Wednesday, June 15, 2011
Hujung minggu lepas, kakak kepada abang ipar aku telah kembali ke Rahmatullah... Aku tidak pernah berjumpa dengan arwah tetapi aku turut merasa kesedihan dan tumpang simpati. Usianya dalam lingkungan 40an... Cara kematian, seperti yang agak kerap aku dengar kebelakangan ini: sakit dada, sesak nafas dan terus rebah... Dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU. Selang beberapa jam, terus dijemput mengadap yang Maha Esa... Biasa dengar...? Aku pernah menulis perihal yang sama menimpa ke atas salah seorang sahabat aku suatu ketika dulu...Baca sini>>
Seorang rakan aku pernah bercerita, dia pernah bertanya kepada seorang doktor apa tanda-tanda serangan jantung... Apa jawab doktor...?
"Biasanya tanda-tanda awal hanya terjadi pada orang berumur/ tua... Bagi orang muda, tanda dia sekali sahaja... Sebaik dapat tanda dia terus strike...! Dan biasanya strike pertama dia terus GOL...!"
Sejauh mana kebenarannya, aku tak tahu. Tapi kebelakangan ni aku sering juga dengar golongan bawah 40 kena serangan jantung, dan memang betul, sekali strike terus GOL...!
Aduyai seram dengar kan...? Mungkin benda-benda di bawah ni korang dah biasa dengar. Aku just tulis untuk remind diri sendiri dan rakan-rakan semua...
Simptom-simtom Serangan Jantung
# Sesak nafas
# Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher
# Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan
# Berpeluh dingin
# Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
# Pening kepala dan berasa loya
Faktor-faktor Serangan Jantung
# Tekanan darah tinggi
# Kolesterol/lemak tinggi dalam darah
# Obesiti
# Kurang senaman/tidak aktif
# Pemakanan yang tidak sihat
# Diabetes
# Tekanan perasaan (stres)
# Merokok
Cegah Serangan Jantung
# Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu,20 – 30 minit setiap kali
# Makan secara sihat
# Kekalkan berat badan unggul
# Berhenti merokok
# Belajar menangani tekanan perasaan(stress)
# Periksa tekanan darah
# Periksa paras glukos darah anda
# Awasi paras kolesterol
# Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Sumber: Info Sihat Malaysia
15 comments:
saya ada sejarah ayah meninggal kerana herat attack
Assalamualaikum Sham
mohon doa kpd Allah, agar senantiasa sihat, dapat beramal dgn sempurna
Wassalam
ramai jugak yg meninggal sakit jantung nikan...bahaya...
hari ni sihat tau2 esok dah tak de lagi kat dunia ni...
bersamalah kita menjaga jantung kita..
amalkan gaya hidup sihat...cewah
mak kepada bff anak sy pun baru kena heart attack ...
sangat sedih..
saya percaya puncanya ialah stres...
umur pun muda lagi (<40)...
Salam inchik Sham...
Terima kasih kerana berkongsi tips... Saya mula perasan saya ada tanda2 itu... :(
tq kerana berkongsi tips pencegahan
'Pemergian' mengejut memang membuat ahli keluarga sedih sangat, kalau dah sakit lama, mungkin tak terasa sangat.
innalillahiwainnailahirojiun...
the silent killer
kena jaga pemakanan
kena selalu bersenam...
Kakak pun takut juga sebab selalu sakit dada. Pernah pergi check-up last year. Siap berlari atas board dgn dada dipasang berselirat dgn wire lagi. Kena baring dalam lubang macam keranda takut pun ada...
Alhamdulillah ok.... tapi bimbang juga.
ramai yang muda kene serangan jantung..ada gak yg mmg jg kesihatan pun meninggal sbb jantung..
sakit jantung dah tak mengenal usia. saya pun kadang2 ada rasa sesak nafas dan sakit dada...dah lama pulak tak buat check-up....
yang payah jaga makanan jaga kolestrol punca utama
takut tapi sllu alpa
banyakkan makan ikan, atau ambil pemakanan minyak ikan..asid amino omega 3 tu boleh elakkan saluran darah tersumbat, elak sakit kardiovaskular
sebab tu dalam al-Quran ada cakap pasal ikan..
Salam,sayangilah jantung anda...amalkanlah Pati Herba Madu sebelum Parah.Hubungi sya Puan Fyda tel 0194452572 penghantaran seluruh Malaysia.
Post a Comment